Thursday, July 17, 2014

kueteaw sup (versi akak)






Antara menu yang paling mudah nak masak ialah...apa2 yang berkaitan dengan sup, memang mudah. Tak ada nak guna banyak bahan yang leceh2...guna bahan apa yang ada dalam ice box aje pun dah ok. Nak pulak bila keluar dari ofis, sampai rumah dah dekat pukul 7.  Tapi kalau rumah dekat aje dengan ofis, banyak benda yang kita boleh masak kan...tinggal lagi rajin atau malas je =)).

SRK tak makan kueteaw. Bukan tak makan langsung tapi kalau ada pilihan lain, dia tak jamah pun kueteaw. Abah akak pun tak makan kueteaw...tak makan laksa...tak makan tempoyak...tak makan belacan...adeh...banyak betul pantangnya..




Tapi akak dan anak2 dara akak memang suka kueteaw. Tak kira la kueteaw goreng ke, kueteaw kungfu ke, kueteaw sup ke...semua suka makan. Anak2 memang mengikut betul apa yang akak makan. Akak suka mee, derang pun suka. Akak suka roti, derang pun suka =)).

Ok2...nak masak kueteaw versi akak yang nak cepat siap ni, memang mudah aje. Tumiskan bawang putih, masukkan hirisan ayam, beberapa ekor udang dan kacau lagi. Masukkan air dan biarkan hingga mendidih. Masukkan stok ayam dan sedikit perencah sup. Masukkan kueteaw dan sayur sawi bunga. Kalau suka, pecahkan telur dalam sup dan rasa la masinnya ye...

Bila nak makan, taburkan serbuk lada hitam. Yummy!!


#ramadhan ke15


Wednesday, July 16, 2014

brokoli + tofu lembut






Bulan puasa macam ni, macam2 teringin nak makan. Nampak itu..nak makan, nampak ini..nak makan. Tapi bila dah minum air dan makan kurma sikit, macam dah slow nafsu makan. 

Beli brokoli kat Giant baru2 ni, terfikir pulak nak masak dengan tofu lembut. Tengok orang lain masak macam sedap aje, so...akak teruskan niat.




Kalau beli brokoli, InshaAllah rakyat kat rumah tu semua makan. Semua suka brokoli. Lagipun brokoli kan banyak khasiatnya.

Goreng dulu tofu lembut tu hingga warnanya tukar keperangan. Tumiskan bawang putih, capsicum dan bawang besar. Masukkan brokoli, sos tiram dan sedikit air. Kacau sampai brokoli separuh masak. Masukkan tofu lembut yang dah digoreng tadi. Rasa la masinnya. 

 Kalau nak meriah lagi, campurkan lobak merah ke... Simple sangat kan.


#ramadhan ke13

Monday, July 14, 2014

fried seaweed noodle





Selalu goreng mee kuning biasa aje tapi kali ni cuba pulak goreng mee rumpai laut. Sebelum ni memang akak tak pernah masak mee rumpai laut ni sebab tak pernah jumpa kat malls. Tapi baru2 ni sebelum puasa, sekolah anak kecik akak tu buat open day, ada pulak orang jual seaweed noodle ni. So, akak pun beli, nak try masak. Macamana la rasanya kan.

Rupa mee ni sebelum dimasak ala2 macam mee siput gitu, keras (kering). Kena rebus dulu sebelum goreng. Mee ni macam spageti pun ya juga.




Orang yang jual mee ni pesan, kalau nak masak, masak la ala2 masak spageti tapi akak masak ala2 mee kuning biasa. 

Tumis semua bahan bawang putih, bawang merah dan cili boh, dan masukkan hirisan ayam dan kacau sampai ayam nampak masak. Masukkan kicap pekat, kicap masin, kicap manis, sos tiram, sos cili dan sos tomato serta garam. Bubuh air sikit dan bila dah mendidih, masukkan mee tadi. Masukkan juga sayur sawi atau kobis manis. Kacau la rata2 dan rasa la masinnya. Kalau suka, boleh pecahkan telur selepas ayam dah masak tadi. Siap untuk dihidang.

Tak ada rasa pahit kapur macam mee kuning tapi ada rasa rumpai laut sikit...dah nama mee rumpai laut kan. Elok untuk kesihatan.

p/s : satu paket ada 5 simpul mee...harga RM6.50 aje.

