Tuesday, October 30, 2012

ayam goreng berempah resepi ibu





Best juga kan kalau sesekali masak ayam goreng berempah, anak2 pun suka kalau akak masak ayam. Semua orang tahu macamana nak goreng ayam, simple je kan. Kalau ada yang tak reti lagi macamana nak goreng ayam, tak tahu nak cakap macamana la =)).

Kali ni akak goreng ayam versi ayam berempah resepi emak akak sendiri. Biasa la kan, air tangan mak memang sedap.

Caranya mudah sangat, tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia sampai lumat. Lumurkan ayam dengan garam dan kunyit terlebih dahulu. Kemudian campurkan serbuk jintan bersama bahan2 yang telah ditumbuk tadi. Perapkan ayam dengan bahan2 tumbuk ini selama 10 - 15 minit. Pecahkan telur dan pukul hingga agak kembang dan gaulkan telur dengan ayam tadi.

Sebelum menggoreng, lumurkan ayam dengan tepung beras. Goreng dengan api yang sederhana. Mesti ada kelainannya =)).

Monday, October 29, 2012

nasi ayam kampung @ velodrom cheras




Lagi cerita akak makan nasi + ayam kampung. Kalau aritu akak menerjah ke Jalan Raja Muda, kali ni kebetulan lalu di jalan berhampiran velodrom, Cheras...maka cepat aje akak membelok ke kedai makan Haji Hassan (if I'm not mistaken..) yang famous dengan masakan kampung ala Kelate.

See...teringin makan sayur lemak pucuk manis + labu walaupun akak bukan peminat labu. Ambik ayam kampung goreng seketul dan gulai darat, done.




Selebihnya akak ambik pelbagai ulam > kacang botol, timun, petai rebus dan daun ceylon (betul ke ejaan ni??), cicah dengan sambal budu dan sambal belacan + tempoyak. Peehhhhh...terangkat.




Makan 3 orang campur dengan air, bayar tak sampai RM30.00....cheaper than masa akak makan menu yang sama di RR Awan Besar, harganya...hmmm....malas nak tulis.



Saturday, October 27, 2012

menu aidil adha




Akak memang tak plan pun nak masak lemang dan rendang, penat rasanya nak masak lemang. Nak cari / beli buluh lagi, nak bersihkan buluh lagi, nak masukkan beras dalam buluh pun bukan kerja yang mudah. Tak semua orang expert buat lemang. At last, pakat dengan mak masak nasi impit dan kuah kacang aje la, lebih mudah.





Resepi kuah kacang ni versi mak akak. Tumis garing bawang putih, bawang merah, halia, lengkuas dan udang kering yang telah dikisar. Masukkan cili boh ikut sukatan yang kita suka, kalau suka pedas, lebihkan sikit cili boh. Masukkan serai dan kacau lagi. Bila dah garing, masukkan kacang tanah goreng yang telah dikisar, air dan sedikit air asam jawa. Masukkan juga gula merah yang telah dicairkan. Kalau takde gula merah, guna gula putih pun tak jadi masalah. Sukatan air tadi ikut citarasa sendiri. Masak hingga mendidih dan agak pekat.

Nasi impi + kuah kacang ni jadi hidangan breakfast kami sekeluarga di pagi raya.




Untuk lunch, kami masak nasi beriani. Beli beras basmathi Faiza yang paket kecil tu aje, cukup untuk tujuh pot...muat la masak dalam rice cooker yang bersaiz sederhana. Nak masak nasi beriani, just tengok resepi nasi beriani yang Chef Wan masak dalam website AFC. Mudah nak diikut kalau kita tak sure atau tak ingat ingredients.

Meanwhile, masak pulak ayam masak merah, nak match kan dengan nasi beriani. Kaedah nak masak ayam ni agak mudah, I'm sure ramai yang dah expert masak ayam berlada gini. Anyway, akak share juga resepi my family. 

Kisarkan bawang putih, bawang merah, bawang besar, halia dan buah tomato, kemudian tumiskan sehingga naik bau. Masukkan cili boh, bawang besar yang telah dipotong bulat dan sedikit air asam jawa. Masukkan sedikit sos cili dan sos tomato, gula dan garam ikut citarasa masing2. Masukkan ayam yang telah digoreng setengah masak terlebih dahulu dan kacau hingga ayam masak. Masukkan daun sup dan daun bawang untuk menaikkan aroma.





