Posts

Showing posts from December, 2012

it's my birthday

It's my birthday, today.

Celebrating with my beloved hubby and kids.

Wish me happy 

=))

year end sales

Image
Lebih kurang 2 minggu lagi sekolah dah buka semula, semestinya mak2 dan ayah2 sibuk dengan persiapan anak2 ke sekolah. Sama macam akak ni...preparation untuk anak2 dara mula dibuat sebaik sahaja cuti sekolah bermula. Orang kata kalau buat sekaligus nanti, bimbang nampak laju sangat ongkos nya terbang =)).
Akak beli kain sekolah di Kamdar, akak beli kain meter dan tempah jahit baju sekolah. Sebabnya anak2 demand nak pakai baju sekolah kain licin. Tak nak pakai kain cotton, macam payah nak gosok. Sekarang ni Kamdar ada juga buat sales tapi mega sales dia orang dah tamat ye, tuan / puan :)
Kain baju sekolah boleh tahan mahalnya sekarang ni, kalah baju mak ayah. Akak baru aje beli kain pengawas sekolah rendah, yang ada susun belakang tu, harganya RM39.00 sehelai. Terkejut kejap. Tu belum masuk perihal tudung sekolah, nasib baik ada sekolah yang dah benarkan pemakaian tudung yang ada awning tu. Senang nak beli dan murah, lebih kurang RM12.00 untuk saiz S.
Meanwhile semalam akak menerjah ke…

wordless wed: beautiful rainbow

Image
Last Sunday, we saw beautiful rainbow on the way back from Kuala Lipis to Temerloh.

Location: Pantai Timur Highway

jangan tertipu dengan captain james

Sekarang ni masih ada lagi emel2 yang nak menipu kita, kononnya kita akan dapat duit berjuta2 daripada sumber tertentu. Walaupun taktik macam ni dah lapuk tapi kenapa masih ada orang2 kita terutamanya perempuan yang masih boleh percaya benda2 tak masuk akal macam ni.... Dan akak suka nak share satu emel yang seumpamanya, yang perlu kita REJECT TERUS..  HOPEFULLY TAK ADA LAGI PEREMPUAN2 YANG TERTIPU DENGAN HAL2 SEDEMIKIAN.

Our Ref: WB/NF/UN/XX028 UNITED NATIONS. (WORLD BANK ASSISTED PROGRAMME) DIRECTORATE OF INTERNATIONAL PAYMENT AND TRANSFERS. 870 UNITED NATIONS PLAZA 20-A NEW YORK NY 10017WIRE TRANSFER/AUDIT UNIT 
Attention: Honorable Beneficiary, IRREVOCABLE PAYMENT ORDER VIA ATM CARD We have actually been authorized by the newly appointed united nation secretary general, and the governing body of the UNITED NATIONS monetary unit, to investigate the unnecessary delay on your payment be it lottery,inheritance,project,funds transfers, recommended and approved in your favor. During the …

black pepper spaghetti

Image
BLACK PEPPER SPAGHETTI
BAHAN-BAHAN:
1/2 paket spaghetti-- rebus dan toskan 150gm daging cincang 3 batang sosej-- hiris 4 ulas bawang putih-- tumbuk 4 ulas bawang merah--tumbuk sehiris halia--tumbuk 2 sudu besar sos tiram 2 sudu besar sos cili 3 sudu besar sos lada hitam (kalau nak tambah lada hitam tumbuk pun boleh..) kicap manis  garam gula  minyak utk menumis

CARA MEMASAK:
Tumiskan dulu bahan2 yang ditumbuk. Masukkan daging cincang dan sedikit air, masak hingga daging empuk. Masukkan sosej dan sos / kicap dan kacau hingga sebati. Kemudian masukkan spaghetti dan kacau rata. Masuk garam secukup rasa. Kalau suka, taburkan hirisan daun pudina. Kalau tak ada pun tak apa.

