Tuesday, May 26, 2015

it's my life


Tak sempat nak mengupdate, internet pun slow macam siput kalau kat rumah.

Sejak dua menjak ni, rutin akak hampir setiap petang ialah menjadi tukang lepak kat Tasik Titiwangsa. Jadi tukang lepak sebab tunggu anak dara selesai berlatih main kayak. Tak lama lagi muscle pun timbul kat lengan anak dara...sado ... =))






Pemandangan kat Tasik Titiwangsa dalam pukul 7 petang. Time ni still ramai orang berjogging, main basikal dan bersantai2. Dan ramai juga couples yang still melepak kat sini, senang nak duduk sebab banyak bangku disediakan :)




Hajat hati nak snap gambar fountain tapi tak clear la pulak. Masa ni tengok keadaan kat area Genting Highlands dah gelap nak hujan. Masa ni punya la berharap hujan tak turun kat area tasik ni sebab anak dara akak masih berkayak kat tasik.




Itu la nampak dari jauh, group kayak derang. Derang ni under Kelab Kayak KL, dilatih setiap hari untuk jadi professional, In Shaa Allah. Coach derang pun senior form 5 kat sekolah yang sama tapi ada juga la coach yang lebih senior. Anak dara warning tak bagi ummi dia datang tengok dekat2 sebab bimbang tak boleh nak fokus...hehe.





Cerita hari Sabtu, bawak anak dara ke Klebang untuk survey tempat kursus. Sempat singgah beli coconut shake yang femes tu katanya. Nasib kami memang baik sebab baru ada empat orang yang tengah beratur nak beli. So, tak perlu nak Q lama2. Tapaw je sebab baru lepas makan nasi dengan asam pedas kat Tanjung Kling. Marbeles betul asam pedas Melaka.





Petang Ahad menerjah ke KL Festival City sebab stok barang dapur dah empty. Bawang2 pun dah abih semua. So...ajak SRK ke Econ Save kat situ. Sambil2 tu cuci mata, Tapi dalam2 cuci mata tu, grab juga perfume dua botol. Kat kedai atas tu memang jual murah2. Mujur tak ada wedges yang cantik, kalau tak mesti akak dah beli.





Dah shopping kat Econ Save, perut pun dah bunyi lain macam. Untuk alas perut, makan dulu roti cheese nan + ayam tandoori. Ini favourite anak dara. Kalau makan roti bun dengan sup kambing pun sedap kannnnn...

It's my life during weekend. Plan nak temankan anak dara main roller blade tak kesampaian. Maybe next time.








Wednesday, May 20, 2015

the voice finale







The Voice.

Ini la satu2 nya program realiti yang akak memang follow kat astro channel 701 bermula daripada season 1 dulu. Memang tak nak miss. Suka tengok talent derang ni yang memang wow sangat. Suka juga tengok cara mana juri2 atau coaches bagi komen, jarang sangat atau tak pernah kot bagi komen yang negatif biarpun masa blind audition. 99% komen yang positif walaupun peserta nyanyi macam entah apa. 

Tak perlu guna rotan atau menjerit2 untuk didik protege untuk jadi singer. Cukup sekadar ada chemistry diantara coach dengan protege, pemilihan lagu yang sesuai dan memahami susunan muzik yang sesuai. 

Malam tadi sempat tengok empat finalis ni buat performance, akak paling suka Joshua...yang kanan sekali. Negro tu pun best, tone suara tinggi but she's only 16!

Malam ni umum keputusannya. Happy watching bagi yang minat program ni :)).

Monday, May 18, 2015

asam pedas ikan talapia dari Tasik Banding


Baru2 ni my brother pergi memancing kat Tasik Banding, pergi dalam 30 orang. Memang happening derang ni kalau dah minat memancing. Hasilnya dapat la banyakkkkk ikan. Ikan tasik ni memang lain sikit rasanya berbanding dengan ikan sungai. Separuh daripada hasil tangkapan dibawa balik ke kampung. Merasa juga mak abah makan ikan sungai, paling banyak ikan toman.





