Friday, November 29, 2013

showcase satu daerah satu industri (sdsi)




Sumber : Mr Google


Bertempat di MITC Ayer Keroh, Melaka, sekali lagi program showcase SDSI ini dianjurkan bagi membolehkan usahawan2 tempatan memasarkan pelbagai jenis produk mereka di situ. Program yang berjalan selama 3 hari ini merupakan program peringkat nasional dimana usahawan2 yang menyertainya datangnya dari seluruh pelusuk tanahair termasuk Sabah dan Sarawak.


Sumber : Mr. Google


Lokasi MITC tak jauh dari plaza tol Ayer Keroh, kalau dari KL ni cuma satu jam lebih. Tak susah nak cari tempat ni.






Boleh dapatkan produk2 kraf juga. Jangan lupa ke sana ye. 



Wednesday, November 27, 2013

wordless wed @ terung + tauhu masak berlada





Kalau tak ada idea nak masak apa, cuba masak terung panjang dengan tauhu macam ni.

Masak goreng berlada, ikan bilis tak perlu tumbuk untuk menaikkan rasa asli ikan bilis.

Cuba la.

Tuesday, November 26, 2013

mee sup bujang


Lately terkejar-kejar dengan macam2 aktiviti rasmi dan tak rasmi. Biasa la kan waktu cuti sekolah macam ni, macam2 plan ada dalam kepala. Tapi tak semua yang kita rancang boleh dilaksanakan. Tambah lagi SRK akak tu sekarang ni macam busy sangat. Macam dia sorang je yang busy kan.

Anak2 akak dah "pos" ke kampung untuk sementara waktu. Derang suka duk kampung sebab boleh main dengan kucing, boleh kutip buah2an dan macam2 lagi la aktiviti yang boleh dibuat. Bila akak duk sorang2, makan ikut dan aje. SRK banyak masa kat luar, dia makan pun kat luar. 




Kebetulan akak tak berapa sihat, terpaksa excuse sehari daripada pergi keje. Dah tak larat nak drive macamana kan. Bila duduk sorang, masak dan makan aje la apa yang ada. Dan ini memang menu untuk orang bujang yang lapar tapi nak cepat makan.




Tumiskan bawang putih dan bawang merah untuk ada rasa sedikit manis. Masukkan hirisan ayam dan fish cake. Dah mendidih, pecahkan telur ke dalam kuali, masukkan sayur kobis, sedikit perencah sup dan stok ayam. Rasa masinnya. Masukkan mee kuning dan biarkan ia serasi kejap. 

Dah boleh angkat dan hidang.

Thursday, November 21, 2013

how about marriott putrajaya




Last weekend we all buat meeting dan discussion kat luar ofis, saja nak kan environment lain sikit kan. Asyik meeting dalam ofis aje, bosan kan...kan..kan..




Well, dapat la greenlight buat meeting kat Marriott Putrajaya. Walaupun tak jauh dari rumah akak tapi memang akak tak pernah menerjah ke hotel ni. Nak tengok juga sedang mana service dia orang kan. Maklum la hotel banyak bintang gitu.




Ruang masuk yang luas, puas juga la nak berjalan. Tingkat bawah tu ada lounge, karaoke room, tempat budak2 main dan tempat makan. 




Food kat situ agak moden walaupun ada juga pilihan makanan "kampung" atau yang biasa kita makan. Pilih aje nak makan apa, In Shaa Allah ada. Akak tak lepas peluang makan sup mee wantan. Boleh pilih "lauk-pauk" dan sayuran yang kita suka. Tambah sikit dengan lada + kicap. Marvellous.




Pernah rasa bosan nak makan nasi waktu tengahari? Mesti pernah kan tapi kalau yang kaki nasi tu memang kena makan nasi la jawabnya. Akak makan meehoon, kot2 ada lain rasa tapi unforntunately rasanya lebih kurang sama aje dengan meehoon kat luar sana. Then "geram" tengok seafood goreng2 tu, masa ambil tak hengat dah.





At the second nite, we all makan berhidang dengan menu chinese set. Minum la air teh cina yang tak ada rasa tu tapi sebenarnya baik untuk kesihatan. Dihidangkan pula sup yang lebih kurang sama dengan sup yang akak makan semasa menginap di Philea, Ayer Keroh. Sama guru kot. Sup yang rasanya ala2 singgang ikan. Masam.




Wah! Ada birthday cake hehe. Padahal just ada ayam kat dalam, manakala yang luar tu ubi keladi. Tak percaya? Percaya la...




Sotong ni best juga tapi agak berminyak. Makan tu cicah dengan sos pencicahnya baru best. At the end, licin pinggan sotong ni, ramai peminat =)).





Satu hal yang agak hairan, daripada hari pertama sampai habis, sayur yang ini juga la yang akak jumpa. kalau ada sayur lain pun salad atau kerabu. Nak cari sayur lain macam tak ada. Sayur ni murah ke you olls? Atau mungkin trademark dia orang kan  =))




Just nak rasa banana cake yang dia orang sediakan waktu tea-break. Tak rasa sangat pisang, banyak rasa vanila esen. Ada ke patut kan...




Bab2 dekorasi dalaman hotel, akak suka juga tapi hotel ni nampak klasik, hotel lama kan. Meletakkan bunga2 hidup dalam pasu macam tu memang cantik. Nak pulak bunga2 warna hijau, akak suka. Tenang mata menengoknya.





