Wednesday, September 30, 2015

musim orang kawen








Asal cuti panjang jek, mesti ada orang kawen...kan. Asal orang kawen jek, mesti cuti panjang...kan.

So, selesai sudah majlis akad nikah anak sedara SRK, beberapa hari sebelum aidil adha. Majlis buat nun kat Jerteh..weh,  jauh betul dari KL. Plan asal akak nak attend tapi memikirkan yang akak terpaksa ambik cuti seminggu direct sampai aidil adha, simpan jek la plan tu iye. Itu la...susah sikit kalau buat majlis on weekday, isnin pulak tu. Pastu kendurinya hari selasa.  Hmm...ni mesti nak sambut raya haji sebagai husband & wife kan. Tau dah taktik tu. Tapi ini la risikonya buat majlis kawen pada hari bekerja...orang busy dengan kerja. But its ok. Tapi kalau anak sedara akak yang kawen, akak dah sound awal2 =).

Sekejap betul masa berlalu, dah kawen budak ni. Dulu2 selalu jugek la jumpa pengantin pompuan ni duk follow mak dia (kakak SRK) ke mana sahaja. Dengan muka comotnya tak hengat tapi sekarang dah cantik lawo, sweet gitu. Dah jadi nurse. 

Anyway, selamat pengantin baru buat anak sedara.


***********





Sabtu lepas raya, kami ke Kuala Lipis pulak untuk attend majlis kawen adik sepupu akak. Majlis buat kat Dewan Residen, berdepan dengan padang bola tempat Dato CT kawen dulu. Meriah sungguh majlisnya walaupun tak semewah majlis kawen orang2 lain. Alhamdullillah akad nikah berjalan lancar dengan sekali lafaz.

Waktu kami tiba, pengantin dah sampai kat dewan. Iye la, gerak dari bandar ikan patin pun dah jam 11 am, campur lagi dengan jerebu dan traffic jammed.






Ayah pengantin lelaki tu adik kepada abah akak. Tu semua adik-beradik derang, memang ramai sampai akak pun selalu lupa nama2 derang ni. Woha! =). Jumpa derang ni pun time raya dan kenduri jek, kalau tak....tak jumpa la jawabnya.





Ni anak2 dara akak yang semakin jelita...hehe. Budak2 ni memang excited kalau pergi jalan2, makan kat kenduri pun macam makan kat rumah sendiri. Makan ikut nak. Posing kat entrance dewan sebelum kami bertolak balik. 

Alhamdullillah dua masjid dah selamat di dirikan sempena cuti aidil adha. 









raya haji kedua : kambing pulak



Untung kalau duduk kat Kelantan dulu, cuti raya haji dapat dua hari. Duduk kat KL, cuti raya haji dapat sehari jek la sebab nak bagi cina cuti raya dua hari. But it's okay, no problem. Ambik jek la cuti extra kan.  Second day raya haji...dah tak macam raya sebenarnya. 

Jumaat tu, mak sedara sembelih kambing pulak. Rezeki nak makan daging kambing. Siap dah terbayang kambing golek, kambing black pepper, kambing bakar, sup tulang kambing...bla...bla...bla...hmmm...sedap3x. Ada harapan berat badan naik sebab hari2 makan daging.






Punya la beso gedabak kambing ni tapi akak salute kat ustaz yang sembelih kambing ni sebab bila masak, langsung tak ada bau hamis. Ni kambing jenis boer rasanya. Seekor kambing boleh bahagi2  3-4 family, alhamdullillah sama2 dapat merasa. 





Akak tak pergi tengok orang sembelih dan melapah kambing, duduk kat rumah jek dan tetiba teringat nak buat puding roti. Semua bahan dah beli > susu segar / sejat, telur, kismis, esen vanila dan roti butter scotch. Gula jangan lupa tapi jangan bubuh banyak sangat sebab roti dah manis. Sekejap jek buat puding roti ni, dah pun siap. Minum petang dengan puding roti.






