Friday, June 29, 2012

makan-makan @ puchong perdana




Kalau akak malas nak memasak, tambah pulak stok lauk dalam ice box dah kering...alternatifnya ialah kami menerjah ke mana2 kedai makan yang food dia best. Salah satunya kedai Along Tomyam, Puchong Perdana. Memang ramai orang kat situ sebab food dia sedap dan service dia cepat.




Kami makan ikan siakap kukus limau, favourite SRK ni, makan kerabu sotong dan sayur kailan ikan masin. Agak2 kalau akak masak sendiri kat rumah, berapa kos semua? Jom kira....harga purata ikan siakap, RM9.90 seekor yang kecik, sotong 4-5 ekor dalam RM3.00, sayur kailan setengah ikat RM0.50. Harga "aksesori" nya pulak ada la dalam RM2.00 kot. Total, dalam RM15.00.




Campur nasi putih dan air, semuanya sekali kami makan RM57.00. Berbaloi ke tak?

ps: kualiti foto kurang menyenangkan, harap maaf...

Thursday, June 28, 2012

maggi goreng @ teh tarik place, ioi mall




Last Sunday, SRK bawa akak dan si kecik menonton Brave kat IOI Mall tapi akhirnya kami tonton Mael Lambong aje sebab Brave hanya untuk tiga belas ke atas. Ingatkan kartun gitu untuk tayangan umum. Sementara tunggu masa nak masuk panggung, penuhkan perut dulu.




Akak makan maggi goreng aje. SRK cakap takat nak makan maggi goreng, buat sendiri aje la...huhu. Tapi takpe, bukan akak yang bayar kan...hehe.




Si kecik tu makan roti boom, lama tak jumpa roti boom ni. Biasanya masa bulan puasa, timbul la roti boom ni. Tapi kalau terjah kat kedai mamak, ada aje kan roti boom ni, cuma entah sedap entah tak.

Yang pasti memang sedap kalau makan free. Woha! 

Wednesday, June 27, 2012

wordless wed : pemberian kawan-kawan




Pemberian oleh kawan2, untuk kenang-kenangan.

Terima kasih kawan2.

Jasamu sentiasa dikenang :))

Tuesday, June 26, 2012

mee udang feat mee kari


... mee kari...


Asik makan nasi aje time lunch, akak try pulak makan mee udang. My friend makan mee kari, not bad kedua2nya, you all boleh try makan. Akak agak puashati makan mee udang sebab ada tiga ekor udang yang besar2... :))

This time, akak makan kat Teratak Conlay, Kompleks Kraf Kuala Lumpur. 


...mee udang..

Harga kedua2nya RM6.00....fixed price :))


Sunday, June 24, 2012

makan-makan @ ofis akak




Sambungan entri terdahulu, majlis keraian ni sebenarnya khas untuk meraikan kawan2 yang baru melangsungkan perkahwinan, kawan yang nak pindah dan kawan2 yang baru masuk ke department kami. So hidangan utamanya, set nasi beriani tapi sorry takde fotonya.




Ada sate dan buah2an. Sate ni bukan masak sendiri ye...kalau tidak berasap dah pantry ofis tu :)).  Sate dilihat habis licin, siap kena tapau kot.




Kek pisang made in Ampang Jaya...pandai makwe (bodek) ni buat kek pisang, sebijik macam yang jual kat supermarket. Sesiapa yang nak order, boleh la contact akak ye. Gerenti sedap.




Salad buah2an...kalau ada sour plum lagi best. Dan...ada aiskrim yang dibeli kat KLCC...menjadi tumpuan aiskrim ni :)).

Friday, June 22, 2012

puding roti pandan





Semalam kelam-kabut beli bahan2 nak buat puding roti. Akak pun menerjah ke JJ Maluri untuk beli bahan2 tapi bila sampai rumah, tengok2 ada lagi bahan yang tak beli. Stok esen vanilla dah habis, you. Camna nak buat puding roti.

SRK cakap buat aje, guna bahan yang ada tu. Akak pun setuju sebab kalau akak bubuh esen vanilla pun, bukannya berebut-rebut orang nak makan puding roti tu :))

Dan..actually puding roti ni akak buat untuk majlis keraian kat ofis. Takde apa nak buat kan, lagipun nak buat dessert yang best2, akak tak reti.




Kali ni akak tak bakar atau kukus puding roti ni, tapi akak gunakan multi-purpose cooker aje. Quite ok, cuma ada kerak2 roti dan susu kat sebelah bawah. Maklum la, tukang masak amatur :))





Hasilnya macam ni la, kena makan dengan susu cair. Nak best lagi, susu cair tu kena bubuh esen vanilla sikit. Bahan2 nak buat puding roti pandan ni...

