Tuesday, April 30, 2013

char kueteaw @ dataran MBI, ipoh mali








Melimpah kuah dia, you olls.

Dia guna kueteaw yang kecik, I like it much.

Tapi sayang, rasanya tak seberapa, agak masin.

Kena pilih2 la gerai.




Monday, April 29, 2013

makan2 @ hotel seri malaysia, ipoh mali








Ini sarapan akak pada hari pertama. Makan mihun sup yang quite plain rasanya, dua keping roti bakar, air kopi dan orange juice. Kenyang you, alhamdullillah.







Hari kedua, tukar selera pulak. Makan mee goreng basah dengan sosej sweet sour. Sedap sosej dimasak macam ni, takde la muak kan. Still minum air kopi dan orange juice. Selain daripada makan mee goreng, akak nak merasa bubur jagung + sagu. Sedap tapi quite sweet.





Nampak ada soto, teringin pula nak makan. Kuah sup dia ada rasa pula hari kedua tu...hehe. Mangkuk tu sebenarnya sangat comel saiznya. So jangan la kata akak makan banyak ye! :D





Kawan akak makan nasi lemak, hari2 dia makan nasi lemak..hehe. Nasi lemak kat situ biasa aje, tak ada yang istimewa sangat. Selain daripada sambal tumis, ada juga sambal sotong rendam.










Saturday, April 27, 2013

hotel seri malaysia, ipoh mali


Jarang2 akak stay kat Ipoh, kalau ke Perak biasanya stay kat Kuala Kangsar tapi sebab kali ni banyak kerja nak selaraskan di sekitar Ipoh, maka stay la aje kat Ipoh. To me, Ipoh is better than Alor Setar dari aspek kemeriahan bandarnya pada waktu malam. Mana tidaknya kan, pub dan lounge merata2. Kat Ipoh, akak menginap kat Hotel Seri Malaysia, itu yang ditempah oleh kawan.

Sebelum bergerak ke Ipoh lagi, akak dah tanya Mr.Google tentang hotel ni sebab banyak pengalaman yang kurang manis semasa menginap di hotel seumpamanya. Tengok foto2 hotel kat internet memang menyejukkan hati =)). Tapi mungkin tipah tertipu kan.





Akak diberikan bilik family, ada dua katil double. Suka hati akak la kan nak golek ke sana ke mari. Janji jangan sampai katil roboh kan. Cuma agak membazir sebab akak cuma stay sorang aje.






Compare dengan Seri Malaysia, JB,, this one is better. Tapi still guna TV gemuk, telefon dalam bilik pun rosak dan water pressure yang rendah. Jenuh sikit la kalau waktu nak mandi dan seumpamanya.






Walaupun guna TV gemuk lagi tapi nasib baik ada channel 104, cinemax dan fox sport. Ada la juga pilihan nak tengok. Peti ais mini pun ada walaupun plugnya dah rosak.






Kerusi rehat ni pun disediakan, mungkin untuk bilik family aje kot. Tak pasti tapi akak tak guna pun kerusi ni. 






Yang bestnya, walaupun bilik ni menggunakan sistem kunci untuk hidupkan lampu dan pendingin hawa tapi rasanya benda tu dah tak well functional. Akak boleh bawa kunci keluar dan lampu masih tetap menyala =)).

Lokasi hotel ni berdekatan dengan KPJ, Ipoh.





Friday, April 26, 2013

from kg.gajah ke batu gajah, with love


Salam hari Jumaat, sebenarnya akak baru balik dari mengembara ke negeri Perak pulak. Macam dah kalah orang nak berkempen kan tapi ikut aje la arahan bos.

Dapur kat rumah sejak akhir2 ni dah tak berasap. SRK suka bawa anak kecik dia makan kat luar kalau akak outstation, budak tu memang suka sangat la. Lewat petang semalam akak bergerak dari Kg. Gajah, Perak ke KL dengan penuh dugaan. Hujan lebat dan angin kencang buat kami sangat berhati-hati semasa perjalanan.

Sebenarnya ini kali pertama akak menerjah ke Kg. Gajah, I thot kat situ banyak gajah kot. Mungkin juga kat situ kawasan panas sempena PRU ni sebab banyak sangat program politik dibuat kat situ. Pening kepala tengok banyak sangat bunting dan bendera.






Dalam perjalanan....air sungai berdekatan naik dengan cepat dan terus mengalir ke parit2 kat tepi jalan tapi setakat mana parit tu nak tampung air yang banyak. Jalanraya mula dinaiki air, memang cepat air naik.






