Wednesday, November 28, 2012

2nd purchase @ zalora






After many many glances at zalora.com.my, at last I found something. Excited.

Especially for SRK, surprise for his birthday next week.

Hopefully the size, color and design meets the needs.

 If not, I will return it to zalora.

=))


NOTES:  TO SYLVIA@ZALORA, PLEASE GIVE THE RIGHT EMAIL ADDRESS. TQ

Tuesday, November 27, 2012

masak meraban




Menu 1 - Timun Jepun goreng lada hitam. Akak memang tak minat nak makan biji timun, sebab tu la akak jadikan timun tu macam tayar. Tumiskan bawang putih dan bawang besar, masukkan stok ikan bilis atau stok ayam, masukkan lada hitam yang telah ditumbuk. Goreng hingga timun agak lembut. Rasa garamnya. Kalau menumis guna minyak zaitun lagi best. Menu ni sesuai dibuat jika korang tengok dah lama sangat timun tu duduk dalam ice box.

Menu 2 - Telur dadar cencaluk. Ahaaa..! Cencaluk yang akak beli hujung bulan lepas di Melaka masih tak di usik. SRK rupanya tak minat makan cencaluk, melainkan dia fanatik pada budu aje. Jadi menu ni cuma akak yang makan sensorang. Tumiskan bawang merah dan capsicum hingga separuh masak, masukkan cencaluk dalam 1 sudu besar. Tumis lagi dan masukkan telur ke dalam kuali. Akak tak bubuh garam dah sebab cencaluk tu dah cukup masin.

Menu 3 - Singgang tulang. Wow! Actually akak yang request SRK masak singgang tulang ni untuk akak sebab dah lama tak makan. SRK memang ringan tulang nak ke dapur. Sebelum nak masukkan rempah-ratus dalam periuk, pastikan tulang tu dah direbus 3-4 jam. Ramuan untuk memasak singgang, boleh la tengok kat entri yang dulu2. Ada rasanya =))

Friday, November 23, 2012

maggi bujang & durian crepe




Inilah dinner akak malam tadi sebab SRK tak nak makan nasi. Dia cuma request nak makan maggi. Wah! Senang kerja akak kan =)). Tengok dalam ice box, stok sayur tinggal kacang panjang aje dan SRK tak minat makan kacang panjang. Jadi, tak payah bubuh sayur. Ayam atau daging pun tak ada. Kesian sungguh ice box akak ni. Nasib baik ada lagi stok telur dan meat ball. Owh...meat ball! Again!!




Senang aje nak masak maggi bujang versi akak ni. Tumiskan dulu bawang putih dan cili boh sampai garing, masukkan meat ball. Kacau sekejap dan tuangkan air secukup yang kita nak. Bila air dah menggelegak, masukkan serbuk maggi dan pecahkan telur ke dalamnya. Masukkan mee maggi. Siap!!

Alamak...takkan cara2 masak maggi pun nak tepek kat blog kan?? Dah la masak maggi kali ni terlebih minyak...hahaha.... =)).





Meanwhile thanx pada ofismate, Anom Hanim yang dah dua kali belanja akak makan durian crepe. Kalau bubuh aiskrim kat dalam kulit tu pun ok kot.... Pada akak, rasa durian crepe ni quite ok tapi bau durian tu masih semerbak...





Wednesday, November 21, 2012

kerabu pucuk paku




Dah lama tak masak kerabu pucuk paku. Dulu2 sebelum umur masuk kategori midi, selalu juga masak kerabu2 ni sebab SRK suka makan. Bila dah pindah ke kota besar gini, selalu aje rushing nak memasak. Tapi kali ni tetiba aje ada masa nak memasak kerabu ;)

Pucuk paku kena rebus dulu sampai agak empuk (lembut). Kemudian toskan. Goreng kelapa parut ikut sukatan yang sesuai dengan kuantiti pucuk paku dan tumbuk kelapa parut tu sampai keluar minyak/air. Hiris beberapa biji bawang merah dan lada merah. Tapi masa masak kerabu ni, stok lada merah dah habis. Tumbuk lumat lada hitam dan garam. Kemudian kesemua bahan ini digaulkan dengan pucuk paku tadi. Perahkan air asam jawa atau jus lemon kedalam kerabu untuk mendapatkan rasa masam sedikit.

