Tuesday, January 31, 2012

kari ikan patin





Apa la agaknya benda ni ye? Dah tak ada idea sangat nak memasak, me masak je kari ikan patin. Tu kepala ikan patin yang me bawa khas dari bandar ikan patin. Selalu me asyik goreng atau buat gulai masam je, this time ubah selera pulak. Nasib baik SRK tak komplen, laju je dia makan.

Nak masak ikan patin ni, kena basuh ikan elok2 dengan air asam jawa. Me suka rendamkan ikan dalam air asam jawa dalam 10 - 15 minit. Bagi bau2 sungai tu hilang. Then cara nak masak kari ikan patin, sama je dengan kaedah kita nak masak kari ikan lain2 tu. Pandai2 kita la ye :)






Wednesday, January 25, 2012

Saturday, January 21, 2012

JB, Kuala : yang mana satu pilihan hati?




Dah lama me tak cerita pasal travel walaupun ada juga me pergi travel ke beberapa tempat. So me nak cerita pasal me travel ke JB (again) few weeks ago. Me sebenarnya nak promote hotel yang me duduk waktu me di JB. Kali ke-4 me ke JB, me checked-in kat M-Suite, berdepan dengan Selat Melaka dan Singapura.  Walaupun laluan nak masuk ke hotel ni nampak macam kecik tapi lokasinya betul2 tepi jalan besar Danga Bay. 

Front desk memberikan service yang ok bagi me. Foodnya pulak agak biasa2, walaupun penuh kat buffet table. Me expect dapat makan traditional food in Johor tapi me tak jumpa. Manalah tau kan, me dapat makan nasi ambeng ke. Cari juga kot2 ada otak2 special, pun takde. So, memadai la me makan nasi lemak je.

Kadar harga bilik hotel ni pada me, ok la sebab biliknya besar gitu. Cuma kalau dapat bilik yang tidak mengadap laut, view nya agak bosan :)

End.




Ni pulak masa me dan kawan2 ke Kuala Kangsar. Me tak stay pun kat tempat ni, cuma hantar my fren ke sana. Lokasinya tepi je dengan sungai tapi main building dengan rooms berasingan. Environment kat situ agak sunyi dan mungkin sesuai untuk orang2 yang inginkan ketenangan.

Friday, January 20, 2012

ikan lampang


Semalam me ke luar daerah, bukan jauh mana pun. Me menerjah ke kampung sendiri. Dah lama tak menjenguk ofis lama me. Kesempatan jumpa dengan ofismate lama memang boleh buat keadaan jadi "gamat". Kebetulan juga, me dikhabarkan dengan berita pemergian ex-ofismate yang meninggal disebabkan kes langgar lari. Takziah untuk keluarga Allahyarham. Al-Fatihah.

End.

Sampai semula di KL semalam, dah dekat pukul 7pm. Bila me keluar ofis time ni, dah dapat agak macamana sesaknya jalan yang nak me lalu. Ingatkan nak CNY ni, jalan jadi lengang sikit. Rupanya tidak. Huh.

End.

Masak apa malam tadi? Me dan kawan2 ada beli ikan patin on the way kami nak balik ke KL. Lunch semalam pun kami dah pulun makan ikan patin tempoyak, ikan lampang goreng dan masak lemak. Kawan me makan sampai bertambah nasi, lapar sangat rupanya dia hehe. Yang kat bawah ni ikan lampang jawa. 



Malam tadi me makan ikan patin lagi tapi me cuma goreng. Goreng pun sedap weh. SRK yang suruh me beli ikan patin, dah rindu dia nak makan ikan patin walaupun satu ketika dulu SRK ni tak nak jamah sikit pun kalau masak ikan patin. Tapi since dah lama jadi sebahagian daripada orang bandar ikan patin, lama-kelamaan SRK dah ketagih ikan patin :)

Thursday, January 19, 2012






Ehem. Bos me takde kat ofis 3 hari ni, dia fly ke Indon. Bos ada ke takde, bagi me sama je nak buat kerja. Janji kerja siap kan. Since laptop gedik me buat hal sejak 2 minggu lepas, me macam hilang satu gadget. Tak sempat lagi nak hantar service kat kedai. Me bimbang orang tergoda dengan laptop gedik me tu.

