Posts

Showing posts from October, 2012

ayam goreng berempah resepi ibu

Image
Best juga kan kalau sesekali masak ayam goreng berempah, anak2 pun suka kalau akak masak ayam. Semua orang tahu macamana nak goreng ayam, simple je kan. Kalau ada yang tak reti lagi macamana nak goreng ayam, tak tahu nak cakap macamana la =)).
Kali ni akak goreng ayam versi ayam berempah resepi emak akak sendiri. Biasa la kan, air tangan mak memang sedap.
Caranya mudah sangat, tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia sampai lumat. Lumurkan ayam dengan garam dan kunyit terlebih dahulu. Kemudian campurkan serbuk jintan bersama bahan2 yang telah ditumbuk tadi. Perapkan ayam dengan bahan2 tumbuk ini selama 10 - 15 minit. Pecahkan telur dan pukul hingga agak kembang dan gaulkan telur dengan ayam tadi.
Sebelum menggoreng, lumurkan ayam dengan tepung beras. Goreng dengan api yang sederhana. Mesti ada kelainannya =)).

nasi ayam kampung @ velodrom cheras

Image
Lagi cerita akak makan nasi + ayam kampung. Kalau aritu akak menerjah ke Jalan Raja Muda, kali ni kebetulan lalu di jalan berhampiran velodrom, Cheras...maka cepat aje akak membelok ke kedai makan Haji Hassan (if I'm not mistaken..) yang famous dengan masakan kampung ala Kelate.
See...teringin makan sayur lemak pucuk manis + labu walaupun akak bukan peminat labu. Ambik ayam kampung goreng seketul dan gulai darat, done.



Selebihnya akak ambik pelbagai ulam > kacang botol, timun, petai rebus dan daun ceylon (betul ke ejaan ni??), cicah dengan sambal budu dan sambal belacan + tempoyak. Peehhhhh...terangkat.



Makan 3 orang campur dengan air, bayar tak sampai RM30.00....cheaper than masa akak makan menu yang sama di RR Awan Besar, harganya...hmmm....malas nak tulis.


menu aidil adha

Image
Akak memang tak plan pun nak masak lemang dan rendang, penat rasanya nak masak lemang. Nak cari / beli buluh lagi, nak bersihkan buluh lagi, nak masukkan beras dalam buluh pun bukan kerja yang mudah. Tak semua orang expert buat lemang. At last, pakat dengan mak masak nasi impit dan kuah kacang aje la, lebih mudah.




Resepi kuah kacang ni versi mak akak. Tumis garing bawang putih, bawang merah, halia, lengkuas dan udang kering yang telah dikisar. Masukkan cili boh ikut sukatan yang kita suka, kalau suka pedas, lebihkan sikit cili boh. Masukkan serai dan kacau lagi. Bila dah garing, masukkan kacang tanah goreng yang telah dikisar, air dan sedikit air asam jawa. Masukkan juga gula merah yang telah dicairkan. Kalau takde gula merah, guna gula putih pun tak jadi masalah. Sukatan air tadi ikut citarasa sendiri. Masak hingga mendidih dan agak pekat.
Nasi impi + kuah kacang ni jadi hidangan breakfast kami sekeluarga di pagi raya.



Untuk lunch, kami masak nasi beriani. Beli beras basmathi Faiza …

budak kecik dan bisnes cup cakes

Image
Zaman sekarang ni, budak2 sekolah pun dah pandai buat bisnes. Baru2 ni anak kecik akak minta duit belanja lebih nak bawa ke sekolah. Selalu bawa RM2.50 atau RM3.00 aje tapi kali ni minta sampai RM5.00. Rupa2nya dia nak beli cup cakes daripada classmate dia.  Actually mak budak tu yang buat bisnes cup cakes dari rumah. So, anak dia tolong promote kat sekolah.
Satu cup cake harganya RM1.00, ada pelbagai rasa. Yang jadi favourite anak akak, perasa Blueberry...ada warna purple gitu kan. Cuma yang terharunya, bila akak balik dari ofis, ada satu cup cake tersimpan kat bawah tudung saji, khas untuk akak. Touching kejap...



So, ada sesiapa yang minat nak order cup cakes ni, dah ada suppliernya kan... =))


Nota : Selamat hari raya Aidiladha kepada semua kawan2 dan pembaca yang singgah ke sini.

wordless wed : 1st purchase @ zalora

Image
Feeling nuts to drive and shopping? Just sign in at Zalora.