Boleh juga digaulkan dengan ikan rebus yang ditumbuk lumat.

Sedia untuk dihidang.

Monday, November 19, 2012

roti telur + meat ball





Rindu pulak kat anak2 yang tinggal kat kampung. Selalu kalau weekend aje, mesti nak masak sedap2 sikit sebab time tu la dapat berkumpul satu keluarga. Tapi last weekend...akak duk tengok muka SRK, SRK duk tengok muka akak =)).

Selongkar ice box, tengok2 ada lagi stok meat ball. Roti gardenia pun ada lagi. Telur ayam pun masih banyak dalam stok. Terus terfikir nak masak roti telur dengan meat ball. Mudah aje nak buat roti telur ni. Hiriskan nipis2 bawang merah dan meat ball, kemudian tumiskan sekejap menggunakan margerin. Taburkan sedikit serbuk lada hitam bagi menambah rasa.

Pukul telur hingga kembang, panaskan kuali leper dan celup roti ke dalam telur. Letakkan roti yang dicelup telur ke atas kuali dan letakkan adunan meat ball + bawang merah tadi di atas roti. Tuangkan sedikit telur ke atas meat ball tadi. Bila kita terbalikkan roti, tekan sikit dengan senduk supaya meat ball tu melekat dengan roti. Mudah kan walaupun bahasa akak macam berbelit-belit hehe...



Friday, November 16, 2012

jalan-jalan makan-makan @ the curve





Sekian lama akak usha SRK untuk temankan akak berjalan2 di IKEA, at last selepas tertangguh daripada bulan ke bulan...sampai juga akak ke situ. SRK "membebel" semasa dalam perjalanan, katanya apa yang susah sangat nak pergi IKEA, dari tol Sunway, jalan terus sampai nampak billboard IKEA. Yup, memang senang pun nak pergi situ tapi sesaknya jalan, Tuhan saja yang tau. Apatah lagi time cuti. Itu la gunanya ada "driver" so that akak boleh bersenang-lenang jadi co-pilot =))

Ralik melihat set-set kabinet dapur, yang macam foto kat atas tu, akak minat tengok rak-rak tempat simpan periuk tu...cantik. Kalau buat kat rumah akak sendiri, cun juga ye. Periuk2 tu pun jenis yang akak minat sebab sesuai digunakan untuk dapur letrik dan sekarang ni kalau sesiapa berminat nak mendapatkan kuali leper aluminium, ada dijual dengan harga serendah RM9.50 sahaja. Tapi lama mana tahan kuali ni, tak pasti hehe...




Bagi menambahkan lagi "kebosanan" SRK melayan akak, round pulak ke tempat pinggan-mangkuk. Seronok tengok pelbagai jenis pinggan-mangkuk dan gelas, segala macam senduk dan spices jars. Pinggan-mangkuk yang ada unsur warna purple memang kesukaan akak. Teringat pulak baru minggu lepas emak akak "membebel", sampai bila nak simpan aje set pinggan-mangkuk warna ungu ni weh....

Senyum :))


Menuju ke food court....


Ok..ok...dah berjam-jam lamanya window shopping kat IKEA, dah tiba masanya untuk mengisi perut. I think this is the favourite part, muka SRK berseri-seri gitu bila akak ajak makan. We crossed the road dan terus berjalan menuju ke The Curve. Tengah sale (clearance stock) kat depan, ramai betul manusia. Tapi pakaian yang dijual tak menepati citarasa dan kesesuaian diri akak. Tapi...kasut pun ada sale! Hanya daripada RM50.00 - RM100.00 sahaja. Cantik!!

