Wednesday, July 31, 2013

roti telur @ edisi bosan


Pernah makan roti yang dipotong kecik2 dan goreng dengan telur? Sebenarnya ini resepi turun-temurun daripada mak akak. Masa kami kecik2 dulu, mak selalu masak roti macam ni untuk breakfast.








Potong roti putih gardenia kepada sembilan bahagian. Rendamkan roti dalam telur yang telah dipukul hingga sedikit kembang. Kalau nak sedap lagi, tambahkan jumlah telur. Panaskan margerin / mentega dalam kuali dan tumiskan lada merah / hijau serta bawang merah yang telah dimayang halus. Tumis hingga naik bau. 

Masukkan roti yang telah sebati dengan telur tadi dan kacau sampai rata. Bubuh sedikit sos cili dan kacau lagi. Last sekali, taburkan sedikit serbuk lada hitam dan kacau lagi.

Sedia untuk dihidang.


# siaran ulangan sebab dah pernah buat entri pasal roti kecik2 ni... =))

Tuesday, July 30, 2013

buka puasa @ mango chili, giant kinrara




Ini kali ketiga berbuka puasa kat luar.  Sebelum ni dua kali berbuka kat RR Awan Besar sebab on the way balik dari kampung, tak sempat nak sampai kat rumah. Kali ni memang nak penuhkan permintaan anak dara akak. Bukan pergi jauh pun, kat giant Kinrara aje. Tak sampai 15 minit pun dari rumah kami.








Kami tempah meja untuk berbuka di satu restoran Thai food, Mango Chili. SRK kata sedap makanan kat situ, so akak on aje. Tak kisah sangat. Sampai kat situ dah dekat pukul 6pm, meja2 pun dah hampir fully booked. Akak terus tempah makanan, termasuk popia goreng tu yang harganya RM4.00 ++. Itu maknanya seketul popia harganya seringgit. Kalau jual harga macam ni kat bazar Ramadhan, akak tak beli...ngeeee.....






Dah nama tempat makan ni mango chili, maka hampir setiap jenis food ada kerabu mangga. Pedas yang amat, maklum la ala2 Thai. Akak makan nasi putih dengan ayam padprik thai. Pedas.




Yang macam ayam penyet ni ialah ayam goreng, pilihan SRK. Still ada kerabu mangga kan. SRK tempah tomyam thai untuk kuah. Pedas! Tapi sedap.




Nasi goreng pattaya pilihan anak dara dan kerabu mangga tidak ketinggalan. Tak cukup air segelas budak kecik ni nak habiskan nasi goreng dia, pedas.


....seronok budak ni dapat berbuka kat luar....


...penuh meja dengan makanan....hmmm...actually kami dapat meja yang kecik...huhu....

.... kat luar tu penuh dengan stalls yang jual pelbagai baju, jubah dan kasut....extra bonus untuk emak budak kecik hehe.....




Air pilihan untuk berbuka puasa, SRK dengan sirap bandungnya, anak dara dengan teh limau aisnya dan akak....suka minum air teh tiga lapis (baca : three layer tea). Semua sekali berbuka puasa ni tak sampai RM50.00....ok la kan?

Lokasi : Tingkat 1, Giant Bandar Kinrara, Puchong.

Monday, July 29, 2013

buka puasa @ ofis sendiri




Lepas berbuka puasa kat Dorsett, ofis pulak buat jamuan berbuka puasa bersempena majlis sidang media. Akak belasah aje duk kat meja untuk media. Perasan jadi media...hehe. Dah ada meja kosong kan. Tapi kalau media tak cukup tempat duduk, akak dan kawan2 tak ada masalah nak pindah tempat duduk.




Menu hari tu agak simple, gulai kawah, ikan masin, ulam & sambal belacan, ayam goreng, sayur campur dan .... entah apa lagi satu, lupa pulak. Dihidangkan dengan kuih cara berlauk, bubur lambuk dan kuih apa ek yang berendam dalam santan tu. Sayangnya santan dah jadi sedikit beku bila dah masuk maghrib tu.




Makan tak boleh tamak ye sebab kalau tamak, orang lain tak merasa. Lagipun banyak mana sangat la nak makan kan. 




