Thursday, May 30, 2013

4 langkah gaya hidup sihat


...akak nak kongsi tips / langkah gaya hidup sihat....moga dapat memberi manfaat pada kita...


ADAKAH anda bangun tidur sebelum matahari terbit dan pulang ke rumah setelah terbenamnya matahari?
Atau adakah anda sering bergegas dari satu mesyuarat ke mesyuarat yang lain setiap hari?
 
Mungkin anda pernah mengalami situasi tersebut malah sering berulang. Sebaik-baiknya, pencegahan terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti diabetes, penyakit jantung, kanser dan sebagainya, harus dimulakan sejak kecil, namun masih belum terlambat untuk dimulakan sekarang.
 Pilih makanan berasaskan bijirin penuh.

 Jangan lagi bertangguh atau menunggu sehingga anda mengalami sakit dada baru anda mengambil berat tentang kesihatan. Mula amalkan pemakanan sihat dan kehidupan aktif sekarang.

Langkah 1 - AMALKAN PEMAKANAN SIHAT
Sarapan - Kajian saintifik membuktikan jika anda memulakan hari dengan sarapan yang seimbang, anda boleh fokus, meningkatkan tahap tumpuan, kepintaran dan daya ingatan.
Makan tengah hari - Jangan sesekali tinggalkan makan tengahari tidak kira sibuk manapun anda. Namun begitu, elakkan makan terlalu kenyang yang boleh menyebabkan anda berasa kembung, mengantuk dan tidak produktif.
Makan Malam - Sentiasa ingat untuk mengambil makanan yang seimbang, pelbagai dan tidak makan berlebihan. Pulang awal ke rumah untuk makan makanan yang dimasak di rumah dengan ahli keluarga.

Langkah 2 - PILIH MAKANAN DENGAN BIJAK
Sentiasa memilih makanan yang disediakan dengan cara sihat seperti mengukus, membakar atau sup berbanding makanan bergoreng.
Pilih makanan rendah lemak, gula dan garam.
Pastikan ada buah-buahan dan sayuran dalam sajian harian anda.
Elakkan mengambil terlalu banyak kuah, kerana ia biasanya tinggi lemak dan garam.
Pilih makanan tinggi serat.
Minum banyak air kosong dan elakkan minuman manis dan bergas.

Langkah 3 - JADI LEBIH AKTIF DENGAN BERSENAM

Langkah 4 - PANTAU TAHAP KESIHATAN ANDA
Rancang jadual pemeriksaan kesihatan anda secara berkala iaitu bulanan, suku tahun atau tahunan kerana anda perlu sentiasa mengetahui kedudukan tahap kesihatan anda. Anda juga boleh melakukan pemantauan diri sendiri seperti mengukur ketinggian dan berat badan supaya sentiasa dalam keadaan normal.




Sumber rujukan : © Utusan Melayu (M) Bhd 


Wednesday, May 29, 2013

wordless wed: sup kaki ayam






Kalau nak berjimat, beli la kaki ayam. Sekilo baru berapa ringgit kan.

Then, buat sup kaki ayam yang kaw2 punya.

Jangan lupa tabur lada hitam, terangkat.


Tuesday, May 28, 2013

tutti frutti @ temerloh


Sejak tutti frutti dah buka berdekatan dengan rumah mak akak ni, anak2 suka kan nak menipiskan beg duit akak...kalau kat tutti fruitti tu tak pernah nak beringat, main ambil je ikut suka rasa masing2.




Adik suka mashmallow....campur dengan strawberry dan chocolate. Nata de coco pun dia ambil tapi adik tak berapa "tamak" nak makan. Jadi, dia ambil sedang2 aje...shared pulak dengan ummi dia =)).




Si kakak punya agak sour rasanya, entah apa yang dia ambil banyak tapi tengok ada juga strawberry dan chocolate. Sampai dia sendiri pun macam slow nak makan.




Bukan melayu pun suka makan kat tutti frutti ni, petang2 sikit ramai la pelanggan datang. Punya la sejuk dalam kedai ni, tak dapat nak cakap. Bimbang frozen yogurt derang cair agaknya.