Berbanding dengan kacang buncis atau kacang panjang, me prefer kacang manis. Tapi harganya agak mahal sikit daripada jenis sayur kacang yang lain, satu paket kecik RM2.50. Kacang botol pun me suka buat ulam atau goreng pedas. Marvellous.

This time me goreng kacang manis dengan daging. Mudah sangat2 menu ni, orang bujang memang boleh sangat masak menu ni kalau malas nak masak yang heavy2. Tumis je bawang putih dan bawang besar yang dah dikisar. Masukkan hirisan daging, bagi daging empuk dulu. Then masukkan kacang manis, garam sikit dan kalau suka tabur lada hitam dan kiub pati ikan bilis / ayam sikit. Siap untuk dimakan you.

Wednesday, January 18, 2012

dinner for yesterday


Bos me kan, suka buat discussion or meeting lewat petang. Pendek kata di hujung waktu ofis. Kalau me bujang lagi, me takde la kisah sangat tapi bila dah pukul 5pm, me mula la teringat SRK dan anak me, apa me nak masak malam ni, lantai tak mop lagi (?). Macam2 me pikir. Tapi nak buat macamana kan, dia bos. Banyak hal yang dia nak pikir gamaknya.

Malam semalam, lewat ler me memasak untuk dinner. Sampai rumah pun dah pukul 7.20 pm. Buka jer pintu rumah, terus ke dapur dan buka ice box me yang baru di topup kelmarin dulu. Me keluarkan ikan selayang 4 ekor, daging dan sayur petola. SRK dah sms awal2 pasal menu yang dia nak. Lepas siap solat maghrib, baru me mula memasak.



Foto ikan selayang rebus ni bukan sengaja me snap in B&W tapi memang dapur me kaler hitam dan dinding kaler putih. Nampak klasik pulak kan. Seekor ikan selayang rebus, me ambil isinya dan tumbuk dengan bawang. Untuk me buat gulai lemak sayur petola. 3 ekor lagi me goreng garing2.



Gitu la rupanya ikan selayang rebus yang telah digoreng. Makan ikan ni cicah dengan sambal kicap made by SRK.




Ada lagi menu tambahan si kecik, daging goreng. Foto daging tak berapa molek, nak cepat. Daging ni rebus dulu sampai airnya nampak dah nak kering. Ketepikan daging dalam kuali dan bubuh minyak masak sikit kat tengah2. Bila minyak dah mula panas, kacau daging dengan minyak, tabur hirisan lada hijau dan bubuh sikit sos tiram. Sos tiram dah cukup nak buatkan daging rasa masin. Kalau suka masin lagi, tabur je garam sikit. Dan at last...makan ler dengan nasi...


nasi dan sayur lemak petola

Sunday, January 15, 2012

dim sum, again at adam ali




Me tak pernah makan dim sum dan biasanya orang cina yang makan dim sum ni. Me teringin nak makan and fortunately kat Bandar Puteri ada satu kedai makan cina muslim - Adam Ali. Sebelum ni me dah pernah menulis tentang Adam Ali. Menu kat situ memang totally chinese style dan memang sedap. Siang malam customer sure penuh kat situ, especially Malays. Mungkin kita dah muak dengan menu atau masakan Melayu dan nak tukar citarasa, so Adam Ali is the right place.

Recently, me dating dengan my huby, tak ketinggalan si kecik tu, again had dinner at Adam Ali. Me try makan dim sum. Me bayangkan dim sum ni besar macam kuih pau tu tapi bila dah hidang depan mata me, alahai...so cute!

Rasa dim sum ni not bad tapi kalau sesapa yang suka makanan manis atau masin, mungkin dim sum tak sesuai. Cicah dengan apa ntah. Tak kisah la kan, me cuma nak rasa. Makan 3 biji dim sum, macam makan buah melaka je gayanya.

Kalau ada orang nak kan resepi dim sum, tanya je kat mr.google yang baik hati tu. Tapi me tengok banyak2 resepi semua guna kulit wantan. Pure dim sum rasanya tak guna kulit wantan kot.

Saturday, January 14, 2012

nasi kerabu tumisan budu

Sumber : Mr.Google yang bijak tak kira masa...