Haaa...tu dia bubur lambuk. Akak boleh puji sedap la bubur lambuk ni, rasanya staf ofis sendiri yang "melambuk" nya. Tahniah atas usaha gigih bersama, banyak pahala tu.




Pembasuh mulut mesti la ada kan, ada anggur, epal hijau dan tembikai. Tapi akak bukan peminat tembikai, kalau tembikai kuning tu boleh juga. Setakat makan sepotong tu ok la.




Sky-juice dan sirap selasih dihidangkan kepada kami. Rasa manis sirap ni just nice aje, tak la manis sangat sampai rasa melekat kat tekak.




Ambil nasi sesenduk, curah kuah gulai kawah, ambil ikan berlada dan sayur campur, cukup la untuk makan berbuka puasa. Maybe you olls tiba2 ada idea kan nak masak apa petang ni kan.... =))

Thursday, July 25, 2013

buka puasa @ dorsett regency


Sejak sebelum bulan puasa lagi, dah ramai orang duk tempah berbuka puasa kat sana sini, biasanya hotel la jadi pilihan kan. Harga yang hotel offer bukan main tak hengat lagi kan....tapi still lagi ramai orang yang sanggup bayar mahal2 untuk sekadar makan ala kadar gitu.

Department akak pun sibuk nak tempah makan kat hotel. Cari punya cari, encik bos setuju tempah makan kat Dorsett Regency, Jalan Imbi. Menapak je you olls nak ke situ. Exercise konon =)). Dan ini kali pertama akak menjejak kaki ke Dorsett. Komannya kan.




Mula2 akak makan kurma salut kacang bagai tu, sedap rasanya. Rugi ambil satu aje tapi lepas2 daripada tu akak pergi ambil lagi hehe. Makan buah2an arab gitu. Kuih-muih lain tu akak makan lepas makan nasi. Cheese cake dia rasa heavy sangat cheesenya, rasa berat kat tekak tapi habis juga. 




Ingat nak Q ambil kambing bakar tapi Q nya bukan main panjang lagi you olls. Ramai sangat peminat kambing rupanya! Ye la kan, kalau beli sendiri daging kambing, boleh tahan mahalnya. So akak Q ambil nasi aje la, nasi hujan panas. Ambil sayur lemak pucuk manis, tauhu, daging lada hitam, isi ikan cicah dengan sos dan ......jumpa pulak kambing!




Lepas makan nasi, perut dah kenyang giler. Mahu tak kenyang kan. Kita ni bila dah berbuka puasa, banyak mana la sangat nak makan. Akak ambil rojak buah pulak, lama tak makan benda alah ni since petis dah berkurun takde kat rumah akak.




Yang ini kawan sebelah yang makan, dalam banyak2 benda, dia pilih sate dan sosej juga hehehe....ngidam gamaknya. 




Sup daging ni pulak, ada sorang lagi kawan yang makan tapi dia makan tak habis pun....Sup daging ni akak rasa macam biasa aje, bubuh kentang dan lobak merah. Nothing is special.




Selain sup, kawan akak ni makan mee sup. Dah memang suka makan sup gamaknya ataupun nak jaga badan =)).  Mee sup kat situ pun macam biasa aje ramuannya, ada hirisan daging dan fish ball.




Pembasuh mulut kena la ada kan. Yang ini bos akak yang ambil dan kami tumpang makan sekali...ngeeee. Ada strawberi, jambu, tembikai dan nenas. Banyak juga pilihan buah2an kat situ. Buah mata kucing pun ada. 

Selain daripada tu, ada juga pelbagai kerabu, aiskrim, serawa durian cicah dengan roti (yummy!!), japanese food seperti sushi dan sup miso tapi dah takde rezeki bila akak nak pergi ambil sushi, dah tinggal saki-baki aje. Kempunan jap.

Anyway, to eat all this things, you have to pay RM65.00 using voucher. Or pay RM80.00 without voucher. You decide.











Wednesday, July 24, 2013

shopping @ zalora


Raya dah nak dekat you olls, mesti ada yang dah mula membeli-belah persiapan raya. Bagi akak sendiri, sambutan raya hanya secara sederhana aje. 