- roti butter-scotch
- 5 sudu gula
- 4 biji telur
- 1 sudu margerin
- 2 kotak kismis (kotak kecik) atau boleh guna mix-fruit
- 1 sudu perasa pandan
- 1 biji pisang ( hiris nipis2)
- 1 tin susu cair Ideal (brand ikut suka masing2)

Thursday, June 21, 2012

roti sardin bandar puteri




Hidangan petang kali ni, akak masak roti sardin. Roti gini memang favourite SRK dan anak2. Actually bukan la hidangan untuk minum petang sangat, akak masak roti ni untuk berbuka puasa. Simple aje nak buat roti sardin ni, sesuai untuk "orang yang lapar tapi nak cepat dapat makan.."  :))

Masak dulu sardin tu, angkat dan perahkan sikit limau kasturi atau limau nipis. Bubuh garam sikit bagi ada rasa. Tapi kalau tak suka takde hal.

Kalau rajin, sapu dulu margerin kat roti, baru la letakkan sardin kat roti dan celup dalam telur...terus boleh goreng atas ceper (kuali leper). Gantikan minyak masak dengan margerin untuk menggoreng.




Dah siap untuk dimakan. Ala...semua orang tahu camna nak buat roti sardin ni kan.

Tuesday, June 19, 2012

mee rebus awal & akhir feat pisang goreng




Petang semalam akak puasa, biasa la kan dah saat2 akhir baru la terhegeh-hegeh nak ganti puasa. Bila tengok musabaqah Al-Quran dah mula kat TV, itu maknanya bulan Ramadan dah nak menjelma. Baru la tersedar daripada lamunan... :)

Oleh sebab nak memasak juadah berbuka puasa, akak yang selalunya kedekut nak bayar tol tapi semalam terus aje ikut highway sebab nak cepat sampai kat rumah. Trafik pun agak ok, so by 5.45pm dah tercegat kat depan rumah.

Masak mee rebus versi akak ni memang tak payah ikut resepi. Poyo kan...hehe. Blend / tumbuk semua bahan bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering. Udang kering banyak sikit pun ok. Tumis semua bahan2 ni dan masukkan serbuk kari daging sikit. Nak bagi naik rasa, bau dan warna. Masukkan daging dan air rebusan daging, masukkan juga keledek rebus yang telah dilenyek. Stok kacang tanah dan lengkuas takde, so akak abaikan aje.

Sesetengah orang suka masukkan taucu tapi kat rumah akak takde stok taucu pun. Then bubuh la garam dan gula sesedap rasa, tambah air sikit kalau terlalu pekat. Itu la hasilnya tapi akak jarang masak mee rebus ni sebab SRK tak minat nak makan...





Sempat juga goreng pisang yang ada 3-4 biji kat rumah. Pisang goreng ni laku kat rumah, best kan makan time petang2. Akak tak guna pun tepung khas untuk menggoreng, cuma kacau aje tepung dengan sedikit serbuk kunyit.

Monday, June 18, 2012

nasi lemak ampang jaya, boleh gitu?



Untuk sarapan pagi semalam, akak masak nasi lemak. Biasanya kalau sarapan nasi lemak, mesti lunch kami lewat sikit. Sebelum tu dah plan nak beli daun pandan, santan, timun dsb.nya. Alih2 ada pulak ofismate baik hati offer nak bawakan daun pandan.

Dah ada kawan offer, bukan takat daun pandan yang akak mintak. Abih segala jenis daun >> daun pandan, daun limau purut, limau purut, serai....pendek kata ada belaka. Bukan selalu kan :))

Sebab tu la nasi lemak ni akak namakan nasi lemak Ampang Jaya. Daun pandan dan serainya dari sana. Akak masak nasi lemak, bubuh bawang merah, bawang putih, serai, halia dan of course la daun pandan. Tumis sambal pun letak daun pandan, bagi wangi. Kena pulak ada lagi stok ikan bilis Langkawi, tambah sedap. 

Telur tu, SRK yang tolong goreng, dia taburkan sikit black pepper semasa menggoreng. SRK memang rajin ke dapur, alhamdullillah.




Akak lebih suka beli timun Jepun sebab lebih rangup dan bijinya kurang sikit. Si kecik pun makan timun ni, lebih2 lagi bila letak timun2 ni dalam mangkuk coco-crunch dia. Psikologi kan :))

Thursday, June 14, 2012

kueteaw kungfu ala-ala bandar puteri




Petang semalam teringat yang cuma ada telur kat dalam ice box. So, akak punya la survey resepi telur kat internet. Paling lama akak bertandang kat blog dapur tanpa sempadan. Memang macam2 jenis resepi telur ada kat situ.