Me belek2 magazine lama, terjumpa pulak resepi nasi kerabu. Memang dah lama me berhajat nak masak nasi kerabu sendiri tapi oleh kerana me tak expert nak masak "tumisan" nya tu, maka hajat me tu hanya tinggal hajat..hehe.  My huby memang fanatik pada nasi kerabu dan nasi berlauk, maybe sebab citarasa kampung dia masih menebal. Anak2 me pun suka makan nasi kerabu. Nasib baik kat area rumah me tu, ada jugak orang Kelate yang berjual nasi kerabu walaupun takde la mengancam sangat rasanya.  Pada me, kesedapan nasi kerabu ni bergantung kepada tumisan, budu dan kerabunya. Kalau semua benda2 ni sedap, matchkan dengan nasi putih pun ok. Tak perlu dah nak cari nasi kerabu warna biru (biru ker?).



Tak la susah sangat kan nak masak nasi kerabu ni. Paling me suka makan dengan ikan rebus goreng atau daging bakar. Lately banyak makan dengan ayam bakar. Pun sedap. Budu pulak, me suka budu cap Ketereh, kaler dia agak merah2 gitu. Senang je nak beli, banyak kat supermarket. Tapi kalau you all pernah tengok macamana orang sebelah Pengkalan Kubur nun buat budu, me rasa sure you all tak sanggup nak makan budu :)

Makan nasi putih dengan ikan rebus cicah budu pun sedap.



Friday, January 13, 2012

ayam uncle bob vs cendol


SUMBER : FRIENDLY MR.GOOGLE
Salam hari Jumaat. Minggu ni me and anak kecik me macam kurang selera makan nasi. We all prefer makan benda lain selain daripada nasi. My huby pulak agak busy this week, selalu balik dah tengah malam. So me dua beranak ikut suka nak makan apa.

Malam kelmarin kami makan KFC. Kebetulan si kecik tu minta belikan recorder untuk dia guna kat sekolah, me pun menerjah ke Giant yang hanya located 1KM dari rumah me. Beli 1 set dinner plate, snackbox chicken dan cheezy wedges. Kenyang sampai pagi.

Petang kelmarin, si kecik tu minta belikan ayam uncle bob. Actually ayam uncle bob ni femes during fasting month, tiap2 hari derang ni mesti ada jual kat bazar ramadhan. Now, owner of ayam uncle bob ni dah pun ada biz card. Maknanya biz dah semakin maju. Ayam goreng yang derang jual memang sedap, ada rasa pedas2 sikit tapi berbeza dengan rasa KFC. Bila dah goreng, ayam tu dipotongnya kecik2 supaya senang dimakan. Sebelum digoreng, ayam2 tu nampaknya diperap dan disalutkan dengan bedak dulu. I mean tepung :)

Bukan saja si kecik tu yang minat makan ayam uncle bob ni, tapi my huby pun suka. Me try tanya mr.google tentang ayam uncle bob ni dan yang keluar info seperti kat [SINI]. Yang pasti stall ayam uncle bob yang selalu me terjah ni, 100% orang Melayu Islam.

SUMBER : FRIENDLY MR.GOOGLE


Sambil makan ayam uncle bob, makan juga cendol. Yummy!

Thursday, January 12, 2012

musim malas memasak

Sumber : bluevirgolady

Since cuti sekolah lepas, since me 'pos' kan anak kecik me ke kampung, me dapat penyakit malas nak memasak dah. Ice box kat rumah tu tak pernah penuh dah sepanjang cuti sekolah. Me and huby just makan ala kadar dan selalunya we all makan kat luar. Till now, my huby dah mula ada menu favourite dia. Order saja kat kedai. Sup ekor, kailan ikan masin dan ayam masak halia, tu la jugek yang huby order. Tapi since si kecik tu dah mula bersekolah, dapur kami mula berasap semula... dan huby pun dah kurang ke kedai makan. Dia lebih suka masak sendiri kat rumah. Agaknya ni la aura anak kan.

Actually me tak pernah masak sup ekor tapi me suka makan. Me tak ingat kat mana sup ekor yang paling best tapi kalau tak silap kat New Castle. Orang kata makan sup ekor banyak khasiatnya tapi me takde nak meneliti apa khasiatnya.

End Part 1.