Semua kos makan kat tutti frutti ni ditanggung sepenuhnya oleh one and only my bro. Dia memang suka melayan anak2 sedara dia....ikut aje nak makan apa... selamat beg duit ummi dan abah =)).

Tapi tak ada la banyak sangat habisnya, tak sampai tiga puluh ringgit untuk tiga cup...








Thursday, May 23, 2013

cheese cake @ majlis doa selamat





Baru2 ni department akak buat majlis makan pagi dan doa selamat, khusus untuk kawan2 kat ofis yang baru dapat baby. Ramai dapat baby....lima orang. Sementara masih muda remaja, elok la besarkan keluarga kan. Kalau umur dah macam akak ni haaa.....rasanya tak berapa sesuai nak menambah cahayamata =)).





Makanan pagi tu semuanya ditempah, tak ada pun yang dimasak sendiri. Leceh nak memasak sendiri sebab ambil masa dan mungkin mengganggu orang lain...  Nampak sedap kan kuih ketayap tu.





Fikir punya fikir, akak sponsored cheese cake. Itu pun beli kat JJ Maluri petang sebelumnya dan simpan dalam ice box. Kat ofis akak, ramai peminat cheese cake, tak rugi la beli. Cream puff tu pulak, jiran sebelah akak yang sponsored.





The most ever favourite drink, nescafe....wajib ada. Rasa sangat satisfaction nya bila minum nescafe berbanding dengan minum teh tarik. Akak memang giler nescafe sejak remaja lagi tapi stopped kejap minum nescafe bilamana kepala selalu rasa sakit. But now, giler nescafe semula.





Menu pada hari tu ialah mee hoon dan pulut kuning. Pulut kuning makan dengan rendang ayam, ayam goreng pun ada. Dah lama tak makan dan masak pulut. Bila sesekali dapat makan pulut, nyaman tak terkata =)).





Ini antara barang2 baby yang we all hadiahkan pada ofismate. Yang baby pompuan, of coz la bagi baju warna pink. Yang baby lelaki lebih sesuai warna brown kannnn..... Suka tak suka, derang kena la terima kan    =)).  Congrates to all my friends yang dah masuk kelab mak2 dan ayah2....

Kepada yang belum bertemu mr. / mrs. right tu, harap bersabar dan muhasabah diri selalu.






Wednesday, May 22, 2013

wordless wed : empangan batu



















Dari Ulu Yam ke Batu Caves, kita jumpa la tempat ini.

Cantik mata memandang.

Tapi hati2 dengan monyet yang berkeliaran mencari makanan.






Tuesday, May 21, 2013

rosdet tomyam, kampung baru


Balik dari hutan lipur sungai tua hari tu, perut masing2 dah berbunyi. Jadi SRK terus aje drive ke kampung baru, nak dinner kat situ. Teringin nak makan nasi air tapi ......




Dahaga you olls balik dari hutan lipur tu, terus pesan air...tak nyempat2 dah. Nampak sedap air asam jawa tu kan. Pilihan si kecik.





Ewah...budak kecik pantang suruh posing, ada aje dia punya peace tu. 





Nasi goreng paprik pilihan si kecik tapi dia makan nasi dengan ayam aje. Sotong dan sayuran semuanya dia pindahkan kat pinggan akak. Bertuahnya anak =)).




Inilah favourite SRK, ikan siakap masak stim limau. Pesan ikan yang saiz sederhana tapi yang datang ke meja, ikan saiz sederhana yang besar. Rasanya agak pedas sebab tukang masak dah potong2 cili padi tu. 




Kailan ikan masin pun menu wajib kalau kami makan kat kedai. Kalau guna baby kailan pun best masak macam ni, akak suka. 

Dua tiga jenis makanan ni, tambah lagi sambal belacan, semua sekali RM54.00. Not bad la kan. Lokasi restoran ni, berhampiran dengan KL International Hotel.









