Thursday, April 26, 2012

revenge on cooking : budu...budu lagi


Lately memang akak jarang memasak yang betul2 masak, asyik makan kat luar aje. Redha aje la kan sebab SRK yang ajak makan kat luar. Janji dia yang bayar, bukan akak kan (senyum). Tapi Ahad lepas, kami memang "balas dendam" memasak. Walaupun tak grand mana menu yang kami sediakan tapi menu masakan kampung yang dirancang, memang menjadi. Puashati you.

..bahan-bahan untuk masak singgang tulang >> lengkuas, bawang putih,
bawang merah, asam keping & jintan manis tumbuk...




Petang Sabtu tu, kami menerjah ke pasar malam Batu 14, Puchong untuk cari bahan. Pasar malam kat situ memang meriah betul sebab memang banyak orang jual sayur dan sebagainya. Ada sorang tu jual ikan2 darat aje, macam2 jenis ikan ada. SRK jenuh cari ikan aji2 tapi jumpa yang kecik aje. Tak best kalau nak masak stim. Walaupun kecik, harga sekilo ikan aji2 ni dah cecah RM15 - RM18.

Last2 SRK beli tulang, akak tau dah dia mesti nak masak singgang tulang peberet dia tu. It's ok, akak pun suka, cuma si kecik tu aje yang tak berapa minat. So rebus tulang dulu beberapa jam sebelum dimasukkan bahan2 tadi. Bubuh garam secukup rasa ya.


..walaupun menu ni merupakan siaran ulangan tapi rasanya kali ni versi lain sikit...

Akak goreng pulak ikan kering, tengok stok ada lagi dalam ice box. Gorengkan sekali dengan bawang besar dan lada hijau. Si kecik suka makan ikan kering, kalau goreng macam dah separuh hancur gitu, lagi dia suka.




Ada lagi peberet SRK, sempat dia cari ulam kat pasar malam. Nak kata daun serai kayu tak juga tapi kami pun tak pasti nama ulam ni. Daun ni rapuh aje bila makan, ada rasa lemak2 gitu. Ulam ni kami makan cicah dengan budu cap Ketereh. Budu cap lain macam kureng.


...oghe Ganu lagu ning ler....

Last but not least, akak masak sayur kegemaran Popeye, spinach. Kali ni akak goreng bayam dengan telur dan campur sikit black pepper. Bubuh garam secukup rasa. Kalau goreng sampai rangup lagi best.


... bayam banyak khasiatnya...












Wednesday, April 25, 2012

wordless wed: KN Key Ng



Akak kena pakai spek sejak few months ago, mata ni selalu silau bila driving. 
One day, one of my collegues bagi voucher KNKeyNg. 
Dia cakap boleh la akak dapatkan diskaun untuk tukar spek mata.
Then datang lagi sorang collegue, "Waaa...kak Intan dapat voucher KNKey Ng ek, baju kat situ lawa2..", katanya.
Errkk..."Owh....ok...ok..." (senyum)

Monday, April 23, 2012

breaklunch pulut kuning




Dah lama akak tak masak pulut. Bilamana si kecik tu request nak makan pulut, baru la teringat semula bahawasanya tahun ni akak tak pernah masak pulut lagi..owh! Rasanya dah banyak kali makan pulut tapi rupanya makan kat rumah mak :)

So, akak masak la pulut kuning untuk sarapan pagi Sabtu lepas. Malam sebelum, teringat macamana mak masak kalau cucu2 dia request nak makan. Mesti mak rendam dulu beras pulut tu semalaman. Subuh gek lagi, mak dah start kukus beras pulut tu, then angkat nak gaul dengan santan pulak, then kukus lagi. Pendek kata memang cucu2 mak kena sabar banyak2 kalau nak sarapan pulut kuning. Paling cepat pukul 9 pagi baru boleh sarapan.. Hasilnya memang pulut yang mak masak, sedap bangat.