Walaubagaimanapun, kalau you olls malas nak bersesak-sesak kat shopping mall atau mana2 tempat shopping, pilihan shopping online ada banyak. Salah satunya you olls boleh shopping kat Zalora. Rasanya akak dah membeli-belah sebanyak lima produk kat Zalora  dan alhamdullillah semuanya memuaskan. Paling akak suka ialah beli kasut! Banyak wedges yang akak minat ada kat Zalora.


Dapatkan produk pilihan di Zalora dengan diskaun sebanyak 15% apabila anda memasukkan kod

ZBAP0TU

semasa membuat pembelian...


Sekarang ni Zalora ada buat promotion untuk produk2 tertentu, khas sempena Hari Raya Aidilfitri. Even Lisa Surihani pun dah merged dengan Jovian untuk hasilkan baju2 raya dan boleh didapati di Zalora. You olls boleh melawat website Zalora kat sini

Maybe ada yang cakap baju2 dan kasut2 yang jual kat Zalora ni tak match dengan selera masing2, tak minat cutting baju dia ke....tapi actually you olls boleh buat pilihan. Kalau tengok sekali lalu memang macam tak jumpa dengan kehendak hati tapi cuba tengok one by one, take your time....In Sha Allah ada yang berkenan =)).

Apa2pun akak masih menerjah ke Jalan TAR untuk mencari tudung atau jubah. 



Saturday, July 20, 2013

maggi goreng : buka puasa hasil tangan anak kecik





Time puasa gini kadang2 memang tekak meragam. Ada yang selera nak makan, ada yang tak berapa nak selera. Baru2 ni anak kecik akak nak makan chicken burger aje, terliur katanya. Bosan asyik makan nasi putih. Akak pulak punya la tak selera nak berbuka puasa dengan chicken burger, rasa dugal aje makan burger.

Kelmarin, anak kecik request nak makan maggi goreng tapi dia nak masak sendiri. Akak ok aje, biar dia yang masak sendiri. Akak cuma monitor aje dia guna dapur. Katanya, "adik dah tahu macamana nak masak maggi goreng, dah tengok buku resepi, ummi tolong belikan fish ball dan fish cake". Beres dear.

Makanya, jadi la maggi goreng versi anak kecik akak, siap buat air ice lemon tea. Kelasss....darjah 5 dah reti masak.





Yang ini pulak, bukan akak dan anak kecik akak yang buat tapi akak beli kat bazar Ramadhan kat depan ofis. Lembut betul roti dia, tahan sampai ke sahur. Dalam gulungan roti tu pulak ada sambal, macam burger Malaysia tu. Sedap. Empat biji RM2.00.

Nota : Akak dan SRK iftar kat kampung hari ni, baru ada peluang nak berbuka puasa dengan mak dan abah. Boleh la makan ikan patin :))

Friday, July 19, 2013

stew ayam versi akak


Puasa tahun ini makan macam ala kadar aje tapi puashati, alhamdullillah. Anak kecik pun tak merungut, ayahnya pun tak komplen. Sejuk hati akak =)).  Berbuka puasa kat luar baru sekali, itu pun beli2 kat bazar Ramadhan dan makan kat R&R sebab tak sempat nak sampai kat rumah.

Beli kuih-muih bukan main mahal lagi sekarang ni. Terkejut kejap tengok SRK beli kuih buah melaka yang comel2 5 biji dengan harga RM2.00. Mak aiiii.....dasyat betul harga dia letak. Kalau buah melaka tu besar2 sikit, ok juga la kan. Baik you olls buat sendiri buah melaka kan... 




Ini bukan tomyam tapi stew ayam versi akak. Masak time nak cepat, campak2 aje la apa yang patut kan. Sampai lupa nak bubuh tepung jagung bagi kuah dia pekat sikit. Tapi sampai ke sahur makan benda ni..




Akak rasa nak masak stew ayam ni agak mudah. Bagi yang bujang atau tak bujang tapi nak makan cepat, masak la stew ayam =)).

Tumiskan bawang putih, bawang besar, lada merah dan halia sampai naik bau. Masukkan hirisan ayam dan sos tiram, kacau hingga ayam nampak setengah masak, masukkan air. Bila dah mendidih, masukkan buah tomato, sayur bunga kobis atau kobis. Bubuh garam. Dekat2 nak masak tu, bancuh tepung jagung dengan sedikit air masak dan tuangkan dalam kuali. Kacau sikit sampai kuah jadi pekat.

