Tuesday, July 31, 2012

kari ikan masin




Menu kampung dah datang. Bosan asyik masak kari ayam atau gulai daging, apa kata kita masak kari ikan masin pula. Ada sesetengah orang tak perasan pun Adabi ada mengeluarkan serbuk kari ikan masin. Tapi sebenarnya ia dah lama, selalunya kat paket tu bertulis "kari ikan kering & ketam". Maknanya boleh pakai untuk kedua-duanya.

Jangan tak tau, yang ni my lovely husband yang masak. Dia punya teruja nak masak sebab first time nampak ada serbuk kari ikan kering / masin. Apa daaa.... :)). So, akak biarkan aje dia masak.

Terlebih excited agaknya, masak kari ikan kering pun dicampurnya ikan selar kuning dengan talam berjeruk. Dapat tak bayangkan rasanya, mesti agak berbeza. Suka2 dia aje nak masak apa pun kan :)).

Kalau nak tau macamana cara masak kari ikan kering ni, boleh tengok kat belakang paket serbuk kari ikan kering & ketam Adabi ni...hehe...simple aje ..... Sabar je kan... :))

Monday, July 30, 2012

gulai masam ikan patin temerloh


Pagi2 Sabtu lepas terus balik kampung...best betul drive kalau jalan tak sesak. Seawal 6.50am, akak dah berangkat. Tak sabar nak berbuka puasa dengan mak dan abah kat kampung. Mak pun mesti excited nak jumpa cucu dia.

Taraaaaa....menu wajib bila balik kampung ialah gulai masam ikan patin hasil tangan mak. Kalau akak yang masak, tak jadi sedap macam mak masak.




Basuh ikan patin sampai bersih dan tak berbau hanyir. Basuh dengan air asam jawa dan toskan.




Masukkan bahan2 seperti bawang putih, bawang merah, halia dan serai. Serai diketuk sikit untuk mendapatkan lebih rasa.




Masukkan asam keping, bunga kantan dan daun kesum...kuantiti ikut kesesuaian. Tumbuk cili api, kunyit hidup dan garam, masukkan ke dalam periuk. Masukkan air secukupnya dan boleh la dimasak. Tunggu sampai ia mendidih lama dan kemudian kecikkan api dapur sehingga kuahnya nampak agak surut sedikit. 


...kualiti foto kurang memuaskan ...snap dengan henpon jek!...
Ini la hasilnya....makan nasi sampai bertambah :)).










Saturday, July 28, 2012

mee hailam kuah dah sikit...




Puasa hari ke-5, pakat2 dengan anak nak masak simple2 aje kat rumah. Lagipun SRK makan best kat Hotel Shangri La, KL dengan kengkawan bisnes dia. Apa nak buat kan. Pakat punya pakat, si kecik tu cadang akak masak mee hailam je.

Sediakan bahan2nya dulu > bawang putih, cili giling, sayur sawi, daging ayam.

Jam 7.10pm baru akak goreng sebab mee hailam ni sedap makan waktu panas2. Tumis dulu bawang putih dan cili giling sampai naik bau. Masukkan hirisan ayam, kalau ada daging lagi datang aura dia. Kacau hingga ayam dah nampak masak. Masukkan satu sudu kicap pekat, kicap masin, kicap manis, sos tiram, sos cili dan sos tomato. Kacau lagi dan masukkan sedikit garam. Masukkan sedikit air untuk kuah dan masukkan mee kuning. Akhir sekali masukkan sayur sawi, boleh juga guna kobis baby. Jangan lupa bubuh black pepper.

Sekejap aje dah masak....sementara nak tunggu waktu berbuka puasa, kuahnya pun dah tinggal sikit..huhu

Friday, July 27, 2012

sotong rendam masak pedas




Akak memang suka makanan yang pedas2 daripada yang bersantan gitu. Tapi kadang2 sakit juga perut ni dibuatnya. Apa yang penting elakkan makan biji lada yang tidak hancur dan seimbangkan rasa pedas tu. 

Sotong rendam ni akak suka juga, selalu masak. Harganya pun tak mahal, boleh beli banyak2 kalau suka. Nak masaknya pun tak rumit, cukup kita guna bahan2 asas macam kita masak sambal sotong basah. Kalau match kan dengan nasi lemak pun ok.

Kalau rajin, guna cili boh yang kita buat sendiri. Bila nak kisar cili kering yang dah direbus tu, bubuh minyak masak beberapa titik. Orang kata minyak masak tu boleh tolong hancurkan biji cili. Belum cuba belum tau kan.