Then, boleh la buat acar mentah atau jelatah, nak bagi lengkap lagi (walaupun tak lengkap...sebab takde kuah dalca). Akak tak expert nak masak kuah dalca, serius. So tak payah susah hati kan...makan aje apa yang ada =)).




Untuk minum petang, goreng aje kentang dan buat sos penyicahnya. Siap :)


 

Thursday, October 25, 2012

budak kecik dan bisnes cup cakes




Zaman sekarang ni, budak2 sekolah pun dah pandai buat bisnes. Baru2 ni anak kecik akak minta duit belanja lebih nak bawa ke sekolah. Selalu bawa RM2.50 atau RM3.00 aje tapi kali ni minta sampai RM5.00. Rupa2nya dia nak beli cup cakes daripada classmate dia.  Actually mak budak tu yang buat bisnes cup cakes dari rumah. So, anak dia tolong promote kat sekolah.

Satu cup cake harganya RM1.00, ada pelbagai rasa. Yang jadi favourite anak akak, perasa Blueberry...ada warna purple gitu kan. Cuma yang terharunya, bila akak balik dari ofis, ada satu cup cake tersimpan kat bawah tudung saji, khas untuk akak. Touching kejap...




So, ada sesiapa yang minat nak order cup cakes ni, dah ada suppliernya kan... =))


Nota : Selamat hari raya Aidiladha kepada semua kawan2 dan pembaca yang singgah ke sini.

Wednesday, October 24, 2012

wordless wed : 1st purchase @ zalora





Feeling nuts to drive and shopping? Just sign in at Zalora.

Well, this is my first purchase at Zalora.com.my.

Tuesday, October 23, 2012

tanjung bidara beach resort


Swimming pool betul2 berdepan dengan lobi....so kalau kita melepak kat lobi, boleh tengok orang mandi kat kolam hehe...macam2 gaya ada.... =))


Swimming pool ...satu untuk kanak2, satu lagi tu untuk orang dewasa...tak dalam mana kolam ni tapi kalau akak yang masuk dalam kolam ni....mahu airnya paras dada juga kot..... (sedar diri...)


Masa kat TBBR ni, hari2 hujan turun....that's why laut tu macam kelabu aje.....tapi laut di Morib warna kelabu ada
sebab huhuhu....maybe laut kat sini nampak kelabu sebab ......???? Mungkin abang2 askar kat Kem Terendak
sebelah tu boleh jawab kot.... =))


Bangunan sebelah kiri tu dewan makan @ cafe tapi akak kurang senang dengan environment dalam dewan yang banyak lalat....mungkin ada kaitan dengan laut yang kelabu tadi??  Kat bawah cafe tu ada tempat permainan kanak2....boleh santai2....dekat aje dengan swimming pool tadi.....


Foto ni akak amik waktu dah nak petang....yang nampak macam pangkin kayu tu sebenarnya tempat we all main game "pukul bantal".  Pukul pihak lawan sampai dia jatuh dalam air....quite fun kan? =)


Boleh jenjalan kat jeti tu ...dan nampak dari sini kapal2 laut tengah busy kat pelantar minyak...


Dah nak malam waktu ni tapi ada 4-5 orang kengkawan akak masih ada kat tepi pantai....derang lepaskan geram mandi laut... (jangan tak tau ada yang lepaskan geram mandi kolam pada jam 12.00 tengah malam...)

Gitu la ceritanya sepanjang 4 hari 3 malam akak di TBBR ni. Ada yang best, tak kurang juga yang tak best. Service derang rasanya tak berapa mantap, mungkin disebabkan kekurangan staf. Kat dewan makan pun orang yang sama, yang handle peralatan dalam seminar hall pun orang yang sama....mana larat kan nak cover semua kerja. 

Apa pun, pantai kat situ ok =))



Monday, October 22, 2012

makan2 @ tanjung bidara beach resort


Kuih ketayap dan "burger" malaysia during tea break

Akak baru balik dari Tanjung Bidara Beach Resort (TBBR), handle kursus untuk orang2.. Ini kali kedua akak menerjah ke situ, dah banyak berubah. Dah cantik sikit daripada beberapa tahun lalu. Tapi menu makanannya macam biasa2 aje.


