Posts

Showing posts from May, 2012

makan2 @ bandar baru baron, langkawi

Image
Makan nasi goreng tomyam, pedas giler...macam nak terkeluar lidah. Memang tukang masak tu bubuh lada kecik banyak2. Boleh sakit perut dibuatnya. Tapi habis juga akhirnya. Nasib ada ayam goreng sekali.



Makan ayam masak halia tapi hirisan ayamnya boleh bilang. Bawang besar aje yang banyak. Kesian kita orang terpaksa catu makan ayam :)



Ikan siakap masak stim limau. Ikannya kecik aje, tak cukup untuk enam orang makan. Katanya dah takde ikan besar. Quite good tapi terlalu banyak air....


Kerabu sotong versi Langkawi, not bad. Rasanya lebih kurang sama dengan kerabu sotong versi KL, cuma mungkin ada pengaruh Siam sikit.


Sup cendawan...hmm....yang ni bukan akak nak mengata tapi rasanya macam masak cendawan celup dalam air panas aje... Mungkin dia tak biasa buat tapi bila orang order, dia nak buat juga. Something wrong somewhere dengan sup ni.


makan2 @ nelayan titiwangsa

Image
I am back from Langkawi :)

Recently akak dan geng akak pergi makan2 kat Restoran Nelayan, Titiwangsa. Saja nak ubah selera. We all ambik set menu untuk tujuh orang. Actually ada satu lagi food yang tak sempat dirakam "keenakkan" nya...tengok2 dah tinggal sebelah, ikan kerapu sweet sour.
Teh cina termasuk sekali dalam set menu tapi dah dasar ada sifat tamak tak puas hati manusia kan...we all order pulak air jus satu sorang. So, at the end, had to pay RM350.00 untuk lima belas orang. Ok kot :)






finally...fly to Langkawi

Image
Ini adalah entri yang di schedule kan. Mungkin waktu entri ini tersiar, akak dan family (termasuk mak dan adik akak) dalam perjalanan ke Langkawi, setelah beberapa kali plan kami tertangguh. This time, walaupun asalnya akak booked tiket flight untuk tujuh orang tapi last minute my sister in-law tak dapat pergi. So, hangus satu tiket. Bijak Air Asia ni kan.
Doakan semoga segala-galanya berjalan dengan baik. Ameen.
Jumpa di entri seterusnya, of course there are lots of interesting things to share :)

sotong percik & daging goreng kicap

Image
Idea untuk masak sotong percik ni timbul bilamana akak tengok dalam ice box cuma ada tiga ekor sotong yang bersaiz agak besar dan ada instant coconut milk. Sejak akak jadi warga kota ni, waktu weekend aje akak beli santan fresh. Selebihnya banyak guna yang instant aje.
Nak masak sotong percik versi akak ni mudah aje, cuma guna bawang putih & bawang merah (kisar), santan, serai, cili boh atau cili giling, stok ayam (kalau suka), garam dan sedikit gula. Tumiskan kesemua bahan2 ini sampai naik minyak dan kemudian masukkan sotong. Kalau nak sedap lagi, masukkan hirisan daun kunyit tapi akak takde stok.
Tips masak sotong (siaran ulangan), jangan masak lebih daripada dua minit. Kalau tak, sotong jadi liat.



Menu kedua, akak masak daging goreng kicap. Rebus dulu daging sampai empuk dan bila airnya dah kering, masukkan minyak untuk tumis kulit kayu manis dan bunga lawang. Kacau rata, masukkan sos tiram dan kicap manis. Masukkan juga sedikit garam. Kalau tengok kering sangat, masukkan aje …

kempunan naik skyway

Image
Sebelum ke Awana that day, akak planned dengan kengkawan nak naik skyway tapi hari yang kami check-in tu, skyway service ditutup untuk kerja2 maintenance. Frust juga kan. Tapi ni bukannya first time akak nak naik skyway Genting Highlands ni. Dah pernah naik, memang best sebab ia merupakan kereta kabel yang terlaju di Asia, if I'm not mistaken.
Bila workshop dah mula, memang la tak berapa ada masa nak naik skyway. Langsung terlepas nak naik. By the way, second day kat Awana, hujan turun dengan lebatnya. So...wujud la suasana berkabus...seronok tengok kabus pekat datang perlahan-lahan ke Awana.

