Thursday, September 27, 2012

bayam lemak & kari ayam


Entah kenapa lately macam tak sempat nak menulis di blog, walaupun kadang2 dah plan nak menulis tapi bila tiba masanya, ada aje kerja lain yang perlu diselesaikan. Agak busy dengan kerja2 kat ofis, kerja yang tak habis2. Andai kata akak ada butik pakaian sendiri....boleh manage masa sendiri, boleh jadi bos dan boleh juga jadi kuli, memang akak tinggalkan kerja yang ada sekarang ni... Tapi itu hanya impian yang belum kesampaian...huhu

Balik rumah pun dah semakin jarang memasak, banyak beli lauk siap atau makan kat luar aje. Badan penat rasanya sejak recover daripada sakit tempoh hari.




Masak harus yang simple tapi selera dimakan oleh SRK dan si kecik tu. Masak sayur lemak bayam, campur dengan carrot tapi disebabkan santannya tak berapa banyak, jadi la bayam masak separuh lemak hehe... Masak lemak gini favourite SRK...




Beli ayam sebelah aje....beli seekor bimbang tak habis nak dimakan. Masak aje kari ayam....tang kaki ayam tu yang bestnya makan....kalau dapat masak sup kaki ayam aje semua....lagi best! :))

Kari ayam simple daripada akak.. :))





Monday, September 24, 2012

makan2 @ the mines


Dah lama akak tak menerjah ke The Mines, walaupun tak jauh sangat dari rumah kami. Tak ada masa yang sesuai untuk ke sana dan tak ada keperluan sangat. Tapi petang semalam, tetiba teringin nak melepak dengan adik akak...actually dah lama tak jumpa dia walaupun rumah dia tak jauh mana sangat pun...




Disebabkan akak masih "pencen" daripada minum ais (nak pencen lama nih...), so akak just minum hazelnut. Best tapi agak terlebih hazelnut nya, dah jadi pahit sikit.




Alahai, si kecik tu tengah tension makan mee kari, pedas katanya :)). 




Menu pilihan SRK dan anak kecik dia, mee kari Ipoh mali. Agak pedas tapi kata SRK, rasanya quite okay. Semua habis dimakan kecuali tauhu. Hmm...SRK tak minat makan tauhu.




Ini menu pilihan my brother. Ginger bread makan dengan ayam goreng. Ada french fries lagi gitu. Okay la kan tak heavy sangat.




Dan...ni yang akak makan setelah 2-3 kali buka buku menu dia. At last makan mee kenyal dengan telur separuh masak dan sosej. Kalau tak nak sosej, boleh digantikan dengan meatloaf. Nak elakkan makan oily food tapi tetiba SRK longgokkan 2 kerat tauhu dari mangkuk mee kari dia...huhu...tak tanya dulu...

Maka, akak longgok semula tauhu tu dalam mangkuk mee kari SRK...hehe...boleh gitu? :)))









Friday, September 21, 2012

hunting for honey (pulak?)





Batuk masih tak hilang walaupun dah pelbagai kaedah akak dah cuba. Baca kat blog kawan2, macam2 petua yang dibagi, semua akak dah cuba. Termasuk la minum kicap. Baru akak tahu kicap bukan sekadar letak dalam masakan.. :))

Teringat tentang petua hilangkan batuk dengan memakan madu. Aduh..mana nak cari madu tulen. Kalau duduk kat kampung tu agak mudah. Tiba2 terbayangkan kedai jual madu kat RR Awan Besar. Yes!

Sampai kat kedai tu, nak bercakap dengan tauke kedai pun dah tak keluar suara. Tauke senyum. Dia cakap biasa la bila lepas raya, macam2 penyakit yang datang. Tapi asalnya akak ni alah pada asap2 rokok yang dihidu semasa kursus tempohari. Perokok ni kadang2 memang takde sivik, suka hati diaorang nak merokok bila datang masa wajib merokok tu.

