Wednesday, December 24, 2014

Banjir : doakan yang terbaik


Beberapa negeri sedang dilanda musibah banjir. Sama2 la kita berdoa agar mereka yang sedang menerima dugaan ini sentiasa sihat dan selamat. 

Akak share beberapa gambar lokasi banjir di negeri Kelantan, Terengganu. Pahang dan Perak.


















































 Semoga mendatangkan keinsafan pada diri kita, bahawa kita sememangnya terlalu kerdil disisiNya.

Thursday, December 18, 2014

homestay @ ayer keroh



Akak suka juga stay kat homestay tapi jarang2 dapat stay kat homestay. Kalau kerja luar, ofis mesti tempah hotel. 

Baru2 ni akak ada kerja di Ayer Keroh, Melaka dan kena duduk kat homestay.  Quite excited nak duduk kat homestay ni kan sebab suasana dengan duduk di hotel berbeza. Duduk kat homestay macam ala2 duduk kat rumah kan.





Bila sampai kat depan homestay (rumah teres satu tingkat), akak dah semacam sebab nampak macam rumah tinggal. Hanya mangga grill yang boleh dikunci manakala grill dan pintu sliding tak boleh dikunci. Dalam erti kata lain, kunci tak berfungsi @ rosak. Telan air liur jap.

Masuk je dalam rumah, sofa tu yang pertama sekali akak pandang. Owner letak sofa yang dah koyak rabak. Kalau duduk kat atas sofa yang koyak tu, rasa duduk atas kayu je. 





Kat ruang tamu tu ada sofa, tv dan meja kopi tu je. Tv pun jenis lama, jenis tv gemuk tu. Mungkin owner bimbang penginap songlap tv dia kot. Nasib baik ada pasang astro, dapat la tukar2 channel tv kan. Karpet atau tikar tak ada kat ruang tamu. Kalau nak baring, baring je la atas jubin tu ok.





Tinjau pulak bahagian dapur. Ada diletakkan satu kabinet dapur yang kecik dan dapur gas. Cerek pun dah macam buruk gitu tapi masih boleh guna. Sempat la kawan akak masak air guna cerek tu. Pinggan mangkuk langsung tak ada, sudu garfu cuma ada satu. Periuk nasi ada tu diletakkan kat atas peti ais.

Kat situ juga diletakkan iron board sebab kat tepi tu banyak plug.





Rumah ni ada tiga bilik, master bedroom kat depan manakala dua lagi bilik kat sebelah belakang. master bedroom ada bilik air sendiri. Dalam master bedroom ada satu double beg, satu almari pakaian yang kecil dan satu tempat sidai tuala. Tak ada make-up table.

Gambar kat atas tu ialah gambar kat bilik belakang. Ada satu double beg dan tak ada make-up table, so simple. Cuma digantung cermin muka kalau nak bersiap. Almari dan tempat gantung tuala pun tak disediakan.





Akak memang agak cerewet kalau memilih tempat tinggal time akak outstation. Biar pun tempat tu kecik tapi mesti selesa dan ada kemudahan yang diperlukan.  Owner rumah ni memang macam tak menjaga sangat rumah dia ni tapi nak sewakan pada orang sebagai homestay. 

Meja makan enam kerusi ada diletakkan di ruang berdepan dengan dapur. Boleh la kalau nak makan2 kat situ. 

Bab penjagaan kebersihan rumah dan kekemasan dinding, agak menghampakan sebab macam rumah tak berjaga. Hopefully owner rumah ni boleh mengambil tindakan pembaikan untuk memberi keselesaan kepada penginap sebab bayaran yang dikenakan ialah RM200.00 untuk satu malam.





Wednesday, December 17, 2014

zip design woman boot


As before, akak masih aktif dengan online shopping, easier dan cheaper. Tapi kena pandai pilih, jangan sampai terbeli yang tak elok. 

Zalora dan beberapa syarikat lain pun ada buat "online fever" on 12.12.14, tarikh keramat untuk peminat online shopping. Akak pun ada juga survey a few items yang akak rasa interested nak beli tapi at last, akak ended with nile.com.my. Niat nak beli baju kurung dan handbag kat Zalora tak jadi kenyataan...

Well, ni la latest item yang akak beli di nile.com.my. Order petang, on next morning dah terima barang. Belek punya belek, yang ni akak berkenan. 







