Thursday, August 27, 2015

perodua service centre



Semalam pergi hantar kereta untuk servis 30KM kat pusat servis perodua kat Jalan Genting Klang dan akak jadi panas dengan staf kat situ. Grrrr....

Kononnya buat appointment sebab nak elak daripada tunggu lama tapi semalam macam sama jek orang buat appointment dengan orang yang tak buat appointment. Lama lagi kot orang yang buat appointment. Buat appointment pukul 10 am, pukul 10.30 am baru nombor dipanggil. Setengah jam tunggu, tak ada pulak dia nak skip customer yang tak buat appointment. Bila bangun tanya kat kaunter, budak pompuan tu jawab..."ikut turn..kak". Ok fine, tapi apa guna buat appointment??

Bila nombor dah panggil, staf pompuan yang duty tu pun check rekod, pastu tunjuk senarai kat akak, apa yang perlu akak servis. Semua sekali RM330...mak aiiii... Bila tengok senarai tu, kalau boleh dia nak masukkan semua jenis servis, daripada yang kecik sampai la yang besar. Akak tanya dia satu-persatu and at last tinggal RM130. Deal.



Ada disediakan minuman layan diri tapi akak dah tak terlayan


One thing yang akak kurang minat, perodua bagi la staf yang duty deal dengan customer tu, yang mahir sikit pasal kereta. Kalau dia sendiri pun tak berapa sure bila customer tanya, elok la dia duty kat bahagian lain. Sometimes customer just nak uji samada benda tu betul atau tidak. Jangan ingat pompuan tak tau apa2 pasal kereta.

Pukul 12.15 tengahati, baru kereta siap servis. Mekanik dah letak lama kereta akak kat luar tu tapi duty staf yang pompuan tadi ni tak panggil2 lagi akak untuk buat payment dan serah kunci kereta. Once again akak kena tunggu dekat setengah jam, padahal cuma ada dua orang customer jek masa tu. Akak berdiri dan cekak pinggang ( u know....body language boleh memainkan peranan...hehe), then pandang ke arah staf yang duduk kat kaunter. Tetiba budak pompuan tu bagi hint kat duty staf about my car. Owh....tetiba jek macam tersedar daripada lamunan....terus panggil nombor akak.



Elok2 duk depan sekali tengok tv, undur ke sofa belakang. Lama sangat kena tunggu...


Very sorry, bila duduk jek, akak terus tanya kenapa tak ada priority pada customer yang buat appointment sedangkan customer tak ramai pun. Staf tu tak jawab and just minta maaf atas kelewatan. Hati akak dah panas.

What say u??

Wednesday, August 26, 2015

juara bola jaring??



Last week join sukan tahunan agensi kat Penang. Last minute registered, kelam-kabut la buat plan nak ke sana. Urus setia dah tak nak layan geng yang daftar last minute ni, menyusahkan orang katanya...hehe. Walaupun orang kata kami menyusahkan orang tapi tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia sapa yang tau ..kan.




Ingat akak pergi join saja2 nak melancong ke....akak kan minat sport. Tolak la bola sepak dan takraw...errrrr...pingpong...yang lain tu kira boleh main. Walaupun umur dah midi tapi energy still ada, kalah budak2 junior tu ;)

Pergi Penang dengan harapan. Harapan untuk bertemu teman2 lama dan harapan untuk join acara2 sukan kat sana. Dan...akhirnya akak join main valley-ball. Skill valley-ball still ada lagi ni. Lagipun coach akak dulu2 ialah SRK sendiri, dia memang valleyball player. Tapi ..last akak main valley-ball bila ek?? Errr...last year kot =)).

Itu la, tuah menyebelahi team kami, dapat jadi juara valley-ball. Cuma yang jadi lawak dan tandatanya ialah dapat gold medal untuk bola jaring.

Maharaja lawak, kan :D

Tuesday, August 25, 2015

cendawan goreng kunyit



Tersibuk dengan hal2 ofis dan personal, terus abaikan blog. Hmmm...

Lama tak update pasal makan. Actually lately banyak kali makan ringan2 jek kat luar, tak memasak. So, kurang la snap memanjang....kurang la juga SRK komplen...hehe =).





Stok lauk dalam ice box memang dah nak abih. So, gulai kuning ikan tu, akak beli jek. Balik rumah cuma masak ayam masak merah dan goreng cendawan. Ayam tu wajib ada sebab tu makanan ruji anak dara :)





Biasanya goreng tumis air jek kalau beli cendawan ni. Tak pun akak goreng dengan telur garing2, sedap juga. Tapi baru2 ni tersinggah makan kat satu kedai makan kat Kepala Batas, Penang. Ternampak cendawan ni digoreng dengan kunyit. Macam sedap dan memang sedap bila dimakan. 

