Monday, February 20, 2012

pantai batu buruk










Me sempat jalan2 ambik angin kat tepi pantai Batu Buruk. Walaupun angin laut masa tu kuat dan rasa macam nak melayang tapi orang ramai tetap pergi ke situ. Banyak aktiviti yang boleh kita buat such as berkuda, kereta kuda dan banyak lagi la. 

Ombak memang seakan memberi amaran kepada kita bahawa ini bukan masa yang sesuai untuk mandi laut. Ombak yang tinggi dan pantai dah banyak terhakis. Mungkin juga satu masa nanti takde lagi pantai untuk kita bersantai2 dengan keluarga. Mungkin.

Hari ini, me terbang ke New Castle pulak. 

Friday, February 17, 2012

pulut nyiur @ permai inn, terengganu




Waktu di Terengganu aritu, me menginap di Permai Inn, Batu Buruk. Since my last visit to Terengganu, rasanya hotel ni dah banyak dibuat renovation. Entrance pun dah berubah tempat, bilik dah upgrade daripada dulu. Selesa. Cuma me tak berapa minat dengan lokasi swimming poolnya yang berdepan dengan cafe dan hampir dengan lobby.

Sempat breakfast kat situ dan me pekena nasi goreng dan kuah ikan untuk nasi dagang (sebab me tak berapa minat sangat makan nasi dagang). Ternampak pulak pulut nyiur makan dengan ikan rebus goreng. Sedap youuu. Rasa nak tambah tapi malu :)



Sweet je suasana dalam bilik, me dapat bilik yang menghadap jalan besar dan boleh nampak laut. Kadar harga bilik untuk satu malam memang sesuai untuk golongan rendah dan pertengahan. Front desk service pun ok, semua senyum tanpa paksa.

Thursday, February 16, 2012

nasi air @ marang, terengganu




Foto yang me published semalam sememangnya me snap di kawasan perkampungan, Marang, Terengganu.  Dua hari me kat sana dari pagi hingga ke malam, me pergi banyak tempat. Dalam perjalanan me ke Kuantan, me dan kawan2 singgah kat Marang, pekena nasi air. Actually kami nak makan nasi tapi rupanya gerai tepi laut yang kami singgah tu cuma ada nasi air dan laksa. Tapi memang ramai pelanggan yang singgah ke situ.

Takde pilihan, me cuma makan nasi air. Sedap sup nasi air ni, ada rasa. Lain-lain, dia bubuh perut dan daging. Puas hati la makan. Harganya pun biasa2 aje. Lokasi kedai ni berdekatan dengan kedai keropok lekor 008, tepi jalan je. Kami makan nasi air ditemani dengan angin laut.

Wednesday, February 15, 2012

wordless wed : oh! di mana?



Me menerjah ke lokasi ni beberapa hari selepas Chinese New Year. Jika anda bijak, di manakah lokasi yang cantik ini?

Have fun.

Tuesday, February 14, 2012

buncis bukan buncit :) & sotong



My huby jenis yang tak berapa suka makan sayur, tak taulah kenapa kan. Kalau ada pun sayur yang dia makan cuma sawi Jepun, tauge (tu pun cicah budu) dan kangkung. Kalau sayur terung dan kobis tu, memang dia reject terus. Patutlah kulit dia cerah sikit je daripada Sivaji.

Ada saki-baki kacang buncis, udang dan fish ball, me belasah goreng semua dan jadi la sayur goreng buncis dengan udang. Anak kecik me makan juga walaupun sebenarnya dia sibuk nak mengutip fish ball je letak dalam pinggan dia. Me rasa resepi ni semua orang tahu nak buat kan :)




Meanwhile, me masak doyak aka sotong. Mahal betul harga sotong sekarang ni. Beli 4-5 ekor pun dah dekat 10 ringgit. Sotong pun dah demand kan. Tapi kena beli juga sebab sotong ni salah satu favourite menu anak kecik me. Kalau la anak dara me yang kat asrama tu ada kat rumah, rasanya sotong ni tak sempat nak hidang. Dua-dua "hantu sotong".

Sesetengah orang especially pengalaman me bekerja di New Castle dulu, orang sana kalau masak sotong tak buang pun kulit luarnya. Mak me pulak memang sejak dulu lagi ajar me buang dulu kulit luar sotong sebelum memasak sotong tu. Apatah lagi dakwat sotong, wajib kena buang.

p/s : nanti cerita pasal nasi air pulak. best.

Monday, February 13, 2012

kompang @ orange atrium, sunway pyramid



Me baru balik dari outstation, 2 minggu me tak masuk ofis tapi ada me kisah hehe..mana ada orang nak rindu2 kat me kan.

Balik dari outstation, me sibuk menguruskan persiapan anak kecik me yang nak masuk pertandingan kompang sempena karnival MPSJ di Sunway Pyramid. Cikgunya nakkan kasut kaler hitam la, nak suruh make-up la. Everything nak nampak cantik. Mencari kasut hitam yang sesuai dengan kehendak anak kecik me bukanlah satu kerja yang mudah. Letih me turun naik Giant dan Tesco, tak berjumpa. Masuk pulak IOI Mall, tawaf la sampai berjam-jam, at last baru jumpa yang berkenan di hati. 



Cikgu cakap pukul 12 tghari berkumpul di sekolah, siap berlatih 2 round lagi kat sekolah. Then, baru kami konvoi ke Sunway Pyramid. Tup2 sampai kat sana, penganjur bagitau turn sekolah anak kecik me dah lepas. Punyalah down semangat budak2 kecik ni semua. Dah berlatih berminggu2 lamanya dan first time pulak masuk pertandingan. 

Runding punya runding, penganjur bagi chance untuk masuk bertanding tapi markah untuk disiplin dan masa dahpun ditolak siap2. Kesian juga me dengar bila dah jadi macam tu. Tapi tak apalah, kali ni budak2 ni dapatkan experience dulu dan tengok macamana orang2 lain main kompang.

Oleh sebab pertandingan ni open, maka segala kategori umur boleh masuk. Thanx to penganjur yang sudi beri peluang pada budak2 ni main kompang walaupun dah lambat 2 jam. To my lovely daughter, Ummi bangga sangat dengan adik.


Wednesday, February 1, 2012

hari wilayah 2012




Saat ini me di luar daerah. Selamat bercuti kepada semua warga kerja Wilayah Persekutuan.