Bila daging kambing sampai jek, terus siang2...nak goreng sikit dan nak bakar sikit. Bimbang ada yang tak nak makan kambing bakar. Orang2 lelaki kat rumah semuanya cerewet sikit bab makan. Daripada abah, adik, SRK...semuanya boleh dikatakan memilih makan. Abah paling cerewet, semua jenis pasta dan laksa dan laksam, dia tak makan. Kalau zaman abah muda2 dulu, mee kuning pun dia tak makan, tak nak makan. Cerewet betul kan. Laksa dan laksam langsung tak layan.





Cenonet jek gambo kambing bakar ni sebab bila siap bakar jek, hilang. Bakar dalam magic pan jek...uolls, mudah. Sebelum tu, SRK yang tolong buat bahan2 untuk perap daging kambing ni. Mudah jek bahan2nya, bawang putih dan black pepper di sangai, then tumbuk lumat. Campurkan sos cili dan sos tiram, boleh la lumur pada daging kambing. Perap la lebih kurang 20 - 30 minit. Lagi lama lagi sedap bila dibakar. Laris kambing bakar malam tu, makan dengan nasi.


Tuesday, September 29, 2015

simple aidil adha



Tahun ni rasanya sambut aidil adha ala kadar jek. Masak pun ala kadar, tak masak macam2 sangat pun. Masak nasi impit dan kuah kacang, beli sebatang lemang jek, pastu my mom masak pulut kuning dan rendang. Tengahari, akak masak nasi beriyani, requested by SRK dan anak2. Ada incident masak nasi beriyani kali ni, nasi tak mbuh masak2 =).






Pulut tu untuk ganti lemang sebab kalau masak lemang, banyak kerja. Mana nak cari buluh lagi, leceh sikit. So masak pulut jek, okay jek kan. Nasi goreng tak tinggal sebab ada permintaan.





Akak malas nak menganyam ketupat, jadi beli nasi impit instant. Memang clear stok nasi impit instant kat supermarket, sampai susah nak cari. Orang nak senang jek sekarang ni. Tapi kalau raya puasa, wajib akak masak ketupat daun nyiur. Sentimental value gitu.





Hari tu sebelum raya dah masak nasi beriyani kat rumah akak sendiri, guna rice cooker jek. Masak cantik jek tapi bila guna kaedah yang sama memasak nasi beriyani kat rumah mak, nasi tak masak2. Terpaksa transfer ke periuk biasa dan masak guna dapur gas.  Salad kobis ungu campur2 tu, SRK yang buat. Okay la orang nak tolong kan.






Masak kuah dalca ayam tapi ramai yang tak makan sayur terung. Budak2 ni duk kutip ayam dan kentang jek dalam dalca. Patut bubuh kacang dal kan tapi sebab asyik lupa nak beli, masak la dalca tanpa kacang dal. Kureng la sikit rasanya. Nasib baik tak hidang kat tetamu :)






Tepek gambo kuali terus...hehe. Nak makan nasi beriyani kena ada ayam masak merah. Part ni SRK tolong goreng ayam, semangat bekerjasama kena ada sebab sama2 nak makan :).

Masak ayam ni tak susah mana kan, semua dah expert kan. This time akak guna cili boh yang jenis pedas sikit, terangkat semua bila makan. Tapi anak2 suka yang pedas2.





Rendang yang mak masak memang terbaik dari ladang, mak2 sedara dan sepupu2 pun cakap sedap. Air tangan mak kan, camna nak lawan. Semua bahan complete, sebab tu rasanya pun complete.

Okay, simple jek kan menu raya haji kami. Alhamdullillah rezeki tetap ada.




Monday, September 21, 2015

manjakan diri







Dah lama tak manjakan diri. Dulu2 rajin jugek pergi spa tapi lately macam malas la pulak, asyik tak sempat. Entah macamana, rasa nak pergi salon...nak buat treatment rambut. Terus teringatkan kawan SRK yang ada salon kat BB. Akak pun tak terfikir SRK ada berkawan dengan tauke salon...hehe.

SRK buat appointment, then bawak akak ke BB. Cantik salon dia, first time akak sampai kat salon tu, walaupun dah beberapa kali jumpa dengan taukenya. 






Interior design yang agak menarik kat salon ni. Akak rasa selesa kat situ sebab ada tempat menunggu dan salon ni agak privacy. Dah ada dalam kepala nak buat apa...cuci? potong? rebonding? steam? macam2 dah terfikir...hehe. Harga service lebih kurang la kalau kita pergi salon kat Ampang Park tu. Biasa la harga kat KL kan. Kalau nak murah, kena pergi salon kat kampung...murah sikit jek pun.