Siap untuk dihidang!





Thursday, July 18, 2013

asam pedas ikan parang


Dah banyak hari akak tak dapat nak update blog, satunya macam tak berapa ada mood nak menulis. Keduanya sebab ada masalah dengan PC subsidi ni. Ketiganya duk huru-hara dengan "kesibukan" yang dibuat2 sempena Ramadhan yang mulia ini. Tapi kan...betul la cakap sesetengah blogger, blog masakan atau blog orang yang suka menepek perihal aktiviti memasak atau menepek foto2 makanan atau suka share tempat2 makan yang best, memang mendapat perhatian pembaca waktu bulan Ramadhan ni!

Sebab itu la walaupun akak tak update blog tapi saban hari masih ada pembaca dan entri2 pilihan mesti la berkisar kepada makanan2 yang menarik.... =)). So hari ni nak share satu lagi masakan yang jarang2 akak buat....serius, memang jarang buat sebab anak kecik akak memang tak minat asam pedas.




Pagi2 gini dah tengok foto asam pedas, memang tergugat sikit iman kan....hehe. Akak memang jarang beli ikan parang, selain harganya yang agak mahal, ikan ni banyak tulang you olls. Tapi disebabkan oleh keinginan yang tak dapat ditahan lagi, beli la juga kan ikan ni.




Kalau dah masak asam pedas, nak match sayur, mesti la match dengan sayur kacang bendi kan. Kacang bendi ni antara favourite akak juga tapi disebabkan orang2 kat rumah tak berapa minat, so jarang juga beli.




Nak buat asam pedas takde la susah sangat...lebih kurang nak masak sup aje kaedahnya. Campak2 aje apa yang patut, janji sedap =)).

Bahan2 tumbuk / kisar:
- bawang putih
- bawang merah
- cili kering (kalau malas, guna cili boh instant aje..)

* Akak suka tumbuk sebab kalau kisar, jadi hancur sangat.

Bahan2 lain:
- daun kesum
- bunga kantan (kalau ada...)
- serai (ketuk2 sikit ye...)
- asam jawa ( nak airnya sahaja)
- kacang bendi (tak perlu potong atau dipotong dua)
- ikan parang (dipotong2)

Tumiskan bahan2 kisar dan serai hingga naik minyak. Masukkan air dan masukkan daun kesum, daun kantan dan tunggu hingga mendidih. Masukkan kacang bendi, ikan parang dan air asam jawa, biarkan sampai masak. Jangan lupa bubuh garam. Pendek kata masukkan aje semua bahan =)).

* Akak tak guna belacan untuk mengelakkan simptom sinus bertambah2...

Ada orang suka bubuh jintan la, suka bubuh lada hitam la tapi akak tak berapa suka. Setakat serbuk perasa tu, boleh la bubuh sikit...jangan banyak..sebab nanti rasa macam payau pulak.




Thursday, July 11, 2013

story mory


Akak sebenarnya ada masalah dengan PC, sejak ada orang itu bubuh anti virus kat PC akak, banyak benda jadi lain macam. Akak dah tak boleh nak view dan transfer foto dalam digital camera akak ke PC. PC macam tak boleh nak baca. Sama la dengan foto2 yang ada dalam kamera handphone akak. Sama. Tak boleh nak baca. Semua jadi weng gitu. Frust juga.  Dah buat aduan tapi aduan tu macam berlalu di angin lalu.

Kena pulak notebook akak dah weng sejak few weeks ago, screen dah tak keluar gambar! Tapi bila fikir2 balik, betul la kot. Dah sampai masa notebook gedik akak tu nak jadi arwah. Dah banyak tahun guna, kalau beli kereta pun dah banyak rosak. Redha. Tunggu notebook baru tapi tak ada masa lagi nak menerjah ke Low Yat. Even kedai komputer yang dekat dengan rumah akak tu pun tak sempat nak pergi. Huh.

