Saturday, February 14, 2015

Al-Fatihah TGNA


Terkesan dengan perasaan yang berbeza, amat berbeza sekali apabila mendengar berita pemergian Allahyarham TGNA bertemu Penciptanya pada malam Jumaat yang lalu. Sedih seperti ayah sendiri yang pergi.

Tidak pernah kenal secara peribadi, namun pernah bertemu secara kebetulan di bandar KB dan semasa program2 kerajaan diadakan. Unik kerana Allahyarham menjadi dirinya sendiri, tidak langsung mengangkat dirinya sebagai pembesar. Tidak juga berpakaian seperti pembesar2 yang lain.

Sehingga malam ini, perasaan sayu dan sedih tu masih bersisa di hati. Terasa kehilangan seorang 'ayah' yang sangat memberi aura kepada masyarakat yang faham perjuangan hidupnya. Jika tidak mempunyai aura, tidak mungkin berpuluh ribu manusia berpusu-pusu untuk menghantarnya ke perjalanan terakhirnya.

Innalillahirajiun. Dari Dia kita datang, kepada Dia kita kembali.     Al-Fatihah. Malam Jumaat adalah miliknya.

mee kari chinese style

Semalam, tengahari lagi dah plan nak masak mee kari chinese style. Entah ler, tetiba teringin nak makan. SRK dan anak2 pun setuju ta...