Malam tadi akak pun buat testimoni...ala...bukan susah sangat kan nak goreng cendawan. Tumis macam biasa tapi bubuh kunyit untuk mewujudkan kaler kuning tu. Masak lama2 sikit cendawan ni. Rupanya SRK suka makan. Banyak pahala kan...isteri masak untuk suami dan anak, lepas tu suami pulak suka makan! Woha!







Tuesday, August 11, 2015

SRK memasak lagi






Dinner semalam SRK yang memasak, akak tak suruh pun tapi dia volunteer nak masak. Dia cuma suruh akak pergi jemput anak dara kat Tasik Titiwangsa jek. Tengah2 dia masak, gas pulak abih....hehehe. Sempat masak ayam masak kari jek. 

Dia tunggu akak balik dari tasik, baru la pergi beli gas. Dia nak akak tolong drive kereta, dia nak pikul tong gas. Sebelum tu try call gas supplier tapi sebab dah malam, derang malas dah nak hantar gas ke rumah. So, we all kena keluar beli dan angkat tong gas sendiri.

Kadang2 memang terharu dengan kesungguhan SRK memasak. Kadang2 tak terharu sebab sekali-sekala memang dia kena masak. Woha!  =)






Apa ke benda yang SRK masak ni?? Patut la 2-3 hari ni asik tanya ada daging kisar tak dalam ice box. Rupanya nak masak benda ni. Dia gaul2 daging kisar dengan bawang, lada, garam, black pepper dan apa entah lagi...pastu goreng. Sebab apa jadi kaler hitam macam tu? Sebab dia tak celup telur dulu sebelum goreng. Ngeeee....tapi sedap rasanya.






SRK memang suka create masakan dia, ikut suka hati dia. Yang ni sayur kacang botol, dia goreng dengan cili boh tapi terbanyak bubuh air. Dia campurkan dengan fish cake dan sotong. Not bad rasanya tapi first time akak makan sayur kacang botol digoreng berkuah.

Thank you so much, my dear hubby sebab sudi masak2. Ada lauk lebih2 tu, akak boleh tapaw bawak bekal ke ofis. Kan dah boleh jimat sikit...




Monday, August 10, 2015

cahaya yang menyejukkan mataku




Alhamdullillah, Sabtu lepas dah selamat menguruskan majlis pertunangan adik.  Majlis bertandang ke rumah yang perempuan berjalan dengan lancar dengan tujuh bijik kereta konvoi ke lokasi yang dituju. Hidangan makan tengahari pun hebat...daging salai masak lemak cili api + belimbing buluh, sambal tumis petai + udang, sayur goreng kacang panjang, ayam goreng berempah, ulam2an, sambal belacan, koktel dan air sirap serta air limau. Dihidangkan kek sebagai dessert. Koktel derang buat sedap tapi nak tambah rasa malu . Cuma tak ingat nak snap gambo makanan sebab akak busy!  :)

On the way balik ke rumah mak, singgah sekejap kat asrama "cahaya yang menyejukkan mataku", tu maksud nama anak dara akak yang sweet 17 tu. 





Ini la tempat yang sering akak kunjung setiap dua minggu. Mujur sekolah ni tak jauh dari rumah mak, senang sikit kalau anak dara nak balik. Dulu sekolah ni sekolah biasa2 jek tapi sekarang dah jadi sekolah kluster kecemerlangan. Cikgu2nya bagus2...komited dengan usaha sekolah untuk menjadikan sekolah ni sebaris dengan sekolah2 berasrama penuh yang lain.

Ada program pertukaran pelajar antarabangsa, kelazz gitu walaupun sekolah ni bukan kat bandar besar. mesti cikgu2 nya lagi bersemangat untuk mengajar kan.





Sekolah pun ada KPI nya jugek. Kalau tak silap, tahun lepas sekolah ni dapat capai apa yang disasarkan oleh PPD. So, dapat la hadiah duit sikit. Duit tu boleh la buat kerja-kerja mengecat bangunan sekolah dan kelas. Ye la, dah nama sekolah kluster...mesti la up-grade sikit keadaan sekolah kan. 






Setiap pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM dan PMR atau sekarang ni PT3, maka berpeluang la menayangkan muka masing2 kat dinding dewan tu. Waktu anak dara dapat result PMR dulu, missed satu A untuk membolehkan dia tayang muka kat situ. Frust dia bukan main lagi tapi ada la hikmah disebaliknya. So tahun ni boleh cuba lagi.

Kalau tengok kat gambo tu, ada nama Yusuf. Yusuf ni anak sepupu akak, dia datang daripada situasi dimana mak dan ayahnya dah berpisah. Tapi akak suka tengok semangat dia nak belajar. Perpisahan atau perpecahan keluarga tak menghalang untuk dia terus berjaya, memang dia tak pernah give-up.