SRK found out something yang dia nak makan, apa lagi kalau bukan makanan Kelantan. Dia cari kat digital directory dan terus menuju ke restoran yang dimaksudkan. Tapi...agak frustrated sebab hanya ada beberapa menu Kelantan sahaja seperti nasi berlauk, nasi kerabu, laksam dan 2-3 jenis makanan Kelantan lagi. Dan...harganya agak mahal. Tak berbaloi you nak makan laksam semangkuk dengan harga hampir RM14.00. Membazir.





Pilihan SRK > nasi putih + kerabu perut & nangka, papadom dan asam pedas ikan patin..


Pilihan akak > nasi putih + asam pedas ikan patin & kerabu kacang botol..

Kami terus berjalan ke food court dan akhirnya berpuas hati dengan sajian nasi campur. Dua pinggan nasi berlauk ni cuma bayar RM15.00, agak berpatutan. Cuma kami agak terkilan dengan asam pedas ikan patin tu, kurang best sikit. Asam pedas ikan patin yang original bukan macam tu. Apa pun, syukur Alhamdullillah perut dah pun kenyang. Layanan staf kat kedai tu pun sangat baik.

Thursday, November 15, 2012

khasiat lempoyang ST





Ada sahabat yang mencadangkan akak supaya menggunakan lempoyang untuk tujuan membakar lemak2     di badan. Sebagai contoh lemak2 yang terkumpul di lengan atau di peha, kita boleh sapu lempoyang ni di tempat2 tersebut dan urut perlahan-lahan. Tapi perlu diingat, lempoyang ni mengandungi bahan2 yang panas, jadi elakkan daripada menyapu terlalu banyak ke atas kulit. Bimbang kulit korang akan jadi pijar!  =))

Lempoyang yang akak maksudkan ni, akak beli daripada stokis / agen Sendayu Tinggi. Harga sebekas tu boleh dapat antara range RM44 - RM49, bergantung kepada kebijaksanaan korang nak tawar harga. Untuk info umum, kalau beli kat JJ Maluri lebih murah berbanding dengan yang jual di Ampang Park.

Lempoyang ni agak berbau, macam pati halia mustajab tu juga. Jadi, mungkin kurang sesuai untuk dipakai sewaktu ke pejabat. Korang boleh pakai sebelum tidur atau pada bila2 masa semasa berada di rumah.

AWAS! Mungkin ada suami yang tak suka dengan keterampilan isteri bila menggunakan lempoyang ni. Selain ia mengeluarkan bau yang agak kuat (macam bau minyak herba..), ia juga mungkin membataskan suami untuk mendekati isteri   ... (badan dah berbau, so suami tak nak la dekat kan?)  =))


Wednesday, November 14, 2012

wordless wed : layan don 2 @ SRK






Malam tadi layan Don 2, selang-seli tengok cerita "Eraser". Tambah pula SRK is my favourite actor.

Sempena deepavali kan, banyak la tv tayang cerita tamil dan hindi.


Sumber foto : Google Image.


Monday, November 12, 2012

entri info : santau


Kesempatan berada di rumah pada petang Jumaat, akak berkesempatan menonton program Al-Kulliyah terbitan TV3. Walaupun ianya hanya siaran ulangan tapi tetap excited nak tengok, apatah lagi tajuknya adalah mengenai santau. Kita biasa dengar orang kena santau dan sebagainya, takut dan ngeri juga bila melihat paku, kaca dan pisau cukur keluar daripada badan orang yang terkena santau.

Yang popular ialah santau makan dan santau angin. Santau makan, seseorang mengenakan orang lain melalui makanan. Manakala santau angin, santau itu dikirim kepada orang lain melalui angin. Kadang2 tak terfikir langsung bagaimana boleh seorang manusia itu tergamak mengenakan santau terhadap orang lain dengan cara yang begitu.

Walaubagaimanapun, kita boleh melihat tanda2 seseorang itu terkena santau. Antaranya ialah batuk berlanjutan dan batuk berdarah, sentiasa berasa lenguh sendi dan badan, berasa sakit2 belakang, bahagian bawah mata menjadi biru, kuku juga menjadi biru, nafas sentiasa berbau dan ada gatal2 di badan. Apabila ada benda2 ini, eloklah mencari ikhtiar untuk berubat kerana mungkin dah terkena santau.