Cuma foto atas tu, akak makan black pepper spaghetti kat food court, Tesco Pusat Bandar Puchong. Sedap rasanya, siap ada ayam lagi dan ayamnya sama dengan ayam untuk menu chicken chop =)).

tomyam & mushroom

Image
Salah satu lauk favourite anak2 akak ialah tomyam ayam. Kalau masak tomyam, budak2 ni mesti kejap2 datang jenguk ke dapur, kejap2 ambik bau kat dapur. Masing2 tak sabar nak makan nasi. Bukan susah sangat kan nak masak tomyam, cuma sedap tak sedap aje =))
Masa nak masak tomyam ni, naik hangin juga kejap sebab duk cari kiub tomyam kat kedai tapi kat kedai ke-4 baru ada. Agaknya ramai sangat yang nak masak tomyam. Maklum la kat sebelah rumah akak pun ada satu kedai tomyam Thai. Mesti tauke kedai ni yang borong habis! Tetiba aje kan... =))
Cara akak masak tomyam, tumiskan bawang putih, bawang besar, serai, lengkuas (kalau suka), daun limau purut, lada kecik dan kiub tomyam serentak. Tumis sampai naik bau, masukkan ayam dan air, tunggu sampai menggelegak. Masukkan buah tomato dan perahkan sedikit air limau nipis / kasturi. Masukkan garam dan bila dah rasa ok, boleh dihidangkan.




Ini bukan taugeh ye kawan2 tapi akak masak cendawan yang halus2 tu. Kalau kita pergi kat Tesco or Giant atau man…

wordless wed: untuk peminat kuceng

Image
Lokasi   :    Bandar Ikan Patin

Jurufoto  :  Cik Qassy (bila budak kecik dapat kamera, ini la hasilnya..)





















Have fun =))






santai-santai @ i-city water park

Image
Weekend adalah sesi untuk "menghabiskan" ongkos SRK.. =))  dan kali ni seperti yang dah lama dijanjikan dengan anak2, kami menerjah ke  i-city water park, Shah Alam. Pagi2 lagi akak dah bangun buat breakfast tapi SRK jual mahal tak nak makan kueteaw, so jam 9.30 pagi, dah belasah roti canai + teh tarik kat kedai berdekatan dengan jalan masuk i-city tu. Dekat je dari rumah, dalam 20 minit kot dah sampai.
Agak poyo kan sebab jam 10.30am dah beratur nak beli tiket masuk water park. Tapi...tapi..tapi..bila turun ke kaunter beli tiket, rupa2nya dah ramai yang sama2 poyo nak beli tiket :P




Sebelum masuk tertengok derang punya dress code. Yang perempuan cuma boleh pakai bikini dan lelaki pula boleh la pakai swimming trunk aka spender. Tak kuasa kan, takkan orang2 Muslim nak pakai macam tu. Ini kan Malaysia, kena la ada sensitiviti sikit.




Nampak tak snow white & 7 dwarfs tu? Derang memang tunggu budak2 datang mandi kat situ sepanjang masa hehe. Kolam untuk budak2 ni pun quite hap…

wordless wed : hepi beday SRK

Image
Ini antara barang kesayangan SRK, gitar letrik.

Ahaa...rocker tua  =))

Happy birthday SRK, I love you much, ever. In Shaa Allah.

makan2 @ weekend : ioi mall & midvalley

Image
Last weekend, akak melayan anak2 aje....kesian tengok budak2 ni sebab kalau weekday, akak dan SRK sibuk dengan kerja. So, time weekend aje la yang ada. Walaupun kami tak pergi jauh tapi anak2 had fun. Sabtu, we all "melepak" kat IOI Mall sampai 4 jam lebih. Memang ramai orang kat mall, maklum la dah awal bulan. Poket masing2 penuh. Tapi akak just singgah Kamdar aje, beli kain untuk buat baju sekolah anak2.



Bila dah masuk JJ, sahih SRK kena "paw" dengan anak2 kat games centre. Macam2 games yang sempat anak2 main. Janji happy kan. Bila syok main tu, tak hengat perut lapar ler.




Bila dah langsai berjuta rupiah ongkos bapaknya, baru la anak2 ingat nak makan. Perut dah keroncong. Si adik nak makan kat tempat favourite dia la. Apa lagi kalau bukan Teh Tarik Place (TTP). Akak makan nasi goreng ayam dan SRK makan nasi kerabu. 



Ini laksa TTP yang adik suka. Istimewanya laksa ni sebab siap ada ikan seekor kat dalam kuah tu. Haaa...kenyang la kan makan ikan + laksa. Akak suka …