Posts

Showing posts from June, 2013

burger for dinner

Image
Anak kecik akak willing nak masak burger untuk kami dinner malam ni... Katanya, ummi tak payah tolong, adik pandai masak sendiri.Burger oblong ni dia beli bila tengok orang jual burger dekat rumah kami guna burger oblong untuk tarik customer.

makan2 @ kilim, langkawi

Image
Tak habis lagi cerita tentang Langkawi, nak cerita tentang makan2 kat restoran terapung pulak. Mula2 akak bayangkan restoran terapung ni kat atas laut tapi rupanya kat atas sungai =).



Nak pergi ke Kilim dari Frangipani Resort & Spa agak jauh juga, menghala ke Gunung Raya kot. Jemu jugalah akak duk dalam kereta tu. Sampai kat jeti, kami naik bot yang muat 10 orang tu. Jangan lupa pakai life jacket ye tapi kalau rasa dah terror berenang, abaikan la pesanan ni. Naik bot kurang dari lima minit, sampai la ke restoran terapung tu.




Kebetulan bila sampai kat restoran terapung tu, hujan pun turun. Tapi akak redah aje nak tengok ikan2, udang yang derang bela dalam sangkar sebelah restoran tu. Macam2 ikan ada, ikan yu pun ada.




Ramai pelancong yang asyik tengok sangkar2 ni, ketam pun ada. Jalan2 lagi, boleh tengok ikan pari yang pelbagai saiz tapi kena berhati2 sebab kalau jatuh dalam sangkar ni, ada yang jadi lauk kot...huhu. Kalau sesiapa yang tak pernah tengok belangkas, pun ada dibela ka…

kilim geo park, langkawi

Image
Dalam tempoh setahun ini, dah tiga kali akak menerjah ke Langkawi. Satu atas tiket percutian keluarga dan dua lagi atas urusan kerja rasmi. Kali ketiga menerjah ke sana, baru la dapat meronda ke Kilim Geo Park. Selama ni duk tengok website dan pamplet aje.



Naik bot yang boleh memuatkan maksimum 10 orang penumpang, kami menyusuri sungai yang penuh dengan bot dan kapal layar yang berlabuh kat situ. Air sungai agak dalam sebab air laut tengah pasang waktu itu.



Bot kami cuba mendekati gua buaya, katanya ada buaya melepak kat dalam gua ni. Kalau waktu air agak surut, bot boleh dibawa masuk ke dalam gua ni.



See.....bot kami dah rapat dengan gua tapi tak boleh masuk ke dalam gua sebab tinggi bot tak melepasi gua ni. Tapi ada satu bot kecik dah parked kat dalam gua ni....ramai pelancong datang ke sini untuk melihat sendiri keunikan gua ni.



Perjalanan dari gua tadi diteruskan ke arah muara. Memang cantik pemandangan di sepanjang perjalanan kami menyusuri sungai, hutan paya bakau boleh dilihat …

makan2 @ frangipani langkawi resort & spa

Image
Kita layan cerita makan kat Frangipani Langkawi pulak. Actually menu yang dihidangkan kat situ tahap biasa2 aje. Punya la susah nak jumpa sotong dan udang yang gedabak dan fresh, hari2 menu ayam je ada. Kalau tak ayam, menu daging. Pancake tu memang wajib ada hari2.





Ayam dan daging memang tak dapat dipisahkan dari restoran ni. Kalau masuk bab sayur pulak, hari2 ada sayur kobis. I dont know why. Sayur2 lain macam susah nak jumpa tapi ada juga.



Menu sarapan pun hampir sama, tak ada yang special sangat. Mee goreng, mihun goreng dan kueteaw goreng yang biasa2 aje. Pencuci mulut dan buah2an pun tak banyak. So, tak banyak bintang boleh akak bagi kalau masuk bab menu makan kat tempat ni, quite limited.














beautiful view @ frangipani langkawi resort & spa

Image
Beberapa hari akak tak update blog, terpaksa menyelaras kursus di Langkawi. Lokasi pilihan adalah di Frangipani Langkawi Resort & Spa. I tell you olls, resort ni bertaraf 4 bintang katanya.... Kita tengok berapa bintang yang you olls boleh bagi ye.




Kalau kita pergi ke Pantai Cenang, resort ni terletak berdekatan dengan pantai Cenang. Kalau kita biasa bawa famili mandi-manda atau bersiar-siar kat pantai yang dekat dengan bukit yang ada tulis "Langkawi" tu, so Frangipani ni kat belakang bukit tu la....




Lobi resort yang simple, banyak menggunakan bahan kayu sebagai interior. Ada juga bangku yang dibuat daripada driftwood, menarik juga. Ruang lobi ni agak luas dan turut menyediakan satu bilik untuk penggunaan internet. Biasa la tu kan.



Kolam ikan yang dibina khas di hadapan lobi resort. Katanya ada beberapa jenis ikan kat dalam kolam ni tapi akak duduk situ dalam 5 minit.....tak nampak pulak ikan...hehe.



