Posts

Showing posts from March, 2015

tudung saji dari sabah

Image
Pernah tengok tudung saji yang macam ni? Kalau kawan2 ofis akak, memang familiar la dengan tudung saji ni. Tudung saji ni made in Sabah. Orang tempatan Sabah yang membuatnya sendiri. Agak berbeza daripada tudung saji yang diperbuat daripada mengkuang. Anyamannya rapat2, susah lalat atau langau nak masuk.





Yang ini lain sikit designnya tapi fungsinya tetap sama. Dianyam agak tinggi daripada yang atas tu, rasanya lebih sesuai untuk menutup mangkuk2 makanan. Ada dibuat pemegang kat sebelah atas macam tudung saji biasa. Menarik kan.





Adakah ini pun tudung saji? Atau topi? Tapi ini pun tudung saji orang Sabah, very colourful. Pembuat produk2 ni muda2 lagi u olls. Memang kreatif kan.
Kalau u olls nak beli tudung2 saji ni, jangan lupa datang ke Kompleks Kraf KL, sempena berlangsungnya Hari Kraf Kebangsaan 2015. Harga tudung2 saji ni memang berpatutan dengan usaha untuk membuatnya. Bukan senang kan kita nak dapatkan produk2 dari Sabah. So, this is the time.
:)

tutti frutti lepas GST

Image
Dah lama tak bawak anak2 makan tutti frutti sebab biasanya anak2 akan jadi excited bila pergi tutti frutti. Kopak purse akak. Tapi last day cuti sekolah hari tu, bawak la juga anak2 ke situ. Tambah lagi si adik dah banyak kali sangat cakap nak makan, kesian pulak akak tengok. 
Dah agak, bila sampai situ, budak2 ni terus capai mangkuk dan mula mengisi itu dan ini. Tak boleh nak kontrol dah gayanya. Harus kopak purse akak =).



Haaa...tu yang akak sendiri ambik. Ambik laici sebijik dan longan sebijik. Ada dua biji aje dah berat...timbang2 harga RM11.00 lebih. Dah kira GST gamaknya tutti frutti ni, mahal betul. Kalau penuh satu mangkuk tu, mau kena bayar RM30.00.
Anak2 dah senyum belaka sambil menyuap, tak tunggu ummi derang dah. Abih la dekat RM50.00 untuk tiga mangkuk. Tak dapat bayangkan kalau orang yang ada anak 6-7 orang. Satu mangkuk RM11.00, kali dengan tujuh mangkuk. Makkkkkk aiiiii....makan aiskrim je dah nak abih seratus ringgit.
Tu belum lagi kena GST. Kalau dah lepas GST, maks…

jakel happy hour

Image
Ramai dah kawan2...sedara-mara pakat pergi wisma jakel. Semua cerita macam excited semacam :). Jumaat lepas during lunch hour, akak pun 'berjaya' tiba di Wisma Jakel...niat hati nak cari kain yang murah2 dulu untuk test skill tailor baru. Kalau upah tailor guna kain mahal, nanti baju siap..kalau tak best nak pakai, rasa terkilan pulak. Jadi beli kain murah dulu.
Apa nak kata, masuk je kat Jakel....kebetulan sungguh, jakel nak buat happy hour.  Maka makcik2 pun happy la =). One salesgirl for one customer, itu konsep yang Jakel buat. Salesgirl ni akan entertain sorang customer sampai customer tu abih shopping. I loike.

Rambang mata bila dah masuk situ. Time happy hour, memang berlaga2 montot. Masing2 nak cari yang berkenan di hati, dengan harga yang berpatutan. Niat akak pun dah berubah. Daripada nak cari kain yang murah, terus tukar fikiran beli kain untuk tempah baju raya. Yes!!





Jenuh nak memilih kain nak buat baju raya, kejap ke sana, kejap ke situ. Letih budak salesgirl tu …

kiwi ganti fiber instant

Image
Akak suka makan buah kiwi sejak terjebak makan kat hotel2 ni. Kalau makan kat hotel mesti ada kan buah kiwi. Kat KL ni kalau tengok harga buah kiwi, kus semangat. Boleh tahan mahalnya, macamana nak makan banyak2... ;)
Bila balik kampung halaman, tengok pulak harga kat sana. Hmm...lebih murah rupanya. So selalu 'borong' buah kiwi kat kampung je. Banding dengan kiwi hijau, rasanya kiwi kuning lebih sedap, pada pandangan akak la. Tapi sebab kiwi kuning ni kadang2 ada, kadang2 tak ada, so rembat je kiwi hijau.
Akak ada masalah penghadaman, atau dalam erti kata lain sistem penghadaman tak stabil. Dulu2 akak makan fiber serbuk. Setiap malam minum satu gelas fiber, lepas tu pagi2 buta engko tak menyempat nak ke toilet. Semua toksin keluar terus. Tapi dah tak larat nak minum fiber tu, tak boleh nak kontrol =)).