Aiyaa...ada amoi sexy uolls. Akak tunggu amoi sexy tu habiskan service dia kat nyonya tu, baru la turn akak. Sebab dah buat appointment...tak nak ada orang lain dalam salon. Akak pun tak nak amoi tu yang entertain akak tapi ada lagi sorang pekerja salon, Elly, blonde girl.

Elly ni tak abih2 promote suruh akak buat rebonding dan kaler rambut. Aaiiishhhh...ada orang kampung terkezut tengok akak dah berambut blonde sejak kerja kat KL. Tak kuasa. 

Okay...Elly cakap kalau kakak tak nak rebonding, dia nak steam kan rambut akak dan bla..bla..bla. Akak cakap okay but not this time. Sebab apa akak cakap okay? Sebabnya apa pun service rambut yang derang bagi kat akak, semuanya free. Tauke bagi free. Thank you very much.





Anak dara akak ni peneman setia akak. Dah boleh buat teman bergossip. Masa akak tengah memanjakan diri, dia sibuk layan anak Rose, kawan pada Elly. So, salon ni nampak dah jadi macam taska akak tengok =).

Uolls yang duk dekat2 BB tu, boleh la berkunjung ke salon ni, masuk ikut hotel istana, straight jek.

Thursday, September 17, 2015

KL was so red







Breakfast Hari Malaysia, cuma nasi goreng tanpa vege dengan telur mata kerbau dan sambal tumis ikan bilis. Makan bertiga, abih licin semuanya sebab breakfast pun dah dekat jam 10.00 am. Nampak cuaca macam semakin baik sebab dah boleh nampak klcc.







Niat nak pergi Jalan TAR tu macam separuh dilaksanakan. Last minute plan nak naik tren jek ke Jalan TAR. Memang sampai kat situ tapi tak larat nak pergi cari jubah dress untuk anak dara. Sampai kat stesen bandaraya, boleh nampak perarakan manusia berbaju merah. Mula2 akak plan nak pakai baju kuning tanpa ada niat apa2 tapi nasib baik teringat ada perhimpunan baju merah ni. Langsung pilih kemeja blaus kaler black and white. 

Akak tak nampak sebarang yang pelik semalam, melainkan derang ni berjalan slow2 dengan aman. Ada yang pegang sepanduk bertulis "Melayu mesti bersatu padu demi menegakkan agama Islam" dan "Jangan biarkan pemimpin2 Islam dipijak oleh bukan Melayu". Okay, faham. 







Turun kat stesen bandaraya dah dekat pukul 3.00 pm, perut dah berbunyi lain macam. Terus naik ke food court Sogo. Order yee mee meat ball soup tapi dia bagi chicken sebab meat ball tak de. Kan ke dah lain rasanya. Anyway..makan la jugek kan, rezeki dah depan mata. Lagipun dia bubuh wantan goreng, memang akak suka wantan. 







Lepas makan, turun semula kat ladies department, beli dua helai t-shirt blaus untuk anak2 dara. Ada sales sempena Hari Malaysia, uolls. Pilih t-shirt2 tu dah makan masa, nak beli yang bersesuaian dengan kehendak anak2 yang tengah remaja. Salah beli nanti budak2 ni tak nak pakai. Haru.

Lepas tu, naik ke men department, nak cari kemeja untuk SRK. Mana tau ada sales. Memang ada, Charles Jourdan tengah sales giler2. Belek punya belek, snap satu gambo kemeja dan sent kat SRK. SRK kata okay, done. Anak dara pun cakap kemeja abah dia cun.

While my friend borong dua helai seluar dan tiga helai baju, only RM169.90. Berbaloi kot.

Turun ke ground floor pulak, cuci mata tengok handbag tapi nasib baik tak terjumpa yang berkenan di hati. Selamat duit gaji =)).

Maybe next time kot.

Bila dah selesai shopping, dah haus semula. Singgah oldtown, makan french toast. Kat rumah pun boleh buat sendiri kan benda ni....tapi saja nak rasa versi oldtown. 