Alhamdullillah, dapat jumpa anak dara yang sorang ni...hilang la sikit rasa rindu pada karenah2 dia.






Friday, August 7, 2015

ibrahim's clan




Salam Jumaat. Let the pictures talk.

Pictures were taken during the wedding of my cousin, from Kuantan to Pedu with loves.




Location : Kuantan. Cousins and daughter.




















Location : Kuantan. Cousins, nephew, niece and daughter.


Location : RR Semanggol, Perak. Aunty, daughters and cousins.



Location : Bukit Merah Laketown. Mom, aunty, uncles, daughters and  cousins.



Location : Pedu, Kedah. Cousins, niece and daughters.


Thursday, August 6, 2015

untuk peminat nasi lemak




Hampir semua orang Malaysia suka nasi lemak, kan. Kalau ada yang tak suka tu, mungkin orang tu bukan pure Malaysian...boleh akak cakap gitu?? hehe... Ada satu website yang akak suka tengok dan baca, semua pasal favourite food, food places dan seumpamanya. Dan bila author dia menulis tentang 10 kedai nasi lemak yang popular kat KL ni....excited akak baca.

Jom kita tengok...sebelum tu, cuba tahan selera korang ye :)






Ini nasi lemak yang dijual di Det Station, Taman Bukit Indah, Ampang. Nasi lemak dia nampak biasa tapi mungkin sambal dan ayam gorengnya yang sedap, menjadikan kedai ni famous kan. Nasi lemak tanpa telur goreng atau telur rebus.






Masih di Bukit Indah, Ampang...ini nasi lemak kat Bukit Indah Food Corner. Orang Ampang mesti familiar dengan kedai ni. Nasi lemak bungkus ni walaupun nampak messy tapi ia hampir lengkap dengan telur dan ayam goreng serta sambal ikan bilis.






Jarang akak jumpa nasi lemak kaler kuning macam ni. Tapi kalau u olls nak try makan, boleh berkunjung ke kedai Nasi Lemak Royale Kedah, Taman Dagang Jaya. Hmmm...area Ampang lagi kan. Author ni mungkin duduk kat Ampang kot...hehe.

Nasi lemak ni ada sambal dan sayur kobis, ala2 nasi kandar sebab ada ikan.






Okay...sapa yang tengah rindu2 tu, makan ler nasi lemak kat Warung Rindu Pak Ya, Taman Bukit Angkasa. Simple nasi lemak dia tapi mesti wangi sebab pack atas daun pisang. Tak cukup ni kalau makan sebungkus jek.






Wow...nasi lemak yang ni special sikit, ada rendang ayam. Ini nasi lemak kat Mak Wanjor, Kampung Baru. Dekat juga dengan ofis akak ni...boleh terjah tengok. Ada bilis goreng, telur dan sambal tumis. Menarik dan menyelerakan.






Owh...ni nasi kandaq ke apa.. Nasi lemak kukus rupanya, boleh beli kat BHP Taman Connaught. Lain sikit daripada yang lain kalernya tapi tetap nampak menyelerakan.






Cenonet betul nasi lemak ni, lima kali suap dah habis...kot. Nasi lemak ni kat Angsana Risoles, Kelana Jaya. Jauh jugek kalau akak nak terjah. Bilis, kacang dan timun tu mungkin boleh bagi extra sikit kot.






Nasi lemak yang original dan simple ni boleh dibeli kat Warisan Sambal Opah, USJ 9. Akak memang suka kalau orang jual nasi lemak bungkus dengan daun pisang. Aroma memang naik.






Perrggghhh....nasi lemak ni memang special sangat, dengan kalernya yang berbeza. Ada ayam goreng dan udang goreng, hirisan timun yang berbeza. Menarik sangat dan tertarik untuk akak rasa. Ni nasi lemak yang dijual oleh Chef Fauzey, PJ Old Town.






Last but not least, nasi lemak kat Jalan Raja Abdullah ni macam menu makan tengahari dah kan. Ada gulai lemak ikan dengan sayur kacang panjang. Digandingkan dengan telur goreng dan sambal tempe + paru. Menarik juga tapi agak heavy nak makan. 


Okay...akak just nak share jek. Maybe u olls lagi banyak tau pasal nasi lemak yang best2 kat area Klang Valley ni...kan. 

Kredit to hungry go where.


Wednesday, August 5, 2015

makan kat Pedu



Dari Bukit Merah, kami travel lagi ke Kuala Nerang. Then masuk lagi jalan2 kampung hingga jumpa rumah pengantin lelaki. Rasa kematu belakang akak sebab lama betul nak sampai ke destinasi. Alhamdullillah segalanya dipermudahkanNya.

Sambutan untuk rombongan kami sangat meriah, siap ada bunyi mercun lagi. Ada kumpulan marhaban bawah pokok turut sambut kami, dengan celoteh dj yang tak putus2. Kelazzz gitu. Selepas bertukar hantaran, kami terus dijemput makan secara buffet tapi ada meja2 yang berasingan dengan jemputan2 lain. Biasa la kan.