...bagi clear lagi gambo....banyaknya masak macam nak makan 6 orang...


Tapi kan, akak takde la serajin mak akak gitu. Akak rendam 20 minit je beras pulut tu dan terus basuh. Campurkan terus sedikit pati santan, air, garam, minyak masak dan serbuk kunyit. Then masukkan ke dalam rice cooker. Bila dah mendidih, kacaukan sikit dan bila dah 80% masak, bolehlah angkat dan transferkan beras pulut tu dalam pengukus. Biarkan kejap sampai beras pulut tu nampak dah masak dan sedap dimakan.




Sementara tu, akak dah masakkan sambal tumis ikan bilis dan goreng telur dadar. Dua2 lauk ni match dengan pulut kuning. Kalau ada ikan kering, lagi best nak makan. Pendek kata hari Sabtu tu, pulut kuning tu jadi menu breaklunch (breakfast + lunch) akak sekeluarga...hehe..

Saturday, April 21, 2012

8 kaedah jana pendapatan sampingan



..sharing is caring...kita boleh cuba mana yang patut...
Kos sara hidup yang semakin meningkat menyebabkan orang ramai berlumba-lumba untuk menambahkan lagi sumber pendapatan mereka, nak pulak untuk mereka yang bermastautin di KL. Sekiranya hanya mengharapkan daripada satu sumber sahaja iaitu melalui pendapatan kerja tetap, ia mungkin tidak akan mencukupi. Jadi, bagaimanakah cara terbaik untuk kita menjana pendapatan sampingan?
(1) Mengajar- Yakinlah bahawa setiap orang dimuka bumi ini mempunyai kemahiran yang tersendiri. Adalah lebih baik sekiranya kemahiran yang kita miliki digunakan untuk mengajar orang lain dan secara tidak langsung ia juga dapat membantu kita untuk menjana pendapatan sampingan. Selain itu, kita juga boleh menjadi jurulatih atau memberi khidmat nasihat mengikut kepakaran yang dimiliki.
(2) Penulisan- Mungkin anda seorang yang suka untuk meluahkan sesuatu pendapat melalui penulisan. Pada zaman internet kini, ia lebih memudahkan kita untuk menjana pendapatan sampingan melalui hasil karya yang ditulis. Sebagai contoh, kita boleh menjananya melalui BLOG yang dibina sendiri ataupun menjadi penulis jemputan untuk sesebuah website.
(3) Percakapan- Sekiranya kita merasakan dengan hanya bercakap anda mampu untuk mempengaruhi orang lain, cari satu pekerjaan yang anda bebas untuk melakukannya seperti ejen menjual insuran atau sebagainya untuk menjana pendapatan sampingan.
(4) Jual barangan yang tidak digunakan- Sekiranya kita memiliki barangan yang sudah tidak dipakai, adalah lebih baik untuk menjual berbanding menyimpannya. Ia juga secara tidak langsung akan membantu anda untuk menjana pendapatan sampingan. Bab ni akak ada banyak sangat baju-baju lama yang dah tak pakai...satu almari..huhu..
(5) Memasak- Memasak adalah merupakan satu kemahiran yang amat mendapat permintaan yang tinggi. Sekiranya kita mempunyai kemahiran ini, tiada masalah untuk kita menjana pendapatan sampingan jika kita bijak untuk mencari peluang. Accountant kat ofis akak rajin cari site income dengan cara ni walaupun gaji dia dah beribu-riban...katanya daripada hobi terus jadi income...good!
(6) Penyewaan- Sekiranya kita memiliki banyak aset berharga yang mungkin orang lain tidak mampu untuk memilikinya, memberi khidmat sewaan adalah idea bijak untuk menambah lagi sumber pendapatan.
(7) Menawarkan perkhidmatan- Mungkin ramai yang minat untuk berkebun tetapi tidak ramai yang suka untuk menguruskannya. Tawarkan perkhidmatan yang sering mendapat permintaan daripada orang ramai.
(8) Teknologi- Sekiranya kita mempunyai kemahiran teknologi seperti membina website, mereka grafik atau sebagainya, gunakan kemahiran yang ada untuk menambah sumber pendapatan anda. Bab ni akak tak berapa nak terror.. :)
..apa kata kita cuba mana yang sesuai, rezeki tu terbuka luas..
p.s: kredit to one of my friend yang sudi share info ni

