Thursday, February 28, 2013

cuka kurma - Khall






Akak nak promote la sikit tentang cuka kurma ni. Akak pun baru mula makan sejak dua bulan lepas. Manfaatnya memang banyak, terutamanya untuk mengurangkan kadar kolesterol dalam badan. Selain daripada itu, cuka kurma ni juga membantu proses pencernaan makanan dalam badan kita dan untuk menambah tenaga.

Kandungan dalam cuka kurma ni adalah cuka kurma (khal), madu, kismis, minyak habbatussauda dan minyak kelapa dara. Rasanya memang agak masam, dah namanya cuka kan.

Cara makan cuka kurma ni, terus aje minum begitu sahaja sepaket pada waktu pagi dan sepaket pada waktu malam semasa perut masih kosong. Tapi bagi pesakit GASTRIK, pengambilan cuka kurma bolehlah dibuat selepas makan.

Harga sekotak : RM45.00. 

Thursday, February 21, 2013

sotong goreng rampai


Dah selesai entri jalan2 cari makan kat sebelah utara. Namun aktiviti makan mana boleh selesai kan...hari2 nak makan... =))







Kalau ada stok sotong lagi dalam ice box, boleh la masak goreng rampai macam ni. Cuci sotong bersih2 dan buang kulit luarnya. Hiris nipis2 lobak merah, leek, lada hijau dan ada saki-baki sayur kailan sikit2, akak masukkan sekali. Buah tomato jangan lupa tapi buang bijinya dulu.

Tumis bawang putih dan sedikit bawang besar sampai naik bau. Masukkan sos tiram dan kacau lagi. Masukkan kesemua bahan sayur tadi, sotong dimasukkan kemudian ye. Bubuh sedikit gula untuk meneutralkan rasa sos tiram. Masukkan sotong dan boleh la dihidangkan.


Wednesday, February 20, 2013

wordless wed: nasi kandar @ batu kawan






Beratur bukan main lama lagi.

Semata-mata nak makan nasi kandar.

Best makan berlaukkan ayam goreng dan kari telur sotong.

=))

Tuesday, February 19, 2013

makan2 @ penang


Seronok juga jalan2 ke beberapa negeri ni, luas mata memandang dan banyak pengalaman yang kita dapat. Di Penang, akak menginap di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas. Tanggapan klise terhadap Hotel Seri Malaysia bahawa facilities dan servicenya yang tak berapa nak bagus. Lagipun akak memang ada beberapa pengalaman yang tak best menginap di hotel ni.

Tapi you olls, Hotel Seri Malaysia yang ini agak berbeza sikit. Service yang bagus dan bilik yang selesa, mungkin bangunannya masih baru. Lokasinya yang berdekatan dengan pelbagai kedai dan stesen bas, memang mudah untuk kita cari bahan2 keperluan. Surprised, pilihan makanan di restoran hotel ini lebih banyak daripada kat Hotel Holiday Villa, Alor Star.



Sumber foto : Mr. Google




Pilihan untuk sarapan ada banyak tapi akak makan meehoon + sosej + telur goreng. At least kita ada pilihan nak makan apa. Bila tengokkan orang ramai yang makan kat restoran hotel ni, 95% melayu. Mungkin Hotel Seri Malaysia memang sinonim dengan melayu. So, akak puashati menginap kat hotel ni =)).


Mee udang @ Sungai Dua



Sebelah malam pula, kami dibawa ke Sungai Dua untuk menikmati mee udang yang popular tu. Nak masuk ke restoran ni macam leceh sikit sebab terpaksa melalui deretan gerai orang jual ikan, udang dan lain2. Kena pula waktu tu hujan turun, lagi la leceh. Sampai kat restoran, pilih aje la apa yang kita nak makan. Siput pun ada you.






Selain daripada nak merasa makan mee udang, kami pesan kupang goreng tepung tapi chef boleh pula tersilap masak, jadi kupang masak pedas. Makan aje la walaupun ada sedikit rasa kempunan nak rasa kupang goreng tepung.






Sudahnya semua menu pedas yang tiba ke meja kami. Udang masak pedas memang ada dalam pesanan. Memang best makan kat situ tapi kalau sesiapa ada penyakit gout, mungkin kena fikir dua kali kot sebelum "membelasah" semua seafood ni.

Akak sendiri mujur ada bekal ubat allergic, memang selalu allergic kulit kalau makan ikut suka gitu. You olls kalau menerjah ke Sungai Dua, jangan lupa singgah makan mee udang, ok.