Monday, May 20, 2013

hutan lipur sungai tua





You olls pernah pergi hutan lipur sungai tua? Selama akak bermastautin kat hutan batu ni, inilah kali pertama menjejak kaki kat situ. Itupun SRK yang bagitau ada tempat rekreasi yang tak kurang menariknya kat situ. Kebetulan kami menerjah ke Ulu Yam atas urusan keluarga, dalam perjalanan balik, singgah kat situ. Tak rancang elok pun.




Ada jambatan gantung nak menghala ke ruang persalinan pakaian. Sesiapa nak merasa naik atas jambatan gantung, bolehlah berkunjung ke situ.




SRK dan si kecik tu dah dapat "port" untuk mandi sebab agak ramai orang waktu petang gitu. Ada yang siap berkhemah daripada pagi lagi.




Air sungainya tak berapa jernih tapi agak deras dan sangat sejuk. Kalau bawa anak2 kecil, orang dewasa memang kena pantau sepanjang masa sebab ada tempat yang agak dalam dan punya air yang deras. Akak pun tak terkawal badan bila duduk kat tengah2 sungai....macam nak hanyut aje.




Papan2 tanda peringatan kepada pengunjung ada diletakkan di kawasan rekreasi ini, even masa kita nak masuk ke kawasan ni pun kena daftar dulu di pondok pengawal. Dah nyata kat situ, semua aktiviti yang dijalankan dalam kawasan hutan lipur sungai tua adalah di atas risiko sendiri dan mestilah mendapat kebenaran terlebih dahulu.





Pokok2 kayu di kawasan ini nampaknya dipelihara dengan baik, kebanyakan pokok yang besar ada digantung namanya sendiri. Sambil kita berehat2 kat situ, boleh juga kenal jenis pokok2 kayu kan.





Banyak batu2 dan dahan2 pokok yang jatuh ke dalam sungai ni, jadi bila kita mandi kena berhati2 sikit.  Carilah tempat yang sesuai untuk mandi-manda bersama keluarga supaya lebih privacy.





Akak tak lama berendam dalam sungai sebab tak tahan dengan airnya yang sejuk sangat, terasa hingga ke tulang. Tumpang seronok tengok si kecik dan SRK berendam dalam sungai.





Ada sebatang pokok yang tumbang merentangi sungai, boleh dijadikan titi untuk menyeberang sungai tapi kena hati2 juga. Jambatan gantung boleh nampak dari tempat kami melepak...





Suka tengok keindahan kawasan ini, rasa nyaman dan tenang sebab kita dah terbiasa dengan kesesakan dan hiruk-pikuk kota. Bila sampai kat sini macam best sangat, hilang tension =)).





Memang agak ramai pengunjung pada waktu ini dan boleh pilih mana2 tempat masuk yang kita suka. Tempat letak kereta pun banyak, jadi tak perlu berebut.





Masa untuk mengucapkan selamat tinggal kepada hutan lipur sungai tua. Ada kelapangan, Insha Allah kami berkunjung lagi ke situ.


























Friday, May 17, 2013

stew ayam & sayur goreng : si kecik yang masak


Kadang2 kan kalau dah hampir setiap hari sampai kat rumah dah malam. Penat tu jangan cerita la, penat dengan kesesakan lalulintas dah satu hal lagi. Sakit2 badan dibuatnya, maklum la dah masuk umur midi macam ni, of coz la energy dah tak sama macam 10 tahun dulu. 

Anak kecik akak pulak memang jenis yang ringan tulang dan suka explore benda2 baru. Selain daripada itu juga, budak kecik ni pun suka memasak...I mean suka menyibuk kat dapur. Hasil daripada sikap dia yang suka menyibuk kat dapur tu la, dia dah semakin pandai memasak. Masak nasi goreng dah pandai, masak sayur goreng dah biasa, goreng2 ikan atau ayam tu dia memang pandai tapi takut minyak terpercik kat muka atau tangan aje. Alhamdullillah, seawal umur 11 tahun, dia dah boleh memasak yang simple2.

Kalau setakat nak masak burger atau sosej kat rumah, itu dah tak payah akak nak ajar. Akak cuma perlu monitor dia guna dapur gas aje. Selebihnya dia reti buat sendiri.