Sampai rumah dah pukul 6 pm. Badan dah letih, letih meround Sogo kot..uolls..hehe. Sebelum balik, sempat naik Pertama Complex, cari flip cover untuk handphone budak2 ni tapi tak de pulak. 

Lepas maghrib, akak cuma goreng ayam kisar untuk dinner sebab SRK dinner kat luar dah. SRK ni cuti pun dia kerja. Cari rezeki untuk family.

That was how I celebrate Hari Malaysia :)

Wednesday, September 16, 2015

hari malaysia




photo kredit to californiaev.com


Cuti kat tengah2 minggu memang kurang best kan. Apa plan uolls hari cuti macam ni? Akak plan nak ke Jalan TAR, cari jubah dress untuk anak dara yang form 5 tu. Preparing for Aidil Adha. Akak dengan si adik pakai jubah dress yang lama jek. Jimat. 

SRK plan nak cari kasut sukan. Nak main valleyball pulak katanya, kat belakang IB. Nampak macam budak2 muda jek yang main valleyball kat situ tapi okay la kan campur dengan otai :)

Tapi bila kenangkan keadaan jerebu yang katanya sorang menteri kat indon tu, malaysia patut bersyukur sebab ada sebelas bulan lagi dapat menikmati cuaca yang baik tanpa jerebu (?), macam nak terperap kat rumah jek la...malas nak keluar.

Okay, SELAMAT HARI MALAYSIA.

Semoga Malaysia terus aman dan makmur. Jangan kita pulak yang buat kucar-kacir.









Tuesday, September 15, 2015

TTS @ teh tarik place







Sekolah tutup hari ni sebab jerebu makin teruk, walaupun hujan turun dengan lebatnya malam tadi. Kalau akak tidur, mesti off data. So segala macam maklumat, akak baru baca pagi tadi. Itu pun kalau on data cepat2 sebelum pukul 7 am. Entah macamana, pagi tadi on data agak cepat, 6.30 am dah on.  Baru la baca info tentang sekolah tutup. 


Anak dara okay sangat kalau tak sekolah time jerebu macam ni sebab dia kurang selesa dengan keadaan. So, ummi belikan breakfast siap2, nanti tengahari samada ummi or abah yang akan hantar lunch untuk adik. 






Jerebu teruk, keadaan trafik pun jadi teruk. Eh...pembetulan. Jerabu tak teruk pun, trafik tetap sesak. Construction merata sekarang ni. Akak nak balik rumah yang hanya 8KM dari ofis pun...makan masa sejam gitu. So, petang semalam malas nak layan kesesakan kat Jalan Tun Razak, akak melencong ke Teh Tarik Place, one of my favourite place. Suka pada keadaan restoran ni, tak messy dan tak kecoh dengan pelanggan. Interior design yang menarik.






Akak memang lapar time tu sebab semalam pukul 11 am dah lunch sengsorang kat cafe. So, bila masuk pukul 6 pm gitu, perut dah mula berbunyi. Well, dah lama tak makan maggi goreng. Actually maggi is a brand. Tapi kita2 ni kan memang dah tune dalam mind ni, asal mee kering macam tu, kita panggil maggi kan, walaupun brand dia mamee or vit's etc. Setuju?

While my loved ones makan roti bakar jek sebab dia nak bedal nasi pulak malam nanti. Dalam kalut2 nak balik tu, sempat lagi luang masa kejap kat situ. I think food kat situ dah naik harga la. 






Tak lupa kat anak dara kat rumah, bungkuskan nasi goreng cina. Owh...Teh Tarik Place dah buat improvement. Kalau dulu2 derang bungkus dalam polysterin jek tapi now dah ada packaging box, macam kfc dan mcd. Nampak lebih proper rasanya.

Total TTS petang semalam, RM28.20. Okay jek sebab orang yang belanja.
Woha!!

Monday, September 14, 2015

selfie dengan raja selfie




Usai sudah event kat ofis. Akak pun terpaksa sacrifice sabtu dan ahad sebab kena duty. Walaupun bukan heavy duty tapi masa la kena korban sikit. Tak mengapa. Kerja tu satu ibadah kalau kita buat dengan ikhlas.