Tambah pulak pihak konsultan kursus buat outdoor activities kat celah lorong kedai2 time malam2. I mean lorong belakang kedai. Dah la malam, tak berapa nak nampak apa yang sebenarnya ada kat lorong gitu. Kebersihannya macamana? Huh.

*****



At last, akak beli juga madu biasa kat RR Awan Besar tu. Kalau madu tulen hutan tu, sebotol harganya RM60.00. Akak cuma beli madu biasa. Tapi sempat juga mengetest sesudu madu hutan...terbaek!!

Dan sebelah malam, akak perahkan sedikit air limau nipis ke atas sesudu besar madu...dan terus suap ke mulut. Hasilnya...

Jam 12.30am, bangun buang k***k..

Jam 1.00am, batuk tak berhenti...orang bantal sebelah nak tidur pun tak nyaman..hehe

Jam 2.00am, bangun beberapa kali untuk buang k***k...lagi...dan lagi...

Jam 3.30am, baru dapat tidur lena...

*****

Owh kawan2 yang bertandang ke sini, kalau ada petua lain lagi untuk hilangkan batuk, please share dengan akak ye.

Wednesday, September 19, 2012

woods', hacks, strepsil & fisherman's friend


Lepas raya tak demam raya pun. Tapi balik dari kursus dapat penyakit.

Hacks dah cuba...makan tak berenti.

Strepsil pun dah berpaket-paket.

Fisherman's friend pulak...sentiasa ada stok dalam kereta.

Beli pulak ubat batuk Woods'...dah habis sebotol tapi macam tak kurang juga.

Malam tadi minum pulak air limau panas, campur dengan madu...tak tidur akak dibuatnya, asik bangun buang k***k kat toilet. Tapi akak rasa mujarab juga petua yang ini.

Dah elak minum ais, elak makan oily food. Masih sama. Tekak dah luka kot, sakit bangat.

Datang kerja, makin ke petang...makin teruk batuk akak. Maklum la aircond tak boleh nak slow. Pakai jaket pun macam tak berkesan.

Time2 sakit tekak dan batuk macam ni, ada aje call masuk. Tak jawab kang, macam tak patut. Bila dah jawab, sabo aje la agaknya orang yang call tu. Mana taknya, suara kejap ada kejap takde. Kadang2 suara terus jadi bergetar.

Apa2 pun doakan semoga segalanya baik2 aje.


Thursday, September 13, 2012

masterchef cilik





Akak bukan nak promote program masterchef cilik Dumex tu tapi sayur kacang manis dan udang ni dimasak oleh masterchef cilik akak. Yup, anak kecik akak yang masak sendiri. Dia sendiri yang potong sayur dan buang kulit udang. Siap buang tahi udang sekali.

Ini la hasilnya bila seorang budak kecik yang memang suka ikut akak ke dapur. She will do anything, suruh aje apa yang patut kecuali siang ikan dan hiris daging. Yang ni memang tak patut lagi suruh dia buat. 

Bila dia dah biasa tengok akak masak, automatik bahan2 dan kaedah nak buat, semua masuk dalam kepala otak dia. Cuma akak kena monitor sebab dia gunakan dapur gas...melibatkan api dsbnya. Bab ni memang sebagai emak, kita still kena monitor.

Kalau umur 10 tahun dah boleh masak macam ni, ok la kan. Lama2 nanti dia akan jadi lebih advance. Tak nak jadi macam ummi dia, dah remaja masih confuse antara lengkuas dan halia. Biar betul kan... :)

Anyway, sesiapa yang berminat nak menyertai program masterchef cilik Dumex yang tayang kat astro tu...boleh la pergi ujibakat. 


Tuesday, September 11, 2012

old story..55 tahun merdeka




Cerita lama.