wordless wed: morning notes

Image
Bangun pagi lepas siap mandi dan solat, terus ke dapur. Tengok2 ada nota kat peti ais, wrote by Cik Qasrina. Ngada2 budak kecik ni :)

makan-makan @ awana genting highlands

Image
Last weekend satu department akak mendaki ke genting highlands untuk bersuka-ria ..erkkk actually untuk selaraskan satu workshop yang berkaitan dengan entrepreneurs. Tak sampai ke puncak bukit pun, kami hanya menginap di Awana Genting Highlands. Quite nice tempatnya tapi hotel ni antara hotel yang dah lama dibina, kalau tak silap akak masih kat sekolah menengah lagi.
Aktiviti wajib, of course la aktiviti makan kan. Cuma menu nya banyak yang sama tak kira siang dan malam, quite bored.


Ambik nasi sikit aje, takut gemuk...takut tak habis. Ambik udang dan daging sikit. Ni masakan yang selalu jumpa tapi makan juga.



Kek ni ada dua ketul aje yang ada kat situ dan kawan akak ambik seketul, macam mampu nak habis kan. Ingat cheese cake tapi rupanya yang kaler putih kat lapisan atas tu cuma cream. Haru perut ni kalau makan cream aje. Tapi at last, habis juga....nasib ada empat mulut yang nak habiskan.



Dah nama makan free kan, ambik pulak beberapa jenis kek / kuih. Tamak betul. Makan sampai tak …

sawi goreng

Image
Taraaa....tengok dalam ice box ada lebihan sayur sawi sikit, fish ball dan daging. So akak goreng aje la benda2 ni semua. Blend bawang putih dan bawang merah, tumiskan dengan daging dulu, then baru la masukkan fish ball. Akak suka fish ball tu jadi garing2 sikit...masukkan stok ayam kalau suka dan sedikit garam. Satu lagi resepi orang bujang ataupun orang yang kesuntukan masa hehe...
Selalunya sawi ni cuma jadi pelengkap kepada makanan lain kan seperti mee dan nasi goreng. Agaknya apa khasiat sawi ni ye? Baca ni...
Sawi atau kai choy merupakan sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai sayur-sayuran dan ditanam sebagai makanan. Sawi boleh dimakan bagi merawat penyakit sembelit, buasir, pencernaan bermasalah, kegemukan, dan tekanan darah tinggi. Ia juga boleh dimakan bagi meningkatkan selera makan, mendapat kesan awet muda dan sebagai antioksidan.

ikan aji-aji masak stim

Image
Pernah makan ikan aji-aji? Akak rasa ramai yang tak berapa familiar dengan ikan ni sebab ikan ni tak selalu ada dijual kat pasar. Tapi waktu akak duk kat New Castle dulu, kalau nakkan ikan aji-aji yang fresh, kami pergi menerjah ke Tok Bali aje. Dapat ikan yang fresh dan lebih murah.
Through experience, akak tak pernah lagi masak lemak ikan ni. Selalunya akak masak stim atau kukus aje. Angkat dan makan time panas2 lagi tu, cicah dengan sambal kicap. Sedap betul.
Kalau tanya mr.google, tak banyak maklumat kita dapat tentang ikan ni.
Ikan Aji-aji (bahasa Inggeris:amberjack) adalah sejenis ikan laut dalam genus Seriola

wordless wed: my purple wedges

Image
Finally after several weeks (biar betul kan...) akak cari kasut kaler purple, terjumpa jugek few days ago. Terus aje beli, tak kisah la harganya murah atau mahal. Dream comes true you.. :))


si kecik dan kuih keria

Image
Si kecik kat rumah akak tu lately terpikat dengan kuih keria. Masa kecik2 dulu, akak panggil kuih keria ni, kuih gelang. Si kecik ni pulak bila nak describe kuih keria, dia sebut kuih yang bulat, kecik sikit daripada donut, ada gula...dan boleh teropong kat tengah.