Well, this is my first purchase at Zalora.com.my.

tanjung bidara beach resort

Image
Gitu la ceritanya sepanjang 4 hari 3 malam akak di TBBR ni. Ada yang best, tak kurang juga yang tak best. Service derang rasanya tak berapa mantap, mungkin disebabkan kekurangan staf. Kat dewan makan pun orang yang sama, yang handle peralatan dalam seminar hall pun orang yang sama....mana larat kan nak cover semua kerja. 
Apa pun, pantai kat situ ok =))


makan2 @ tanjung bidara beach resort

Image
Akak baru balik dari Tanjung Bidara Beach Resort (TBBR), handle kursus untuk orang2.. Ini kali kedua akak menerjah ke situ, dah banyak berubah. Dah cantik sikit daripada beberapa tahun lalu. Tapi menu makanannya macam biasa2 aje.


Imagine, (actually akak yang cerewet sikit pasal makan.. :)), everytime we all makan lauk ayam. Tak jumpa pun sotong atau udang atau seafood yang lain. Nasib on the second day, ikan pari masak asam pedas menjelma. Hilang sikit bosan makan ayam kicap, ayam goreng atau ayam masak lemak..  Cuma, we all tak payah nak Q untuk dapatkan makanan. Pihak TBBR ni baik hati sediakan satu meja khas untuk urusetia. 
Everyday, akak makan budu + cencaluk. Dah sampai ke Melaka, takkan tak nak rasa cencaluk kan. Sempat juga singgah di Simpang Ampat, beli cencaluk buatan orang kampung. 


Lagi satu, jelly warna-warni pun ada dihidang setiap hari..hmmm....tapi akhirnya menjelma puding roti kesukaan akak. Baru la puas hati sikit =)). Kalau team TBBR baca entry ni, mahu dicarinya sia…

wordless wed: boleh ker kita menulis jawi?

Image
Foto : Hasil tulisan jawi si kecik. Not bad kan.

Agaknya kalau disuruh baca akhbar jawi, boleh ker kita membaca dengan laju sepertimana kita membaca akhbar rumi? Belum tentu kan...hehehe.. Apa lagi  menulis jawi...tak semua ada skill yang hebat.

:)

semoga berjaya calon2 PMR 2012

Image
Akak tak ambik PMR tapi akak ambik SRP. Result SRP akak tak la ok sangat tapi kira boleh la. Tips nak menjawab:

1) Baca dan fahamkan soalan betul2
2) Catatkan cepat2 formula atau fakta yang diingati
3) Jangan "mengarut" bila menjawab ... (keluar topik)
4) Jawab beserta contoh, lagi baik..

Tapi kalau soalan objektif, bawa buah dadu aje la :))

Semoga berjaya adik2 semua..

sesi menghabiskan duit dan waktu..

Image
Last Saturday akak menerjah ke JJ IOI Mall, Puchong...actually nak cari  jacket tapi akak dan SRK bersependapat,  baju2 kat JJ situ dah tak meriah macam dulu. Baju2 yang ada macam nak habiskan stok lama aje. Trend and fashion dia tak berubah. Akak boleh jumpa long skirt yang sama macam setahun lalu. 



Bila dah berjalan2, of course la nak makan minum kan. Especially budak kecik ni. Bosan katanya ikut ummi shopping... :)). Tapi kalau shopping untuk dia....tak hengat pulak nak makan minum... :))


Sempat lagi minta belikan pop corn kat sebelah GSC tu. Tapi selalu makan separuh kotak aje, separuh lagi tak makan pun... Saja tabiat nak beli pop corn.



Simple decoration, meja dan kerusi kayu disusun elok untuk smoking area. Makan kat mana lagi kalau bukan kat Teh Tarik Place. Teh tarik dia memang best. Tapi kalau waktu hujan, tak payah la nak berebut duduk kat luar tu sebab tempias you...



Dari situ boleh view tasik buatan manusia. Boleh tengok ada orang  pasang jala ikan. Katanya SRK, ada ikan ta…

makan nasi ayam kampung (taste of kelate!!)