Kemudian, ada juga berkait dengan mimpi yang dialami oleh seseorang. Jika seseorang itu bermimpi ular atau haiwan2 yang berbisa, mimpi jatuh dari tempat yang tinggi, mimpikan bayi, mimpi benda2 tajam, seterusnya bila bangun tidur pagi, ada melihat kesan lebam2 di badan, berkemungkinan seseorang itu dah terkena santau.

Namun begitu, terdapat ayat2 Al-Quran yang boleh menjadi pendinding daripada terkena santau. Antaranya, kita boleh amalkan membaca surah Al-Fatihah, ayat Kursi dan membaca ayat 23 daripada Surah Al-Furqan. InshaAllah ayat2 ini boleh melindung seseorang daripada perkara2 tidak baik seperti santau.

Allahualam.

Sunday, November 11, 2012

instant mushroom soup





Petang kelmarin akak dan SRK bawa anak2 makan kat satu kedai yang agak famous kat bandar ikan patin ni. Anak2 ni kalau tak makan nasi goreng cina, tak sah. Akak makan sup cendawan dengan roti je, itu pun share dengan SRK. Kita orang diet =)).  Rupanya sup kami habis dimakan oleh anak2, tetiba pulak budak2 ni suka makan sup cendawan..

Maka nya petang semalam akak masakkan sup cendawan segera, cap Campbell's. Of course ada tanda halal, baru aman nak makan kan. Dah namanya instant, masukkan aje dalam periuk dan kacau. Kemudian masukkan air sebanyak satu tin (guna tin mushroom tu juga) dan kacau hingga mendidih. Hidangkan semasa masih panas.




Sup ni boleh la dihidangkan dengan bun tapi akak makan dengan roti bonjour, ada bijan lagi gitu. Sedap..boleh buat selalu. Anak2 pun makan. Boleh la korang cuba ye.


Thursday, November 8, 2012

entri tips : macamana nak pikat hati suami??


Kelakar pun ada rasanya bilamana petang semalam ada seorang sahabat bertanyakan satu soalan cepumas kepada akak. Sahabat ini bertanya, "kak, macamana petua nak pikat hati suami? maklum la saya ni baru beberapa bulan aje kawin." Pertanyaan melalui sms ini tidak dijawab oleh akak. Akak cuma senyum seorang diri.

Sebenarnya bila kita berbicara soalnya hati ni memang terlalu subjektif. Lain orang lain caranya. Sebelum kawin lain caranya, selepas kawin lain pula caranya. Kalau sebelum kawin, akak rasa memang hampir semua lelaki ni cuba untuk berlagak  gentleman. Kalau boleh dia orang ni nak jadi superb di mata pasangan masing-masing. Nak menjadi lelaki terhebat pada zaman ini. Betul kan?  =))

Tak ada salahnya nak jadi superb tapi biarlah ia superb sehingga selepas kawin, sehingga dah beranak-pinak kan. Sejuk hati isteri.


Minum air teh halia kaw2 dengan sup wantan....macam tak match  aje kan....


Orang kata nak tambat hati suami, mesti tawan perutnya. Akak setuju, cuma terpulang pada individu, ada juga suami yang tak kisah samada isterinya pandai masak atau tidak. Even akak dengan SRK pun bersederhana dalam hal ini. Kalau masing2 penat kerja, kami terjah ke restoran kegemaran kami. If not, kami memasak sama2 di rumah.


Ada stok sayur brokoli dengan bunga kobis...boleh digabungkan...tak ada masalah.... :))


Nak masak pun, isteri perlu tanya suami nak makan apa. Kadang2 mungkin makanan tu menjadi kegemaran kita tapi tidak pada suami. Pendek kata boleh berbincang walaupun berkaitan perkara2 yang remeh. Macam SRK, dia tak minat langsung nak makan sayur brokoli tapi kadang2 akak masak juga dan dia faham.