Aura anak ni memang hebat. Tanya la mana2 mak ayah, siapa yang tak sayangkan anak kan. Even kucing dan monyet pun tau nak berikan kasih sayang pada anak. Anak adalah anugerahNya yang tidak ternilai. Me pun  mudah sangat nak mengalirkan airmata kalau sesuatu hal itu melibatkan kesusahan dan kesakitan anak2 me.

Me harap kawan me yang itu, sentiasa redha menghadapi segala dugaan yang berkaitan dengan perjalanan hidupnya, terutamanya apabila berdepan dengan anak2nya.

Wednesday, January 11, 2012

Wordless Wed : Gorgeous Aqua

Reference : Mr.Google



The hybrid is called the Toyota Aqua in Japan and when it makes its way to the US the hybrid will be called the Prius C.

Gorgeous. Sexy. Ehem.

Tuesday, January 10, 2012

masterchef malaysia



Awalnya me tak berapa minat nak tengok program masterchef malaysia ni sebab me rasa ada yang  kurangnya. Program ni me rasa astro buat macam tangkap muat, just nak penuhkan slot derang je. Tapi anak2 me suka buka channel 104 untuk tengok program ni, even budak2 ni dah hafal semua nama pesertanya. Siap ada favourite chef lagi.

Lama2 me pun turut follow program ni tapi selalunya me hanya sempat tengok siaran tertundanya. Me abaikan Chef Riz yang me rasa macam belum sesuai untuk jadi juri program, berbanding dengan 2 orang chef lagi. Yang me follow ialah menu2 yang disediakan oleh peserta2 program. At last, me sendiri ada favourite chef iaitu Ezani. Me suka Ezani dan Zamir. Dua2 masih muda remaja tapi ada talent yang bagus dalam bidang masakan dan derang ni very cool.




Ahad lepas final bagi program ni. Me and si kecik fokus depan tv. Nasib baik me tak langgan astro sport so that my huby terpaksa bergegas ke kedai mamak untuk tengok game bola kelab dunia. Ada ruang untuk kami dua beranak nak tengok masterchef. Me tabik pada Ezani sebab berjaya jadi juara program ni. Tabik sebab Ezani ni seorang doktor gigi dan dalam masa yang sama cuba mencipta kejayaan dalam bidang yang berbeza.

Cantik, bijak, cool dan sentiasa tersenyum.

Monday, January 9, 2012

Happy New Year : better late than never

Sumber : Google


Lama tak menulis, me agak busy dengan hal-hal peribadi dan kerja yang tak abih2. Alhamdullillah me meninggalkan tahun 2011 dengan 1001 satu kenangan yang tak mungkin me ulang kembali tapi me hanya mampu menyimpannya dalam kotak fikiran me aje. Setiap patah perkataan me dan setiap perbuatan me memang tak mungkin me tarik semula.

2 hari sebelum new year orang putih, me celebrated beday me yang ke... :). Biasanya time tu memang takde orang nak peduli beday me sebab orang sibuk nak sambut new year, sibuk nak shopping barang2 sekolah anak dan me pun memang sibuk juga dengan perihal anak2 me.

Lega dan tak percaya rasanya tahun ni anak dara me dah melangkah ke tingkatan 2 dan adiknya maintain kecik molek dah naik darjah 4. Takde kata2 lain yang mampu me ucapkan selain syukur yang teramat sangat terhadap Allah SWT kerana memberi ruang kepada me dan anak2 serta suami untuk teruskan kehidupan kami yang serba sederhana ini.

Dan hari ni me keluar dari rumah jam 6.50am dengan harapan tidak berdepan sangat dengan kesesakan lalulintas tapi biasa la kan...KL ni. Tepat jam 8.15am baru me mengetik punch card. KL pasti bergelut dengan sesak, lebih2 lagi hari ni adalah hari yang penting pada suasana politik negara.

Keputusan mahkamah dah pun keluar. DSAI bebas.

Dan me mujurnya bawa bekal nasi lemak pagi ni ke ofis. Tapi bukan me yang masak, huby me yang sanggup bangun awal2 pagi untuk masak nasi lemak. Actually untuk his great and cute daughter yang mula bersekolah pagi pada tahun ni. Me tumpang makan je :)