Salah satu ruang yang terdapat di restoran resort ini. Memang resort n…

layan anak2 dengan BLUE SKY EPIC @ Mentakab Star Mall

Image
Sebelum habis cuti sekolah, akak dan SRK bawa anak2 pergi menonton Epic. Mula2 rancang nak menonton After Earth tapi si adik tak boleh masuk pulak. Kesian juga, takkan bawa kakak aje. So, pilih la filem yang boleh bawa masuk semua. Puas hati.
Few hours sebelum pergi, google dulu kat internet. Tengok2 dulu GSC ada tayang filem apa. Zaman teknologi canggih sekarang, semuanya hanya di hujung jari kan. Banyak filem sedang ditayangkan sekarang ni tapi disebabkan si kecik yang sorang ni, akhirnya kami pilih untuk menonton filem Blue Sky Epic 3D.




Happy betul budak2 ni nak tengok wayang, entah macamana walaupun tak berjanji tapi semua pakai baju warna senada aje.



Sebelum masuk panggung, kalau tak beli popcorn dan air, tak sah. Macam dah jadi tabiat pulak kan nak makan popcorn masa menonton filem. Beli la juga 2 set combo yang ada dua air setiap satu. Beli satu set nanti berebut pulak anak2 dara ni.



Kebetulan la pulak waktu tu ada group budak2 cina yang nak masuk menonton Blue Sky Epic juga. R…

misua @ mee soya sup

Image
Pernah masak mee soya atau misua? Jarang2 akak masak mee ni sebab ... tak teringat pun nak beli. Tapi baru2 ni masa jalan2 kat shopping mall, ternampak dan terpegang pulak mee ni. Misua ni dibungkus kering dalam plastik, macam mee hoon. Bila dah terpegang tu, akak pun terbeli la =)).




Samada kita rendam sekejap dulu dalam air sebelum masak atau terus aje masak, boleh aje, tengok citarasa. Akak tak rendam pun misua ni, terus masuk yang kering tu masa memasak. Mula2 tumis dulu bawang putih dan bawang merah yang ditumbuk atau mayang halus. Masukkan isi ayam dan biarkan sampai mendidih. Masukkan udang dan tambahkan sedikit air untuk kuahnya. 




Bila kuah dah mendidih, masukkan misua dan sayuran. Lupa pulak, masa akak menumis bawang tadi, akak masukkan juga serbuk sup untuk mendapatkan rasa sup. Tambah la sedikit garam. Untuk pekatkan kuah, rasanya tak perlu dah nak bubuh tepung jagung sebab misua ni dah boleh pekatkan kuah bila ia kembang dan lembut.
Satu paket misua tu, boleh dua kali maka…

black pepper chicken

Image
Ini ialah antara menu kegemaran family akak, black pepper chicken. Oleh kerana ayam merupakan benda yang macam wajib ada dalam ice box, maka memang la selang dua hari je mesti ada masak ayam. Ayam, ayam, ayam, telur ayam, telur ayam...bla...bla..bla...
Dah jemu dengan ayam masak merah, ayam gulai, ayam goreng, ayam masak kicap dsb, kadang2 masak la juga ayam lada hitam versi akak. Mudah sangat nak masak ayam lada hitam ni.




Hiris ayam ikut citarasa masing2 dan kalau boleh ambil bahagian isi (dada) lagi nampak cantik. Mayang bawang putih, halia dan bawang besar untuk menumis. Bila menumis tu, masukkan sedikit kicap manis tapi jangan banyak2 sangat. Masukkan sos lada hitam dan sedikit air tapi kalau tak nak masukkan air pun takde hal. Bubuh sedikit garam dan gula, kalau nak pekat, kacau sedikit tepung jagung dan tuangkan ke dalam kuali. Kalau suka boleh tabur daun bawang dan daun sup atau leek.
Dah siap untuk dimakan.



aktiviti baru malam minggu : badminton

Image
Akak nak tanya, dalam seminggu berapa kali you olls bersenam?
Bersenam tu termasuk la berjalan2, jogging, berenang, main bola, skipping, sit-up, cycling dan sebagainya lagi. Biasanya kaum hawa sentiasa bersenam bagi mereka yang tak henti2 buat kerja2 rumah. Buat kerja rumah memang merupakan satu senaman yang baik.
Walaubagaimanapun berbasikal adalah salah satu senaman yang paling cepat membakar kalori. Tak percaya?  =)).



Recently, SRK buat kejutan kat akak. Tiba2 tak ada angin tak ada ribut ajak pergi main badminton. Katanya ada kawan2 dia dah booked badminton court kat Bukit Puchong, about 15 mins from our house. Seronok akak dengar SRK nak main badminton sebab tak larat dah tengok lemak2 kat perut dia tu yang semakin banyak ;P.





First time akak menerjah ke badminton court ni, tak tau pulak ada tempat sebesar ni kat Bukit Puchong. Tu maknanya akak belum habis meronda kawasan kan... Jalan2 pun masih ada yang tak tau, ini kan pulak tempat2 macam ni.




Kalau tak silap ada 40 badminton court…