Friday, January 25, 2013

nasi goreng, daging lada hitam, pea sprout & ikan pekasam


Salam hari Jumaat untuk semua. Hari yang mendung, apa tidaknya, hujan turun bermula daripada malam tadi lagi. Bila hujan memanjang gitu, perut ni mula la meminta2 untuk di isi. Sempena cuti Maulidur Rasul semalam, akak hanya memerap kat rumah....ambil peluang untuk mengemas rumah. Ada suami yang suka memasak tapi tak minat nak mengemas rumah *twink*.





Pagi untuk breakfast seisi keluarga, akak buat nasi goreng. Nasi goreng la benda yang paling mudah nak masak. Nasi goreng ni akak tumiskan bahan2 asas dengan margerin planta, lebih sedap rasa dan baunya. Tumbukkan sedikit ikan bilis halus dan tumiskan dengan bahan2 asas tadi. Akak tumis sekali dengan sosej, ikut citarasa.





Untuk lunch pula, anak kecik minta masakkan daging lada hitam. Akak guna cara akak masak yang simple. Rebuskan daging dulu sampai empuk tapi jangan sampai air daging tu kering. Tumiskan bawang putih, bawang merah dan bawang besar yang telah dikisar. Tumiskan juga halia, kalau suka guna halia banyak, tak ada masalah. Tapi tunggu la impak anginnya nanti =)).

Masukkan daging yang telah direbus tadi dengan capsicum sekali. Tuangkan lebihan air rebusan daging tadi dan sos lada hitam.  Akak masukkan juga sedikit kicap manis, kicap masin dan sos perasa. Masak la daging hingga nampak semuanya ok.





Masa jenjalan beli barang dapur kat JJ, akak beli sayur ni, pea sprout untuk hidangan. Sayur ni sayur organik sebab tumbuh segar tanpa bahan kimia. Cuma harga sayur-sayuran organik memang agak mahal sikit daripada sayur-sayuran biasa. Tapi berbaloi untuk kesihatan diri.






Pea sprout ni akak tumiskan dengan isi ketam dan kicap manis. Sebenarnya waktu masak sayur ni agak terleka buat kerja lain, so sayurnya nampak terlebih masak. Sedap sayur ni, anak2 pun suka makan. Paling tidak pun, anak2 kutip isi ketam aje!



...ni bukan ikan patin ye... :)


You all minat ikan pekasam tak? Last but not least, akak goreng ikan pekasam yang khas akak beli di bandar ikan patin. Biasanya stok ikan pekasam mesti ada dalam ice box akak. Sesiapa yang nak merasa / nak beli ikan patin pekasam, boleh la tinggalkan mesej kat inbox akak. Tapi untuk hand delivery sekitar Mid-Valley dan Puchong aje la =))











Thursday, January 24, 2013

makan cendol @ tanjung karang





Jalan2 ke Kuala Selangor, terus ke Tanjung Karang. Sejak akak pindah ke hutan batu ni, ini kali pertama menjejak kaki ke kawasan Kuala Selangor dan sekitarnya. Memandu terus melalui highway LATAR, perjalanan jadi lebih mudah. Singgah di Kampung Kuantan yang famous dengan kelip2 tu tapi bukan singgah untuk tengok kelip2.

Terus ke Tanjung Karang, singgah di gerai cendol durian Borhan. Haaa...siap ada foto orangnya sekali, you all. Kelas gitu. Kat situ ada macam2 jenis cendol. Ada cendol pulut + durian, cendol pulut + keladi, cendol pulut saja, cendol kosong, cendol durian dan sebagainya lagi. Dengar kata hanya dengan menjual cendol aje, boleh dapat income beribu-riban sebulan.





Akak makan cendol pulut + durian, sedap rasanya. Memang terasa sangat duriannya. Semangkuk cuma RM4.50 kalau tak silap. Banyak kacang merah dia bubuh.





Selain daripada cendol, ada juga mee kari dan laksa. Ada laksa special, siap ada udang. Akak cuma makan laksa biasa. Sedap rasa laksa ni, berbaloi kami singgah.

Kepada you all yang jarang2 menerjah ke Tanjung Karang, gerai cendol ni tepi jalan besar dari Kuala Selangor ke Sekinchan. Kat kawasan tu banyak jual ikan2 segar dan ikan kering tapi sayangnya...akak tak sempat nak beli apa2. 

Maybe next time.



Wednesday, January 23, 2013

nak murah? @ daiso





...tempat bakar sosej atau burger...


..sabun untuk cuci kolar baju atau kasut putih...aka sabun nak hilangkan daki atau kotoran degil..