Wednesday, July 25, 2012

sardin masak pedas : menu orang malas ker??





Apa cer kan asyik tulis pasal makan aje bulan puasa ni ... :))

Waktu akak duduk bujang dulu, kalau pergi kedai runcit atau market, mesti beli stok sardin. Pendek kata stok sardin memang sentiasa ada kat rumah. 

Rupa2nya lepas kahwin pun macam tu juga, stok sardin mesti ada kat rumah. Orang kata sardin ni penyelamat masa kita ketandusan stok lauk dalam ice box atau ketandusan idea nak memasak (?). Klise bunyinya kan. Tapi sebenarnya kita boleh pelbagaikan masakan ikan sardin ni. Boleh buat kari sardin, boleh goreng...

Cuma yang selalu akak buat, sardin pedas cili padi. Kita tumiskan bahan2 asas termasuk cili padi. Bubuh ikan sardin (akak suka sardin yang ada tulis "markerel" sebab ikannya besar2 gitu..) dan perahkan sikit limau nipis atau limau kasturi. Bagi hilang hanyir sikit. Masak la hingga mendidih..boleh tambah air kalau suka.



Tuesday, July 24, 2012

singgang ikan tongkol





Puasa gini pun still nak tepek gambo lauk kan hehe. Actually ni menu sebelum puasa lagi.

Nak masak singgang ikan, akak prefer ikan kembong atau ikan selayang yang gemuk2, baru sedap nak makan. Tapi kali ni masak ikan tongkol aje, tak berapa kick la.

Anak2 memang suka makan singgang ikan, sampai hirup kuahnya berkali2. Foto atas ialah singgang ikan tongkol versi Terengganu ye, bukan versi kampung halaman akak :)). Versi kampung akak lain sikit, kuahnya jernih kelabu, ada serai dll dan tak berapa banyak kuah. Lagi pedas lagi best.

Bahan2nya mudah aje > bawang putih, bawang merah, halia, lengkuas, cili padi, kunyit hidup, garam dan asam keping. Rebus aje la semuanya. Biarkan mendidih lama sikit.

Cerita lain, cerita hari pertama puasa di KL yakni semalam. Bunyi aje punch card, terus akak keluar dari ofis. Nak elak jem kononnya. Tapi trafik sesak betul macam nak raya esok lusa. Sudahnya jam 6.30 baru sampai Bandar Puteri... sabar ...sabar...

Friday, July 20, 2012

selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak @ bubur lambuk


Sempena menyambut kedatangan bulan puasa tahun ni, kami kat ofis pakat2 buat bubur lambuk. Seperti biasa, masak kat pantry yang dah banyak berjasa tu. Kos beli bahan2nya, kami kongsi ramai2.




Sebenarnya akak tak reti (sungguh ni...) nak masak bubur lambuk. So, tugas akak cuma tolong buat apa yang patut :)). Thanx pada kawan2 yang sudi membantu menyediakan bahan2 masak.




Ada kentang, lobak merah, halia, daging kisar dan santan. Perencah sup pun kami bubuh sebagai penambah rasa. Nak lagi best, bubuh black pepper. Kalau ada ayam, udang atau isi ketam, rasanya lagi best kan.




Oleh sebab stove kami menghilang entah ke mana, so terpaksa la guna rice cooker aje. Tiga biji rice cooker jadi mangsa kami. Tak kisah la kan, asalkan masak dan hasilnya memuaskan.




Semerbak bau bubur lambuk bila dah masak....semua jadi lapar dan menuju ke pantry :))




Ini la hasilnya bubur lambuk yang dimasak dalam rice cooker....makan la masa ia masih panas2, campur lagi black / white pepper untuk menambah rasanya.

Dikesempatan ini, akak sekeluarga ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak untuk semua kawan2 dan pembaca blog akak ni. Semoga segalanya berjalan dengan baik.








Thursday, July 19, 2012

menu simple tanpa SRK, bunga kobis & daging halia chinese style




Minggu ni tak penuh SRK ada kat rumah, sibuk pulak nak outstation. Bila dia takde, jadi senang sikit kerja akak hehe. Tak payah nak masak menu yang berkuah-kuah sangat. Goreng bunga kobis, adik pun ringan tulang nak tolong. 

Bahan2 akak guna simple aje > bawang putih dan bawang merah kisar, stok ayam, kicap manis dan garam. Tumis bahan kisar, masukkan carrot dulu diikuti dengan bunga kobis dan capsicum. Baru la masukkan stok ayam, kicap manis dan garam.