Tetiba anak dara datang tunjuk, selfie dengan uncle azwan ali. Owh....okay...no extra comments. Mungkin dengan budak2, dia ni cool kot. So, tak de masalah nak selfie sekejap. Dia pun tak kacau budak2 kat situ, dia datang untuk tugas dia sebagai pemudahcara program pentas. 

Walaubagaimanapun maybe next time kena cari orang lain. Akak pun suspek kejap kenapa organizer panggil pakcik ni untuk havoc kan program. Tak reti politik hiburan macamana, tak pernah jadi artis lagi. 

************

Teringat anak dara pernah bagitau yang artis2 selalu buat shooting kat tasik titiwangsa. Latest, dia ternampak abang sado Zul Ariffin tu kat situ tapi ramai sangat aweks yang tunggu nak bergambo. Kalau gitu, boleh jugek akak menempek muka dekat2 artis yang shooting, mana tau derang nak pelakon tambahan...hahaha.. =)).




Saturday, September 12, 2015

when the sun sets @ tasik titiwangsa








Tengah try and error guna kamera B612, anak dara yang recommend tapi tengok jenis handphone jugek kot. Ada handphone kalau guna kamera B612 tu, hasilnya memang cantik. Akak punya handphone, hasilnya so-so gitu. Tapi kamera ni banyak filter, sesuai untuk selfie, boleh nampak flawless sangatttt. Hmmm...


This week akak dah mula jadi tukang lepak kat tasik titiwangsa semula. Almost setiap petang akak kat situ, tunggu anak dara selesai training main kayak. Budak tu dah fanatik pulak kat kayak. Sado la tak lama lagi =). Las week rehat sementara main kayak sebab exam week. Kalau result menurun, kena rehat main kayak lama sikit...kot. Sebab apa? Sebab main kayak ni perlukan energy yang lebih untuk mengayuh dan kadang2 bila kayak terbalik dalam tasik, kena swimming dan naik balik ke kayak. Bila sampai rumah, badan dah penat...ngantuk dsbnya. Kadang2 makan pun tak sempat, dah terlena sampai pagi. Apa kes...kan.

Kalau nampak sorang makcik cakap sorang2 tepi tasik sambil tengok budak2 pompuan main kayak kat tasik titiwangsa, akak la tu gamaknya...hehe. Bukan membebel tapi risau dengan keadaan walaupun budak2 tu dah dilatih oleh coach dan coach pun sentiasa memantau. Biasa la perasaan seorang ummi memang macam ni.

Have a nice weekend, uolls.

Friday, September 11, 2015

the best cooker at home










SRK memang rajin memasak, ni ayat bodek kot :)

Dah makin kurang kot kategori suami yang sudi memasak macam ni bila isteri balik lewat. Bukan masak satu jenis tapi empat jenis. Alhamdullillah. Tak memaksa dan tak meminta. Kalau pengantin baru atau baru setahun dua kawen tu, mungkin la suami nak tunjuk loving2 dengan isteri, so tolong la isteri masak. Tapi it's already 18 tahun. He is sincere to help.

Biar la buruk rupa kan tapi asalkan sedap dimakan. Ikan siakap sweet sour, gulai lemak tauge + ikan tumbuk, ayam goreng berempah dan salad timun. Complete to serve. Much appreciated. Akak sampai rumah boleh terus makan jek. Dah siap makan, tugas kita la pulak nak basuh pinggan dan mengemas dapur bagai. Kalau SRK memasak, selepas aktiviti memasak dia tu, keadaan kat dapur agak mengharukan....hehe. So, kena kemas semula apa yang patut.





Goreng macaroni versi budak2 (sebab tak boleh letak sayur), untuk anak dara bawak bekal untuk breakfast. Akak tapaw sekali bawak pergi ofis. Buruk pulak gambo bila snap guna kamera B612 ni...ke...handphone akak yang koman.

Petang semalam cari daging kisar untuk masak macaroni ni tapi ayam kisar jek yang ada. Boleh la tapi kurang feel la kot guna ayam kisar ni. Bila makan tu, tabur serbuk black pepper.