At last, sebelum balik rumah singgah jap kat kedai Speedmart, sebelah kawasan rumah akak aje. Beli kueteaw sebungkus, boleh la match kan dengan baki sayur sawi yang ada dan telur. Bubuh juga udang dua ekor, tu aje yang ada.

Sama aje macam kita nak masak yee mee kungfu, cuma yang ni akak campurkan sikit kicap manis, sikit aje ye. Tepung jagung jangan lupa tapi this time terlebih tepung jagung la pulak...pekat giler jadinya. 

Sedap dimakan time panas2 lagi, bubuh sikit cili potong......berasap you.

Wednesday, June 13, 2012

Monday, June 11, 2012

makan sate kajang


....dekorasi dalam kedai...

Recently akak dan kengkawan pergi menerjah ke Restoran Sate Kajang  Hj. Samuri, dekat dengan Taman Melati, KL. Tetiba aje kan ada sorang kawan tu teringin nak makan sate time tengahari gitu. Selalunya kalau akak teringin nak makan sate, akak singgah kat RR Awan Besar aje.

Tak susah nak cari restoran ni sebab lokasinya kat tepi jalan besar.




Nampak menyelerakan sate yang dihidang panas2 lagi. Kami pesan 15 cucuk ayam dan 15 cucuk daging. Makan empat orang.....macam kebulur aje kan. Tapi habis you.... :))




Pesan juga nasi impit untuk dua orang makan dan of course la ada kuah kacang kan. Not bad la kuah kacang dia. Nasi impit pun habis licin kena makan dengan makcik2 ni :))




Sambal pun ada juga kalau suka letak dalam kuah kacang tapi nampak banyak biji lada kan...dan agak berminyak huhu. Sorang kawan akak pesan nasi ayam sebab tak kenyang makan sate :))

So no worries, kat situ pun ada nasi ayam, nasi goreng dan pelbagai menu berasaskan mee. Environment dalam kedai pun ok sebab tempat membakar sate bertutup dengan dinding cermin.


Sunday, June 10, 2012

nestle 100 years


Kebetulan akak belek2 akaun akak kat Nuffnang, ada writing contest yang dianjurkan oleh Nestle dan akak pun took part. Open to pelbagai peringkat umur, janji ada nostalgia bersama produk Nestle. Antara produk2 Nestle yang berdamping dengan akak ialah Nescafe, Cereal dan Maggi. Paling rapat dengan akak, Nescafe.


Dulu2 time akak kat uni, setiap kali nak stay-up, kena bancuh Nescafe la nak bagi cerah mata. Nescafe dah banyak buat perubahan pada packaging nya, sekarang dah ada pelbagai rupa. Kalau dulu, botol ni la (foto atas) yang ada, takde pilihan.

Pada sesiapa yang berminat untuk menyertai writing contest ni, masih belum terlambat. Layari web NESTLE sekarang. 




Saturday, June 9, 2012

cable car @ langkawi







Reflection...sebab tu nampak bayang2 jemari :)).  Kehijauan hutan di kawasan Gunung Mat Cincang.













Antara pic yang akak suka tengok. Compare dengan skyway Genting Highlands, this one is better dari aspek ketinggian :))











Pemandangan ni sangat cantik...nampak laut dan pulau-pulau. Bumbung kaler oren yang nampak sayup2 tu la stesen cable car.












Kabus meliputi persekitaran gunung Mat Cincang. Boleh katakan setiap petang hujan turun. Elok la naik cable car pada waktu pagi.












Pengunjung tak dapat nak jenjalan kat jambatan ni buat sementara waktu, under maintenance.

Agaknya SRK masa berlakon filem Don, hebat sangat buat adegan keja-mengejar dan bertumbuk.. :))










Transit yang kedua, rugi kalau tak singgah sini. Dapat melihat pemandangan yang mungkin belum pernah kita lihat sebelum ini.

Friday, June 8, 2012

makan2 @ Langkawi airport with red theme




Sementara akak tunggu nak masuk ke balai menunggu di Langkawi Airport, kami naik ke Anjung Serai untuk minum2. Entah macamana, walaupun takde siapa yang merancang nak pakai baju merah tapi anak2 dan mak akak pakai baju merah sedondong. Kebetulan, Anjung Serai pun guna tema merah. Nampak cantik.