This is business hotel, so sentiasa penuh especially during weekdays. Mungkin lokasinya yang dekat dengan airport dan mempunyai facilities yang lengkap untuk kita mengadakan meetings or seminars.  But one thing that akak agak regret sebab person in-charge yang bertanggungjawab handle program we all tu susah sikit nak jumpa. Ada masalah, akak call walaupun dah tiga kali tapi still tak nampak batang hidung. Mungkin tak sempat kot.

Anggap la dia tak sempat nak datang jenguk kan. 

Friday, November 8, 2013

new distributor training @ shaklee



Rentetan daripada entri akak yang sebelum ini mengenai Shaklee, akak suka nak kongsi satu program yang bagus untuk new distributors yang berminat nak mengetahui lebih lanjut tentang teknik2 perniagaan Shaklee, macamana nak jual, macamana nak up jualan dan sebagainya lagi.

Kepada mereka yang berstatus new distributor atau dah agak lama jadi distributor tapi nak buat "siaran ulangan" kepada apa yang perlu mereka buat, boleh la berkunjung ke program seperti berikut...


TARIKH  :   15 DISEMBER 2013 (AHAD)

TEMPAT :   HOTEL HOLIDAY VILLA, SUBANG


Tiket boleh didapati di HQ atau KL Branch atau hubungi talian telefon 03-56223146.

=)).

Thursday, November 7, 2013

garlic complex @ pentingnya supplement



GARLIC


Zaman sekarang ni memang kita dipengaruhi dengan pelbagai jenis makanan, ada makanan segera, ada makanan yang menggunakan pewarna tiruan dan sebagainya lagi. Dan kita memang sukar untuk menyekat nafsu untuk makan benda ni semua.

Sememangnya tahap kesedaran terutamanya kaum hawa terhadap kesihatan diri semakin meningkat. Tambahan lagi kita ni terdedah dengan pelbagai penyakit, maklum la sekali kita bersalin...banyak la "kekurangan" yang kita bakal hadapi. Jika kita tak dapat nak menangani masalah diri kita sendiri, macamana pulak kita nak menguruskan kehidupan kan.

=)

Shaklee memang mempunyai banyak pilihan untuk kita, kaum hawa. Daripada set bersalin sehingga la set untuk menguruskan badan. Set untuk membetulkan sistem penghadaman pun ada. 

Akak dah dan tengah makan set untuk membetulkan sistem penghadaman dan In Shaa Allah berkesan. Macam garlic complex ni, ia membantu peredaran darah kita. You olls boleh cuba mana yang suka.

Boleh emel akak kalau nak beli produk Shaklee ni :)

Friday, November 1, 2013

taman rama2 tapi ada burung dll..







Bersebelahan dengan Philea Resort tu ada taman rama2. Nak kata happening sangat tak la kan tapi kalau nak bawa budak2 sekolah buat lawatan kat situ memang sesuai. Nama aje taman rama2 tapi serangga dan binatang2 lain pun ada :)






Susah juga nak snap gambar rama2 ni, tak nak duduk diam. Lepas tu susah nak cari rama2 yang agak berbeza dari segi saiz dan warna, semua nampak sama spesies aje.  Oleh kerana masa tu baru lepas hujan, jadi keadaan kat situ agak lembap. Rama2 pun macam liar semacam aje.









Rama2 memang suka bunga kan...sebab tu bunga raya tu jadi mangsa. Yang rama2 ramai2 dalam cermin tu, akak snap kat muzium rama2. Bila dah round semua kawasan kat situ, perjalanan kita akan berakhir di muzium rama2 dan terus masuk dalam kedai cenderamata. Ni kira force route la ni. Tak dapat tidak mesti sampai kat situ juga.






Suka betul burung ni makan kacang panjang kan, sampai berpuluh-puluh pelawat snap gambar dia pun...dia buat tak tau aje. Burung ni diibaratkan penyambut tetamu yang masuk ke kawasan tu.







Haiwan yang ini pun ada juga kat situ. Tak bergerak2....dah la rupa sama macam batang kayu tu. Senang nak snap gambar dia =))   tapi snap dari luar cermin la.






You olls...kala jengking pun ada kat situ. Boleh la tengok berpuluh2 kala jengking tapi tak boleh la berdiri dekat2 sangat dengan tempat ni sebab protection glass dia hanya dipasang separuh aje. Kebarangkalian kala jengking tu boleh merayap naik ke atas.





Pernah tengok katak tanduk atau katak bertanduk? Akak tak pernah tengok lagi selama hayat ada ni. Jadinya, beriya berdiri dekat cermin tu nak tengok katak tanduk tapi dekat lima minit cari...tak tertengok pulak katak tanduk ni kat situ...huhu...frustrated jap.





Kesian burung ni tak ada kawan. Bukan tak ada kawan sebenarnya tapi dia duk tunggu kat pintu pagar ni, mungkin dah bosan duduk dalam tempat yang sama dalam jangkamasa yang lama...hehe. Itu tekaan akak ler kan.





Buaya memang banyak juga kat situ tapi tidur ternganga aje kerjanya. Tak payah pergi taman buaya, kat taman rama2 pun ada buaya =)). Seram akak bila tengok buaya2 ni...badan besar daripada orang pun ada..







Tempat ni paling akak suka kat situ sebab nampak macam nyaman je, dengan ikan2 nya...memang mententeramkan jiwa sekejap. Kalau bina kolam ikan macam ni kat depan rumah, memang best betul kan. 







Lanskap kat situ boleh la dipuji sebab nampak nyaman dan tenang. Banyak juga tempat2 yang sesuai untuk kita snap gambar buat kenangan.