Posts

Showing posts from March, 2013

the face shop

Image
Sejak umur akak dah masuk umur midi gini, rasanya semakin perlu akak nak menjaga kesihatan dan kecantikan diri. Biar diri tak cantik pun tapi pastikan kita sihat. Bila sihat, automatik kita akan nampak cantik. Tak gitu?
Akak kerja dalam persekitaran yang sejuk, kadang2 sejuk giler...bukan kerja kat oversea pun tapi sejuknya memang mencengkam kulit. Agaknya aircond kat ofis akak ni macam dah weng sikit. Dah sejuk2 gitu setiap hari, kulit pun macam kering. Kena rajin la jaga muka. 
Setiap hari akak memandu kereta pergi dan balik dari ofis, semakin kerap kita terkena sinaran cahaya matahari, maka semakin berpotensi la jeragat nak melepak kat muka kita. So, jangan lupa pakai uv protection. Macam2 jenis ada jual kat watsons, guardian dan tempat2 lain tu. Sekarang ni kan popular dengan bb cream, akak suka pakai bb cream fresh by maybelline. Macam dah serasi dengan kulit. Nak pakai yang branded dan expensive, up to you all la kan.
T-zone kat muka akak memang cepat berminyak. Kadang2 pepagi m…

mee shanghai @ cosy restaurant, ampang park

Image
Kerja melambak sampai tak sempat nak update blog. Sedih. Tapi ini cabaran dan dugaan yang perlu akak hadapi setiap hari dengan hati yang terbuka.
Baru2 ni akak menerjah ke Ampang Park sebab nak makan gratis lagi. Kalau pasal makan gratis, akak memang tak tolak =)). Ada kawan yang dah lama berjanji nak belanja akak makan, akhirnya janji tu tertunai. Well, malas nak pergi jauh2...we all just melepak makan kat Cosy Restaurant, Ampang Park. Dekat lagi dengan ofis akak kans.....tak payah susah2.
Banyak juga pilihan makanan kat situ dan akak pilih makan mee Shanghai. Pada akak mee ni memang sedap, rasanya berbeza dengan mee kungfu atau mee hailam. Harganya pun berpatutan. You ollss kalau memang suka ke Ampang Park, sure tau kan tempat makan ni.

free buffet @ restoran seri melayu

Image
Entah apa anginnya kan, tetiba je top management announced ada makan gratis kat restoran seri melayu. Pucuk dicita ulam mendatang kan. Orang dah nak bagi free, terima aje la =))



Kawan2 ofis yang ceria sebab dapat makan gratis! Kalau tidak takdenya ceria dan senyum lebar macam ni...hiks. 



Selesai aje bacaan doa selamat, semua pakat serbu nak makan gratis kan. Oleh kerana terlalu panjang Q kat tempat kambing panggang, so akak ambil sup daging dulu, makan dengan roti. Sedap supnya....puashati makan.



Second round, akak makan nasi minyak berlaukkan ikan masak lemak, sotong masak kicap yang marvellous, sayur bunga kobis dan sedikit kerabu. Nasi tak boleh ambil banyak2....sebab lauk dah menimbun.



Buat pencuci mulut, akak ambil beberapa jenis kuih tradisional termasuklah lepat pisang yang sangat cute. Ambil kek yang warna hijau tu, sedap sangat rasanya. Ambil kuih yang ada warna ungu....pasti! 
Actually sempat juga makan kambing panggang tapi tak sempat nak snap foto....dah lesap dari dalam pi…

welcome sang puteri

Image
Tanggal 9 Mac 2013 yang lalu, akak dapat anak sedara baru.

Namanya Nur Safiyya.

Cucu perempuan yang keempat bagi mak dan ayah akak.

Hero belum muncul lagi.




1 million women purple walk @ Putrajaya

Image
Macam tau2 aje akak ni peminat fanatik pada warna purple, makanya HR letak nama akak untuk pergi ke sambutan Hari Wanita di Putrajaya semalam. Tengokkan slides yang tiba ke peti emel akak, siap dengan panduan berpakaian dan warna2 purple yang dicadangkan, dalam minda akak...."seronoknya kalau kalau ada 1 million perempuan berkumpul dengan pakaian warna purple!"
Tapi cempedak menjadi nangka, ada juga group yang pakai baju merah dan kuning terang...ala...spoiled betul kan. Even PM dan isteri pun pakai purple. Kelasss gitu =)).




Turun aje dari bas, dah mula berposing.... Mesti la, bukan senang nak pakai baju sedondong warna gitu. Lawa kan kawan2 akak ni. Tapi so sorry sebab we all pakai seluar macam2 warna..hehe.




Lepas posing, jalan 4-5 tapak...sampai kat khemah makanan. Berhenti pulak ambil makanan, ada nasi lemak, roti, kek dan air. Sponsored you. Tak kisah la terpaksa makan kat atas simen tepi rumput gitu, ada we all kisah? Asalkan dapat alas perut.