#ramadan ke-13

Wednesday, July 9, 2014

ayam masak halia





Anak akak memang suka makan ayam. Pendek kata dalam ice box tu mesti ada stok ayam. Kalau masak ikan, banyak kali masak, dia tak nak makan. Tapi ada juga ikan yang dia makan such as siakap, bawal, kerisi dan salmon. Amboiiiii...semua ikan yang harga mahal tak hengat...huhu.

Jadi, nak tak nak masak ayam la juga walaupun akak dalam proses mengurangkan makan ayam. Kekadang tak boleh nak elak tak makan ayam. Asal buat nasi ayam...kena juga makan ayam. Tapi so far alhamdullillah dah kurangkan sikit portion makan ayam.




Apasal ayam halia akak ni nampak macam pekat kuah dia ye...Akak guna bawang kisar, malas nak menumbuk bagai. Bukan malas tapi tak banyak masa nak menumbuk, bulan puasa ni masa cukup terhad. 

Tumiskan bahan2 kisar > bawang putih, bawang merah dan halia. Akak guna minyak bunga keluaran Felda tu. Memang sekarang ni guna minyak bunga kecuali goreng ikan dan ayam, still guna minyak sawit. Minyak bunga ni less cholestrol ok. 

Dah tumis bahan, masukkan ayam dan kacau2 la hingga ayam masak. Masukkan capsicum dan carrot. Kalau ada kacang panjang ke...atau sepupu-sepapat kacang panjang tu, boleh masukkan sekali. Masukkan sos tiram. Kalau tak masin lagi, boleh tambah garam. Siap untuk dihidang.

# ramadan ke-9
# ayam halia berminyak bunga sikit..terbubuh banyak...

Monday, July 7, 2014

sambal mangga









Musim buah mangga kat rumah mak masih lagi tak abih. SRK pulak asik komplen tak selera makan kalau tak ada sambal, tak ada yang pedas. Abah akak pun sama macam tu, mesti ada yang pedas.  

Bila nampak mangga melambak lagi kat rumah, apalagi...akak tumbuk cili api kampung tu dengan garam. Kemudian racik2 mangga tu dan gaulkan dengan cili yang dah ditumbuk tadi. Menu yang sangat simple tapi cuba makan dengan nasi panas, ikan goreng atau ikan kering goreng, buat sayur berkuah sikit, mesti terangkat. Mesti nak menambah nasi.

Lepas tu, SRK mengadu sakit perut pulak banyak sangat makan sambal mangga. Nasib la kan... =)).

#ramadan ke-9.






goreng daging kerbau





Dah lama akak tak beli daging. Bila weekend, akak balik kampung, dapat la cari daging kerbau. Suka daging kerbau berbanding dengan daging lembu. Sekarang ni harga daging kerbau RM22.00 sekilo. Tak tau la dekat2 nak raya nanti harganya berapa.

Dan...dah lama juga tak masak daging goreng ala SRK buat. Bila mak dah request, akak kena la buat kan. Lagipun seminggu sekali aje memasak dan berbuka puasa dengan mak dan abah. Hari2 keje, akak berbuka puasa ikut mana yang ada, mana yang sempat. Dah pernah sekali tak sempat nak masak sedap2 macam orang lain, akak masak cucur bilis aje...tapi itu yang menyelerakan =)).

Resepi daging goreng ni rasanya dah pernah post dulu2. So, boleh la selak entri2 lama untuk dapatkan resepi daging goreng yang tak seberapa ni. At least, petang ni dah ada idea sikit nak masak apa kan.

#ramadan ke-9.






Thursday, July 3, 2014

ikan patin berlada & buncis tumis + ayam





Cerita ikan patin temerloh tak habis lagi ni =)). Selain daripada masak gulai masam, ikan patin sedap juga digoreng, goreng berlada, masak asam pedas dan masak lemak cili api. Tapi sebab 'rakyat' kat rumah tu ada yang nak goreng berlada aje, maka jadi la goreng berlada aje. Senang sikit nak buat. 

Kisar semua bahan bawang putih, bawang merah dan lada. Tumis hingga masak, masukkan asam jawa Adabi, bubuh air sikit, masukkan stok ayam sikit, sos cili dan sos tomato...jangan banyak2. Masak hingga puashati rasanya. Jangan lupa goreng dulu ikan patin tu ye.






Hidup kurang bermakna kalau tak makan sayur tapi kadang2 memang tak ada langsung stok sayur dalam ice box. SRK dan anak dara akak memang kurang makan sayur, pilih2 nak makan. So akak masak kacang buncis ni memang akak sorang aje la yang pulun. 