Menurut fakta yang akak baca kat internet, setiap hari dua hidangan buah kiwi dijadikan aturan baru dalam diet kita. Buah kiwi mempunyai banyak manfaat kesihatan, kaya dengan …

salad mudah dan cepat

Image
Lately SRK suka sangat buat salad versi dia sendiri, ganti sayur. Anak pun suka makan. Kalau akak masak sayur, kebanyakan sayur memang SRK tak makan. Entah dia dapat idea dari mana, akak pun tak tau tapi dalam seminggu, dua tiga kali juga la makan salad buatan SRK.
Bahan2nya mudah sangat, samada nak bubuh ayam ataupun sotong tapi akak prefer sotong, lebih sedap. Potong kecik2 dan rebus sekejap. Kalau guna ayam, rebus la sampai empuk ayam tu. Kalau guna sotong, rebus not more than two minutes. Kalau lebih, sotong jadi liat. Tapi untuk buat salad ni, rebus sotong dalam seminit pun dah memadai rasanya. Sotong dah lembut.
Bahan lain, bawang besar atau bawang merah, timun jepun, buah tomato, cili api dan limau kasturi. Bawang, timun dan tomato tu boleh racik kecik2. Gaulkan semuanya dengan sotong atau ayam tadi. Perah limau kasturi dan bubuh sedikit garam. Dah siap, mudah kan. Kalau suka, boleh hiris halus2 kacang panjang atau kacang botol. Pun sedap,
Ni salah satu cara nak suruh anak2 ma…

i miss my previous house but...this is my life, now

Image
Dulu akak duduk kat Bandar Puteri, Puchong since Januari 2011 until November 2014. Duduk kat tempat yang penuh dengan komuniti cina dan india..dan ...bangla...dan nepal..dan negro. Huh. Near also to Hatyai Malaysia. Huh again. Tapi akak rindu betul dengan rumah lama. Privacy dan well maintained. Ada garaj kereta, dapur rumah agak luas. Ada stor dalam rumah, bilik air pun cantik mozeknya...hehe. Walaupun balkoninya agak sempit tapi rumah tu memang menarik. Swimming pool yang luas dan cantik, ada bangku rehat sepanjang pool, ada ruang untuk bbq. Hmm... (walaupun akak tak pernah pun buat bbq...kikiki..).
Teruk betul bunyinya kan, macam ada kesalan. Tapi bila fikir pasal kos yang terpaksa ditanggung untuk ulang-alik pergi kerja, everything is back to normal =)). Now dah duduk kat KL, dah dekat dengan ofis, dekat dengan sekolah anak, dekat dengan ofis SRK. Boleh skodeng SRK at anytime and boleh lunch together with SRK walaupun tak dapat hari2. 


Dekat sikit nak drive balik kampung, boleh s…

After 18 years, this is my loves

Image
After several years, this is my love. Sekejap je rasanya, baru lagi rasanya budak2 ni lahir. Sorang lahir di Kubang Kerian, sorang lagi di Mentakab. Punya raut muka yang berbeza dan perangai yang sangat kontra. Selalu 'bergaduh' kalau berjumpa tapi sering merindu jika lama terpisah. Teringat macamana akak dan SRK berebut nak bubuh nama anak2, akhirnya kedua2 nama pilihan didaftarkan. Waktu si kakak menduduki upsr, balik rumah komplen kat ummi sebab dia tak muat nak tulis nama kat kotak nama. Lucu.
Now, si kakak dah form 5, calon SPM tahun ni. Dah jadi senior kat asrama, dah remaja. Dah pandai pakai basic make-up. Kalau ummi pakai compact powder, dia pun nak compact powder. Dah memilih bila nak bergaya. 



Adiknya lahir di Mentakab, di hospital yang sama dengan umminya. Manja tersangat sebab tu kadang2 akak panggil dia "buntat".
* buntat = nama panggilan manja untuk anak bongsu or anak manja
Adik sangat aktif dan friendly sejak kecik. Suka tegur2 orang walaupun tak kena…