Monday, February 18, 2013

jeruk pak ali @ penang








Dari Alor Star, akak menerjah ke Perlis. Sempat la juga makan nasi dengan gulai daging rusa kat situ. Suka tengok suasana di Perlis, macam aman aje dan luas mata memandang. Pengalaman jarang2 makan daging rusa memang tak dapat dilupakan. Dagingnya yang lembut dan akak tak dapat nak cerita apa yang membezakan rasa daging rusa.

Dari Perlis terus turun semula ke Penang, sangat tergesa-gesa sebab dalam tempoh masa yang terhad, terpaksa ke sana ke mari. Penat rasa badan. Di Penang, sempat dihadiahkan oleh kawan2 kat sana jeruk buah-buahan yang popular tu. Khabarnya yang paling popular ialah jeruk Pak Ali. Akak bawa balik dua paket, anak2 suka. 

Jangan lupa ye kalau sesiapa yang jarang menerjah ke Penang, singgah la beli jeruk Pak Ali. Memang tak mengecewakan =))



Saturday, February 16, 2013

mudah.my


Bulan Januari lepas, penyewa rumah akak kat Kuantan tu dah stopped menyewa. Katanya rumah baru dia dah siap. It's ok, biasa la kan, lama mana kita nak menyewa kan. Kalau duduk rumah sendiri, boleh hias macam2, puas hati sangat. Jeles kat cik adik sorang ni yang dah duduk rumah sendiri...tak cukup tangan nak menghias rumah hehe.... Bila la akak nak terjah ke rumah baru dia... =))

Dah settle semua, akak advertised rumah akak tu untuk disewa. Kalau dulu tepek iklan kat blog tapi macam slow pulak nak dapat respon. Mungkin salah satu sebabnya blog akak tak popular :).

At last, bincang dengan SRK, better iklan kat mudah.com. Pepagi dah masukkan iklan nak sewakan rumah, siap dengan beberapa keping foto rumah. Tengahari dah dapat serious tenant. Memang mudah la. Alhamdullillah.

* End *

Bukan senang nak cari penyewa yang bagus untuk rumah kita. Penyewa lama rumah akak, bila kita berbual by phone nampak macam proper orangnya. Tapi bila dia serah kunci rumah, akak terus menerjah ke rumah akak, nak tengok apa dah jadi pada rumah. Kecewa pun ada, nak marah pun ada tapi dah kita bagi sewa kat orang, apa2 hal kena terima la ye.

Dengan dinding rumah penuh dengan "mural" abstrak yang memang kita tak boleh nak faham. Toilet yang macam tak berjaga langsung (tak faham macamana derang boleh ada mood nak lepaskan hajat dengan keadaan toilet macam tu....). Pintu bilik yang dah pecah. Terkedu kejap. Terpaksa pulak keluarkan kos yang agak banyak untuk baiki benda2 ni.

Itu la kan. Rambut manusia sama hitam tapi hati perut dia tak ada siapa yang tahu. Pendek kata kalau nak sewakan rumah, elok la sediakan agreement nya.

Happy weekend you olls.

Friday, February 15, 2013

holiday villa @ alor setar







Perjalanan ke utara diteruskan lagi, dari KK akak menerjah ke Alor Star. Menginap kat Hotel Holiday Villa. Nak mencari hotel ni lagi satu hal, maklum la tak biasa dengan bandar Alor Star. Puas pusing sana pusing sini mencari lokasi hotel. Nak dijadikan cerita, rupanya logo berlampu hotel ni yang biasanya ada kat sebelah atas hotel, tak menyala malam tu. Patut la kami tak nampak pun.


Tak dapat dinafikan hotel ni selesa, biliknya ok dan kemudahannya terjaga. Lokasinya bersebelahan dengan City Walk. So, senang la kalau kita nak pergi shopping. Berdekatan juga dengan 7-11 dan kedai2 lain.

Lepas check-in terus pergi makan malam kat tepi stadium, kedai biasa2 aje. Akak pun tak tau apa yang specialnya kat Alor Star ni.




Makan kat restoran hotel ni macam tak banyak pilihan la pulak. Atau mungkin akak datang menginap tak kena dengan hari  hidangan istimewanya. Jadi, untuk sarapan, akak cuma makan bubur nasi sebab pilihan lain, nasi lemak. Kalau boleh nak kurangkan makan nasi lemak sebab badan dah berbondon-bondon dengan lemak =)).




Tak makan nasi lemak tak semestinya akak tak makan banyak ye. Akak makan dim sum, pada akak rasanya sedap, cicah dengan sos cili.