Tumis bahan bawang putih dan bawang besar yang dah dikisar. Dah agak garing, masukkan hirisan isi ayam dan masak lagi hingga ayam tu nampak kekuningan. Bubuh garam dan kicap manis. Kalau suka, bubuh sos tiram dan stok ayam sikit. Done. Tak sampai 10 minit nak masak.


#ramadan ke-4

Wednesday, July 2, 2014

gulai lemak ikan baung + daun maman




Pokok Maman atau nama sainsnya Cleome gynandra adalah sejenis sayuran yang ditanam secara meluas terutama di Terengganu dan Negeri SembilanMalaysia. Ia juga ditanam sebagai sayuran di kawasan tertentu di Asia danAfrika
Malah dikatakan nama Kemaman adalah dari nama maman. Di Negeri Sembilan, di antara kawasan tanaman utama maman adalah di Gemencheh. Kawasan ini termasuklah Kg Sri Asahan, Pekan Gemencheh , Kg Gedok, Sg Dua, Gemencheh lama, Kg. Sungai Kepong higga ke kg Sg Salah, termasuk juga Gugusan Felda Rokan.

Dah lama tak masak sayur maman sebab macam susah nak jumpa, kena pegi pasar tani baru ada kot. Lepas tu ternampak pulak ikan baung...memang menarik sangat kalau digabungkan. Actually gulai ikan baung ni dimasak masa akak kat kampung. Kat kampung la boleh jumpa banyak benda, abah akak pun suka makan sayur maman ni.

Kalau sesapa yang ada singgah kat Temerloh, bandar ikan patin tu, ada deretan restoran kat hujung jambatan besar yang menyeberangi sungai Pahang tu...kat situ selalu ada menu gulai lemak cili api ikan baung tapi tak pasti seketul ikan berapa ye. Tapi yang akak beli ni, sekilo harganya RM35.00, boleh tahan kan.

Bahan2 nak masak ikan baung ni tak banyak mana. Santan cair, santan pekat, bawang merah (sikit aje ye..), cili api kampung (bagi rasa pedas kaw2 punya...), serai, kunyit hidup, halia (kalau suka), garam dan asam keping. Kunyit, bawang, serai dan garam tu ditumbuk halus. Gaul semua bahan tumbuk dengan ikan baung kat dalam periuk, masukkan serai sekali. Masukkan santan cair dan masak hingga mendidih. Bila dah mendidih, masukkan santan pekat dan asam keping serta daun maman tadi. Biarkan mendidih sekejap lagi.

Petua : Nak bagi daun maman tak rasa pahit sangat, basuh dengan air garam.

#ramadan pertama



Tuesday, July 1, 2014

gulai masam ikan patin temerloh





Asal masuk bulan Ramadhan je, mesti ramai nak buat entri pasal makan...pasal masak kan. Tapi, ok apa. At least boleh bagi idea pada kawan2 yang suka memasak. 

Akak mula puasa kat kampung, merasa juga mula puasa dengan mak dan abah. Kat kampung, beli siap2 stok ikan patin dan ikan sungai, memang favourite akak makan ikan sungai. So, bawa balik dua ekor ikan patin. Kalau bawa balik seekor macam tak cukup. 

Akak masak gulai masam ikan patin untuk sahur. Walaupun foto ni dah tepek kat instagram tapi nak tepek lagi kat blog =)). Nak masak ikan patin ni tak susah mana pun tapi yang penting bila basuh ikan patin atau mana2 ikan sungai ni, kena basuh betul2. Akak basuh ikan dengan air asam jawa + limau kasturi. Boleh juga guna limau nipis tapi jangan rendam lama2 dalam air limau ni sebab nanti rasa manis ikan patin tu kurang pulak. Ada orang tak suka makan ikan sungai sebab bau hanyir. Sebenarnya cara basuhan ikan yang tak berapa betul.

Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili api, kunyit hidup dan garam hingga hancur. Gaulkan dengan ikan patin dalam periuk. Bubuh daun kunyit dan daun kesum, kalau suka bubuh bunga kantan. Bubuh air dalam periuk dan jangan lupa bubuh asam keping. Nak menyengat bila makan, bubuh cili api banyak sikit . Masak la hingga mendidih dan ikan dah nampak masak. Kemudian, boleh la kecikkan api dapur dan biarkan mendidih sekejap lagi. Mudah kan.

Petang ni cadang nak masak ikan patin bakar pulak, magic pan kan ada!


#ramadan ke-2