Lepas makan, teruskan ber…

bubur nasi

Image
Si kecik kat rumah tu macam tak lalu nak makan nasi. Katanya kalau ummi masak nasi macam biasa dan masak lauk macam biasa, dia malas nak makan. Ada juga statement malas nak makan ek. Nak buat macamana, tekak dia tak berapa nak sihat. Selsema dan batuk.




Nasi biasa tak nak makan tapi bila masak bubur nasi, nak pulak makan. Masak setengah pot beras dah cukup banyak nak makan, sampai tak terhabis. Nak matchkan lauk apa dengan bubur nasi ni, terpulang pada tukang makan. Asal selera, matchkan aje.




Untuk si kecik, dia request nak matchkan makan bubur nasi dengan ikan bilis goreng campur dengan telur. Actually ini resepi turun-temurun our family, asal tak ada lauk aje....goreng la ikan bilis campur dengan telur. Boleh bertambah nasi dibuatnya. Selain daripada itu, si kecik juga request makan bubur nasi dengan ikan patin pekasam goreng.

Ikan patin pekasam ni imported dari bandar ikan patin (Temerloh). Setiap kali akak balik sana, mesti bawa balik paling tidak sebungkus ikan pekasam. Recently …

doa ummi untuk kakak & adik

Image
Petang semalam waktu akak memandu balik ke rumah, anak sulung akak called. Sekali dua dalam seminggu,  ada la peluang nak dengar suara dia. Anak yang sangat manja dan tak reti sangat berdikari tapi akak masukkan dia belajar di asrama. Walaupun bukan pilihan dia sebab susah nak tengok tv, susah nak basuh kain, leceh nak kena kemas locker dan lain2 reason yang remeh-temeh, lama2 dia sendiri yang suka duduk kat asrama.


Now, si kakak ni dah boleh berdikari, dah reti kemas baju2 dalam locker, dah reti nak bergaul dengan orang ramai, dah tak jadi penakut sangat dan dah semakin matured. Alhamdullillah. Dan hari ni exam kakak dah bermula. Sebab tu dia called, mohon ummi doakan yang terbaik untuk dia. Si adik pun dah mula exam tapi agak terganggu dengan selsema dan batuk. 
Ummi memang sentiasa doakan yang terbaik untuk anak2 ummi. InshaAllah.




lempeng kampung

Image
At last lega saluran paip kat rumah yang dah 3-4 tersumbat telah dibaiki. Susahnya kalau duduk kat apartment ni, sekali kita pergi buat aduan kerosakan, derang banyak berdolak-dalih. Katanya tak boleh buat kalau kerosakan tu berlaku dalam rumah. Belum tengok lagi dah cakap gitu kan.
Belum tengok lagi, awal2 dah suruh SRK buka saluran paip yang orang pasang kat siling tu. Kena sebijik dengan SRK.."Aiyaaa....we all stay kat ground floor la...Mau buka paip dalam lantai ke?" That's why sebelum cakap kena tengok dulu kan.
Akhirnya....lega sangat akak sebab semuanya dah selesai. Aktiviti memasak boleh la diteruskan tanpa prejudis. Dah naik muscle lengan ni sebab setiap hari duk angkut air basuhan dalam baldi. Yela..tadah dengan baldi aje....sebab saluran paip sebelah bawah dah sumbat. Patut la sumbat, ada batu-batan kat dalam saluran paip tu, entah datang dari mana. Allahualam.





So after lebih kurang two weeks asyik balik malam aje, semalam lega sesangat sebab jam 6.10pm akak da…

jutawan internet in the house!

Image
Bukan senang juga ye nak mendengar ceramah perniagaan daripada jutawan internet yang sorang ni, Irfan Khairi. So bila ada peluang keemasan, tak perlu nak bayar apa2 fee, inilah masanya akak nak sertai program yang macam ni. Dan ini actually happened last Thursday.
Memang ramai betul menunggu ketibaan jutawan muda yang smart dan handsome ni. Semuanya kerana nak dengar dia berkongsi tips perniagaan internet. Ternyata dia memang tak lokek nak berkongsi ilmu.




Akak tengok dari tingkat atas aje tapi still boleh tengok dan dengar dengan jelas. Siapa yang tak tahu, jutawan muda ini pernah membuat pelbagai kerja untuk menampung dia menyertai seminar2 perniagaan.



Datang dengan dressing yang simple dan rugged, Irfan memang bersahaja menyampaikan ceramah beliau. Dia bercakap macam tak ada fullstop! =))





Pengalaman beliau menapak dalam perniagaan internet dikongsi satu persatu. Nampak ramai penonton yang menulis sesuatu setiap kali jutawan muda ini memberikan tips.




Antara tips perniagaan yang semp…

wordless wed? : SSF jalan TAR

Image
Semalam akak menerjah ke SSF kat Jalan TAR. Terus aje driving ke kawasan berhampiran Kamdar tu, tapi hampa sebab tak tau SSF kat situ dah tutup.

Derang dah moved ke Pertama Complex. Hari Jumaat ni (8 Mac 2013), derang nak lauching kat kat situ. Yang best nya ada diskaun 30% untuk semua barang tapi bawa la member card ye.

Happy shopping =))