Haaa...engko, gambar periuk sekali akak snap :). Kebetulan sangat Sabtu lepas balik kampung, stok ikan toman dan ikan talapia dari Tasik Banding masih banyak kat rumah mak....so merasa la kami makan asam pedas ikan talapia. Memang mebeles la mak akak masak, bertambah nasi dibuatnya.

Mudah betul mak akak nak masak asam pedas, bunga kantan dan daun kesum ambik je kat luar rumah tu, ni yang untungnya kalau tanam sendiri. 

Best sangat rupanya makan asam pedas ikan talapia dari tasik ni, tak bau tanah macam ikan talapia sungai. Kalau bakar pun sedap. Isi ikan talapia tasik lembut sikit rasanya daripada talapia sungai yang biasa akak makan tu. Resepi nak buat asam pedas sama aje dengan resepi asam pedas ikan parang atau ikan2 lain. So, no need la kot nak share kat sini.

Lagi best kalau pakai cili boh yang kita buat sendiri, baunya pun lain bila menumis.

Friday, May 15, 2015

singgang daging by SRK






SRK masuk dapur lagi sebab petang semalam pukul 5, dia dah tercegat kat rumah. Akak pulak pukul 6.30 baru sampai rumah. Ada beli tulang lembu sikit kat pasar malam baru2 ni, so SRK cadang masak singgang tulang. Akak dah pernah juga masak singgang tulang ni tapi macam tak "kick", tak macam SRK masak. Hmmm...mengaku kalah.






Sampai kat rumah petang semalam, singgang tulang dah siap masak. Buka pintu je dah bau semerbak, Alhamdullillah. Resepi singgang tulang ni SRK dapat daripada mak dia, pure punya. Orang sebelah pantai timur...sebelah Kelantan Terengganu nun, memang selalu masak singgang tulang ni. Banyak kali juga SRK share resepi ni tapi akak macam tak reti2.. =).

Mungkin tempoh didihnya tak sama atau kehalusan bahan2 tumbuk ke...entah la. But it's ok, SRK kan ada nak masak...





Rasanya dah pernah share resepi ni tapi takpe la, siaran ulangan. Alangkan astro asik tayang siaran ulangan walaupun kita bayar tinggi, ini kan pulak resepi yang free ni kan.

~ tulang lembu
~ bawang merah
~ bawang putih
~ halia
~ lengkuas
~ ketumbar
~ asam keping
~ garam


Rebus dulu tulang lembu tu dalam 2 jam atau sampai empuk. Kalau banyak tulangnya, ada 3-4 jam rebus. Halia, lengkuas dan ketumbar tu tumbuk lumat, pastu masukkan dalam periuk tulang lembu yang telah direbus tadi. Bila bahan2 dah agak sebati dengan kuah, masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah dimayang halus. Tapi this time SRK tumbuk sekali bawang2 tu dengan bahan2 lain. Nak bagi kuah pekat.

Masukkan asam keping, ikut tahap masam yang kita nak. Petua mak akak, asam keping kena bubuh dalam bilangan ganjil supaya masam tapi tak sakit perut. Bubuh garam dan rasa la masinnya.

Kalau kita suka pedas sikit, tumbuk sekali cili kering dengan bahan2 tadi. In Shaa Allah singgang tulang ni sedap dimakan. Boleh la cuba.

Monday, May 11, 2015

my little green garden


Selalu orang kata monday blues tapi akak kalau nak feeling blue or blues pun, tak kira hari apa. Mood kat tempat keje bermula daripada mood kat rumah. Kalau bangun pagi2 dah ceria, In Shaa Allah masa kat ofis pun ceria juga. Monday blues sebab dah cuti dua hari? Rasanya cuti tak macam cuti. Tak cukup dua hari nak settlekan keje2 kat rumah.



BEFORE


End of last year, akak dapat pokok ni foc, dengan pasunya sekali foc. Terima kasih la banyak2 kat si pemberi. Lawa pokok bunga hijau tu, sebab tu akak tertawan. Dengan harapan akak dapat menjaga pokok tu dengan baik sebab akak bukan jenis "tangan sejuk", tanam pokok apa pun terus hidup subur.





