Posts

Showing posts from October, 2013

makan2 @ philea resort & spa, ayer keroh - part III

Image
Cuba teka sup apa dihidangkan pada hari ketiga? Tapi at that time, akak macam dah tak ada selera nak makan sup ni. Makan separuh aje, pastu suruh waitress tu ambik.







Benda yang macam popia tu sebenarnya memang popia tapi akak makan separuh jalan juga sebab terlalu rasa rempah kat isinya tu. Macam popia kat kedai mamak la pulak. Sebelahnya ada nachos cicah dengan segala macam benda alah tu. Actually jarang makan nachos ni.
Bila balik rumah cerita kat anak kecik akak pasal nachos...budak kecik tu pun ketawakan akak. Koman la ummi ni, katanya. Dia pun cerita pasal kesedapan nachos yang mak kawan baik dia masak. Owh....I missed the train. Kampungnya.



Malam akhir, we all ada steamboat dinner kat tepi swimming pool. Akak dah terbayang kat ketam, udang dan segala macam seafood yang perlu dimakan =)). Paling best makan ketam, mak aiii...dalam masa orang lain malu2 nak makan, akak dah selesaikan tiga ekor ketam. Puas hati betul. Oleh sebab masa tu memang tak sabar2 dah nak makan ketam, maka ta…

makan2 @ philea resort & spa, ayer keroh - part II

Image
Sepanjang akak stay kat Philea ni, perut memang penuh dengan air kopi. Minum kopi memanjang...sampai kepala pun dah terasa semacam..huhu.. Macamana tak minum, everytime mesti ada air kopi. Air teh pun ada tapi macam tak interested nak minum. Well...akak memang peminat tegar nescafe sejak zaman anak dara dulu lagi. But at one time, akak stopped minum nescafe sebab selalu sakit kepala =((.



Yang wajib ada ialah soup of the day. Kali ni makan sup tiram dan udang tapi rasanya macam you olls masak singgang ikan gitu. Ada rasa masam yang menusuk kalbu. Masam2 manja. Terus teringat singgang ikan kembung yang mak masak kat kampung....tiada tandingannya.




Udang masak gulai lemak cili api antara hidangan yang we all makan for the next day. Masakan kampung gitu kan tapi rasanya tak la kampung sangat. Bila makan, terasa kepedasannya.










Dessert yang memikat hati, lebih minat nak makan benda2 ni daripada nak makan nasi...hehe. Walaupun dapat aiskrim cuma satu scoop je tapi dah memadai kan.




Sebahagian d…

makan2 @ philea resort & spa, ayer keroh - part I

Image
Now kita cerita pasal makan2 kat Philea ni pulak. Makan kat situ memang best tapi standard la kan hotel lima bintang. Kalau makan tak sedap, takde la dapat bintang2 kan. Oleh sebab we all punya group cuma 15 orang, so untuk lunch dan dinner, makanan we all dihidangkan, bukan buffet. Tapi sarapan still konsep buffet. Ramai students UiTM Pulau Pinang tengah praktikal kat situ...





Tengok....apa yang we all makan untuk lunch on the first day. Mewah betul makan berhidang ni. Dimulakan dengan soup of the day, sup ketam + udang (seafood). Dah selesai makan sup, baru la sampai lauk2 yang lain.



Yang kami makan ni ialah hidangan set muhibbah, jadi macam2 jenis lauk ada. Dah nama muhibbah kan. Ada gulai dalca tapi akak tak makan pun dalca ni sebab macam tak selera nak makan.



Yang ni isi ikan kot...akak pun dah lupa tapi sedap rasanya. Jarang2 jumpa masakan macam ni, boleh la akak makan =)). Nak tunggu masak sendiri, tak masak2 pun.



Sotong masak pedas pun ada, derang masak guna sotong yang kecik2 …

philea resort & spa, ayer keroh

Image
Selepas duduk kat hotel seri malaysia untuk pra program, the next day akak menginap di Philea Resort & Spa, Ayer Keroh for the actual programme implementation. Resort ni baru tiga tahun beroperasi dan dimiliki oleh individu yang non-malay. Mudah sesangat nak cari resort ni sebab cuma terletak bersebelahan dengan taman rama2 Ayer Keroh. Keluar aje dari plaza tol Ayer Keroh tu, terus belok kiri. Memang located betul2 tepi highway.



Sesapa yang pernah menginap kat situ mesti tahu serba-sedikit kan betapa cantiknya tempat ni. Check-in counter yang sentiasa menggamit setiap pelanggan yang datang. Dengan frem marmar besar yang digantung di belakang kaunter, sangat memukau pandangan. 



Lobi yang dipenuhi dengan kerusi dan meja yang disusun kemas untuk kemudahan pelanggan/penginap. Boleh relax dan minum2 kat situ. Semasa pendaftaran masuk pun, kita diberikan welcome drink dan wet towel untuk kegunaan kita. Mesti tangan dan muka you olls dah lekit dan berminyak. So...sementara nak daftar ma…

makan + tido @ hotel seri malaysia, ayer keroh

Image
Melancong sambil bekerja ke Ayer Keroh, Melaka, untuk pra program, akak memilih Hotel Seri Malaysia untuk menginap. Pilihan hotel dibuat selepas akak buat sedikit survey kat internet dan lokasi hotel ni berdekatan dengan tempat kerja.
Always in mind, macamana agaknya dengan service dan keadaan hotel Seri Malaysia. Adakah sama dengan hotel Seri Malaysia kat tempat2 lain? Except kat Penang, hotelnya selesa, ok sangat. Hati berbelah bagi tapi sebenarnya tak kisah sangat asalkan ada tempat tidur dan makan-minum terurus.
Melangkah masuk ke lobi hotel, owhhhhh...ok...nampak ada kelainan.




Hostel style...ni memang standard untuk hotel Seri Malaysia. Tapi this time quite different, ada tempat lepak2, ada self-service laundry etc.
What do you expect more from Seri Malaysia??




Viewed from my room, ada swimming pool rupanya kat sini. More than expectation kan. Boleh la kalau nak bawa family duduk kat situ, jika you olls nak save budget. Ada kolam untuk budak2 juga kat sebelah tu.





Bilik yang dah cukup…