Menu 1:  Dia masak stew ayam, akak bagi panduan sediakan bahan2 asas dan kaedah menumis dan bla...bla...bla... Jadi ini la hasilnya. 






Menu 2 :   Dia masak sayur goreng. Yang ada dalam ice box cuma sayur kobis dan timun. Baik masak sayur kobis kan, sedap sikit. Tengok tu, siap ada udang. Udang pun dia siang cantik2 gitu, nenek dia yang ajar hari tu. Masak sayur goreng ni pun akak cuma bagitau bahan2 asas dan kaedah menumis....monitor sambil tengok TV. Hasilnya macam dalam foto tu la.

Jadi....didik la anak2 dara even anak2 bujang memasak. Biar derang menyibuk kat dapur takpe. Biar derang tau macamana rupa periuk belanga dan bahan2 memasak kat dapur tu.

Selamat mendidik!   =))








Thursday, May 16, 2013

gulai kuning ayam (masak lemak cili padi ayam)



Baru2 ni ada keluar kenyataan orang Barat tentang sikap sesetengah orang yang suka ambil foto makanan. Of coz la salah seorangnya akak ler =)). Katanya orang yang suka ambil foto makanan ni antara orang yang punya simptom sakit mental. Biar betul kan?

Bila baca artikel tu sampai habis, owhhhh....dia maksudkan macam tak ada foto lain nak ambil. Kiranya banyak lagi benda lain yang boleh kita snap, contohnya foto pemandangan dan sebagainya lagi. Kalau dah blogger masakan macam Mat Gebu, takkan kita nak ambil foto pemandangan pulak kan =)).






Jadi....kita teruskan aje buat apa yang kita suka! Tak payah la kita nak sentap2 kannnn... Dan baru2 ni SRK masak gulai kuning ayam aka ayam masak lemak cili padi. Ini antara menu favourite SRK dan si kecik, kira kalau ada gulai ni, masing2 menambah nasi.






Dah nama gulai kuning, nampak kuning betul ye gulai yang SRK masak ni =)).  Tapi rasanya alhamdullillah tak mengecewakan akak. SRK siap bubuh daun kunyit lagi tu, biar ada rasa. Punya la kedekut Giant jual daun kunyit, dua helai RM1.50 kot. Sabar aje la kan.  SRK kisar terus bawang, cili, kunyit dan santan, semua masuk sekali dan kemudian tuang dalam periuk. Begitu kot cara orang Terengganu memasak. Jangan lupa serai ye dan rasa la masinnya.








Wednesday, May 15, 2013

wordless wed: seminar luar biasa dr.azizan



....sumber : www.hidupluarbiasa.com..

You olls jangan terlepas peluang keemasan ni.






Cepat2 melawat laman web dia....

=))


Tuesday, May 14, 2013

ikan salmon @ magic pan


Seronok baca pengalaman kawan2 yang menggunakan magic pan atau kuali ajaib yang disebut2 oleh makcik2 dan mak2 tu. Ada yang dah pun menggunakan magic pan ni secara optimum tapi akak baru guna tiga kali. Kebetulan ada kerja rasmi di Langkawi, maka ambik kesempatan beli magic pan di HIG, Pekan Kuah. Berlonggok-longgok magic pan kat HIG tu, pilih aje yang mana satu berkenan di hati. Oleh sebab ada rasa malas dan *malu nak bawa magic pan naik flight, so akak beli yang paling kecik, 28cm. Walau cuma 28cm tapi muat la nak bakar ikan kerisi, ikan kembung dan lain2. Tak menyesal pun beli yang kecik.






Mula2 akak grill kan ikan salmon ni, lama dah nak makan ikan salmon grill tapi selalu tak ingat nak beli. Baru2 ni beli la sekeping (cukup la nak makan berdua) dengan harga RM5.00 ++. Boleh tahan juga kan harga ikan salmon ni. Taburkan sedikit garam dan serbuk lada hitam, then terus letak dalam magic pan. Halfway masak, akak golekkan pulak sayur bunga kobis dengan capsicum, biar la "derang" kena grill sama2 kat dalam magic pan tu kan. Tapi tengok hasilnya, cantik je kan rupa ikan salmon ni...