AFTER

Selepas beberapa bulan, ini la rupanya pokok yang dihadiahkan orang tu. Elok je dia hidup menjalar kat balkoni rumah akak. Mula2 letak dalam rumah, pokok ni dah macam nak mati, daun2 macam layu je. Lepas tu SRK cadangkan letak kat balkoni rumah tapi jangan letak kat tempat yang direct dengan cahaya matahari.

Hari2 akak "bercakap" dengan pokok ni dan siram dengan air je. Tak de pulak cadang nak beli baja pokok bunga ke apa. Actually SRK cakap akak dah buang tebiat sebab tetiba ada mood nak tanam pokok bunga. Haishhh.

Sebab nak bagi pokok bunga yang satu berkawan, last week cuti panjang balik kampung, minta dengan mak pokok2 bunga dia. Cepat aje pokok2 ni "membesar".

Nyaman juga ye sekali-sekala tanam pokok2 bunga yang menghijau, sejuk mata memandang :)

Friday, May 8, 2015

ayam masak merah by SRK








SRK memasak lagi...woha!

What do you expect if your husband rajin memasak? Akak suka..hehe..Tak payah nak suruh2, terus aje ke dapur.

Tapi menu biasa2 aje, makan berdua + anak dara sorang, bertiga. Akak dan anak dara makan jarang menambah nasi pun. Yang makan banyak, SRK ler. Kalau ada ulam timun, mesti ada budu. Wajib kot. Sementara stok budu still ada kat rumah. Ikan kerisi pulak memang sentiasa akak beli sebab itu la salah satu ikan yang anak dara makan. Beli ikan siakap, ikan selar...tak makan. Memilih juga dia. Nasib baik makan ikan patin.

Actually SRK lebih expert masak jenis kari2 gitu. Jarang dia masak ayam masak merah ni. Tapi bila masak, boleh makan juga. Tak ada masalah. Thank you SRK =).

Menu makan kat rumah akak selalunya simple aje, jarang la penuh meja makan gitu sebab bimbang membazir. Rakyat tak ramai.





Wednesday, May 6, 2015

manjakan muka - cc cream & mask







Bila umur dah masuk 40an ni, mula la sibuk nak menjaga muka, seboleh-bolehnya tak nak ada jeragat dan jerawat. Biar muka nampak bersih. Dulu2 jaga juga tapi akak pakai cleanser biasa je sebab muka akak jenis kurang bermasalah. Jerawat timbul sekali-sekala je. Jeragat pun boleh katakan tak ada. So pakai cleanser pun dah memadai. Tapi sekarang ni pakai cleanser je tak cukup. Jeragat dah mula hinggap sikit2, mungkin disebabkan faktor umur dan selalu kena pancaran matahari.

Dulu2 pakai bb cream maybelline punya, boleh la pakai...agak serasi dengan kulit. Lepas tu tukar kepada bb cream brand avon. Kulit macam ok tapi still oily sebab kulit muka akak memang cepat sangat berminyak. Kalau pakai bedak pukul 6.50 pagi, pukul 8 pagi tu dah mula berminyak. Boring juga. Now akak tukar pulak pakai cc cream. Amende la cc cream ni...jenuh membaca kat websites sebab nak tau fungsi dia dan yang paling penting nak tau hasil pemakaiannya.

Jom kita baca sikit2 info tentang cc cream ni...


Krim CC adalah satu istilah pemasaran yang dicipta di tengah istilah pemasaran Blemish Balm krim atau Beauty Balm. "CC krim" digunakan oleh sesetengah jenama yang bermakna krim Kawalan Warna (Color Control), atau, beberapa jenama menyatakan bahawa CC cream adalah untuk mengurangkan kemerahan kulit atau warna kulit yang pucat atau untuk meningkatkan tona kulit muka yang tidak sekata. Kedua-dua krim BB dan CC adalah pelembap gelap yang mengandungi perlindungan matahari (uv protection).

