Thursday, September 19, 2013

gulai ikan patin tanpa tempoyak


Masa mula2 akak kawin dulu, huby akak (SRK) tak suka makan ikan darat @ ikan sungai ni. Tak minat katanya. Eksen. Orang Ganu eksen tak nak makan ikan darat. Tapi bila akak paksa dia makan ikan patin, gugur abih eksen dia. Sekarang ni setiap kali balik kampung akak, one day before dah order kat mak, nak makan ikan patin.

Mungkin ramai yang minat makan ikan patin tapi tak reti camna nak masak gulai ikan patin kan. Tak kurang juga yang memang tak minat nak makan, mesti la tak minat nak masak juga kan.




Tengah masak gulai ikan patin. Senang aje nak beli ikan patin sebab kat depan rumah mak akak, ada orang jual. Order by phone aje, siap siang semua, baru pergi ambik dan bayar. Masak guna periuk klasik mak. Mak memang banyak periuk klasik cap buaya, tahan lama.

Nak basuh ikan patin kena betul2, kalau tidak mesti ada bau tanah atau bau hanyir. Basuh dengan air asam jawa dan air limau kasturi @ limau nipis. Basuh dan rendam kejap tapi jangan lama sangat rendam sebab nanti ikan jadi lembik dan pucat. Then, toskan.




Bahan2 nak masak > bawang merah, lengkuas, kunyit hidup, cili api, serai, daun kesum, bunga kantan dan daun kunyit. Tumbuk bawang merah, cili api dan kunyit hidup sampai lumat. Kemudian masukkan semua bahan2 ni bersama ikan patin dalam periuk. Bubuh air dan masak hingga mendidih. Bila dah lama sikit mendidih tu, kecilkan api, biar dia *berangin sikit. Kalau biarkan berangin, rasanya lebih ummpphhh.

*berangin = masak dengan api yang kecil hingga kuah agak surut.

Jangan lupa letak asam keping dan garam you olls. Selamat mencuba.

*kuantiti bahan tu, you olls agak2 aje la ye  =)))




Wednesday, September 18, 2013

sambal kicap wajib





Ni sambal kicap resepi SRK, wajib ada kat rumah.

Boleh simpan stok sampai seminggu.

Bahan2 > cili padi, bawang putih, sos tiram, kicap manis. Kisar semua.

Tuesday, September 17, 2013

makan2 @ ofis


Tetiba kan Jumaat lepas, bos kami mengidam nak makan laksa. Mengidam makan free sebenarnya. Huh. Kelam-kabut la we all prepare nak masak laksa (walaupun yang masak kuahnya...cuma sorang). Thanx Timah, I lap U always  =)).




Takkan makan laksa aje kan, mesti ada buah2an. Anggur tak tinggal, favourite, mesti kena beli. Kalau tak nanti mengungkit sampai sebulan tak habis you olls... Dah nama musim langsat kan, ada la buah langsat. Eh, langsat ke tu?





Kek lapis dari Sarawak. Ada insiden pulak pasal kek ni. Tengah sedap makan, ternampak pulak tumbuh2an kat kek ni...hahahaha....nasib baik akak tak kena cherry berry.





Haaaa...ni kek batik made in Ampang Jaya. Ini la kek batik yang paling deboom abad ni sebab boleh katakan kawan akak ni memang terror buat kek batik. Dan akak....terror makan kek batik.





Ini la rupanya "laksa free" yang kami makan tempoh hari. Tak cukup mangkuk lawa, guna mangkuk kertas pun jadi la. Habis juga semangkuk. Siap boleh tapau sampai ke malam. Kelassss...




Bos request nak telur gred kelas atasan....omega3 you olls tapi sukahati we all la nak beli telur gred apa kansss... Janji bekas telurnya bekas yang omega3 tu  =))   =))). Makan serupa tu juga, siap sendawa lagi. Thanx to kawan2 yang turut sama memeriahkan majlis kenduri-kendara. 