Tuesday, September 8, 2015

simple dinner : fillet fish



Kadang2 ada rasa jemu nak makan nasi bila malam. Bukan jual mahal ataupun nak diet tapi rasa nak makan something else selain daripada nasi. SRK pun lately kononnya nak kurangkan portion makan nasi tapi tak juga berenti menambah nasi bila makan. Tetiba SRK request nak makan fillet fish. Eh...mesti dia nampak fillet fish dalam ice box ni.





Rezeki dia, akak ada beli fillet fish instant untuk cover masa akak tak ada mood nak makan nasi. Biasanya kita makan dengan salad atau brokoli atau mixed corn gitu tapi disebabkan benda2 tu semua tak ada stok, makan la fillet fish yang plain jek. Cicah dengan sos cili dan thousand island jek. Abih tiga keping jugek.



Kredit photo to 123RF


Kalau nak makan fillet fish yang lengkap, ada kentang goreng dan salad, baru la best. Lepas tu perahkan lemon sikit...yummy! Akak memang suka makan ikan daripada ayam. Nak buat sendiri fillet fish, memang tak rajin la. beli yang instant jek, senang. 


#Bezanya hasil kerja memasak akak dengan orang ni..kan... =)))))))





puding lapis oreo







Ada orang beriya tulis dalam fb, kategori isteri masa kini.

1)  Pandai masak lauk tapi tak pandai masak kuih.

2)  Pandai masak kuih tapi tak pandai masak lauk.

3)  Pandai masak lauk dan kuih.

4)  Pandai masak air je (tak pandai masak lauk dan kuih)

Amboiiii....bukan main lagi ye. SRK dulu beriya mengorat akak sebab akak pandai masak air je...tau. Alhamdullillah dengan berkat pandai masak air je tu la, dah 18 tahun hidup bersama.

=))


Ngada2 kan. belajar je la masak bila dah kawen. Abih cerita. Tapi kalau tengok empat kategori kat atas tu, akak duduk dalam kategori nombor satu. Memang failed masak kuih melainkan masak agar2. Lagi la kalau nak suruh masak kuih yang bahan2nya penuh satu muka surat, tak de la akak nak masak. Kalau nak makan juga, beli je.

Cuma kadang2 datang juga angin sepoi2 nak masak kuih. Tak sengaja nampak kat resepi kat dalam majalah, baca sekali lalu. Bahan2nya tak banyak mana dan semua ada stok kat rumah, boleh la buat kan. Patutnya puding berlapis tapi disebabkan attitude yang kurang sabar nak tunggu lapisan bawah jadi keras, gitu la jadinya. 

Orang suruh guna agar2 yang ori tu tapi akak guna agar2 kaler merah, sebab tu warna jadi gitu. Mujur jadi puding juga. Biasa la kan kalau duduk dalam kategori nombor satu. 

Bahan2 nak buat puding ni senang sangat. Agar2, susu cair, gula, biskut oreo, serbuk koko. Serbuk koko tak ada stok, akak gantikan dengan coklat je. Ala...coklat cadbury tu pun boleh. Bahagikan agar2 kepada dua bahagian, satu dicampur dengan coklat dan satu lagi dengan biskut oreo. Lapis kedua2 bahagian, biarkan sejuk. Siap.






Monday, September 7, 2015

pulut kuning + sambal bilis







Dah lama tak masak nasi pulut. Actually banyak vit M bila nak masak nasi pulut, malas nak kukus dan sebagainya. Tapi disebabkan mengidam semula nak makan nasi pulut, masak ler juga. Minta tolong SRK belikan beras pulut tapi biasa la orang lelaki, bukan nak tengok beras pulut tu elok ke tak. Main beli je. Tengok2 macam beras pulut yang dah lama. 

Betul ler...bila masak hasilnya tak cantik tapi masak juga sebab dah beli. SRK sendiri pun komplen bila time makan. Tau pulak nak komplen pakcik ni =).

Match kan dengan nasi pulut, masak sambal tumis ikan bilis. Very easy nak masak sambal ni, main campak2 je uolls...lepas tu goreng telur dadar dua biji. Done.





Lepas mengidam makan nasi pulut, mengidam pulak nak makan gulai lemak siput sedut. Akak panggil siput sedut, orang lain tak tau la panggil siput apa. Nak masak siput ni memang cinta, memang tak la + tak reti....hehe. Buat apa nak susah2 kalau takat nak makan semangkuk kecik gitu kan. So, akak import jek gulai siput ni dari kedai. Beres.