Perut dah memang lapar masa tu, tak payah tunggu orang ajak pun kot....terus je pergi ambik nasi =D






Tengok my doter layan makan sorang2. Dia antara yang first sekali ambik makanan...hehe. Memang menurun SRK sungguh, kuat makan :)





Ni dua orang sepupu akak, makan sambil berborak. Katanya makanan okay, kena dengan selera masing2, tekak orang kampung kan.






Akak makan semeja dengan mak, anak mak kan. Ada gulai daging dengan umbut batang pisang. Ada pajeri rebung (pernah dengar ke?), gulai ikan kering dengan terung, sayur kacang panjang, ulam2an dan sambal belacan. Terbaik.

Tengah makan, datang orang hantar ayam masak berlada yang dimasak untuk pengantin. Ada juga rezeki nak makan walaupun tak duduk kat meja makan pengantin.





Tak cukup dengan tu, hidang pulak laksa dan bubur pulut hitam. Memang penuh la perut kalau habiskan semua ni. Dah la bubur pulut hitam tu favourite akak.






Ada lagi hidangan sampingan....cempedak goreng. Memang musim cempedak kat situ sebab nampak banyak orang jual masa on the way ke rumah pengantin lelaki. Yang ni paling best, siap boleh tapaw...hehe. Kus semangat. Sedap makan bila panas2. Derang memang baru start goreng bila kami sampai kat meja makan. Terbaik.





Buah pisang dan tapai ada seterusnya untuk dimakan...adoiii...banyak betul makan hari tu. Rezeki perut yang lapar, alhamdullillah. Layanan orang Pedu memang bagus, mesra alam belaka. Terima kasih banyak2. Itu yang bestnya kalau gotong-royong kenduri...meriah sampai macam sekampung yang datang.

Semoga berbahagia hingga ke Jannah.

Tuesday, August 4, 2015

from kuantan to pedu : tropicana apartment, bukit merah



Semalam off day, sangat letih selepas berarak menghantar pengantin ke Kedah. Jauh perjalanan, luas pengalaman dan letih badan :). Kalau last week kenduri kat Kuantan, last weekend kami bertandang pulak ke Kuala Nerang. Macamana la boleh jumpa jodoh orang jauh bangat ni.

It was about my cousin's wedding.





Bermalam kat homestay di Bukit Merah Laketown. Ni first time akak jejak kaki kat Bukit Merah secara proper. Setakat lalu lalang tu, ada la beberapa kali. My auntie dah sewakan tiga buah homestay berupa apartment kat situ. Kebetulan memang my cousin kerja kat situ, so lepak kat situ je la.

Homestay ni ada tiga bilik tapi actually bilik ketiga tu sangat kecik. Macam stor. 





Ruang tamu ada sofa dan tv. Balkoni kalau tarik langsir, boleh nampak terus highway PLUS. Ruang tamu ada aircond, bilik master dengan second room pun ada aircond. Ok la kan kalau sapa2 yang suka duduk dalam aircond.






Kat ruang tamu juga ada set meja dan kerusi ni. Extension tu memang disediakan sebab maklum la kan ada yang caj handphone etc. Berderet charger...






Meja makan kat area dapur. Oleh kerana antara dapur dengan ruang tamu tak ada dinding, so meja makan diletakkan kat tengah2 gitu. Cantik kerusi dia. Kat atas meja tu we all punya bekalan...setelah berjalan jauh.





Ni la dapurnya, boleh katakan semua ada. Boleh memasak sebab ada dapur gas. Ok la kan daripada tak ada, peti ais wajib ada.






Ni ruang antara bilik master dengan bilik kedua, diletakkan tempat penyidai tuala. Bilik master ada bilik air sendiri. Kedua-dua bilik ni ada katil double, almari baju dan almari solek.





Ni la bilik ketiga, sangat kecik. Muat satu katil single jek. Tak ada aircond, guna kipas dinding jek. kat sini la akak dan mak akak tidur. Kat sini juga la we all nak salin baju ke apa. We all dapat bilik bajet sebab sampai lewat. Sapa dulu, dapat la bilik best. Redha jek.





See...tempat tidur akak..muat2 nak letak bantal jek. Tilam tak ada, so guna toto. Bagi mak tidur kat atas katil, selesa sikit. Dekat pukul 1 am, baru la mata terasa nak pejam. Berubah tempat tidur macam ni la. Sakit juga badan ni tidur kat atas toto nipis.

Well, I'm still cool :)









mee kari chinese style

Semalam, tengahari lagi dah plan nak masak mee kari chinese style. Entah ler, tetiba teringin nak makan. SRK dan anak2 pun setuju ta...