Image
Nostalgia makan2 @ New Castle (Kota Bharu)

Tengahari semalam, kebetulan ada kerja yang perlu diselesaikan kat luar, so...singgah la lunch kat Jalan Raja Muda, Kampung Baru. Ada kawan mengidam nak makan nasi ayam kampung. Bukan nasi ayam tapi nasi putih makan dengan ayam kampung goreng. 




Mak aiii...sampai situ orang dah ramai dan akak dah nampak piring2 berisi budu dan tempoyak disusun banyak kat atas meja. Stail orang kelate macam ni la, pinggan berisi ulam pun dah ready. Kita just ambik aje mana yang berkenan. Dah lama betul akak tak makan budu + tempoyak gitu.



Dah ambik nasi putih dan ulam cicah dengan budu + tempoyak, tambah lagi gulai daging atau gulai darat, memang taste Kelantan betul. Nak makan banyak tapi bila teringatkan berat badan ni senang sangat nak naik, maka abaikan la aje niat tu.



Tengok tu....set lauk yang kami makan....complete dah macam tu. Puas hati sesangat. Ada ayam kampung goreng....yummy! Makan tiga orang baru kena RM26.00...not bad la kan sebab makanannya sedap…

hari haiwan sedunia

Image
Akak tak pernah pun tau ada "hari haiwan sedunia". Tapi pagi tadi semasa memandu ke ofis, terdengar DJ radio tu cakap hari ini ialah "hari haiwan sedunia". Owh...terus teringat kucing2 kat rumah mak. Nak bela kucing kat rumah sendiri tak boleh. No pets are allowed gitu. 

Kat rumah mak tu macam2 rupa kucing ada tapi yang paling anak2 sayang ialah COMOT. Nama tak melambangkan peribadi, ok. Comot ni agak soft, manja dan tak suka berebut2 bila nak makan. Comot ni macam sentiasa kontrol cun dan mendengar kata.




One day, my auntie bawa balik seekor kucing cantik dan gedik, bulu lebat dan saiz badan yang besar. Tapi bukan kucing parsi. We all bagi nama kucing gedik ni, SHASHA. Actually nama asal dia, NEELOFA. Pastu tukar nama PASHA (err...Fasha sebenarnya tapi orang kampung sebut "Pasha"). Agaknya kucing gedik ni tak berapa serasi dengan nama artis...terus tukar Shasha.

Apa pun, sayangi la haiwan peliharaan anda. Haiwan2 ni pun ada perasaan. Kalau diamati betul2, …

expired food

Image
Tarikh : 29 September 2012

Bila balik kampung, kalau rajin...bawa la anak2 jenjalan ke Star Mall, Mentakab. Akak tak berapa nak rajin ke situ sebab lokasinya agak jauh dari town. Terpaksa lalu di kawasan perumahan yang telah dibina tersangat la banyaknya bonggol atas jalan...supaya orang ramai memandu dengan berhemah sikit.

Nak beli barang2, wajib tengok expired date especially barang2 makanan. Barang kosmetik pun ada juga expired date nya kan.
Kalau terjumpa barang2 dijual melebihi expired date nya, apa yang patut kita buat? Boleh buat aduan kepada tribunal pengguna ke.... Kalau kena orang2 kampung yang tak ambil peduli pasal expired date atau tak tau membaca....apa jadi?
TST la kan.

makan maman jadi mamai..

Image
Bila akak balik ke kampung, sebulan sekali ada la menerjah ke pekan sari Temerloh. 
*Pekan sari : pasar tani yang terbesar di pinggir sungai Pahang, bandar Temerloh.
Kat Pekan Sari memang macam2 ada, terutamanya pelbagai jenis ikan darat dan sayur2 kampung. Pilih aje yang mana berkenan di hati. Tengok orang jual udang galah sampai RM70.00 selonggok...memang best kalau buat gulai lemak cili api. Terangkat you...





Sepanjang duduk kat kota ni, tak pernah lagi akak masak sayur maman. Tapi bila balik kampung, teringat aje nak buat masak lemak maman. Yang ni masak lemak maman dengan ikan kembung. Walaupun maman rasa macam pahit sikit2 tapi best. Setiap kali masak guna santan, jangan lupa ye bubuh asam keping.




Hmm....resepi sendiri, maka kaedah nak masak pun ikut suka aje la kan. Ni akak campurkan ikan kembung dan ikan patin masak berlada. Ikan patin sedap juga kalau masak berlada. Tumis lada tu biar sampai nampak betul2 masak, supaya tak sakit perut.. :))