Then, masak daging goreng halia chinese style. Menu ni pun sangat simple. Pun begitu akak sempat juga jeling2 kat buku resepi yang baru dibeli :))...

Tumis bawang putih dan halia, ada orang suka halia yang banyak. Masukkan daging dan goreng hingga daging setengah masak. Masukkan sos tiram, garam dan sedikit air. Tunggu hingga kuahnya mendidih dan bila daging dah nampak empuk, boleh la masukkan capsicum dan buah tomato.

Alhamdullillah, itu la dinner kami dua beranak :)).







Wednesday, July 18, 2012

activities on last saturday




Sabtu lepas SRK bawa akak dan si kecik tu ke Air Keroh, Melaka. Seawal jam 9.00 pagi lagi kami dah bertolak ke Melaka. Terus aje SRK keluar ke PLUS ikut plaza tol USJ tapi rasanya agak jauh sikit kalau nak ke Melaka. Trafik memang agak sesak waktu tu.

At last, sampai juga kami di dewan Majlis Bandaran Ayer Keroh, bersebelahan dengan Jusco. Alhamdullillah  segalanya berjalan dengan lancar. Yang sebetulnya, pasangan pengantin ni dah macam adik2 kami sendiri. Pengantin perempuan merupakan seorang mualaf yang berasal dari Sabah. Selepas pelbagai cabaran dan dugaan yang mereka tempuhi, akhirnya mereka selamat diijabkabulkan. 



Sebelah petang, balik dari Ayer Keroh, kami menerjah pulak ke pasar malam Batu 14, Puchong. First time akak ke pasar malam ni, agak terkejut juga sebab kat area jual food tu, peniaga melayu, cina dan india sama2 berniaga kat situ. 




Foto atas ni peniaga kueteaw cina. SRK selalu stop kat cina ni just untuk tengok macamana  cina ni goreng kueteaw, bukan nak beli. Adik pun suka tengok. Kat sebelah stall cina ni, budak melayu jual yong taufu. Mula2 dulu akak konfius adakah cina ni yang jadi tauke yong taufu..



Kat sebelah stall yong taufu ni, orang melayu jual nasi dan lauk-pauk. SRK suka beli nasi kerabu kat stall ni tapi akak tak berapa minat. Akak lebih suka menu sup gitu.

Itu la pasar malam Batu 14, pasar malam yang jual makanan satu Malaysia. Jangan tercampur atau terbeli apa yang tak patut, sudah la kan.





wordless wed : adik penat bersukan




Tak padan dengan badan kecik, masuk acara 100m, 200m, 4 x 100m dan 4 x 200m.

Tapi satu pun tak menang :))

Anyway, adik tetap maintain senyum.

Tuesday, July 17, 2012

makan-makan @ ofis akak #2




Last Friday, akak dan kawan2 buat makan2 kat ofis. Actually ada ofismate mengidam nak makan laksa. Akak pulak tak terror mana nak masak laksa, so pass aje la kat kawan2 yang terror kan :).

We all buat la "gotong-royong" masak kat pantry ofis, masak ikut dan aje. Janji we all happy.

Bila dah masak laksa ni, of course la dah naik bau kuahnya kan....daripada sorang yang mengidam, jadi ramai la pulak yang "mengidam". Dah tau dah, that's why we all masak banyak :)).




3 paket laksa takkan tak cukup kan. Kuah laksa aje yang terpaksa diimport lain sebagai tambahan sebab cepat sangat keringnya dalam periuk.

See....hasilnya laksa kami ni.




Walaupun tak plan elok2 tapi still ada kuih-muih untuk dihidang, murah rezeki namanya.





Alhamdullillah, akhirnya segalanya berjalan dengan baik. Terima kasih pada semua kawan2 yang baik hati bergotong-royong masak laksa... :))





Saturday, July 14, 2012

ayam bakar vs petola kuah laksa




Sekarang ni dah jarang sikit masak ayam sebab bosan. Tapi si kecik tu memang suka makan ayam, so kena la beli juga. Antara favourite dia ialah ayam bakar, mesti makan nasi bertambah. Cuma akak lebih suka kalau bakar ayam guna dapur arang, klasik gitu. Kalau kat kampung, mesti best...

Bahan2 perap ayam ni, akak guna bawang putih + merah & halia kisar, cili giling, serbuk kunyit, garam dan madu. Bakar atas ceper (kuali leper) aje.




Haaa...tengok ni SRK masak sayur air petola tapi dia bubuh isi ikan rebus yang telah ditumbuk lumat dengan bawang putih, bawang merah dan ikan bilis. Patutnya lada hitam tu pun kena tumbuk halus sikit tapi takpe, akak no hal. Mudah sangat nak masak sayur ni kan...