Nasib baik orang ni masak sedap tapi kalau bubuh daun kadok, lagi sedap rasanya. Antara khasiat makan siput ni ialah untuk mengurangkan sakit2 sendi macam sakit lutut. Teringat arwah wan dulu2, selalu masak gulai siput ni untuk kurangkan sakit2 sendi atau lenguh.

Ada pantang makan siput ni, elakkan makan siput yang saiz besar. Terus terbayang makan siput babi. Woha!!

Friday, September 4, 2015

doktor suruh exercise



Recently kurang sihat, stress kot. Badan yang stress sebab kadang2 kita buat kerja continuously dan kurang tidur. Kesian juga kat badan kita ni, paksa buat sesuatu diluar kemampuan. Bila doktor advised supaya jaga pemakanan, jaga tidur dan jaga kesihatan, terus teringat yang akak dah lama tak masuk gym.




Walaupun tiap2 petang jadi penunggu tasik titiwangsa tapi tak juga berjogging atau main beskal kat situ. Tunggu anak dara siap training kayak, then terus balik rumah. Mujur ada gym kat ofis, free of charge. Sapa2 pun boleh guna, tinggal lagi malu ke tak malu nak buat exercise sebab gym tu unisex. Tak ada jadual untuk pompuan dan lelaki.

Masuk gym dan buat exercise ni memang boleh jadi addicted. Mula2 memang rasa malas dan sakit2 badan tapi bila selalu buat exercise, badan akan rasa cool. Bila tak buat exercise pulak...badan akan rasa lemau.






Akak tak buat heavy workout. Mulakan dengan jogging kat atas threadmill, then akak cycling. Setiap satu buat setengah jam je. Nak buat lebih bimbang badan tak larat. Bila dah selalu buat dua benda ni, baru akak tambah dengan exercise untuk perut dan kaki. Buat tu tak perlu buat macam orang lelaki exercise. Orang lelaki kalau jogging boleh maintain sampai 20 minit tapi orang pompuan ni jogging 5 minit pun dah mengah.






So far, exercise ni memang bagus. Ambik la masa sekejap untuk exercise, seharian asyik ngadap pc...tak bergerak2...kumpul lemak banyak2..hehe. At least setiap pagi datang ofis, abaikan lif dan naik ofis guna tangga. Tu yang akak selalu buat. Weekend kalau rajin, temankan anak dara swimming kat pool tapi setakat ni belum rajin =)).

Jom masuk gym dan have fun.

Thursday, September 3, 2015

aiskrim pisang






Terjumpa resepi nak buat aiskrim pisang kat majalah, terus jek snap dan simpan dalam gallery. Banyak dah resepi yang simpan dalam handphone tapi tak banyak yang jadi buat =)).

Tapi aiskrim pisang ni macam menarik. Mesti dah ramai yang berpengalaman nak buat aiskrim pisang ni. Bahan2 nya pun tak banyak kita nak sedia. Tapi jangan lupa tengok kat analisa nutrisi tu ye. Kalori boleh tahan banyak, lemak pun ada. Mungkin lemak baik kot...hehe.

Boleh try masak dan confirm anak2 suka, kecuali anak2 yang tak suka makan pisang.





Kadang2 orang confuse dengan aiskrim pisang. Adakah aiskrim dengan pisang atau pisang tu sendiri dijadikan aiskrim?? Setakat belah dua pisang, lepas tu letak aiskrim diantaranya...rasanya tu bukan aiskrim pisang tapi pisang dengan aiskrim. Whatever.


Jom tengok cara nak buat aiskrim pisang.






Beli pisang yang dah betul2 masak sebab kita nak rasa manis tu kan, tak payah letak gula dah. Boleh letak madu macam resepi kat atas tu. Potong pisang kecik2 macam ni dan bubuh dalam bekas bertutup yang kedap udara. Then, simpan pisang ni dalam peti ais (tempat sejuk beku) selama sehari semalam atau kalau tak menyempat dah nak buat, boleh la simpan dalam 2-3 jam.