Friday, April 20, 2012

after 15 years, it's very touching



So today is my anniversary. It's my 15th year anniversary of having been with a man, one and only, my SRK. It's been 15 years and it feels like forever and ever. The person I am today, you, I can't imagine myself in a situation where a man be interested to marry me.

I went to Pulau Perhentian with my collegues for vacation and the instant we got there, I saw this guy I liked and who totally my type, I guess huhu. Then, later he ended up right near me and he said, "Have a nice vacation but please do not walk alone at night". I said, "I know, bro."

I ended talking to him. He said he wanted to go back on the 2nd day and decided to exchange numbers. My friend gave him my number but since the speed boat already waiting, so I just said nothing except my nickname.

Well, only after 2 weeks later he called me, asking for outing with him. It's just a simple meeting and we promised to meet at KFC (where else to go in New Castle, you...) but unfortunately I didn't know what's in his mind. Until few hours, tak nampak batang hidung dia. At the end, it was too bored and weird, and nothing has happened.

I guess I should look further on the positive side of thinking. I don't expect for anything. He didn't come to meet me at KFC because he was waiting at McDonald. Akak salah dengar atau dia yang kurang ambil perhatian. It's ok, small matter.

Life must goes on. If I've made it 15 years, surely I can make it 20 years, and if I can make it 20 years, then of course I can make it 25 years. By then, I'm guessing that I will be the one who ends up asking myself, "Am I taking the right decision, am I sharing life with the right man?", since the day I knew everything about this man, SRK.

Sometimes I just want to live happily, come home from work with a great face, being  the best mom to my daughters, being a perfect wife to my husband who will love me forever.





Wednesday, April 18, 2012

wordless wed? : peria yang pahit masih boleh ditelan




Kadang-kala kebenaran itu adalah sangat pahit. Walaupun ia sangat pahit tapi ia adalah benar.

Berbeza dengan pahitnya peria, boleh lagi akak makan. Nak pulak masak goreng dengan telur dan udang. Sedap walaupun pahit. Senang aje akak telan.

Berbanding dengan menelan satu kebenaran dengan hati yang pahit. Macam lama lekat di tekak dan hati akak.

Tuesday, April 17, 2012

bukan nak story about rajesh khanna

April sangat special pada anak kecik dan abah akak sebab derang punya birthday jatuh dalam bulan April. Juga special pada Ariya, anak comel yang dah bertahun membesar di Malaysia. Ariya sebenarnya anak tunggal kepada kawan SRK yang tinggal berhampiran dengan kami. Budak ni comel dan mudah mesra dengan orang. Akak suka.

Ariya sekarang ni bersekolah di salah satu sekolah antarabangsa di Damansara. Petah berbahasa Bangladesh ..hehe...of course la sebab parent dia datang dari Bangladesh. Tapi pandai juga speaking English. So inilah masalahnya bila anak kecik akak bertemu dengan Ariya. Communication problem, macam ayam bercakap dengan itik :)

Well, Ariya's gorgeous father mengingatkan akak pada aktor Bollywood tahun 60an, Rajesh Khanna. Derang ni walaupun asal pure Bangladesh tapi miliki skin color yang agak cerah.


Pic : Rajesh Khanna
Recently kami mendapat jemputan ke majlis harilahir Ariya yang ke-6. Majlis sempoi ni buat kat ofis ayah Ariya. Lebih mudah dengan derang ni sebab derang ni pun Muslim. Jadi, majlis harilahirnya pun ada doa selamat tapi unfortunately derang berdoa dalam bahasa Bangladesh. So akak dan SRK duk diam-diam aje.