Friday, July 13, 2012

sawi masak lemak & sotong pedas




Lagi cerita SRK turun ke dapur, tengah mood baik nak memasak kan. Tengok la apa yang dia masak, sayur sawi masak lemak. Selalu sawi ni akak buat pelengkap pada mee goreng atau mee hoon goreng aje tapi kali ni jadi masak lemak la pulak. Layan aje la kan :)

Bahan2nya kita guna bahan2 asas memasak aje...bawang putih, bawang merah, lada hitam, asam keping, santan dan garam. 




Yang ni SRK juga yang masak, tengok la punya comot2 mangkuk...tak sempat la pulak nak lap sebelum ambik gambo. Kira cantik la tu kan. Ni sebenarnya sotong goreng pedas, goreng sotong macam biasa tapi sebelum tu sotong diperap dengan bawang putih, bawang besar, cili giling, serbuk kunyit, serbuk kari dan garam. Itu la hasilnya. Mungkin terlebih minyak sikit kali ni.


Thursday, July 12, 2012

SRK pandai ke masak?


Sapa lagi nak puji suami kalau bukan isterinya sendiri kan. Entri mengampu suami  :)).

....
....
....
....
....
....
....
....




Kadang2 bila datang mood baik, SRK memang sudi nak masuk dapur dan memasak. Kali ni dia teringin nak makan ketam. Beriya dia pergi pasar cari ketam, dapat la ketam yang tak berapa nak gemuk. Empat ekor RM16.00....giler kan. 

Akak biarkan aje kalau SRK memasak, tak kisah la sedap ke tak berapa sedap. Janji boleh makan anak-beranak. Maka, terhasil la ketam masak lemak cili api. Cuma kuah dia agak cair.... :))



Haha...menu sampingan, SRK goreng ikan talam jeruk dan telur dadar untuk si kecik sebab si kecik tu tak minat makan ketam. Sayur takde...huhu..




Tapi...ada buah mangga, beli dua biji aje..besar2 buahnya, harga RM11.00...mahal tu, entah mangga jenis apa tapi memang sedap betul. tak puas makan..

Anyway, thanx a lot SRK yang sudi masak ... (harap2 dia baca blog akak ni sebab kadang2 dia curi2 baca dari ofis dia...)



Wednesday, July 11, 2012

makan2 @ templer park, rawang


Sambungan entri terdahulu, di manakah lokasi yang banyak kereta kecik2 tu?

Akak cuma pergi makan2 kat situ, dah ada orang nak belanja, belasah aje la kans...




One of my favourite drinks, air laici. Sebab apa akak suka? Sebab dapat air dan boleh makan buah laici sekali, 2 in 1. Kawan akak kat depan tu kan, siap order air kedondong asam boi. Tengah ngidam kot hehe...




Akak makan nasi goreng paprik. Sebenarnya tak sangka orang nak belanja...so lama duk tengok menu, cari hidangan yang paling murah kononnya. Padahal kalau boleh nak pesan food yang mahal.  Kebetulan akak bawa si kecik tu sekali, dia pun pesan food yang sama.




Selalu kalau nasi goreng paprik, lauk papriknya takde kuah tapi kat situ papriknya ada kuah pulak la. Dah jadi macam sup tomyam yang pekat. Tapi we all makan aje la kan, rezeki depan mata.

Makan punya makan sambil menikmati pemandangan padang golf yang agak sepi. Yang penting, at the end, orang lain yang settlekan bil. Tu yang penting :))

wordless wed : teringin tapi tak minat





Boleh teka di mana lokasi ini? ofismate akak tak yah sibuk nak teka yeeeeee.....


Teringin juga nak main golf tapi tak mampu, tak minat dan takde masa...boleh gitu?

:))

Tuesday, July 10, 2012

layan si kecik @ chicken rice shop




Bila SRK tak dapat makan kat rumah sama2, mula la si kecik ni "memerintah" nak penuhkan kehendak dia. Mulanya nak pergi makan kat food court Tesco tapi akak malas nak layan jem nak pergi situ. Nak cari tempat letak kereta pun satu hal....penuh memanjang. So..akak bawa makan kat Chicken Rice Shop aje la buat sekian kalinya...

Si kecik ni seperti biasa makan set menu yang khas untuk budak2 bawah 12 tahun, RM9.99. Ada nasi, ayam, wantan goreng, sup dan air.



Akak pulak makan set menu untuk 1 pax, boleh pilih nak mee apa...ada dessert dan air boleh pilih, RM13.99. Memang dah cukup kenyang bagi akak.