Selepas dah disejuk beku tu, keluarkan dan kisar dalam food processor. Letak esen vanila dan madu sikit. Yogurt pun boleh bubuh. Kalau tak ada food processor, jangan sedih ye. Boleh guna blender tapi make sure blender korang tu bukan blender yang ada bau dan rasa cili, kunyit dsbnya. Kalau tak, nanti aiskrim bertukar jadi aiskrim cili :)





Bila dah kisar lama tu, ia akan jadi macam doh aiskrim. Makan dengan aiskrim lain yang selalu kita beli kat supermarket tu. Nak feel lagi, taburkan chocolate chips ataupun cairkan coklat dan tuang atas aiskrim pisang tadi. Nak happening lagi, letak buah strawberry atau kiwi kat atas aiskrim.

Adoooiiiii...meleleh air liur kan. Tapi akak belum cuba buat pun lagi. Woha!!




photo kredit to vitdaily.com


Tuesday, September 1, 2015

erti merdeka



Selamat Hari Kemerdekaan, walaupun lewat sehari.

Bila orang tanya apa erti merdeka, ramai yang jawab..
...merdeka tu freedom...
...merdeka daripada penjajah...
...merdeka daripada hutang...
...merdeka tu aman damai...
...terlepas daripada kongkongan ibubapa...

dan akak terkesan dengan satu jawapan ni..
...merdeka tu terjadi bila hati kita bersih... bersih daripada sangkaan yang tidak elok, bersih daripada fitnah, bersih daripada hasad dengki, bersih daripada umpatan. Lebih bersih bila kita redha dan sentiasa bersyukur dengan ketentuanNya, selebihnya kita akan bahagia dan merdeka...

Terpulang pada tafsiran masing2 bila bercakap tentang merdeka. 


*************


Hampir setiap kali hari kebangsaan, akak berada kat kampung halaman. Tak berpeluang nak tengok sambutan kat KL, mesti happening. Tapi kadang2 rasa bosan dengan cara sambutan diambang kemerdekaan. Stereotaip, konsert...konsert...konsert. Macam dah abih idea nak sambut. Padahal ada lagi cara yang lebih bermanfaat. Akak prefered tengok movie kat HBO daripada tengok konsert yang sama jek dengan tahun2 lepas. Baik tengok The Conjuring tengah2 malam, ada juga suspennya.

By the way, akak tunaikan hasrat anak2 nak tengok perbarisan kemerdekaan peringkat daerah Temerloh. Jam 8.30 am baru gerak ke dataran. Si kakak nak tengok koir yang diwakili oleh budak2 sekolah dia. Si adik pulak nak tengok dua pupu yang baca sajak semasa acara perasmian.





Kenderaan2 pun nak berbaris tapi tak sempat nak tengok dekat2. Anak2 pun tak excited nak tengok benda tu semua.





Sebahagian daripada agensi2 yang mengambil bahagian dalam perbarisan dan perarakan kemerdekaan. Tengok macam kurang penyertaan, tak macam dulu2. Bukan ke "wajib" penyertaannya....oopppsss....





Cuaca memang cun semalam, tak panas sangat. So tak la berpeluh bagai derang yang berdiri lama kat tengah2 dataran tu. Dengan uniform bagai tu, bukan mudah nak maintain...kan.




Selepas ucapan perasmian wakil MB Pahang, ada bacaan sajak oleh 2 orang budak sekolah menengah berdekatan. Yang pompuan tu anak sedara sepupu akak. Tengok orangnya macam bercakap lemah-lembut jek tapi bila baca sajak...tu dia...keluar suara nyaring. Syabas!






Haaa...koir ni la yang anak dara nak tengok sangat, katanya ada sorang junior tu pinjam baju dia. Owh....okay :)

Konduktor yang baju purple tu over acting pulak goyang2 badan...hehe. Nyanyi lagu merdeka sehati sejiwa dan lagu P.Ramlee (???)...nasib baik sedap, suara clear gitu. Tahniah kat budak2 ni.

Itu jek la yang sempat layan anak2. Next year kita terjah yang kat KL pulak....(kot??) =)

ten years, sunway pyramid

Sapa suka jenjalan kat Sunway Pyramid dan mencari makanan Melayu? Boleh la try makan2 kat restoran yang interiornya cantik dan...