Atas inisiatif SRK nak bawa akak ke pasar malam last weekend, boleh la akak beli keledek. Tak banyak beli, cuma tiga ketul. Itupun tak sampai RM2.00 harganya. Tapi kenapa ye harga kuih keria di pasaran boleh tahan mahalnya? Bahannya tak banyak, nak buat pun tak susah mana. Tapi jual 50 sen sebiji.



Ini kuih keria yang si kecik tu uli dan bentukkan sendiri. Dia tak nak sesiapa tolong dia buat. Akak cuma tolong rebus keledeknya, goreng dan sira dengan gula aje. Dapat la buat 12 biji, 6 biji untuk dia dan selebihnya dia cakap ummi dan abah boleh makan. Banyak jugek budak kecik ni makan...tak padan dengan body.



Hasilnya....hmm...sebab apa bentuk kuih sebelum dan selepas tak berapa nak sama? Sebabnya bila dah siap semua, tak hen…

sweet sour squid & mushroom

Image
Menu malam tadi, cendawan tumis. Dah kehabisan stok dalam ice box, ditambah pula kehabisan idea nak masak + virus malas. So, akak masak cendawan putih aje la. Nak masak cendawan ni sangat mudah, cuma guna bawang putih, bawang besar dan sos tiram aje. Kalau suka campurkan dengan capsicum. Orang kata kalau tak nak mabuk bila makan cendawan, masak la pada kadar yang lama sedikit.



Then masak sotong sikit. Kalau masak sotong kicap, kebarangkalian SRK tak nak makan. Tak kena dengan selera dia kalau masak kuah kicap gitu. So, masak la sotong masam manis. Macam masak cendawan tadi, kaedahnya mudah you. Macamana kita masak ikan masam manis, lebih2 kurang itu la juga bahan2nya. Kita yang masak kan, so..guna la kreativiti sendiri :)
Have fun.



kueteaw halia

Image
Masa dulu2 akak tak berapa suka makan kueteaw tapi sejak dah berumur sikit ni, jadi favourite pulak. Anak2 pun suka makan.
Recently akak masak kueteaw halia, versi akak sendiri la. Mula2 perap dulu hirisan daging dengan halia tumbuk dan sos tiram sikit. Biarkan sekejap. Sementara itu, boleh la goreng kueteaw dengan sedikit minyak dan toskan. Then tumiskan bawang putih dan bawang merah, masukkan daging tadi, atau sotong / udang serta sayur-sayuran ikut kesukaan masing-masing. Masukkan garam secukup rasa. Siap untuk dihidang.


nasi goreng : gelagat anak dara

Image
Recently anak sulung akak yang duk belajar kat asrama tu masuk cooking contest. Actually bukan la contest sangat tapi lebih kepada assessment dia bagi subjek kemahiran hidup. So, dia dan dua kawannya pun masak nasi goreng. Tup2 dapat markah tertinggi lagi. Akak pun tak sangka sebab anak dara yang ni memang jenis malas nak ke dapur (menurun ummi dia kot..hehe).





Tu dia percubaan pertama si kakak masak nasi goreng. Rasanya boleh tahan tapi tawar sikit, still tak berapa reti nak imbangkan rasa masin nasi tu. Dan tak goreng rata2 nasi tu, so that still ada nampak nasi putih.


Second time masak, ada improvement. Dah pandai letak mix vegetables kat dalam nasi. Rasa masinnya nasi pun dah agak sesuai. Kalau macam ni, ummi dia boleh goyang kaki la.