Ingatkan hanya satu tempat aje yang dinaiki air tapi lepas satu tempat, ada lagi satu tempat. Lepas tu ada lagi satu tempat juga dinaiki air. Kenderaan dua2 hala mula berhenti, bimbang dengan keadaan. 





Pada mulanya akak fikir ada kemalangan, maklum la kalau waktu hujan memang biasa ada kemalangan. Sebabnya kenderaan dah bersusun hingga 1km...lebih kot. Rupa2nya jalanraya dinaiki air.






Nasib baik kami boleh redah air perlahan-lahan berbanding dengan kereta2 kecil. Keadaan macam ni memang membimbangkan sebab kita tak tahu ada lubang ke longkang ke kat tepi2 jalan ni. Air pula mengalir deras kat atas jalanraya. Sungguh mencabar kesabaran kami. Mujur kami bergerak dari Kg. Gajah sebelum malam.

Walau apapun, macamana dengan banjir di KL? Macam2 foto diupload kat FB. Macam2 hal kan. Harap you olls sabar ye dengan setiap dugaan.





Thursday, April 25, 2013

cendol pulut @ jo cendul, otw to changlun






Dalam perjalanan ke Changlun, akak singgah makan cendul kat kedai Jo Cendul. Besar kedai ni dan banyak pilihan makanan. Kalau nak makan nasi putih dengan lauk2 masak, ada disediakan. Kedai terletak kat tepi jalan besar aje, tak susah nak cari. Bersebelahan dengan kedai ni, turut disediakan homestay.





Masakan panas pun ada disediakan walaupun waktu siang2 gitu. Akak pesan mee hailam, nak tengok macamana rupa mee hailam kat kedai Jo Cendul ni. 

Haaa...gitu la rupanya mee hailam versi Jo Cendul. Kuahnya sangat pekat, mungkin terlebih bubuh tepung jagung kot. Ada ayam, sotong, sayuran dan tak sangka rasanya pedas bangat. Sekali hirup kuahnya berair mata akak ni. Tumis bahan sekali dengan cili api gamaknya. Apapun rasanya quite okay.

Selain daripada masakan panas ni, ada juga dijual kuih goreng-gorengan, ada cucur udang, ada pisang goreng dan ubi goreng. Sedap dimakan masa panas2 lagi.





Ini la sebahagian daripada rupa kedai Jo Cendul ni. Nampak tulis tu, gulai ayam kampung dan itik pun ada. Jangan lupas singgah kalau hangpa nak pi Bukit Kayu Hitam =)).



Wednesday, April 24, 2013

wordless wed: gunung jerai







Semasa akak di Kedah, dalam perjalanan ke daerah Yan (kalau tak silap), sempat merakam foto Gunung Jerai. 

Foto tak berapa elok sebab cuma snap dari dalam kereta. Ada resort kat atas gunung tu. Cantik.



Tuesday, April 23, 2013

char kueteaw @ iman kueteaw, alor setar






Akak memang peminat kueteaw, pergi mana2 mesti nak cuba makan kueteaw kat tempat tu. So, ada kawan bawa akak makan kat satu tempat, namanya Iman Kueteaw. Kalau orang Alor Setar tau la tempat ni kan. Ramai orang makan kat situ, macam2 ada tapi yang famous of coz la kueteaw dia kan. Satay pun ada.

Gitu rupanya char kueteaw kat situ, telur tidak dipecahkan dalam kueteaw tapi dibiarkan sekeping kat atas kueteaw. Something different la kan. Yang penting, rasanya tidak mengecewakan =)). Match pulak dengan air barli suam.

Monday, April 22, 2013

breakfast nasi putih @ kuala kedah


Akak tak tau pulak yang orang2 Kedah pun suka makan nasi pepagi buta. Dulu masa akak bekerja kat New Castle (jiran Terengganu), memang la orang2 sana macam fanatik dengan nasi. Tapi kat Kedah pun gitu juga barangkali.





Tengok....pagi2 lagi akak dah makan nasi putih, lauk sotong rendam dan sayur kacang campur. Tak ke macam makan tengahari namanya =)).






Memang ramai orang datang makan kat kedai ni, macam ada something special. Kalau tak, takkan la orang bertumpu kat situ. Rupa2nya yang famous kat kedai ni ialah gulai ikan kembung yang fresh. Perasaan tamak mula menguasai akak dan kawan2, makan 4 orang tapi pesan ikan sampai 8 ekor, sebab nak makan 2 ekor sorang. Tak hengat dah.

Walaupun kami makan waktu makan pagi tapi kami dah boleh pesan air buah2an. Selain daripada gulai ikan kembung ni, banyak lagi la lauk2 lain yang disediakan. Pendek kata memang sebijik menu makan tengahari.