Nasi putih + various types of lauk kampung

Imagine, (actually akak yang cerewet sikit pasal makan.. :)), everytime we all makan lauk ayam. Tak jumpa pun sotong atau udang atau seafood yang lain. Nasib on the second day, ikan pari masak asam pedas menjelma. Hilang sikit bosan makan ayam kicap, ayam goreng atau ayam masak lemak..  Cuma, we all tak payah nak Q untuk dapatkan makanan. Pihak TBBR ni baik hati sediakan satu meja khas untuk urusetia. 

Everyday, akak makan budu + cencaluk. Dah sampai ke Melaka, takkan tak nak rasa cencaluk kan. Sempat juga singgah di Simpang Ampat, beli cencaluk buatan orang kampung. 


Bread pudding & colourful jelly for dessert

Lagi satu, jelly warna-warni pun ada dihidang setiap hari..hmmm....tapi akhirnya menjelma puding roti kesukaan akak. Baru la puas hati sikit =)). Kalau team TBBR baca entry ni, mahu dicarinya siapa penulis blog ni kan...sebab suka2 buat gosip kat sini =).

By the way, pantai kat situ cantik dengan pemandangan kapal2 laut di Selat Melaka. 

Wednesday, October 10, 2012

wordless wed: boleh ker kita menulis jawi?






Foto : Hasil tulisan jawi si kecik. Not bad kan.

Agaknya kalau disuruh baca akhbar jawi, boleh ker kita membaca dengan laju sepertimana kita membaca akhbar rumi? Belum tentu kan...hehehe.. Apa lagi  menulis jawi...tak semua ada skill yang hebat.

:)

Tuesday, October 9, 2012

semoga berjaya calon2 PMR 2012





Akak tak ambik PMR tapi akak ambik SRP. Result SRP akak tak la ok sangat tapi kira boleh la. Tips nak menjawab:

1) Baca dan fahamkan soalan betul2
2) Catatkan cepat2 formula atau fakta yang diingati
3) Jangan "mengarut" bila menjawab ... (keluar topik)
4) Jawab beserta contoh, lagi baik..

Tapi kalau soalan objektif, bawa buah dadu aje la :))

Semoga berjaya adik2 semua..

Monday, October 8, 2012

sesi menghabiskan duit dan waktu..



Last Saturday akak menerjah ke JJ IOI Mall, Puchong...actually nak cari  jacket tapi akak dan SRK bersependapat,  baju2 kat JJ situ dah tak meriah macam dulu. Baju2 yang ada macam nak habiskan stok lama aje. Trend and fashion dia tak berubah. Akak boleh jumpa long skirt yang sama macam setahun lalu. 




Bila dah berjalan2, of course la nak makan minum kan. Especially budak kecik ni. Bosan katanya ikut ummi shopping... :)). Tapi kalau shopping untuk dia....tak hengat pulak nak makan minum... :))



Sempat lagi minta belikan pop corn kat sebelah GSC tu. Tapi selalu makan separuh kotak aje, separuh lagi tak makan pun... Saja tabiat nak beli pop corn.




Simple decoration, meja dan kerusi kayu disusun elok untuk smoking area. Makan kat mana lagi kalau bukan kat Teh Tarik Place. Teh tarik dia memang best. Tapi kalau waktu hujan, tak payah la nak berebut duduk kat luar tu sebab tempias you...




Dari situ boleh view tasik buatan manusia. Boleh tengok ada orang  pasang jala ikan. Katanya SRK, ada ikan talapia. Ikan talapia kat tasik buatan manusia, mana sedap sangat...banding dengan ikan talapia sungai...kans?





Boleh nampak Summit dari situ....ye la kat nun seberang tasik tu dah area Sunway dan USJ. 







Friday, October 5, 2012

makan nasi ayam kampung (taste of kelate!!)


Nostalgia makan2 @ New Castle (Kota Bharu)

Tengahari semalam, kebetulan ada kerja yang perlu diselesaikan kat luar, so...singgah la lunch kat Jalan Raja Muda, Kampung Baru. Ada kawan mengidam nak makan nasi ayam kampung. Bukan nasi ayam tapi nasi putih makan dengan ayam kampung goreng. 