Pic : Ariya & my doter..

Hepi belated birthday, Ariya.




Monday, April 16, 2012

monday blues


Monday blues. Walaupun jarang berlaku pada diri akak tapi sesekali berlaku, hebat juga impaknya.

Hari ni memang blues abih. Akak datang ofis dengan make-up mata yang agak tebal sebab nak cover mata yang nampak sedikit bengkak. Gara-gara berjaga tengok movie sampai pukul 2 pagi dan tetiba mata merajuk nak tidur. Lama akak baring kat atas sofa, siap bawa selimut sekali. Manalah tau kot-kot tertidur atas sofa tapi tak berjaya. At last, tertidur juga dan jam dah pun menunjukkan pukul 3 pagi. 

Jam loceng jangan lupa kunci, kalau tidak bukan akak aje yang tak bangun subuh malah anak kecik akak pun tak pergi sekolah.

Driving pagi tadi ke ofis dalam keadaan mamai. Memang mamai. Dua minit sebelum pukul 8 am, baru akak sampai ofis. Terrible. Gara-gara movie.

Nak ambik noon nap tapi mata macam tak sporting langsung sebab akak jarang tidur tengahari. Langsung laju aje jari-jemari ni menaip, buat entry ni.

To niza yang tak pernah jemu mendengar cerita akak dan sudi berkongsi masalah, jasamu dik tak tahu bila akak nak balas. Moga-moga friendship yang kita bina sejak bertahun-tahun lamanya, tak akan putus sampai bila-bila. 

Hopefully tak ada Tuesday blues pulak.

Friday, April 13, 2012

chicken rice with black pepper chicken


Pic from google...


Lagi, akak makan kat luar. Dalam erti kata lain, akak tak memasak kat rumah. Ada kawan akak cakap, maklumlah mak moden. Tapi bukan pasal mak moden atau apa tapi SRK yang ajak makan kat luar, sempena birthday anak kecik dia Selasa baru ni.

Tak jauh makannya, hanya sekitar Bandar Puteri juga. Kami ke Restoran Baser, tak jauh dari restoran Chinese Muslim yang menjadi favourite kami. Actually tauke kedua-dua restoran ni adalah bersaudara. Cuma, Restoran Baser telah dijejaki oleh krew-krew JJCM TV3 dan susunatur dalam kedainya lebih menarik. Kalau susunatur kedai menarik, ditambah pulak dengan rasa makanan yang best, mesti ramai pelanggannya kan.



Akak dan anak kecik minum air epal asam boi. Sedap bangat sih. Then si kecik ni makan nasi ayam biasa, ayamnya nampak macam digoreng sedikit. 



Seronok bukan main budak kecik ni, pantang cakap nak snap gambar. Sengih memanjang gayanya. Tapi makan nasi tak habis sokmo...macamana nak berisi badan tu..isk3x.




Nak rasa kelainan sikit, akak makan nasi ayam dengan ayamnya yang dimasak dengan black pepper. Agaknya akak ni memang suka black pepper kan. Ayam tu memang dimasak macam kita masak ayam masak kicap dan dicampur dengan black pepper. Cuma kicapnya tak banyak, secukup rasa aje.

Not bad restoran ni.

Tuesday, April 10, 2012

happy birthday sayang, ummi luv u very much




Thank you pada Kak Par yang terror buat cup cakes ni...
but her name should be Qasrina not Qistina... :))
p/s: ooopppsss...satu cup cakes dah lesap dalam perut ummi nya...


Terasa baru lagi anak kecik akak ni lahir ke dunia. Masih teringat waktu melahirkan si kecik ni, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) belum lagi dibina. Maka, akak dimasukkan ke Hospital Mentakab. Beberapa jam sebelum si kecik ni lahir, ada la sorang nurse kat situ bagi akak minum sejenis air (ubat?). Katanya nak bagi cepat bersalin. Akak minum tapi rasanya macam air karat atau air 100 plus yang dah expired kot. Senang cerita kalau kita bau air yang ada besi2 karat dalamnya...akak rasa air yang diberi macam tu la.

