Posts

Showing posts from July, 2015

rumah tinggal ker

Image
Ahad lepas ada wedding cousin kat Bukit Pelindung, Kuantan. So ini la kesempatannya untuk kami skodeng rumah kami kat Perkampungan Indera Sempurna 2, Kuantan. Dah lama tak tengok rumah kami yang disewa oleh pasangan muda ni. Entah apa jadi. Selama ni derang cakap rumah okay jek..ye lah..bertanya melalui telefon tak nampak apa2 kan.




SRK dah bagitau awal2 yang kami nak datang petang ahad tu tapi bila sampai depan rumah, gate berkunci. Rumah macam sunyi sepi jek, tak ada penghuni. Tapi ada beberapa helai jeans disidai kat depan rumah. Yang best, banyak tumbuh2an kat tepi rumah tu, dari depan sampai ke belakang. Kalau pokok serai, ada juga gunanya.
Okay, fine.




Dinding luar tu dah pasang rak besi buat tempat simpan barang2 welding. "Serai" banyak2 macam ni, biawak pun boleh menyorok. Kus semangat. Busy betul derang ni agaknya. Bagi salam beberapa kali tapi tetap tak ada sapa yang jawab. Menyorok ke...atau memang tak ada dalam rumah.




Al-kisahnya kami datang menjenguk sebab penyew…

lagenda malaya, koperasi polis batu caves

Image
Malam tadi kami balik dari Kuantan, singgah rumah mak kat Bandar Ikan Patin dan about pukul 6.45 petang, kami gerak balik ke KL. Trafik sesak bermula dari RR Lanchang sampai la ke plaza tol Karak, disebabkan kerja2 mengalih dan membersihkan pokok2 yang tumbang akibat ribut. So, drag kat situ....gerak slow2 sangat. 




Sampai kat tol Gombak, perut dah berbunyi. Fikir2 nak dinner kat mana walaupun masa tu dah pukul 9.30 malam. Late dinner. SRK cadangkan satu tempat makan kat Batu Caves, Restoran Lagenda Malaya namanya. Akak dan anak dara follow jek. Hopefully tempat makan tu okay. Okay dalam mind kami ialah bersih, makanan sedap dan kedai tak berbau.
Alhamdullillah kedai ni nampak okay. Awal2 anak dara dah posing dengan t-shirt tok gajahnya. Peminat tegar team tok gajah tu.
Tak susah nak cari kedai ni, dekat taman koperasi polis, Batu Caves.




First time minum air barli susu, sedap rasanya. Biasanya akak minum barli suam yang biasa tu jek. Rasa macam okay...barli + susu, boleh try lagi nanti…

maggi sup ikan

Image
Pernah dengar maggi ketam kan...tapi pernah tak dengar maggi sup ikan? =))
Lepas2 raya ni macam heavy sangat perut ni nak makan nasi tapi still makan nasi juga, cuma kurangkan portion. Mahu taknya, time raya hari tu main makan apa saja, selagi ada stok makanan. Ketupat, lemang, rendang, pelbagai jenis biskut raya....semua akak makan. Bukan sebab nak balas dendam tapi semuanya teringin nak rasa. 
Bila masuk minggu ni, macam heavy dan boring. Teringin pulak nak makan maggi. SRK tak suka akak makan maggi kerap sangat. So...rasanya dah dua bulan tak makan maggi.





Lighting lari sikit kat foto yang bawah tu. 
Yang jadi maggi sup ikan ni sebab mulanya masak sup ikan. Lepas tu teringin nak makan maggi. Akak tumiskan bahan2 asas nak masak maggi dengan sup ikan. Lagi banyak sup ikan, lagi sedap rupanya. Masukkan juga perencah kari maggi tu, nak bagi rasa. At the end, tak terasa sangat perencah kari tu, lebih kepada rasa sup ikan. So, jadi la maggi sup ikan.....hehe.
Selamat mencuba!

ways to actually make money online

...Salam Jumaat kepada semua, semoga kehidupan kita sentiasa diberkatiNya. Just nak share apa yang akak baca di internet, moga dapat memberi manfaat ye :)


5 Real Ways to Actually Make Money Online
...and here is number 4 : blogging. Just for sharing.
4. Blogging Hey look, an article about making money online that doesn’t mention blogging. . . oh wait, here it is. First off, I’m a blogger so it seems wrong not to mention it, but more importantly, it’s a legitimate way to make money. It’s quite possibly the least straight-forward way on this list, but it’s very doable and it’s also quite possibly the funnest way on this list. I love blogging and I know hundreds of bloggers who feel the same. So let’s talk about making money blogging and what it really means.

