Tuesday, August 28, 2012

Wednesday, August 22, 2012

gempak raya edisi merapu :))

My daughters ceria dengan sepupu sepapat....posing senget semacam... :))  



 
Biskut raya 5-6 jenis aje untuk dihidang kepada para tetamu. Rendang dan lemang tak lupa 
juga... 


Ketupat dan kuah kacang juga ada terhidang...melengkapkan lagi suasana raya.. 


(eh....apsal ada bekas plastik pulak tuh...huhu)


Sekali-sekala buat gempak dengan adik2 sepupu yang vogue belaka nih... :))


Thursday, August 16, 2012

tema warna raya kali ni : pink belacan


Mula2 dulu plan nak cari baju raya warna biru tapi bila dah menerjah ke kedai2 baju, susah juga nak cari biru yang sedondon. Akhirnya akak pilih warna pink belacan aje la sebagai tema warna raya kali ni. Kelako juga sebut warna pink belacan sebab tak semua belacan warna pink kan... Belacan kat rumah akak tu gelap je nampak...

Tambah kelako bila SRK kena pakai baju melayu warna pink belacan. Alahai...sesuai ker dengan kulit SRK yang tak berapa nak cerah tu.... Cari punya cari, akhirnya jumpa juga baju melayu warna pink belacan. Harapan SRK semoga dia sesuai memakai baju melayu tu nanti. Harap2 gitu la kan. *ketawa*




Owh...belacan segar gini yang warnanya pink. Kalau belacan yang dah lama tu, warnanya dah tukar gelap. Makin lama makin sedap.




Lebih kurang macam warna baju kurung ni la kan. Macam warna blog akak ni :)).  Harap2 pink belacan dapat menceriakan lagi suasana raya nanti.


Sumber foto : mr. google


Tuesday, August 14, 2012

ada ke orang buka puasa makan cucur bilis?




Nak kata mengidam tak juga tapi baru ni akak teringin nak berbuka puasa makan cucur bilis air panas. Jadi, apa lagi tunggu....adun aje la tepung gandum tu kan. Orang lain punya cucur bilis air panas sikit punya lawa tapi hasil air tangan akak biasa2 aje.  Bahan2 nak masak cucur bilis air panas ni takkan nak share juga kan..hehe...melampau!




Takkan makan cekodok bilis je kan, mahu merajuk SRK dengan akak :)

Goreng mee kuning ala2 mee mamak gitu, last minute dah dekat nak berbuka puasa baru la akak goreng sebab nak makan masa panas2. Seperti biasa bila masak mee goreng ala mee goreng mamak ni, akak suka guna kicap pekat, kicap manis, kicap masin, sos tiram, sos cili dan sos tomato. Gaulkan semuanya dan tumiskan sekali dengan bahan2 asas seperti bawang putih dan bawang merah. Garam jangan dilupa ye.


Monday, August 13, 2012

jom serang jakel...!


Baru ni dah puas adjust masa dengan SRK, minta tolong bawakan akak ke Jakel, Shah Alam. Akak nak pergi sendiri tak hengat jalan...macam kelako dah setahun lebih duk kat Puchong masih lagi blur dengan jalan2 kat Shah Alam tu. 

Sebab tu la perlukan SRK untuk jadi tourist guide, dia kerap sangat ke sana...dah expert. Dah survey baju kurung kat Jakel, Jalan Masjid India...tapi tak jumpa yang berkenan. Harganya pulak boleh tahan maaaa....fixed price. Tapi di Jakel, Shah Alam...akak boleh tawar harga...best kan. Bodek + layan sikit salesgirl tu, dapat la the best price.




Amboi...apa cer pergi serang Jakel sampai tak hirau nak berbuka puasa. Takde la macam tu kan...sampai Shah Alam pun dah jam 6.00pm lebih...cari bazar Ramadhan dulu. Beli apa yang patut kat situ dan bentang tikar suratkhabar kat padang.... Ramai orang berbuka kat padang ni...kira ni kali kedua kami berbuka kat situ.





Ada yang bawa family, ada yang berdua je..ehem..ehem...masing2 berebut nak duduk kat tempat yang dekat dengan lampu. Takkan nak makan dalam gelap kan... Waktu ni dah jam 7.00pm lebih, tempat letak kereta memang full, sampai berlapis2 dah. 