Begitulah, setiap hari walaupun sudah berbelas tahun kawin tapi kadang2 akak masih menemui sesuatu yang baru tentang suami. Jadi, jangan cepat putus asa atau bosan dengan rumahtangga =))

Wednesday, November 7, 2012

entri sayu : kau pergi jua 3.11.2012


Memang akak dah lama sangat tak menangis. Kalau dulu2 masa muda, selalu juga menangis sebab rindukan SRK yang duduk jauh. Tercabar keimanan setiap hari untuk menghadapi pelbagai dugaan. Dugaan dan cabarannya bukan sedikit...tapi terlalu banyak. Menjaga anak yang kecil berseorangan bukan satu perkara yang mudah. Berat mata orang memandang, berat lagi bahu akak yang memikul. Sebab itu la airmata selalu jatuh menitis.

Sabtu lalu, buat sekian kalinya akak menangis. Menangis dan meratapi dalam hati, pemergian ibu saudara akak yang hampir 3/4 hidupnya bergelumang dengan cabaran dan dugaan melawan penyakit. Dan akhirnya arwah meninggalkan kami buat selama2nya, dengan satu bentuk senyuman. Sangat tenang gayanya.

Mahu tak menitis airmata kerana arwah dan keluarga kami sangat rapat, susah senang kami bersama. Melihatkan tiga orang anak arwah yang masih belum puas mendapat kasih-sayang seorang ibu, airmata akak ni terus laju mengalir. Sedih dan kasihan. Namun Allah SWT lebih sayangkan arwah dan itu mungkin jalan yang terbaik untuk arwah setelah sekian lama sengsara dan derita.

Daripada saat di ICU HTAA, Kuantan, saat arwah telah tidak bernyawa, saat kami bertungkus-lumus menyelaras pemindahan jenazah dari HTAA ke Temerloh, saat kami bersama-sama membaca surah Yassin untuk disedekahkan kepada arwah, saat jenazah dimandikan, dikafankan dan disemadikan, semuanya akak tengok satu-persatu. Betapa manusia ini begitu senang untuk "diambil" dan dikembalikan kepadaNya. Betapa "plain" nya juga manusia apabila kita kembali kepadaNya. Orang2 yang tersayang hanya mampu bersedih dan mengalirkan airmata. Harta-benda yang ada tidak mampu dibawa bersama, malah tiada guna juga untuk dibawa bersama. Melainkan bekalan doa daripada anak2 yang soleh dan doa daripada mereka yang memaksudkannya.

Airmata jatuh lagi hingga ke tanah perkuburan. Emak akak pun agak heran dengan emosi akak sebab dia lebih kuat untuk mengawal emosi walaupun yang pergi itu merupakan adik perempuan bongsu kesayangan dia. Kata emak, Tuhan dah berikan jalan penyelesaian yang terbaik atas segala kesakitan yang arwah alami selama ini. Kalau arwah masih bernyawa sekalipun, barangkali arwah tidak lagi dapat menjalani kehidupan normal seperti orang2 lain.

Acapkali akak membaca tazkirah bertulis di blog keretamayat, semua yang ditulisnya berkaitan pengakhiran kita di kereta mayat sememangnya satu realiti yang tak dapat dinafikan. Walaupun dengan nada lelucon penuh jenaka sinis dan pedih, namun menaiki kereta mayat @ jenazah adalah satu kepastian.






Thursday, November 1, 2012

ikan bawal masak berlada





Ini favourite menu anak kecik akak. Kalau masak ikan bawal berlada macam gini, harus budak kecik tu menambah nasi tapi bosan juga kalau hari2 masak ikan berlada kan. Nak beli ikan bawal pun macam 'cinta' bila melihatkan harganya yang boleh tahan mahal you... Tapi nak makan punya pasal, beli aje la.




Masak berlada macam ni, make sure kita masakkan bahan2 asasnya betul2 supaya nanti tak sakit perut =)). Bubuh air asam jawa sikit dan kalau suka bubuh kiub ayam. Apa pun, akak tak suka guna ajinomoto, boleh sakit kepala. Taburkan daun sup dan daun bawang untuk menambah rasa dan aroma.