Tuesday, March 27, 2012

layan daughter



Budak kecik ni walaupun dah masuk darjah empat tapi me still panggil baby. Anak bongsu memang manjanya lebih daripada biasa. Sabtu lepas, me bawa dia jenjalan...layan budak kecik ni memang best. Macam2 dia nak buat.



Dia teringin nak canting dan kaler batik, so me bawa ke tempat yang sesuai untuk dia buat. Simple. Hanya RM5.00 je, budak kecik dah seronok dengan benda ni. Dia pilih butterfly untuk diwarnakan.



Me tak tau la budak2 zaman sekarang, kalau nak posing depan kamera, mesti nak buat "peace". Zaman me kecik dulu, takde pulak macam ni. 



Dah penat kaler batik, ralik pulak tengok Imad buat kaligrafi Arab. Sepuluh minit budak kecik ni macam tak berkelip tengok Imad tulis kaligrafi. Imad caj agak mahal untuk satu kaligrafi nama....tapi hasilnya memang cantik.

Had fun.

Monday, March 26, 2012

izfiber buat me terkejar2





Sejak me makan benda ni, setiap hari paling kurang tiga kali me ke "ladies". Gitu la rutin me sejak dua minggu lepas. Tapi demi untuk membetulkan sistem penghadaman me yang agak keliru, tiap2 malam me makan la benda ni. SRK pun tumpang sekaki, untung2 dapat kecikkan perut dia.

Anak kecik me cakap, kalau abah dia dah kecikkan perut, takde la teddy bear dia dah.. :)


Friday, March 23, 2012

owh...cameron highland..

Lately, me busy. Agak busy. Campur dengan malas nak update blog. Malas nak memasak pun ada..hehe. Tapi during last school holiday, sempat lagi me paksa SRK bawa family jalan2 ke Cameron Highland.





Since ada highway baru dari Sungai Koyan, Raub ke Cameron ni, me tak risau dah anak2 mabuk atau muntah. Jalan baru ni memang puashati, agak lurus dan luas. Sekejap je dah sampai ke Ringlet. No worries.





On the way ke puncak bukit, we all stop kejap kat "Tea House". Orang ramai bagai nak rak, sesak. Semua nak merasa minum air teh segar dari ladang. Maklum la slogan derang, ANYTIME IS TEA TIME.




Sejuk mata memandang ladang teh yang hijau ni, baik untuk terapi mata. Me dan family sempat turun ke ladang, nak petik daun2 teh :).



Singgah di Strawberry Farm yang paling luas di Cameron. Seronok tengok strawberry dan salad yang segar2 kat situ. Semua benda nak buat mesti ada strawberry. Key-chain strawberry, beg strawberry...apatah lagi teh strawberry dan kek strawberry. 



Naik ke Strawberry Farm ni memang kena guna gear 1, hampir tegak bukitnya. Sampai kat atas hangit semua kereta2. Kalau tahap driver amatur, mahu terundur semula kereta. Nak turun bukit pun satu hal, curam betul. Naik Genting Highland pun tak macam ni...

Banyak lagi cerita kat sana tapi kamera me dah sampai ajal, banyak moment yang tak dapat dirakam.


Tuesday, March 6, 2012

gold coast morib


room

again...room..

oppss...ada jakuzi youuu...

Actually this is the old story of mine. Last two weeks me ke Gold Coast Morib, kena hadir kursus. Layan je la kan. Nice place, nice view but got bad smell (katanya ada ladang ternak khinzir kat sebelah tu..huhu)..