Yang bestnya this time siap ada fresh orange, si kecik tu tibai blender mak akak yang dah banyak kesan lada hehe....nasib baik tak ada rasa lada. 
Moral of the story, latih la anak2 memasak dari kecik lagi. Moga2 dah besar nanti tak la jadi buta mema…

meehoon goreng Singapore

Image
Lately akak kurangkan makan nasi, kalau boleh sekali sehari aje makan nasi. Tapi kadang2 tak boleh nak elak sebab nak temankan SRK makan nasi. Tak berteman nanti kecik hati pulak. Orang kata lelaki yang dah masuk umur 40an ni lagi sensitif.

So, last night cuma masak meehoon goreng Singapore. Nasib baik SRK pun setuju nak makan meehoon sebab dia lunch dah lewat, still rasa kenyang. Si kecik pulak ikut aje.
Meehoon goreng Singapore versi akak mudah aje. Tapi bila sebut Singapore, hasil gorengan meehoon nya mestilah putih atau pucat aje. Kalau dah berkaler brown kemerahan atau kehitaman, bukan la meehoon Singapore namanya.
Bahan2 yang akak guna, bawang putih, udang, sos tiram sikit, telur, sayur sawi, taugeh dan lobak merah. Kalau suka tumbuk sikit ikan bilis, bagi ada rasa. Akak tak guna bawang merah pun. Kalau nak bubuh ayam pun boleh. Simple.

makan-makan free at USJ

Image
Malam kelmarin, SRK bawa akak dan si kecik ke USJ. Bersempena "majlis meraikan pembukaan restoran baru" milik kawan dia, Dato Sabri. Cerita pasal dato ni, actually derang berdua ni berkawan sejak dari kecik. Tup2 bila dapat contact semula, dah dapat title dato pakcik ni. Hebat. Gamaknya SRK kena tunggu anak dia kawen dulu baru dapat title datuk..hehe



Sepatutnya kami pergi lepas Isyak tapi disebabkan SRK terperangkap dalam banjir kilat kelmarin, maka dah dekat jam 9.45pm baru kami tiba di USJ. Nasib baik tak jauh dari Bandar Puteri. So, sampai2 aje, nasi dah habis. Frust juga sebab perut dah bunyi. Yang sempat dicekau ialah mee goreng. Makan aje la kan, rezeki.



Dan...ternampak seekor kambing yang sedang dipanggang. Dapat la merasa 3-4 hirisan kambing panggang, makan dengan sos black pepper. Tak puas makan tapi nak dapatkannya, punya la kena beratur panjang.




Jemput la ye ke Restoran Kayu Manis Nasi Kandar, Carrefour, USJ. Tempatnya cantik dan menarik, InshaAllah food nya pun …

menu hari pekerja

Image
Bila cuti, baru la akak ada masa sikit nak memasak banyak2 tapi takde la banyak mana pun. Cuti 1 Mei lalu, pagi2 akak masak nasi lemak untuk si kecik tu nak sarapan sebelum pergi ke sekolah. Ada latihan main kompang katanya. 


Menu untuk lunch, akak masak kari ketam. Terjumpa ketam yang best, banyak isinya. Beli 4 ekor aje, itupun dah jenuh makan anak-beranak. Tapi si kecik tu tak gemar menu ni.


Mudah aje kan kaedah nak masak daging ni kan. Tak payah susah2. Ada lagi yang dimasak, bagi penyedap makan, especially my SRK yang suka pedas2. Akak masak sambal tumis tomato. Actually sambal ni mak akak selalu buat kat kampung.


Sambal tumis buah tomato ni, lagi banyak kita guna cili burung, lagi kaw2 rasanya. Berasap telinga dibuatnya tapi menambah nasi :)



wordless wed : asam pedas tepi kuala

Image
Akak menerjah ke tempat ini semula, setelah hampir 20 tahun kot akak tinggalkan daerah ini. Masakan asam pedas kat tempat ni memang famous dan akak sempat makan asam pedas kepala ikan merah. Yummy!
Kalau korang memang warga Johor yang sejati, di manakah tempat ini?

Cool :)