Blogging is something that requires patience, persistence and discipline. It may mean writing everyday for over a year before you really start to see any money from it. There are exceptions to the rule, but from my dealings with othe…

hot spagetti

Image
Bila akak masak spagetti untuk kawan2 lama yang datang beraya kat rumah, SRK "sound" akak. Katanya ada ke masak spagetti, macam western la sangat...kurang sesuai dengan raya. 
Actually akak dah puas pikir nak masak apa untuk kawan2. Akak nak masak benda yang senang dibuat dan tak banyak guna bahan. Kalau masak mee kari or mee sup ke..memang jenuh la nak beli bahan2nya. Time2 raya gini, stok barang kat market pun licin. Pikir punya pikir, masak spagetti jek la, mudah kan.
One of my friends panggil spagetti ni, mee kari orang putih. Walaupun western gitu, tapi hampir semua kawan makan menambah. Tak rugi akak masak! Untuk masak spagetti ni, kita cuma perlu beli beberapa bahan jek > kuah ready made (mushroom), sosej, daging kisar, mushroom dalam tin, bawang besar, cili boh dan puri tomato. Bahan2 yang sebahagiannya dah sedia ada kat rumah kan. 
Mudah dibuat, sedap dimakan.

smiles of aidilfitri

Image
I am back to work. Mood makan kuih raya still heavy walaupun kuih raya dah tinggal habuk. Laku betul tahun ni. Alhamdullillah.
My kids paling happy during Aidilfitri, penuh kamera tu dengan gambo2 derang. Kejap selfie sana, kejap selfie sini. My youngest snap gambo setiap group tetamu yang datang. Dia suka buat kerja tu. Then lepas isyak, semua photos of the day transferred to PC. Macam2 aksi dan gelagat boleh tengok.
And...akak paling suka gambo derang kat atas tu. Senyum yang ikhlas yang lahir daripada hati yang gembira. Well done.





Ni satu lagi gambo yang akak suka. Lokasi kat rumah mak dan abah. Sangat nostalgia bila tiga beradik bertemu di hariraya, macam tak cukup mulut nak berborak. 
Dari kanan, my abah, adik abah dan adik abah juga. Kena simpan gambo ni untuk kenangan nanti. Orang2 tua time beraya bukan datang nak makan sangat tapi lebih kepada nak berjumpa dengan adik-beradik dan sedara-mara. 
Kalau akak pulak, dua2 nak. Jumpa nak, makan pun nak. Ngeee.....




salam aidilfitri eksklusif

Image
Semalam merupakan last entri tentang makanan dalam bulan puasa ni, shared apa yang patut dan terima kasih kerana sudi membaca blog yang tak seberapa ni. Segala kekurangan tentunya datang daripada diri akak sendiri dan pastinya segala kelebihan tu kepunyaan Allah SWT.
Syawal bakal menjelma, semoga Syawal pada kali ini disambut dengan penuh kesyukuran dan kenikmatan kerana kita merayakan Syawal atas sebab kemenangan kita menahan nafsu di bulan Ramadan. Menahan nafsu daripada lapar dan dahaga serta perkara2 yang tidak baik. Alhamdullillah dan tahniah kepada semua yang meraikan kemenangan ini.
Semoga kita bertemu lagi di entri seterusnya.
Luvs, always.

during weekend

Image
Our iftar on saturday. 





Akak masak nasi beriyani simple2 jek, ikut kehendak anak walaupun SRK tak berapa minat makan nasi beriyani time bulan puasa gini. Nak pulak time sahur. Muak katanya, memang betul pun. Tapi anak dara makan nasi beriyani macam tiga hari tak makan :)
Masak ayam masak merah, dalca ayam versi akak dan salad timun. Karipap tu SRK beli lima biji, tu pun tak abih nak makan. Rendang ayam tu kawan SRK yang bagi. Rezeki.