Akak dah lama usha nak beli boot tapi SRK macam tak approved tapi keinginan nak beli tu tak pernah padam begitu saja. Nak pulak sebab akak beli dengan duit sendiri, SRK nak kata apa kan =). Tengok kat kedai,  macam agak mahal harganya...so asyik tangguh sebab macam sayang nak keluar duit beli boot. Tapi impak online shopping ni ialah kita tak terasa sangat keluarkan duit sebab boleh terus guna debit card atau credit card. Padahal sama je jumlah duit yang keluar.





Ada kaler merah dan hitam, akak memang prefer hitam sebab senang nak match dengan baju dan seluar. Sebelum beli, kena betul2 confirm saiz boot ni. Just tengok kat saiz2 yang dipaparkan tu dan klik je. Akak pakai saiz 37 atau 6. Bila boot ni sampai, terkejut juga sebab nampak macam kecik je tapi bila pakai, memang ngam2 soi dengan kaki akak. Yes!!!

Yang kaler merah tu quite nice tapi macam susah nak match dengan kaler lain. Boot jenis ni ada zip kat dua2 belah so that kita tak susah nak pakai, just buka zip. 





Budak lelaki yang hantar boot ni pun very friendly, siap borak2 dengan dia. So, this time akak bagi pujian kat nile sebab bagi akak servis yang effiecient. Harap2 boot ni tahan lama untuk akak pakai. 

Harga untuk boot jenis ni tak mahal pun, tak sampai RM60.00. Berbaloi kot sebab nile dah buat pengurangan harga. Kita just order kat web dia, the next day barang pun sampai. Tak perlu nak bersesak-sesak untuk ke kedai, hanya kerana sepasang boot. Jimat masa dan jimat kos.

Tuesday, December 16, 2014

waterpark @ my kampung

Lokasi : Bandar Ikan Patin


Sejak Gambang Waterpark dah wujud kat Gambang tu, pernah ler akak bawa anak2 berjimba kat situ. Not bad sebab waktu tu waterpark tu baru je buka. Punya la teruja kan nak "merasmikan" waterpark baru. Perjalanan lebih kurang sejam je dari rumah mak. Ini kan pulak ada waterpark kat kampung sendiri, lagi excited.

Entah sapa yang invest  bina waterpark kat bandar ikan patin ni tapi ok la untuk bawa famili bersantai kat situ. My uncle cakap tempat tu mesra pengguna. Yup, lengkap dengan bilik persalinan semua. Ada guard juga macam kat waterparks lain yang lebih hebat. 





Tengok la my kids yang seronok sangat kot mandi kat situ. Air kolam tak dalam sangat, 3 - 4.5 kaki je, sesuai untuk semua golongan. Kolam untuk kanak2 pun ada, jangan bimbang. Kolam tu lebih cetek dan mudah untuk penjaga mengawal kanak2. Kolam untuk kanak2 bawah 3 tahun pun ada...siap ada toys dalam kolam tu untuk derang main. Janji parents jaga anak masing2 sebab kalau terguling dalam air...masalah juga.





Kat main entrance tu ada kiosk jual minuman dan makanan. Ok la sebab kita boleh makan/minum sambil duduk bersantai kat bangku2 yang disediakan kat tepi kolam. Banyak bangku disediakan kat situ. Ada juga kiosk yang jual peralatan2 mandi, kalau berminat nak beli. Peralatan yang nak sewa pun ada juga such as pelampung.





Yang sebelah sana tu kolam untuk babies...bawah 3 tahun. Banyak toys kat dalam kolam tu untuk babies main. Mesti ralik punya, mandi + main sampai kecut kulit =)).





Haaa....tu yang nampak jauh tu kolam untuk kanak2 yang dah besar sikit. Kalau kita2 ni berdiri dalam kolam tu, air paras lutut je kot. Still ada daya penarik kat situ. 





Yang tu pulak gelongsor yang dibina khas. Boleh la kalau kita nak try menggelungsur gaya bebas kat situ. Ciri2 keselamatan still ada, sama macam waterparks yang lain. Tapi kalau body over weight...hmm...hehe

Ok...bayaran masuk memang murah sangat. Dewasa RM10.00, Kanak2 bawah 12 cuma RM8.00. Kalau nak masuk tanpa mandi kolam, bayar RM1.00 je.

merudum-menjunam



...Mood nak berblog dah merudum dan menjunam. Ingatkan hanya beberapa minggu je tak ada mood nak berblog tapi pejam celik dah masuk beberapa bulan...hehe =)).

Banyak hal nak pikir dan nak setel, sampai kadang2 teringin nak berblog tapi tak sempat dan tak tertulis...

Ok...Im back. InshaAllah ahkak berblog semula. Hope still ada readers ye.