First sahur, kami cuma makan ayam masak merah, sayur kobis dan goreng papadom. Papadom tu sebenarnya penaik selera kami. Rezeki kami untuk sahur pertama tahun ini, alhamdullillah. Tak ada masalah. Akak buatkan SRK teh panas, si kecik dengan milo panasnya dan akak...of coz nescafe panas. Sebelum suap nasi subuh tadi, sempat juga minum dua sudu jus herba untuk lebih bertenaga ..  =)). 

Hmm...nak share foto memang tak dapat buat masa ini. Kalau rajin, akak update blog dan upload foto through my handphone. Tapi tak puashati tulis blog kat handphone, tak best.

******




Malam tadi anak dara akak yang duk kat asrama tu telefon. Mengadu yang purse kesayangannya hilang. Nak marah pun tak guna tapi anak dara yang ini memang type yang tak berapa nak cermat jaga barang2 dia. Hilang barang tu memang dah jadi normal. But this time hilang purse kat sekolah. Dalam purse tu ada IC, ada duit 50-6- ringgit, baru je akak hulur Ahad lepas.. Tak apa la, dah bukan rezeki. IC tu kita buat lain.

Lagi stress anak dara akak ni sebab tak lama lagi nak exam PMR. Setiap kali balik rumah mesti ada aje sebut stress. Itu stress, ini stress. Sebelum raya ni, katanya ada pra-trial PMR. Eh...trial pun ada pra ke? Akak tak tau pulak tapi hopefully semuanya berjalan dengan baik.

Happy Ramadhan to you olls.

Wednesday, July 10, 2013

salam Ramadhan


....akak dan family mengucapkan selamat berpuasa di bulan Ramadhan kepada semua kawan2, semoga puasa kita pada tahun ini lebih bermakna dan diberkati....


Firman Allah S.W.T: “ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ - (Surah Al-Baqarah: 183)
Hadis Rasulullah s.a.w: Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:
|" Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."


 Pahala puasa Ramadhan amat besar. Orang yang meninggalkan puasa dengan sengaja, bukan saja telah melakukan satu dosa besar, bahkan dia mengalami satu kerugian yang amat besar, satu hari puasa yang ditinggalkan tersebut tidak boleh ditebus dengan apa jua cara, tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidupnya. Ini jelas sebagaimana sabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam: Maksudnya: “Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (uzur syarak) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat menggantikan puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup.” (Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).

Tuesday, July 9, 2013

makan2 b4 Ramadhan






...kueteaw ladna....


Masa ni akak dan kawan2 pergi makan kat kampung baru, takde la jauh sangat dari ofis akak kan. Ada satu kedai makan yang ada macam2 makanan panas. Dan akak makan kueteaw ladna, peminat kueteaw la kata kan .. Lokasi kedai ni tak jauh daripada restoran nasi arab, berhadapan dengan tempat car wash...



..fried mee hoon...


...fried sang mee....


Ini pulak masa akak, SRK dan anak kecik makan kat our favourite restaurant. Kami memang suka chinese style, makan mee hoon chinese style dan fried sang mee. Rasa food kat sini memang agak berbeza dengan masakan kat kedai2 tomyam yang lain. Memang sedap. No wonder ramai customer datang.

Lokasi restoran ini ....kat Bandar Puteri, Puchong.

Wednesday, July 3, 2013

Nasi asam pedas @ kuala selangor


Jalan2 kat Kuala Selangor, sampai tengahari perut dah lapar. Hajat hati nak pekena cendol bakar tapi kata seorang sahabat akak, gerai cendol bakar tu dah kena sita. Alamak....

Jadi cari la kedai makan kat situ...jumpa kedai baru kot...restoran gelas besar. Kerusi meja pun macam tak complete lagi.

Ada nasi ayam, nasi asam pedas, mee kari, laksa dan ada juga nasi campur.. Akak teringin makan nasi asam pedas......asam pedas ikan pari..mengancam.




Sesuai ke makan asam pedas dengan telur masin? Ada sahabat akak cakap memang la sesuai tapi ini first time akak makan asam pedas dengan telur masin, macam tak match pulak. Ada lagi yang menarik, sahabat2 akak tuang kicap kat atas nasi nak bagi lebih mengancam!


wordless wed : night view





This is the night view from my office compound.

KLCC can clearly seen from there.