Duit terhad tapi nak beli banyak barang keperluan?
Singgah la kat Daiso.
All items fixed at RM5.00

=))



Tuesday, January 22, 2013

jalan2 & makan2 @ mydin USJ


Akak mencari katil super-single pull-out untuk anak kecik akak yang sorang tu. Dan at last ternampak satu galeri perabot yang baru dibuka, berdekatan dengan tol Puchong Utara (ye kot..). Bersebelahan dengan pusat servis Nissan. Quite ok perabot kat situ, yang penting masih dalam harga promo lagi.

Alkisahnya bukan katil pull-out yang dibeli tapi benda lain =)). Dah penat cuci mata kat situ, terus aje menerjah ke USJ, menerjah ke Mydin hyper market. Dah lama tak pergi ke situ, dah banyak perubahan rupanya. Ketinggalan betul akak ni. Yang bestnya, tempat letak kereta berbumbung sedang dibina kat situ. So, you all jangan bimbang nak ke Mydin USJ kalau waktu hujan.








Singgah makan kat Restoran Ayam Penyet, Indonesia Taste. Aiskrim tu masuk sekali dalam pakej menu Kiddy Meal. Selain daripada aiskrim, ada nugget dan kentang yang dimakan dengan mayonis. Harga pakej menu ni, RM9.90 aje.






SRK teringin makan itik, maka dia order la "Bebek Bengil". Adeh..nama menu itik ni bukan main seksi lagi bunyinya =)). Ada itik, tempe goreng, tauhu goreng, kangkung celur dan sambal, makan dengan nasi putih. Harga nasi putih RM1.50 semangkuk, SRK makan dua mangkuk. Laju aje dia makan walaupun tak ada kuah.






Akak makan mee bakso, ada bebola daging, of course. Tapi tak sangka rasanya terlalu rasa Indonesia sangat, so selera akak macam menurun... Walau camnapun habis juga. Mee bakso ni cuma RM5.50.

Dah banyak pilihan tempat makan kat situ tapi buat masa sekarang banyak kedai tengah renovate.



Friday, January 18, 2013

ikan patin tempoyak @ tepi sungai Kuantan



Semalam akak menerjah ke Pulau Keladi, Pekan  atas urusan kerja. Lama tak pergi ke Pulau Keladi yang famous dengan kain tenun Pahang DiRaja tu. You all kalau nak beli / tempah kain tenun Pahang ni, boleh la ke Pulau Keladi ye. Harga kain depends on design, lapisan warna dan saiz. Nak tempah shawl pun boleh.






Dari Pekan terus ke Kuantan, singgah lunch di tepi sungai Kuantan. We all makan ikan patin tempoyak dan gulai daging salai. Harga seketul ikan patin kat situ boleh tahan =)).





Selain daripada itu, akak ambil sambal pucuk ubi + tempoyak. Sambal ni memang famous kalau time kenduri kat kampung akak. Berair mata makan sambal ni sebab pedas betul. Lepas lunch terus bertolak ke Temerloh dan terus balik ke KL. Jam 8.15 pm baru sampai ofis semula.




Malam tadi, oleh kerana badan pun dah penat semacam, akak cuma makan sup wantan kegemaran akak. Makan wantan ni pun boleh kenyang sebenarnya sebab ia diperbuat daripada tepung dan isinya pula ikan atau ayam.



Wednesday, January 16, 2013

wordless wed : yee mee soup







Makan sup yee mee @ Jaya Jusco, IOI Mall, Puchong. 
RM5.50 per set.
Panas tahan lama bila guna periuk tanah.


Tuesday, January 15, 2013

makan-makan @ restoran kelate



Lagi cerita aktiviti makan. Hidup untuk makan, kan  :P  (jangan ler ada orang rasa kurang senang pula bila akak tulis macam tu....kadang2 ada orang terlalu lurus dan complicated, padahal kita gurau2 je...)

Rumah yang akak duduk sekarang ni memang strategik, dekat dengan segala. Paling dekat dengan sekolah, masjid dan 7-11. Dekat juga dengan speedmart  dan balai polis. Speedmart kat luar pagar kawasan rumah aje. Dan...dekat juga dengan kedai2 makan. Tu yang susah. Asal malas masak atau tak ada apa nak masak, mesti terjah ke kedai makan =).

Ada satu restoran masakan Kelantan kat situ. Memang budak2 tu ambil order pun slang Kelantan. Ada macam2 lauk Kelantan, nasi kerabu, laksam, laksa, budu, ulam2...boleh la pilih. Waktu malam diaorang buat masakan panas. Hari Ahad pun kedai tu buka, bagus betul.