Kami minum teh tarik dan milo ais serta makan sandwich. Mulanya akak nak makan spageti, waiter tu bagitau dah habis. Nak makan mee kari, dah habis juga. Nak...bla...bla...semua dah habis. Tinggal sandwich aje. Intai2 juga kot2 ada tiramisu, takde juga.




Tempat ni bersih, dekorasinya cantik. Akak suka. Cuma mungkin kena banyakkan menu ringan yang boleh pelanggan nikmati sementara menunggu flight. Harga makanan / minuman kat sini standard la harga food kat airport. Of course lebih daripada biasa.




Thursday, June 7, 2012

jalan2 cari makan : langkawi


...gelagat anak dara di Pantai Cenang...

Susulan cerita pasal makan2 di bandar baru Baron (BBB), at last akak dan family selamat mendarat di Langkawi jam 1.50 pm. Tiba di airport, Avanza yang kami sewa dah readyFyi, kami dikenakan sewa sebanyak RM340 untuk penggunaan selama 48 jam. Not really hard untuk kami meround sendiri di Langkawi tanpa tourist guide. Redah aje, janji sampai ke destinasi. Day 1, kami cuma sempat ke Pantai Cenang...lepak2 kat situ dan survey barang2 nak shopping kat Pekan Kuah.

...suasana di Pantai Cenang pada petang Ahad...

Agak ramai pengunjung kat Pantai Cenang ni, maklum la ada macam2 aktiviti kat situ. Boleh berkayak, main jet-ski, swimming, naik banana boat dsbnya lagi. Quite fun. Tapi we all just jalan2 tepi pantai aje. Ombak agak besar waktu ini.



...ramai betul tengah beratur nak naik cable car..

..view from atas gunung Mat Cincang...

Day 2, pagi2 lagi kami menerjah ke tempat cable car. Agak jauh juga driving dari Pekan Kuah ke situ. Sebelum tu my friend dah pesan, kena pergi pagi2 sebab ramai orang. Apa tidaknya, beratur bukan main panjang lagi, mahu dekat sejam lebih beratur baru dapat naik cable car.

...Cik Qasrina tak gayat pun naik cable car...

Fortunately, akak ada "orang dalam" yang membolehkan kami naik cable car melalui express lane. So within 10 mins, kami dah dapat naik. Alhamdullillah. Bukan mudah nak guna express lane sebab ia khusus untuk VIP dan suku sakat VIP katanya. Dan kami kena pakai badge hijau ni, tak perlu dikembalikan. Boleh buat kenangan. Dah jimat banyak ratus.




Dialog Cik Qasrina setibanya di tempat beras terbakar.."Umi, kita datang sini semata-mata nak tengok beras dalam mangkuk ni ke? Buat penat adik aje.."

Next destination, kami ke tempat beras terbakar...tak jauh daripada cable car. Akak still imagine yang kita boleh tengok beras terbakar ni penuh kat atas rumput/padang tapi sekarang ni dah takde macam tu. Mungkin dah banyak sangat kena kutip sampai kena buat pagar keliling tempat ni. Protected.


...ada penceritaannya kepada sesiapa yang blur....

Sempat juga kami singgah ke kawasan makam Mahsuri. Anak kecik akak cakap, kalau nak melawat kubur, kat kampung pun ada :)

Budak kecik ni memang banyak cakap, laser sikit. Dia masih tak memahami sentimental sejarah di negara kita ni. Lambat-laun nanti moga2 dia akan faham.


....mungkinkah ini Mahsuri?....

...beberapa ketika dulu ada kan cerita pasal gadis ni....

Singgah juga di look out point, on the way to airport. Kat sini kita boleh tengok pemandangan luas ke airport tapi tempatnya biasa2 aje. Lebih2 kurang look out point kat Bukit Belacan, Ampang la kan.


...nama tempat ni "pemandangan indah"

Selebihnya kami shopping kat area Pekan Kuah, shopping sampai puas hati. Paling banyak beli, of course la coklat dan t-shirt untuk kenangan. Nipis la juga wallet SRK kan...ada akak kisah? Last but not least, kami menerjah ke Dataran Lang, dekat aje dengan hotel penginapan kami di BBB. 5 minit driving.


...the real "helang"  at Dataran Lang...

Moga entri boleh bagi tips atau info pada kawan2 yang baru nak menjejak kaki ke Langkawi. Pilih hotel di lokasi yang strategik supaya mudah untuk mencari makan dan shopping. Maybe next time ke Langkawi, akak dan SRK nak cuba aktiviti2 lasak pulak such as naik bot ke Tasik Dayang Bunting, masuk gua dll.


...sempat lagi posing kans....