Yang bagusnya sambil kami tunggu waktu berbuka puasa, boleh dengar tazkirah ustaz dari masjid berhampiran. Antara yang akak ingat isi kandung tazkirah ni ialah mengenai puasa....

1) Ustaz, boleh tak kita kentut dalam air? Ustaz jawab : Ini soalan 20 tahun lepas dah jawab....tiap2 tahun ada aje soalan budak tadika ni... :)

2) Ustaz, boleh tak kita berbuka puasa dengan bersetubuh?  Ustaz jawab :  Bolehhhhhh...bolehhhh sangattttt, kamu gantikan doa makan / berbuka puasa dengan doa nak bersetubuh, lepas tu bersetubuh la sekali dengan syaitan... Menjawab tak soalan kamu tu? Faham2 aje la kan maksud ustaz tu.

3) Bla...bla...bla....

Memang kelako ustaz ni, kami yang kat padang ni pun gelak2...




Si kecik punya pilihan, kueteaw goreng. Katanya sedap...tapi tak habis juga makan. Ayahnya la jadi tukang habiskan.




Pilihan akak, nasi lemak special...ada ayam tapi biji lada tak hancur...berhati2 nak makan. Bimbang sakit perut pulak.




Ahaaa...favourite kami anak-beranak ni....cempedak goreng tapi macam tak percaya harganya. Lima biji RM3.00. Nasib baik besar2....nak makan punya pasal, beli juga.




Kuih sagu ni SRK yang beli sebab memang dia minat kuih ni tapi bila makan, takde rasa manis langsung. Apa nak kata. Pada akak, kalau kita berniaga biarlah jujur dengan pelanggan, baru la rezeki berkat. Lepas berbuka boleh la kita menunaikan solat kat masjid berdekatan...












Friday, August 10, 2012

makan nasi kerabu @ yati percik, kota bharu


Waktu akak outstation ke KB last week, akak bersahurkan roti bilis dan air susu high calcium je. Walaupun ada disediakan bufet sahur kat hotel tapi kalau dah bangun jam 4.30 am gitu, sangat la malas nak bersiap untuk turun makan. Lain la kat rumah kan.

Waktu nak berbuka puasa senang sikit, cari aje mana2 kedai makan yang berkenan ataupun beli juadah kat mana2 bazar ramadhan yang ada kat sana. But that time, kawan2 teringin nak makan nasi kerabu untuk berbuka puasa.

Apa yang terfikir dalam minda cuma Yati Percik. Tak payah cerita banyak pasal Yati Percik ni sebab memang dah famous. Kat Bangi dan USJ pun ada cawangan Yati Percik ni tapi akak dah makan kat USJ tu...rasanya tak sesedap nasi kerabu kat Yati Percik KB. 




We all pesan set nasi kerabu berlaukkan ayam percik dan solok lada, tak ketinggalan gulai darat daging yang memang popular kat KB. Pesan juga telur masin untuk melengkapkan hidangan.




Walaupun menunya cuma nasi kerabu tapi ada juga disediakan sup tulang dan kuih-muih untuk juadah sampingan. Kita boleh pilih kuih mana yang kita suka, just take and pay. Makan nasi kerabu kat situ memang tak hengat dunia, sedap.




Fresh orange dan kuih....erkk...akak tak tau nama tapi kuihnya ala2 buah melaka gitu, cuma tak manis sangat dan takde gula melaka di dalamnya...ini pilihan akak sebagai intro berbuka puasa. Namun, kurma tidak ketinggalan diberikan secara percuma.

Makan empat orang, kena caj dalam RM40.00++ aje....not bad la kan.



Thursday, August 9, 2012

cendawan goreng telur




Biasanya kita masak cendawan tumis air dan campur dengan sayur pucuk manis atau goreng celuo tepung. First time akak makan cendawan goreng telur ni, waktu menetap di Kota Bharu dulu. Ada satu kedai makan nasi kampung berdekatan dengan cabang empat Pasir Hor tu, kat situ memang ada pelbagai  menu masakan kampung. Kat situ la bermulanya minat akak untuk makan cendawan goreng telur ni. SRK pun suka.




Jom kita masak cendawan ni....semudah 1..2..3..

Pukul telur sehingga kembang dan masukkan sedikit garam serta sedikit jintan pedas. Gaulkan cendawan dengan telur tadi. Panaskan minyak dan goreng la cendawan ni sehingga warnanya bertukar warna perang. Boleh la angkat untuk dihidangkan.