Akak dan SRK makan sup ekor, ikan siakap saiz kecik masak stim limau, sambal belacan dan kailan goreng ikan masin. SRK memang suka benor makan benda2 ni. Tak jemu2. Biar la kan asalkan dia yang bayar :)).




Yang bestnya ialah diaorang hidang air guna gelas ala teko. Lain la sikit daripada yang biasa2 kan. Cuma kalau order teh tarik, you all tetap dapat gelas kaca biasa tu... Hiasan dan susunatur dalam kedai tak serabut sangat, diaorang guna meja dan kerusi kayu. Quite nice.


Thursday, January 10, 2013

ikan selar masak pedas





.....berasap lagi u ollss....


Lagi aktiviti memasak yang simple2. Kali ini akak masak ikan selar masak pedas tapi tak terlalu pedas sebab nanti anak kecik tak nak makan pula. Ikan selar memang mahal betul sekarang ni, beli 3 ekor dekat RM10.00. So, kena makan sampai ke tulang2 nya =)).

Akak tumis dulu bawang putih dan bawang merah, masukkan cili boh dan lada hijau. Lada hijau ni yang memberi rasa pedasnya. Masukkan air asam jawa, sos cili, sos tomato dan sedikit kiub ayam. Garam jangan lupa pula ye. Sebelum tu kena la goreng dulu ikan selar tu. Ni resepi orang bujang, mudah aje.

Kalau suka, masukkan sekali bawang besar dan daun bawang / sup, bagi wangi. Kemudian boleh la dihidangkan kepada keluarga. 

Ikan bawal masak pedas pun sedap!




Wednesday, January 9, 2013

Tuesday, January 8, 2013

buncis manis





Lama tak tepek resepi kan. Bukan apa, waktu cuti sekolah, akak dan SRK banyak makan kat luar aje. Masing2 malas nak memasak. 

Ada kacang buncis lebih, goreng la dengan hirisan ayam. Akak cuma guna bawang putih, sos tiram dan kicap manis. Kalau ada udang, lagi best. Buah tomato tu boleh pilih samada nak bubuh atau tidak. Goreng kacang buncis jangan lama2, nanti hilang pula kerangupannya.




Monday, January 7, 2013

facial @ shah's beach resort


Ada lagi cerita tentang resort ni, harap tak jemu nak baca  =)).

Akak sempat buat facial kat SPA yang memang dibuka kat resort tu. Jenama SPA ni dibawah jenama Mustika Ratu tapi ada macam2 jenis cleanser dan supplement ada dijual kat situ. 




Ini la tempat akak buat facial, mendamaikan dengan alunan muzik sentimental yang menusuk kalbu. Owner SPA ni ialah Kak Nisa, dah berumur sikit orangnya tapi still mantop! Kak Nisa dibantu oleh anak daranya yang comel lote, Ninie.

Biasa la kan, bila dah umur semakin naik, macam2 ada kat muka kita ni. Kalau black / white heads tu dibiarkan lama kat atas muka, benda2 ni boleh berubah jadi jeragat. Jeragat ni bukan lekat kat orang2 berumur aje tapi kadang2 kita tengok orang umur 30an pun dah melambak jeragatnya.

Info daripada Kak Nisa, elok pakai susu pembersih kalau buat facial sebab susu ni meresap sampai ke dalam kulit kita. Satu lagi, tak semua night cream sesuai dengan kulit kita, so kena pandai pilih.

Berair mata akak masa Ninie buang black / white heads aritu. Perit betul. Maklum la buat facial pun 3x setahun  =)).

Untuk facial yang macam akak buat, selama 1.25 jam, akak cuma bayar RM56.00. Murah kan. Siap ada free eye and head massage for 15 mins.

Cuba la!


Friday, January 4, 2013

shah's beach resort, tanjung kling, melaka




Susulan entri akak sebelum ini, jom kita view sikit apa yang ada kat Shah's Beach Resort ni. Akak pun first time menerjah ke situ.




Ada swimming pool yang tak berapa nak besar, betul2 berhadapan dengan restoran @ tempat makan. So, sambil mandi boleh tengok orang makan dan sambil makan boleh tengok orang mandi =)). Btw ada pool untuk budak2 juga.




Ahaa..jangan marah ye, kat situ pun ada jakuzi tapi malangnya waktu akak ke situ, benda ni tengah maintainance, lantai dia dah retak. Siapa la yang hentak kuat sangat kan...huhu. Jakuzi ni betul2 sebelah swimming pool tadi.




Ini deretan chalet yang kadar biasa. Kenderaan boleh diletak di tepi chalet masing2. Waktu ni, ramai juga abang2 askar yang menginap kat situ.




Inilah rupa beranda chalet yang akak duduk. Ada disediakan dua kerusi rehat dan satu meja kopi kat situ. Boleh la relax sambil baca suratkhabar (suratkhabar orang putih diberikan secara percuma).