10 minit lepas minum air karat, terus akak muntah teruk. Tak sempat nak ke toilet, akak main muntah kat longkang tepi wad tu aje. Nasib la makcik cleaner kena bersihkan. Akak tak berdaya waktu tu. Entah air apa yang nurse suruh minum. Hampeh. Nasib tak effect apa-apa kat baby.

Alhamdullillah segalanya selamat. Nurse2 tu cakap baby yang lahir fotokopi muka akak. Hilang semua sakit. Yang ada cuma kegembiraan, terharu dan bangga. 

Selamat hari lahir yang ke-10, sayang.

Monday, April 9, 2012

weekend activity : hutan simpan ayer hitam


Dah lama akak tak exercise, either pergi jogging atau berjalan2 kat padang rekreasi. Bila tak berapa ada masa nak exercise ni, memang badan rasa berat. Well, tengokkan cuaca yang selalu hujan pada sebelah petang, memang susah sikit nak exercise kat luar. Alat exercise untuk sit-up ada kat rumah tu tapi buat perhiasan aje :).

Petang semalam, berpakat dari awal dengan SRK dan anak kecik akak untuk pergi daki bukit. Selalunya orang cina yang suka mendaki bukit ni, pagi petang ada. Seawal jam 7 pagi, dah berderet kereta kat kaki bukit. Alhamdulillah, jadi juga plan kami nak mendaki bukit.



Anak kecik akak penuh semangat nak mendaki bukit, siap bekal air sebotol. Ini jalan mula masuk ke kawasan hutan simpan. Dah ada denai yang luas, itu menunjukkan dah ramai orang yang mendaki bukit ni. 



Tanpa SRK, tak mungkin akak pergi mendaki berdua dengan anak kecik aje sebab agak sunyi tempat ni. Tambahan pula banyak monyet2 yang selalu melepak kat tepi2 jalan untuk cari makan. SRK melangkah dengan confident...



Dah mula mendaki bukit, keadaan tanah kat kawasan ni banyak berbatu. Kalau lepas hujan, tak selamat kot untuk mendaki bukit ni.





Level 1 dah sampai, boleh view kawasan perumahan persekitaran. Jelas nampak rumah akak dari sini. Dah boleh nampak sebahagian Bandar Puteri. Luas mata memandang. Tapi perjalanan baru bermula.



Nampak signboard Jabatan Hutan Negeri Selangor. Banyak peringatan diberikan. Sebenarnya nak jumpa dengan signboard ni, akak dah mendaki satu lereng bukit yang tinggi dalam 100 meter gitu. Sambil naik bukit tadi, mengah bagai nak rak...nak pegang kamera pun tak larat..hehe



Lepas dah mengah naik bukit, turun bukit pulak. Ada disediakan tali pemegang di sesetengah tempat yang curam dan agak bahaya. Tapi dont worry, InshaAllah selamat.



Si kecik ni memang boleh tahan energy dia, siap boleh berehat dan posing sementara tunggu ummi dia sampai. SRK dah daki nun jauh ke depan. Bila akak dah jauh tertinggal, mula la melaung kat SRK suruh tunggu..hehe..



Jumpa pula anak sungai yang airnya jernih sangat tapi mungkin tak sesuai untuk diminum. Itu kata SRK, dia yang banyak experience duk dalam hutan. Bila dah jumpa anak sungai ni bermakna kami dah hampir tiga suku pusingan bukit ni. So tired.



At last after one hour and 45 minutes, kami menghabiskan satu pusingan mendaki dan menuruni bukit. Tempoh ni sebenarnya untuk orang2 yang baru dalam aktiviti ini. Kalau dah biasa, boleh habiskan dalam masa sejam lebih sikit je. 

Terasa sakit juga betis dan kaki akak ni..huhu..tapi memang best!