Naik berat badan 2kg kot =)).


Saturday, April 20, 2013

hotel darulaman @ tanah merah, jitra





Kalau tempoh hari akak duk kat Holiday Villa, kali ni hotel agak penuh. Tambahan lagi, banyak hotel dah tak nak terima LO kerajaan, nak cash payment. Derang ni target orang2 nak berkempen duk kat hotel derang kot. So, duk la kat hotel yang biasa2 aje tapi alhamdullillah selesa.






Katilnya selesa, cuma first night kat situ, akak tak berapa lena tidur sebab nak kena sesuaikan diri dengan persekitaran dulu. Kejap2 jaga, tengok kat pintu dan tingkap.






Satu hal kena ingat, hotel ni tak menyediakan astro channel. So, tak ada pilihan selain daripada channel 1,2,3,7 dan 8. Sebab itu juga la akak memaksa diri untuk menonton drama "sedetik cinta" ke apa.....kat TV3. Best juga rupanya drama ni =)).





Locker selesa dan besar, boleh gantung baju banyak2. Bilik air pun ok, as long ada shower dan bersih, tu dah kira ok la kan. Cuma tak ada bath tub ye.

Satu hal aje yang akak kurang berkenan dengan bilik hotel ni, dalam aspek keselamatan pintu masuk. Hotel cuma guna tombol tekan kunci dan kunci selak yang dah agak uzur. Sebab tu la bila tidur akak terjaga, mesti nak pandang pintu.

Tapi ada yang best, ada wifi percuma kat setiap floor. U olls boleh guna internet sesuka hati.

Friday, April 19, 2013

air asia @ pakcik lapar


Separuh daripada minggu ni, akak 'mengembara' ke negeri Kedah, termasuk la Langkawi. Booked flight dari KL ke Alor Setar, pepagi lagi lepas subuh dah tercegat kat LCCT. Oleh kerana booked flight guna waran ofis, so penerbangan akak termasuk sarapan, tak perlu nak beli2 kat atas kapalterbang kan.

Standard la kan sarapan yang disediakan oleh Air Asia ni kan, akak rasa dah macam nak terbang ke Dhaka aje sebab pagi2 buta disajikan dengan nasi beriani yang masih panas + snack box yang mengandungi mineral water, coklat kit-kat dan kacang. Perut ni tak boleh nak terima nasi beriani pagi2 buta, so sampai Alor Setar, akak bagi nasi beriani tu kat kawan. Settled.




Itu hal flight ke Alor Setar, flight balik akak dari Langkawi ke KL, jam 8.20 malam. Time orang nak dinner kan. As before, dinner akak adalah nasi beriani. LAGI. Nombor seat akak, 2A. Bila naik kapalterbang, tengok2 kat seat 2C dah ada sorang lelaki pertengahan umur tengah kusyuk baca novel orang putih. Punya kusyuk baca novel yang dia pinjam dari library jabatan dia (akak nampak cop jabatan kat tepi novel..hehe), sampai bila akak cakap "tumpang lalu, encik...", dia buat tak tau aje. Kali kedua cakap baru dia dengar.

Kat seat 2B, takde sapa duduk....so selesa sikit. Bila dah ada kat udara, pramugara pun sibuk datang nak serve makanan. Yang pakcik sebelah akak ni terus tunjuk boarding pass dia pada pramugara dan pramugara pun terus bagi dia nasi beriani dan snack box. Tanpa melengah masa, pakcik terus buka nasi beriani tanpa berlengah, mungkin betul dia tengah lapar sangat.

Sebenarnya pakcik punya dinner cuma snack box + mee segera. Food yang pakcik makan tu akak punya tapi pakcik macam tak peduli atau buat tak ingat yang dia cuma ordered mee segera. Pakcik terus habiskan nasi beriani, makan kacang dan coklat kit-kat tanpa tangguh. Memang pakcik lapar sangat gayanya. Beriya pulak pramugara tu mohon maaf kat akak sebab tersilap bagi food. But it's ok, small matter.

Mungkin kekalutan pramugara2 tu nak serve makanan, nak jual produk lagi menyebabkan kesilapan berlaku.

Thursday, April 11, 2013

simple dinner @ restoran remaja classic, JB


Malam ketiga di JB, ada seorang sahabat bawa akak makan di Restoran Remaja Classic, JB. Lokasi restoran ni mudah aje, sebelah kedai used car, berdekatan dengan Plaza Angsana.




Teringin nak makan mushroom soup, so akak dapat la makan malam tu. Tak makan dengan garlic bread atau spesies roti lain pun, akak cuma nak soup.