Ini rupa dalam chalet bagi bilik Deluxe. Ada dua katil single dan tambah lagi satu katil separa single hehe. Akak pergi melawat ke chalet biasa, nak tengok apa beza dengan chalet Deluxe. bezanya cuma TV dan bilik air aje. Yang lain hampir sama. Disediakan juga ubat nyamuk sebab kat situ macam banyak nyamukkkk...huhu




Ini pemandangan kat tepi laut, boleh tengok Selat Melaka yang penuh dengan kapal2 besar. Pantainya you all tak boleh nak mandi sebab dah dibuat cenggitu, tambahan pula air laut macam kelabu aje..huhu..






Kalau view dari situ, boleh nampak ke Bandar Hilir (kot?) sebab dah tak jauh dari situ. Akak snap gambo ni waktu pagi, so macam berkabus sikit.




Ada juga disediakan tempat untuk buat BBQ iaitu berdekatan dengan swimming pool dan di tengah2 antara chalet2 deluxe ni. 

Tempat ni cantik, cuma facilities yang ada perlu di upgrade sikit sebab ada dinding chalet yang dah agak usang.

Thursday, January 3, 2013

makan2 @ shah beach resort




Akak dah plan nak celebrate birthday akak dengan family, tetiba kena attend pulak program di Melaka. Kadang2 frust juga kan kalau kita dah plan lama nak happy2 dengan family, tetiba ada kerja. Anak2 pun frust.

So, 2 days before my birthday, akak dan kawan2 menerjah ke Shah Beach Resort, Tanjung Kling. Perjalanan dari KL ke tempat tu tak lama mana. Kita boleh exit ke Simpang Ampat atau Air Keroh. Actually lebih kurang sama aje, dua2 kena lalu banyakkkk traffic lights. Then, terus menuju ke Sungai Udang dan terus lagi.

Berpeluang minum Klebang coconut shake yang katanya famous betul. Sedap rasanya, rasa kelapa tu memang ada. Even masa kawan yang pergi membeli coconut shake ni, Anuar Zain dan Ainan Tasneem pun melepak minum coconut shake kat situ. Amboi...kira famous la kan.










Makan2 kat resort tu takde la mewah sangat macam Club Med kan, boleh la. Cuma kadang2 sayur dengan lauk yang disediakan tu macam tak match tapi still ala2 kampung gitu. Akak belasah aje apa yang ada, hari2 minum kopi...huhu...




First night kat situ, we all menerjah ke tempat ikan bakar yang berdekatan. Nak terjah ke Umbai, bimbang ambil masa yang lama. Jadi makan aje kat kedai yang dekat2 aje. Makan sotong goreng tepung....sedap, menarik. Habis dalam sekelip mata =)).




Haa..yang ni ikan kerapu masak sweet sour + pedas, ada lagi makan ikan siakap masak stim limau dan ikan pari masak pedas tapi tak sempat nak snap gambar. Biasa la kan kalau dah hidangan kat depan mata, tak tengok kiri kanan dah. 

Well, kalau you all tersesat ke Klebang dan Tanjung Kling, jangan lupa cuba coconut shake dan ikan bakar kat situ.



Wednesday, January 2, 2013

BBQ di malam tahun baru


Tetiba abah akak nak makan2 special dengan anak2 dan cucu2. Takde plan apa pun nak buat makan, so bila dah last minute macam ni, baik buat BBQ aje la kan. Tapi bukan BBQ yang happening sangat, just a simple gathering sesama keluarga.




At last, we all bakar ikan patin, ayam dan hotdog aje. Buat ala kadar, makan dengan nasi putih. Kira special la tu =)). Btw you all pernah tak makan ikan patin bakar? Memang sedap betul kalau kena cara bakarnya. Cicah dengan sambal kicap atau air asam. Mesti menambah nasi punya.




Port nak membakar kena la kat luar rumah mak. Kebetulan sepanjang hari hujan turun, sampai ke malam. Banjir gelombang kedua kata ramalan cuaca tapi rumah mak tak pernah kena banjir, Alhamdullillah. Duk kampung senang, ambil aje jaring dan zink, dah boleh buat BBQ kan.




Ini la hasilnya, abang long akak yang bertungkus-lumus membakarnya. Ada yang ok, ada yang rentung sebelah tapi ada we all kisah :). At the end, semua habis licin.




Tengok budak2 ni, bukan main excited lagi +))


mee kari chinese style

Semalam, tengahari lagi dah plan nak masak mee kari chinese style. Entah ler, tetiba teringin nak makan. SRK dan anak2 pun setuju ta...