Benda ni ala2 popia tapi kulitnya keras sikit macam kon aiskrim gitu. Isinya lebih kurang sama dengan isi popia. Quite nice.



Ingatkan dessert apa kan, rupanya cuma nata de coco aje....sempoi. So, jangan letak harapan yang tinggi ye :)). Semua ni ada dalam menu yang akak makan.



As usual, mana boleh kalau tak snap gambo permaisuri ni kan. Layan aje la kan.
(nota : sebahagian nama si kecik ni memang bermaksud "permaisuri" dalam bahasa Melayu...sebab tu dia suka memerintah kot hehe..)






Friday, July 6, 2012

udang paprik




Atas permintaan si kecik tu, SRK belikan sedikit udang untuk dimasak kat rumah. Selalunya akak goreng biasa aje udang ni tapi kali ni akak masak paprik. Nasib baik si kecik tu tak banyak komplen. 

By the way, lupa la nak story pasal ikan pekasam yang akak beli khas di kampung akak, Temerloh. Tak sempat nak snap fotonya sebab terlalu asyik sangat makan ikan pekasam ni....tak hengat dunia.

Nak masak udang paprik versi akak mudah aje. Bahan2nya cuma bawang putih, bawang merah, cili giling, sos tiram, daun limau purut, stok ayam dan sedikit gula serta garam. Masak udang usah lama sangat sebab nanti hilang manisnya.

sad story : Al-Fatihah untuk arwah Akai


Sebelum subuh tadi, jam 4.44am, akak terima sms sedih mengatakan one of our friends yang sama2 belajar di MRSM Muar dulu telah kembali ke rahmatullah di Surabaya, Indonesia. Jenazah sedang diuruskan untuk dibawa balik ke Ayer Baloi, Pontian untuk dikebumikan di sana.

Kepada keluarga arwah, terutamanya kepada balu Allahyarham, Puan Suhasukma, takziah diucapkan.

Daripada Dia kita datang, kepada Dia kita kembali.








Thursday, July 5, 2012

mee sup jadi macam maggi ayam






Akak puasa lagi buat sekian kalinya dan semalam memang blank kepala ni nak masak apa untuk berbuka puasa. Blank sebab ice box kat rumah dah lama tak diisikan dengan stok2 lauk. Sebabnya within last two weeks, akak selalu kerja sampai malam. Bila dah macam tu, SRK pun malas nak masak dan kebanyakan masa, kami makan kat luar aje.

Balik rumah tengok just ada mee kerinting dan telur. Apa nak buat agaknya. Nak goreng macam dah jemu. At last hentam aje buat macam mee sup. Boleh panggil mee sup hentam saja.


Apa tidaknya, bahan2 yang akak bubuh cuma bawang putih, stok ayam, telur dan garam. Takde sayur takde apa lagi yang akak bubuh.

Si kecik sempat bagi komen, katanya baik makan maggi perasa ayam je...Ya tak ya juga hehe... :))

Wednesday, July 4, 2012

kalau dah lapar kans..




Lokasi :  Up-Town Shah Alam.

Masa  :  12.20 tengah malam.

Menu  :  Nasi lemak.

Sedap ke makan nasi lemak tengah2 malam gitu?  :))

Tuesday, July 3, 2012

lagi bagus adik bawa bekal


...ni bukan bekal si kecik tapi breakfast akak untuk arini...

Lately anak kecik akak selalu merungut pasal makcik2 kat kantin sekolah dia tu tak jaga kebersihan. Makcik tu tak basuh atau bersihkan tangan bila nak pegang kuih-muih. Kadang2 si kecik ni ternampak makcik2 tu merasa makanan dengan jari, kemudian terus pegang gelas atau pinggan untuk diberikan kepada pelajar2. Alahai.

Jadi bila balik ke rumah, si kecik merungut lapar sebab katanya tak selera nak beli makanan kat kantin. Tak macam makcik2 yang sebelum ni agak menjaga kebersihan. Mungkin isu macam ni perlu diketengahkan dalam mesyuarat PIBG. Cikgu-cikgi pun kena alert dengan keadaan di kantin. Kesian kat budak2 yang takde pilihan dah nak makan.


...bekal si kecik, roti celup telur....

Tambah pulak sekolah si kecik sekolah berbilang bangsa. Ada bangsa melayu, cina, india, iban, siam, kadazan...dan ada juga yang mix, ayah melayu tapi mak orang jepun. Mesti budak2 ni mempunyai selera makan yang berbeza-beza kan.