Tak cukup dengan dim sum, akak makan juga telur setengah masak dan minum air kopi susu. Complete dah sarapan akak untuk hari tu.




Thursday, February 14, 2013

mee kicap @ kuala kangsar


Minggu lepas akak meronda ke utara dan singgah di Kuala Kangsar. Apa yang best kat Kuala? Entah la ye sebab akak pun sekali sekala aje menerjah ke situ.


Rest House, KK at night


Menginap di Rest House, KK since kat Safari Resort khabarnya tekanan air agak rendah. Sekali pandang waktu malam macam rumah yang menyeramkan :)). Tapi kalau tengok waktu siang, takde la macam tu.


Bangunan baru rest house, KK

Dua kali pusing juga akak mencari lobi rest house ni, kejap ke sana, kejap ke sini. Dah lama tak menginap kat situ, dah ada bangunan baru. Tapi depa bagi bilik VIP kat bangunan lama. 




Nama aje bilik VIP tapi usah bayangkan kemewahan ye. Biliknya memang luas, ada ruang tamu tapi TV still versi zaman dulu lagi, astro pun tak wujud. Kempunan nak tengok cerita favourite akak =)).




Bilik tidur yang selesa dalam aspek keluasan ruang, ada ruang solat yang luas, katil double yang mungkin tak berapa selesa untuk orang2 3G kalau nak tidur berdua..huhu. Almari dan meja solek ada disediakan, jangan bimbang. Tab mandi pun ada cuma sisi angin bilik air bilik ni menghadap ke pintu2 bilik sebelah. Macam tak privacy gitu.




Entah depa ambil kat mana kereta kebal ni ye tapi ia boleh jadi daya penarik kepada rest house ni.




Akak suka lokasi rest house ni, kat atas bukit sikit. Kita boleh view pemandangan ke sungai dan boleh nampak jambatan tu. Trek nak berjogging pun ada kat depan rest house ni.

Pandangan peribadi akak, mungkin management depa kena alert sikit dengan aspek kebersihan dalam tempat penginapan. Lantainya macam dah lama tak bersapu, carpet nya macam dah penuh debu dan paling akak kesal....time nak masak air panas, buka keetle, tengok2 ada najis cicak banyak dalam tu. Down terus mood nak minum.





Pengalaman baru, 1st time makan mee kicap yang khabarnya popular kat Ipoh. Tapi akak makan kueteaw kicap kat KK. Quite nice and simple. Mee kicap + sup steamboat untuk sarapan akak. Lokasinya, berdekatan dengan stesen minyak petronas, jalan keluar menghala ke PLUS highway.


Thursday, February 7, 2013

ayam goreng kunyit




Beli isi ayam tapi kalau suka ada tulang2 sikit, no problem. Perapkan ayam dengan bawang putih, bawang merah, bawang besar, lada kering, serbuk kunyit dan garam yang telah dikisar hancur, selama 10 - 15 minit. 




Sementara tu, hiris leek, lada merah dan bawang besar. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga 3/4 masak. Masukkan leek, lada merah dan bawang besar tadi. Goreng lagi hingga semua bahan masak.

Sedia untuk dihidang =)).




Wednesday, February 6, 2013

wordless wed : simple breakfast






Simple as A.B.C.

Potong2 roti butter-scotch, rendam dalam telur yang telah dipukul hingga sedikit kembang.

Tabur serbuk lada hitam dan gaul.

Goreng roti menggunakan marjerin planta.

Bubuh sos cili beberapa titik dan gaul lagi.

Done.



Tuesday, February 5, 2013

kari ikan tenggiri






Lama tak update blog akak ni. Bila agak busy dengan kerja dan mood nak menulis pun macam lari2 gitu, mesti blog akak ni berabuk sikit.

Tapi mood memasak tetap ada, lebih2 lagi SRK sentiasa sudi nak tolong masak. Beli ikan tenggiri tiga keping, harganya dekat RM17.00. Mahal betul kan. Kadang2 macam tak berbaloi nak beli sebab bila makan, tak sampai 10 minit dah licin.

SRK suka guna paste kari cecair cap Adabi, berbanding dengan kari yang jenis serbuk. Katanya lebih best bau dan rasa. Akak tak kisah, janji jadi karinya.

SRK guna bawang merah, bawang putih, biji sawi, kari ikan, santan, asam keping dan lada boh untuk masak kari ikan ni. Kalau ada daun kari, lebih best campurkan sekali untuk menaikkan aroma. Reneh hingga santan  dan ikan betul2 masak.