Mak aiii...sampai situ orang dah ramai dan akak dah nampak piring2 berisi budu dan tempoyak disusun banyak kat atas meja. Stail orang kelate macam ni la, pinggan berisi ulam pun dah ready. Kita just ambik aje mana yang berkenan. Dah lama betul akak tak makan budu + tempoyak gitu.




Dah ambik nasi putih dan ulam cicah dengan budu + tempoyak, tambah lagi gulai daging atau gulai darat, memang taste Kelantan betul. Nak makan banyak tapi bila teringatkan berat badan ni senang sangat nak naik, maka abaikan la aje niat tu.




Tengok tu....set lauk yang kami makan....complete dah macam tu. Puas hati sesangat. Ada ayam kampung goreng....yummy! Makan tiga orang baru kena RM26.00...not bad la kan sebab makanannya sedap dan memenuhi citarasa kami.

Next time nak terjah lagi ke situ sebab...tak sampai 10 minit nak pergi situ...



Thursday, October 4, 2012

hari haiwan sedunia



COMOT : THE MOST GEDIKS AT HOME...



Akak tak pernah pun tau ada "hari haiwan sedunia". Tapi pagi tadi semasa memandu ke ofis, terdengar DJ radio tu cakap hari ini ialah "hari haiwan sedunia". Owh...terus teringat kucing2 kat rumah mak. Nak bela kucing kat rumah sendiri tak boleh. No pets are allowed gitu. 

Kat rumah mak tu macam2 rupa kucing ada tapi yang paling anak2 sayang ialah COMOT. Nama tak melambangkan peribadi, ok. Comot ni agak soft, manja dan tak suka berebut2 bila nak makan. Comot ni macam sentiasa kontrol cun dan mendengar kata.




One day, my auntie bawa balik seekor kucing cantik dan gedik, bulu lebat dan saiz badan yang besar. Tapi bukan kucing parsi. We all bagi nama kucing gedik ni, SHASHA. Actually nama asal dia, NEELOFA. Pastu tukar nama PASHA (err...Fasha sebenarnya tapi orang kampung sebut "Pasha"). Agaknya kucing gedik ni tak berapa serasi dengan nama artis...terus tukar Shasha.

Apa pun, sayangi la haiwan peliharaan anda. Haiwan2 ni pun ada perasaan. Kalau diamati betul2, kucing pun selalu bergenang airmata...

expired food



Tarikh : 29 September 2012

Bila balik kampung, kalau rajin...bawa la anak2 jenjalan ke Star Mall, Mentakab. Akak tak berapa nak rajin ke situ sebab lokasinya agak jauh dari town. Terpaksa lalu di kawasan perumahan yang telah dibina tersangat la banyaknya bonggol atas jalan...supaya orang ramai memandu dengan berhemah sikit.

Nak beli barang2, wajib tengok expired date especially barang2 makanan. Barang kosmetik pun ada juga expired date nya kan.

Kalau terjumpa barang2 dijual melebihi expired date nya, apa yang patut kita buat? Boleh buat aduan kepada tribunal pengguna ke.... Kalau kena orang2 kampung yang tak ambil peduli pasal expired date atau tak tau membaca....apa jadi?

TST la kan.


Wednesday, October 3, 2012

makan maman jadi mamai..


Bila akak balik ke kampung, sebulan sekali ada la menerjah ke pekan sari Temerloh. 

*Pekan sari : pasar tani yang terbesar di pinggir sungai Pahang, bandar Temerloh.

Kat Pekan Sari memang macam2 ada, terutamanya pelbagai jenis ikan darat dan sayur2 kampung. Pilih aje
yang mana berkenan di hati. Tengok orang jual udang galah sampai RM70.00 selonggok...memang best kalau buat gulai lemak cili api. Terangkat you...





Sepanjang duduk kat kota ni, tak pernah lagi akak masak sayur maman. Tapi bila balik kampung, teringat aje nak buat masak lemak maman. Yang ni masak lemak maman dengan ikan kembung. Walaupun maman rasa macam pahit sikit2 tapi best. Setiap kali masak guna santan, jangan lupa ye bubuh asam keping.




Hmm....resepi sendiri, maka kaedah nak masak pun ikut suka aje la kan. Ni akak campurkan ikan kembung dan ikan patin masak berlada. Ikan patin sedap juga kalau masak berlada. Tumis lada tu biar sampai nampak betul2 masak, supaya tak sakit perut.. :))