Friday, April 6, 2012

black pepper beef with rice



Lately memang dapur akak jarang berasap. Kalau berasap pun setakat goreng keropok dan cekodok je. Lebih2 buat roti bakar untuk anak kecik sebelum pergi sekolah. Dan semalam, kami sekali lagi pergi dinner kat favourite restaurant kami kat Bandar Puteri.

Pilihan akak untuk dinner, black pepper beef with rice. Sedap. Pandai dia masak sebab daging jadi lembut je. Kalau akak sendiri yang masak daging ni, akak akan lumatkan sikit lada hitam tu. Yang dia ni masak, lada hitam agak kasar. Berasa kunyah lada hitam.




Anak kecik pulak, pergi makan kat mana2 pun, mesti nak makan her favourite dish, nasi goreng cina. Ini nasi goreng cina versi cina ori. Dia bubuh banyak udang kecik2. Simple tapi rasanya best.




Air pula, minuman favourite akak, barli suam. Si kecik just minum air apple. Actually SRK ada kat sebelah tapi dia tak nak enterframe.

Thursday, April 5, 2012

Langkawi : bila la nak jadi?




Dah kali ketiga akak cuba untuk melancong ke Langkawi. Bukannya nak pergi oversea pun, cuma Langkawi tapi setiap kali plan nak pergi, mesti ada aral atau halangan. Kali pertama nak pergi, SRK tak dapat cuti. SRK ni kadang2 gila kerja. Asyik nak kerja memanjang. Payah benor nak suruh dia apply cuti, ada je kerja urgent dia. Second time plan nak pergi Langkawi, mak  pulak yang ada excuse...banyak kenduri dan marhaban yang nak kena pergi.  Tu belum lagi mak jadi vokalis marhaban... :)

This time try lagi, hajatnya nak pergi during school holidays in June. Anak2 dah teruja semacam, nak bergambar kat tempat Shah Rukh Khan berlakon dalam filem Don.

Tengokkan harga tiket pergi balik dengan Air Asia, cuma dapat RM1,400 ++ untuk enam orang. Agak mahal juga. Tapi kalau ambik tiket MAS, sure kena up lagi budget.


Wednesday, April 4, 2012

wordless wed : nurul yuey



Maybe belum terlambat untuk akak mengucapkan selamat pengantin baru kepada anak sedara SRK yang sangat rapat dengan SRK ni. Semoga bahagia ke akhir hayat.


Monday, April 2, 2012

dinner...again at Teh Tarik Place


Dua tiga hari ni banyak jumpa driver2 yang tak berapa nak berhemah di jalanraya. Potong Q ikut suka hati, tak bagi driver2 lain yang nak masuk simpang, signal kanan tapi masuk ke kiri dsbnya. Pening jap dibuatnya. Kesesakan lalulintas di Karak Highway pulak lebih teruk daripada biasa. Lewat petang semalam ambik masa dua jam driving dari tol Bentong ke Ampang. 

Sampai rumah dah letih, takde mood nak memasak dah. Tambah pulak ice box memang dah lama kosong. SRK cadang kami dinner aje kat kedai. Wah...terus setuju :)



Terus aje parked kat IOI Mall, berebut dengan orang ramai yang nak naik lif ke level 3 untuk menonton wayang tapi kami ke sebelah panggung wayang. And this is not the first time makan kat sini, dah ada cerita sebelum ni.



Inilah menu untuk dinner malam tadi. Suka makan ayam perciknya yang memang match dengan telur masin. Ada keropok dan sambal lagi. Complete. SRK pun makan nasi kerabu.



Ini pulak menu anak kecik. Laksa kat situ memang lain sikit sebab dia bubuh ikan seekor dalam kuah laksa bagi setiap mangkuk. Kira jangan terkejut la bila nampak ikan yang beso gitu. Itulah kelainannya kan.

Had fun at Teh Tarik Place.




ps: foto kredit to dia.