Nasi beriyani simple, kacang gajus pun takde nak bubuh dalam nasi. Nasib baik ada kismis. Ada stok perencah nasi beriyani brand Maggi, perencah serbuk tapi rasanya akak lebih suka perencah yang jenis paste tu. Lagi terangkat. Masak tiga pot beras, boleh makan sampai sahur.


Our iftar on sunday.




Mood balik kampung dah semakin menguasai diri...hehe. Masak murtabak megi jek petang semalam. Resepi mudah tapi sedap, kata anak dara. Lepas tu anak dara goreng keropok lekor favourite dia. Akak grill ikan salmon sekeping dan masak tomyam seafood. Tapi tomyam seafood…

kerabu tauge & siakap stim limau

Image
SRK ni kalau teringat nak makan dan masak sesuatu, tengahari lagi dah bagitau akak. Minta tolong akak beli tauge dan ikan selayang, teringin nak makan kerabu tauge katanya. Macam orang mengidam pulak. Nak buatnya tak banyak mana, beli tauge 25 sen jek kat kedai dekat rumah. Agaknya tauke kedai tu pun malas nak jual...hehe
Tapi ikan selayang nak lima ekor, nasib baik ikan selayang kecik2 jek. Kalau beso2, tak jadi kerabu tauge la...dah jadi kerabu ikan selayang + tauge :)




Makan dengan nasi kerabu pun ok ni, sebab terlebih ikan. Kerabu tauge ni totally SRK yang buat. Akak balik kerja tengok2 dah siap. Awal pakcik ni balik rumah. Tengok2 dia tengah duk belek2 buku 365 resepi. Amboiii...bukan main lagi.
Overall, sedap kerabu tauge yang SRK buat ni, cukup rasa semua.  





Terperanjat jap akak bila tengok hasil ikan stim limau yang SRK masak. Biasanya dia masak tak jadi kaler macam ni. Semalam kaler dah tuko jadi oren, bulat mata akak...hahaha.
Sebelum tu dia suruh akak basuh + bersihkan ikan…

iftar hari ke-20

Image
Semakin hari semakin kurang idea nak memasak untuk berbuka puasa. Puas pikir nak masak apa. Banyak hari mesti ada lauk ayam sebab ada peminat ayam kat rumah. Takde ayam macam tak selera nak makan budak tu.
Dalam2 buntu nak masak tu, siap la juga beberapa jenis lauk dan sayur. Alhamdullillah rezeki kami sekeluarga walaupun tak mewah macam orang lain. Cukup makan sampai ke sahur.




Sayur ni masak last sekali lepas masak lauk lain sebab makan panas2 la sedap. Ada sikit hati dan mempedal ayam, campur jek dalam sayur goreng ni. Cauliflower, one of my favourite. Campurkan dengan kacang buncis dan lobak merah. Done.




Baru ni beli sotong rendam sebab anak dara suka makan. Selain daripada masak pedas, akak takde idea nak masak apa sotong ni. This time anak dara request ummi yang masak sotong berlada sebab abahnya macam kureng terer sikit kalau masak lauk-pauk berlada gini. Sekejap jek masak sotong ni. Done.





Ehem, gulai ayam masak lemak cili api ni, SRK yang masak. Ini salah satu favourite SRK se…

kerabu mee hoon

Image
Punya la terpengaruh dengan program masakan Ketuk2 Ramadan, SRK terus plan nak buat kerabu mee hoon. Kena pulak artis jemputan yang memasak hari tu ialah Izzue Islam, oghe kelate. Oghe demo. Macam nak meleleh air liur tengok Izzue masak kerabu mee hoon, nampak memang sedap.






Bahan2 nak buat kerabu mee hoon ni agak banyak tapi kita cuma perlu hiris2 jek dan gaulkan dengan mee hoon, tak perlu nak masak ke apa. Cuma mee hoon jek yang kena celur bagi lembut. Bahan2nya udang kering, daun saderi, daun limau purut, bunga kantan, cili api atau cili besar, daun ketumbar, pes tomyam dan garam. Tapi SRK tambah lagi bahan iaitu timun jepun dan buah tomato.
Bahan yang berdaun, hiris semua halus2 termasuk la cili, timun jepun dan buah tomato. Udang kering di sangai terlebih dahulu dan tumbuk sampai hancur. Gaul semua bahan tu sebelum digaulkan dengan mee hoon.