Kalau suka, boleh la ditambah dengan daun sup dan hirisan cili merah.


Wednesday, August 8, 2012

kueteaw seafood halia






Akak dan anak2 dara memang suka makan kueteaw tapi SRK tak minat makan kueteaw. So, selalunya akak masak kueteaw time SRK ke luar daerah atau tak makan kat rumah. Baru ada feel nak makan kan. Makan kueteaw ni memang mengenyangkan, tak perlu nak makan nasi dah.




Sori maaa...kueteaw nya nampak dah nak hancur...hehe. Kaedah nak masak kueteaw seafood halia ni mudah aje >>>> tumiskan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk, masukkan hirisan ayam dan goreng hingga ayam nampak setengah masak. Masukkan satu sudu kecil serbuk perencah sup Adabi dan kacau. Masukkan udang, fish ball dan fish cake. Tuangkan air untuk dijadikan kuah. Bila dah mendidih, masukkan sayur sawi, satu sudu besar sos tiram dan sedikit garam. 

Bila dah masak, tuangkan kuah ke dalam mangkuk yang berisi kueteaw. Sebelum itu, kueteaw hendaklah digoreng dengan sedikit minyak terlebih dahulu.

Kalau ada isi ketam atau sotong, boleh la dimasak sekali dalam menu ini. Lagi best.

Siap untuk dihidang...

Tuesday, August 7, 2012

fenomena makan colek @ new castle




Ada ke colek kat New Castle? Tak ada kot, tapi kat Kota Bharu memang ada :))

Tak tau la kenapa ye, makan colek campur (ayam goreng + taugeh + lobak merah + keropok + ikan goreng + paru lembu + nenas + sengkuang) dan colek buah2an telah menjadi satu fenomena hebat di Kota Bharu di bulan puasa ni. Akak berpeluang ke tempat yang dimaksudkan iaitu Cherang, tak jauh mana dari pusat bandar Kota Bharu. Ada tiga kedai yang memang happening!





Dan jam 9.45 malam kami melangkah masuk ke kedai yang paling happening, nak beli colek ni kena beratur panjang. Pelanggan yang nak makan kat kedai pulak, terpaksa menunggu untuk mendapatkan meja. Memang sangat ramai.

Kami tempah dua pinggan colek campur untuk dua orang makan sahaja, itupun dah cukup untuk enam orang makan. Harga kesemuanya termasuk air, RM54.00.


Wednesday, August 1, 2012

mee sup last minute




Ini adalah schedule entry sebab by the time this entry is being published, akak dah pun landed di New Castle (baca: Kota Bharu). Serba-salah bila diarah untuk ke luar daerah waktu bulan puasa macam ni. Kesian kat "rakyat" kat rumah tu, entah macamana nak prepare sahur. Lebih2 lagi si kecik tu pulak agak memilih makan bila bersahur. 

Yang paling tak dapat dibayangkan bila SRK tak terbangun untuk prepare sahur. Macamana tu? Tapi, dek kerana arahan tugas, terpaksa akur la juga. Harap2 semuanya berjalan dengan baik.

Kelmarin, akak cuma masak mee sup untuk juadah berbuka puasa. Lauk-pauk cuma beli aje sikit2 di bazar Ramadhan berdekatan. Jam 7.00pm baru mula nak memasak mee sup ni. Makan panas2 lagi best kan.

Mee sup versi akak ni mudah aje nak buat, tumiskan bawang putih dan sedikit halia....jangan banyak2 halia. Masukkan serbuk perencah sup dalam satu sudu besar dan tumiskan lagi. Masukkan ayam atau daging, udang, bebola ikan atau bebola daging. Ikut selera masing2. Tumiskan lagi dan masukkan air secukupnya, tunggu hingga mendidih. Baru la masukkan sayur sawi atau kobis panjang serta mee kuning. Rasa la garamnya.

Sedia untuk dihidang, masak ni tak sampai 20 minit.

wordless wed: musim bunga di puchong




Dalam minggu lepas, bila akak balik ke rumah...suasana macam kat Korea la pulak...penuh dengan bunga2 pink dan putih berselang-seli di tepi2 jalan.

Cantik bangat.

moh ke kuala kangsar

Recently outstation ke Kuala Kangsar. Rasanya semenjak tukar department ni, dah setahun hibernate kat ofic. Ni baru keluar semul...