Sesetengah jenama menggelarkan cc cream ini sebagai bedak asas (foundation). Beberapa jenama yang popular mengeluarkan cc cream ialah Chanel, Loreal, Olay, Clinique dan Rachel K dan Mary Kay Cosmetics . CC cream merupakan pembaharuan daripada BB cream.


Mula2 akak survey cc cream SimplySiti, mana tau kot2 sesuai dengan kulit muka akak. Produk SimplySiti ni dari Korea. Korea banyak buat kosmetik guna flowers je, sebab tu satu masa dulu BB cream dan CC cream ni popular kat Korea. Tengok muka artis2 Korea semua licin..cantik..gebus gitu. Muka yang oily macam muka akak ni sesuai dengan produk yang berasaskan air. 

Cleanser memang akak guna SimplySiti, baru je tukar daripada Safi Rania Diamond. Actually Safi Rania Diamond tu ok je dengan muka akak tapi still oily. So, try SimplySiti pulak. So far so good. 

At last cari CC cream, akak decided beli CC cream pure beauty, juga produk Korea, alcohol free. Lembut je tekstur cream ni. Kalau dah pakai CC cream ni, tak perlu dah pakai bedak tapi akak pakai bedak juga. Sekali-sekala manjakan muka dengan mask, biasanya akak pakai mask mentimun, sejuk je muka lepas pakai. Sejuk rasa sampai ke dalam dan muka rasa macam lembut gitu =)). Pakai mask ni kalau kita malas nak pergi buat facial ke apa kan. Buat je la apa yang patut kat rumah. Janji ada.

Entri ni just for sharing je...akak tau uolls lebih hebat dan maju dalam menjaga muka kan :) 

Tuesday, May 5, 2015

lempeng kampung



Entri selepas cuti empat hari. Mood cuti memang ada lagi tapi apa kan daya. Seronok eh dapat cuti lama kan, boleh manja2 kan diri, boleh balik kampung jumpa mak abah dan sedara-mara (sebab banyak kenduri kawen, aqiqah dsb.). Syok uolls.

Akak malas nak hadap trafik yang sentiasa sesak kat karak hihgway, pantang ada cuti sikit. Even during weekend pun sesak juga kekadang. So..relax2 dulu kat rumah, settle kan apa yang patut dulu, baru balik kampung.





SRK yang ajar akak makan lempeng dengan sambal tumis ikan bilis. Kalau dulu2 buat lempeng manis dan makan gitu je, tak ada nak cicah dengan apa pun. Sambil tengok tv, makan lempeng manis. Nikmat.

Tapi sekarang anak2 pun dah tak nak makan lempeng manis, nak lempeng  cicah dengan sambal tumis ikan bilis. Kalau abah yang masak, lagi best kata anak2. Okay je. Tapi yang ini versi ummi, ok. Selalu buat lempeng untuk minum petang tapi sebab tak apa nak masak untuk breakfast, melainkan ada saki baki tepung gandum, maka jadi la lempeng ni. Cincai je la makan untuk breakfast kan. Ala2 kampung gitu.

Mudah sangat buat breakfast lempeng ni, kalau ada orang bujang yang tak reti dah nak masak apa, bancuh la tepung gandum + telur + air untuk dijadikan lempeng ni. Dah kacau molek, panaskan ceper (kuali leper) untuk proses memasak. My fren guna magic pan untuk masak lempeng, elok je jadinya.

Nak buat sambal tumis ikan bilis pun tak susah mana. Tumiskan bawang putih, bawang besar dan cili boh sampai garing sikit. Masukkan ikan bilis (akak suka guna ikan bilis halus sebab malas nak buang isi perut dia...), air asam jawa, gula, garam. Ada yang suka goreng dulu ikan bilis tu, its ok, boleh juga. Dah masak dan sebati semua, rasa la masin dan manisnya. 

Siap breakfast.



mee kari chinese style

Semalam, tengahari lagi dah plan nak masak mee kari chinese style. Entah ler, tetiba teringin nak makan. SRK dan anak2 pun setuju ta...