Dah gaul tu, rasa la masin masam dan manisnya. Opppsss...time puasa gini, camna nak rasa kan.. :) In Shaa Allah dah biasa memasak, dah tau b…

sandwich telur & mee goreng

Image
Entri tertunda lagi. Tak sempat nak update. Makin busy dengan hal2 personal..hehe.




Bersempena Nuzul Quran yang lalu, anak dara akak ada inisiatif nak buat sendiri sandwich telur. Okay, good effort kan. Bukannya susah sangat nak buat sandwich telur. So, akak tolong potongkan roti, potongkan timun dan potongkan buah tomato. Aikkk...semua ummi dah potong, macamana nak mengaku semua buat sendiri kan :)




Rebus telur terlebih dahulu, rebus sampai jadi keras. Macam telur yang orang bagi kat kenduri kawen tu. Kupas kulit telur dan hancurkan telur dalam mangkuk. Bila dah hancur, masukkan mayonis tapi this time we all guna thousand island. Tu yang nampak kaler oren kan. Taburkan serbuk black pepper, kalau suka...tabur banyak sikit.  Kacau semula bagi sebati dengan telur dan mayonis tadi.
Dah sebati, boleh la sapukan butter atau margerin atas roti. Akak guna butter, prefer butter. Sapukan bahan2 telur + mayonis tadi. Susun timun dan buah tomato kat atas telur. Siap!
Memang sesuai la budak form o…

sotong goreng kunyit & mushroom goreng

Image
Dah lama tak beli sotong sebab setiap kali pergi pasar, tengok sotong macam tak fresh. Derang campur dengan sotong lama, lembik dan cepat busuk gayanya. Tak lalu nak beli. Lepas tu harga sotong kena tengok juga, tak ada yang murah. Kena pandai2 la buat pilihan.




Ini iftar 16 Ramadan lalu, buntu nak masak apa. Tapi berulang juga masak kari ayam sebab ada peminatnya. Akak masak ala kadar jek, masak tak banyak...ikut bilangan rakyat yang ada kat rumah. Ikut pusingan jam, sotong goreng kunyit, kari ayam, sayur goreng bunga kobis dan mushroom goreng. 




Sotong goreng kunyit pun mudah nak masak. Cuma perlukan bawang besar dan sebelum tu gaulkan sotong dengan kunyit dan garam terlebih dahulu. Panaskan minyak dan goreng la sotong hingga setengah masak. Masukkan bawang besar yang telah dihiris bulat2. Goreng lagi sotong tak melebihi dua minit, untuk mengelakkan sotong jadi liat.




Owh...yang ini memang dah lama tak buat, mushroom goreng. Asalnya akak belajar makan benda ni waktu akak bekerja kat K…

sup ayam

Image
Pada akak, sup adalah satu masakan yang paling mudah kita buat. Campak2...tumis..bubuh air, boleh tinggal dan buat kerja lain. Tak perlu nak menung tunggu tepi dapur sampai sup masak.
Sup ayam ni anak dara yang request, katanya dah lama ummi tak masak sup ayam. Dia memang suka sup ayam. Tumiskan bahan2 sup macam biasa dan masukkan ayam. Bila dah mendidih, masukkan kentang dan leek. Akak bubuh kiub pati ayam sikit, bagi ada rasa. Garam jangan lupa bubuh ikut citarasa masing2. 




Jarang akak masak sup ayam guna sup bunjut kecuali kalau nak masak sup tulang. Semua guna bahan2 ori jek. Kuah sup tu jadi macam gitu, tak jernih sebab akak basuh ayam guna tepung gandum. Dan sisa2 tepung gandum tu still ada sikit2 kat ayam. So, jadi la gitu. Kalau suka, boleh tabur bawang goreng tapi akak kurang minat bawang goreng.
Lawak la kan kalau ada orang cakap susah nak masak sup ayam. Tak sampai 15 minit dah siap :) 

daging masak berlada

Image
Ini bukan daging goreng kicap tapi daging goreng berlada. Cuma akak bubuh sikit kicap manis. Ini antara lauk favourite anak dara akak, dia boleh ratah sampai abih...kalau dia nak. Gitu la budak2 kan. Stok daging still ada dalam peti ais. SRK dah masak daging goreng beberapa hari lepas, so akak masak something else la pulak.
Tumiskan bawang putih, bawang merah dan cili kering yang telah dikisar. Tumis dengan halia sekali sebab halia ni penting untuk kurangkan rasa lembu tu.. :). Bila dah naik minyak sikit, masukkan daging dan biar la sampai daging tu masak dan empuk. Bubuh leek, cili api (optional), hirisan bawang besar dan sedikit kuib pati daging. Kacau2 lagi sehingga semuanya masak.