Cerita 31 Ogos lalu, akak atau kami "dipaksa" ke stadium bukit jalil untuk program "tweet teramai" pada malam tu. Pergi dengan diselitkan pelbagai peraturan yang nampak macam tak boleh dipatahkan. Aaahhh...bukit jalil, almost everyday akak lalu situ, berdepan dengan kesesakan.




Lepas solat asar, baru akak ke situ, hanya dengan merempit. Merayu dengan SRK minta dia hantarkan ke bukit jalil. Kalau akak drive sendiri, muntah ler jawabnya nak cari tempat letak kereta. Orang dah mula ramai, terutamanya anak2 muda. Rasanya la.




Bila malam menjelma, semakin ramai manusia yang tiba ke sana. Tambahan pula, sesiapa yang naik tren tak dikenakan sebarang bayaran. Memang terlalu ramai manusia malam tu. Dan fikirkan disebalik ramainya manusia pada waktu itu....apa kemudahan yang ada kat sana?




Hiburan tak berhenti sehingga ke tengah malam. Akak berada di sana hingga jam 11 malam, melayan kehendak anak akak yang tak mahu balik awal. Katanya itu la kali pertama dia berada dalam satu program yang tahap gergasi. Apatah lagi tetamu kehormat pada malam itu ialah YAB PM kita. Sayangnya tak dapat juga si kecik ni nak melihat wajah PM secara live.




Di satu ruang, ada kanopi  persembahan hiburan untuk orang ramai yang tak dapat nak masuk ke dalam stadium. Dari tempat akak duduk, boleh nampak sekumpulan remaja lelaki dan perempuan bebas berjoget dan menari mengikut alunan lagu.




Memang, malam tu memang masing2 ada cara merdeka mereka sendiri. 




happy birthday my dear..Qurratu'aini


Right : Qurratu'aini

Walaupun ummi jarang dapat berjumpa dengan kakak, tapi kakak tetap di hati. 

Selamat hari lahir yang ke-14 dari ummi, abah dan adik :))

Monday, September 10, 2012

i'm back with masakan kampung!


Lepas raya agak busy dengan kerja dan hal2 lain yang perlu diselesaikan segera. Langsung tak sempat nak menulis di blog. Sampaikan ada sahabat yang mungkin risau (?) akan kehilangan akak.. :)). Terima kasih tanda prihatin.

Badan pun tak berapa sihat sejak balik dari kursus baru2 ni. Thank God sebab bila kita sakit, ada hikmahnya. Tahun ni seingat akak, akak belum pernah diterjah demam atau selsema atau batuk. Bila dapat pakej ni, terus tersadai kat rumah. Tapi alhamdullillah SRK sporting dalam melayani karenah orang sakit macam ni. 

Selepas raya, sebelum akak pergi kursus, sebelum akak tak berapa sihat...sempat juga kami sekeluarga had fun makan sama2 kat rumah mak..ramai2...memang best.




Sebenarnya akak dah lama pencen makan sayur terung tapi kadang-kala teringin juga. Maka dibuat gulai terung campur dengan saki-baki ikan kering. Abah akak suka bangat gulai macam ni. Serai tu ambik sebelah rumah mak aje.




Ini pulak bukan ikan luar biasa tapi ikan biasa2 aje. Ikan selar kecik digoreng garing, tambah sedap bila ada ikan sepat goreng. Bertambah makan kalau ada ikat sepat ni. Anak2 pun suka goreng garing macam ni.




Rebus pulak jantung pisang, petik je kat sebelah rumah mak akak. Fresh gitu. Anak kecik akak memang suka makan jantung pisang rebus. Itu la salah satu ulam yang dia makan selain daripada timun.




Last but not least, sambal buah macang special sebab nak dapatkan buah macang ni, akak cuma pergi belakang rumah mak dan kutip mana yang dah gugur. Sambal ni memang pembuka selera. Tumbuk aje lada kecik dan sedikit garam, then cincang buah macang dan gaulkan sekali dengan lada. 

Seronok bila dapat kumpul adik-beradik, riuh-rendah rumah dibuatnya.