Wednesday, September 11, 2013

happy birthday my dear Qurratu'aini






Pagi tadi anak akak yang bersekolah kat asrama tu tiba2 telefon akak. Pelik juga sebab selalunya dia akan telefon waktu lepas kerja atau malam.

Lepas tu, siap tanya akak..."ummi tak nak cakap apa2 yang best kat saya ke hari ni?" Akak pun blur kejap. Apa pulak yang bestnya kan, semua biasa aje. 

Kurang asam kan ummi ni, boleh lupa birthday anak =)). Nasib baik sempat juga wish kat dia masa dia telefon tadi. Kalau tidak mahu muncung seminggu.

HAPPY BIRTHDAY MY DEAR. I ALWAYS LOVE YOU.

Monday, September 9, 2013

calon pmr


Esok dah mula exam UPSR, kepada mak2 dan ayah2 yang ada anak nak ambik exam tu, sure gelabah macam mak2 ayah2 pulak yang nak ambik exam kansss =))

Masa anak sulung akak ambik UPSR dulu, memang akak gelabah tak menentu. This year anak nak ambik exam PMR pulak. Lagi gabra akak ni. Buku2 rujukan tu memang dah menimbun belikan untuk anak. Tinggal lagi usaha dia sendiri.

Recently sekolah dia panggil mak2 ayah2 pelajar untuk bincang prestasi dan potensi anak masing2. Akak berkorban untuk anak, apply cuti sehari, semata2 nak pergi sekolah dia. Baru perjumpaan macam tu tapi akak dah gabra nak tengok trial result dia.




Masing2 tunggu giliran nak jumpa guru kelas. Mak / ayah dan anak, dua2 kena jumpa sekali dengan guru kelas. Beratur sambil duduk....




Ada juga yang tak nak duduk dah sebab masa tu dah dekat waktu solat Jumaat. Kena pendekkan masa berbincang dengan guru kelas.




Tuuu...sebelah kiri tu guru kelas anak akak, sabar berbincang sorang demi sorang dengan mak ayah pelajar. Ada juga mak ayah hantar abang atau kakak sebagai wakil untuk berbincang dengan guru kelas. Hantar abang yang dah bekerja, dah matured takpe. Jangan pulak hantar yang baru form 5 hehehe...




Sempat snap foto calon PMR kesayangan akak ni. Kalau kat sekolah, ini la rupanya =)). Siap pesan ummi jangan "macam-macam" dengan cikgu ye! Bimbang kena sound la tu....




Result semua tampal kat dinding dewan...haaa...baru tau. Semua boleh tengok result kawan2. Gitu la sekolah berasrama macam ni. Target pengetua pulak agak tinggi.

Harapan akak moga segalanya berjalan dengan baik. In Sha Allah.

GOOD LUCK UNTUK SEMUA CALON UPSR 2013.








Wednesday, September 4, 2013

sometimes i klik @ my brother


Just a few photos yang di ambik oleh adik ahkak yang kadang2 teruja nak ambik gambar orang. Model2nya ialah anak2 saudara dia sendiri dan sepupu sepapat  =)).

Tempat : Sekitar rumah mak ahkak, bandar ikan patin
Tarikh   : Raya 2013




Ahaaaa...ingat orang je nak berposing, anak kuceng ni pun nak enterframe. Tapi malu dengan flash. Nampak tak sihat anak kuceng ni, kesian.




My lovely daughters...kalau bab posing, nombor satu. Masing2 memilih untuk pakai jubah aje time raya baru ni.




The one and only, Cik Qasrina. This girl is out-spoken, hardworking but quite busy body maaa....  




You olls pernah posing belakang washing machine yang dah rosak? Tak pernah kan.... The one and only, Cik Qurratu'aini. Pemalu sikit.




I like this photo. From left dan yang paling tinggi, Cik Qurratu'aini, lain2 tu semua my cousin yang duduk kat Kuantan. Sweet semuanya.

Kita dah sampai ke penghujung Syawal, moga bertemu Syawal lagi tahun hadapan. In Sha Allah.