Bubuh kicap manis dan sedikit garam. Akak suka bubuh kicap manis sebab nak ubah sikit warna dia dan nak ada rasa manis sikit. Siap untuk dihidang.
Kalau suka lebih pedas, tambahkan bilangan cili api tu. Akak memang suka makanan yang pedas2 terutamanya waktu makan sahur, selera boleh maintain gitu. Kalau…

singgang ikan selayang & bak choy

Image
Tengahari semalam tetiba teringin nak makan singgang ikan yang SRK buat. Walaupun singgang versi Terengganu dia ni berbeza dengan singgang ikan yang mak buat, tapi still okay. So, terus call SRK, minta belikan ikan selayang dan petangnya boleh masak singgang. Mengidam ke?, tanya SRK. Aisshhh...tak kuasa!




Pukul 7pm baru nak masak singgang sebab SRK lambat balik. Akak tolong siang ikan jek, selebihnya SRK yang buat. Sejuk hati tengok cik suami sporting nak masakkan singgang. Bahan2nya macam biasa jek, bawang putih, bawang merah, kunyit hidup, lengkuas, lada kecik, asam keping. Rebus jek semua bahan2 tu termasuk ikan. Kalau dapat ikan selayang yang gemuk2, lagi best.




Bila dah berbuka, yang banyak makan nasi bukan akak..tapi SRK ler. Sebab dapat makan ikan singgang dengan budu, menambah nasi dibuatnya. Puashati. Budu tu import daripada Kelate.




Masak bak choy sikit, buat pelengkap juadah. Masak yang simple jek. Tumis bawang putih dan halia, masukkan sos tiram dan kiub pati ayam sikit. The…

roti goreng bawang

Image
Ini sebenarnya sesuai untuk breakfast tapi disebabkan bulan puasa, akak masak untuk berbuka. Berbanding dengan makan kuih-muih, makan roti goreng bawang ni lagi kenyang.
Potong sekeping roti kepada sembilan bahagian, terpulang nak berapa keping roti. Tiga keping dah okay kot. Rendamkan roti dalam telur yang telah dipukul. Tumis bawang merah dan lada merah (kalau suka) dengan menggunakan mentega atau butter. Bila dah naik bau, masukkan roti tadi. Kacau hingga telur tadi agak masak dan kering.
Tuangkan sos cili ke atas roti dan gaul hingga nampak sos menjadi kering. Siap untuk dihidang. Ini resepi warisan keluarga akak. Akak suka letak bawang merah banyak2, best.
Roti goreng ni memang tak ambik masa yang lama untuk kita masak. Kalau nak breakfast nanti dengan roti ni, memang sempat sangat nak masak.

daging goreng & ayam masak kari

Image
Bila masuk hampir setengah bulan berpuasa, kadang2 automatik datang mood malas nak memasak. Ada la wujud sehari dua kan. Tapi still tak selera nak beli lauk-pauk kat bazar ramadan. Dengan harga yang mahal dan tak tahan lama, tak boleh simpan lauk-pauk beli ni sampai ke sahur, mesti basi.
Tapi kan, bertuah punya suami yang sporting. Akak tak payah bagi signal ke apa...dia terus masuk dapur, terus masak. Woha! Tqvm suami.




Kalau ada stok daging dalam peti ais, ini la masakan favourite yang SRK masak, daging goreng ala Terengganu. Beli daging import jek tapi agak lembut bila dah masak. Dah banyak kali kot tepek daging goreng kat sini tapi takpe...siaran ulangan pun okay :)
SRK rebus dulu daging tu sampai airnya hampir kering. Bila dah nak kering tu, ketepikan daging dan bubuh minyak kat tengah2 kuali tu. Bila minyak dah panas, kacau daging tu, masukkan bawang besar dan cili hijau. Bila dah nak masak tu, masukkan sos tiram dan sedikit garam kalau daging still tak masin. Kalau suka, boleh …