One of my friends pulak teringin nak makan kentang goreng, mana tau kentang goreng kat JB lain rasanya kan =)).




Oleh kerana terasa tempiasnya angin Singapore, so akak makan kueteaw Singapore. Dah agak mesti warnanya pucat, macam kita masak meehoon Singapore la kan. Ada udang dan telur. Kerang memang tak ada dalam kueteow Singapore ni tapi rasanya still mengancam.




Sahabat akak pulak makan char kueteaw versi Restoran Remaja Classic, nampak menyelerakan. Ada sedikit taburan telur goreng di atasnya dan of coz ada kerang =)).





Restoran ni memang berbeza sikit, mungkin sebab hiasan dalaman dan tarikannya yang tersendiri. Nasib baik nama restoran ni "remaja klasik"....so akak tak la segan nak masuk kan...maklum la dah masuk kategori remaja klasik =)).






Entrance yang memukau dengan pintu kayu berukir, you olls boleh teka berapa harga pintu kayu tu?  Sebelum pintu masuk tu pun dah ada tempat makan yang dihias khas untuk mereka yang gemarkan makan konsep open air.




Hiasan dalaman pun memukau mata akak sebab tuan kedai ni guna meja dan kerusi kayu yang disusun teratur dan kemas. Penggunaan langsir yang match dengan frem tingkap dan ada satu hiasan kraftangan digantung di bahagian siling sebagai tempat lampu. Menarik kan.

You olls kena terjah tempat kalau dah sampai berdekatan dengan Plaza Angsana.

Wednesday, April 10, 2013

western food for dinner @ kg melayu majidee

...black pepper chicken chop with french fries....



...fish and chip with french fries and mix fruits...


Dinner with my friend, at Restoran Senjakala, Kampung Melayu Majidee, JB.

Nice.






Tuesday, April 9, 2013

hotel crystal crown @ JB


Last week, empat hari akak bermastautin di Johor atas urusan kerja. Menginap tiga malam di Hotel Crsytal Crown, JB...tempat yang selalu akak checked-in. Dah terbiasa dengan hotel ni, selesa walaupun agak jauh dari tempat2 makan. 




Bilik yang luas dan selesa, boleh nampak terus ke KSL City Mall. Akak suka dengan pemilihan warna karpet bilik ni, brown and grey.




Peralatan dan perabot dalam bilik ni semua ok aje bagi akak. Nasib baik dah guna flat screen TV. Ada hotel gah kat KL....tapi still guna TV gemuk...





Toilet dia cantik...cuma tak disediakan hair-dryer. Akak kena bawa hair-dryer sendiri but no hal. You olls kalau menerjah ke JB, boleh cuba menginap kat hotel ni.



Wednesday, April 3, 2013

takziah untuk Abil


Mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada blogger Abil atas pemergian isteri tercinta yang menderita sakit sekian lama. Moga arwah Fauziah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.

Pahit mata memandang, pahit lagi bahu yang memikul.

Takziah daripada akak. JB.

Monday, April 1, 2013

simple dinner @ restoran pandan, bandar puteri





Petang semalam akak bertolak dari bandar ikan patin jam 3 petang. Memang cadang nak balik awal sikit sebab biasanya kalau hari Ahad gitu memang sahih trafik sesak. Kononnya la kan nak elak sesak, padahal mana tau semua orang fikir nak balik awal...huhu.

Apa tidaknya, bermula dari plaza tol Bentong sampai la selepas terowong Genting Sempah, akak cuma boleh speed 30km/sejam. Sesak! Bila dah sesak, banyak la kereta dan lori tersadai kat tepi jalan, semua angkat bonet kan...Alhamdullillah kereta akak tak meragam setakat ni. Well, jam 6.30pm baru menjejak kaki kat Puchong.

Badan dah letih, so mood nak memasak memang tak ada... =)). Nasib la SRK memahami bahawa kami perlu dinner kat luar aje. So, terjah aje kat Restoran Pandan, Bandar Puteri, berhampiran dengan ofis SRK. Pendek kata itu memang tempat makan dia. Akak makan kueteaw sup aje sebab rasa macam tak selera nak makan nasi.





My daughter's ever favourite drink, epal asam boi. Akak pulak just minum fresh orange kurang manis. SRK setia betul dengan teh ais dia tu.





Budak kecik ni makan kueteaw goreng, actually ni pun favourite akak. Kesian tengok matanya bengkak sebelah. Entah kena gigit apa, bangun tidur aje tengok2 dah bengkak.



pantai kemasik

Last two days, kami sekeluarga ke Dungun untuk menghantar anak dara yang dah mula kuliahnya semalam. Great, semalam juga birthday dia yan...