Mak aaiii.....ikan kerisi pun nak enterframe kan. Muat2 je ikan kerisi nak duduk dalam magic pan ni. Perapkan dulu ikan selama beberapa minit  dengan garam, kunyit dan cili boh. Lepas itu baru la dibakar menggunakan magic pan. Senang masak guna magic pan ni.... (orang lain dah berzaman ek guna magic pan ni kannnn....., akak je baru terhegeh2 nak guna....ngeeee..)

Apapun, berbaloi beli magic pan ni, menjimatkan masa kita nak memasak.




















Monday, May 13, 2013

tahniah adik & selamat hari ibu


Sabtu lepas, anak kecik akak masuk pertandingan kompang di Seksyen 9, Shah Alam. Dah lama budak kecik ni involved dalam bermain kompang ni, katanya minat main kompang. Untuk dia berlatih kat rumah, akak dah belikan satu kompang. Beli kat Mydin USJ aje, kompang murah tapi bunyinya boleh tahan. Orang kata kecik2 cili padi, walaupun budaknya kecik tapi sekali pukul kompang, bukan main kuat bunyinya.



....adik posing dulu sebelum pergi bertanding....6.20am...


Nak main kompang kena la bergaya juga kan. Cikgunya suruh beli seluar panjang kadet remaja, warna hijau tua yang banyak poket tu. Akak pun terus teringat kedai "Professor" yang memang ada jual pakaian2 sekolah ni. Alhamdulillah ada saiz dia tapi harganya agak mahal, RM61.00. Khabarnya kalau beli seluar jenis yang sama di PKNS, Shah Alam, boleh dapat harga dalam RM45.00. Tak berapa nak rajin la pulak akak nak drive ke Shah Alam kan. 

Anyway, walaupun adik hanya dapat tempat ke-3 tapi ummi tetap bangga, sayang.

Meanwhile, thanx pada kawan2 yang sudi wish akak "selamat hari ibu". Bukan mudah kan nak dapat gelaran ibu. Jadi, berbangga la menjadi seorang ibu dan jadi la ibu yang terbaik untuk anak2.



Friday, May 10, 2013

sosej goreng pedas





Satu lagi menu simple yang boleh you olls masak kalau dah tak ada idea sangat atau nak jimat atau ada rasa mood malas memanjang...macam akak =)). Beli aje sosej, tak kisah la brand apa dan perasa apa, janji halal untuk dimakan.






Bahan2 masak:

  • Sosej (potong tiga)
  • Bawang putih (mayang halus)
  • Bawang besar (hiris bulat2)
  • Cili merah / hijau (hiris)
  • Leek (untuk aroma dan rasa)
  • Cili boh
  • Sos tiram
  • Sos tomato
  • Sos cili
  • Kiub pati ayam
  • Sedikit garam


Tumiskan bahan2 asas sehingga garing. Biasanya kalau bahan2 asas tak cukup masak, mudah nak dapat sakit perut bila makan. Kemudian masukkan bahan2 lain dan sosej. Simple sangat kan. Boleh juga ditaburkan daun bawang dan daun sup untuk hiasan.

Anak2 akak memang suka makan sosej goreng pedas macam ni. 

Thursday, May 9, 2013

perfumes promo

....a mix of coriander and cardamom smoked with a touch of precious tobacco...



...rich and complex composition where you can find mint, tangerine, cinnamon, cardamom, rose and notes of leather...


..combines power of vanilla, musk, amber, orange flower & the lily of the valley..



You olls minat tak pakai minyak wangi? Kalau minat minyak wangi yang kebarangkalian sesuai dengan citarasa you olls, boleh la mencuba minyak2 wangi ni. Untuk dapatkan minyak2 wangi ini dan mencari sesuatu yang serasi dan sesuai dengan you olls....boleh la KLIK KAT FOTO MINYAK WANGI yang ada kat sebelah kanan blog page akak ni ye.

Macam2 ada.




moh ke kuala kangsar

Recently outstation ke Kuala Kangsar. Rasanya semenjak tukar department ni, dah setahun hibernate kat ofic. Ni baru keluar semul...