Friday, October 28, 2011

lagi dan lagi, nasi 3 rasa




Susah juga ye kalau rumah dekat je dengan shopping mall atau kedai-kedai makan. Anak kecik me selalu request macam-macam, me dah dekat nak pokai you. Latest, budak kecik tu ajak me makan kat food court Tesco Extra. Memang ler dekat dengan rumah me. Ok la kan, tak nak menghampakan anak, me bawa dia pergi. Just both of us. SRK ke luar daerah.

Me pesan air teh 3 layer tapi layer dia cantik lagi kat Chicken Rice Shop. Anak me pesan ABC tapi tak habis pun.



Ni bukan nasi paprik yang me pesan tapi nasi 3 rasa. Saja nak tengok macamana rupanya nasi 3 rasa. Kalau ditengokkan, sebijik macam nasi paprik kan, rasanya pun lebih kurang. Ayam ada beberapa hiris sahaja. Campur sikit dengan bawang besar, hirisan timun dan nenas. Macam kita masak ikan 3 rasa. Me tak lah puashati sangat sebab tak ada yang specialnya. 

Tuesday, October 25, 2011

mila suka memasak ker?


Mila pandai masak tak agaknya?


Yang pasti dia pandai nyanyi kan! :)


Dan dia mesti pandai makan... :P



Bukan senang kan nak panggil artis datang buat persembahan kat sekolah biasa. Sekolah rendah pulak tu tapi Mila datang ke sekolah anak kecik me that day. Sempena Karnival Mesra Riang Riuh. Memang riang dan riuh. Yang penting banyak gerai makanan, tu yang me suka!


ps : semua foto ni, anak kecik me yang snap. nasib baik tak ranap camera me. :)


Monday, October 24, 2011

if you lazy to cook : chicken rice shop

Air Soya Cincau

Sometimes suri rumah separuh masa pun perlukan rehat kan. Takde la balik dari kerja, terus masuk dapur dan memasak. Kadang2 kita perlukan rehat juga. Kena pulak mood tak berapa nak baik sebab bos asyik mengamuk tak tentu pasal kat ofis. Bila dah jadi macam ni, mood pun down.


Sup Wantan


Tapi actually me memang agak malas nak memasak bila SRK takde kat rumah. Sebab yang selalu makan banyak, SRK ler. Me dengan anak kecik me, makan ala kadar je. So we all sekali-sekala terjah Chicken Rice Shop, tak jauh dari rumah me. Sebulan sekali bolehlah terjah kedai ni tapi kalau selalu sangat, bohsan juga kan.

Harga makanannya quite ok dan me agak berpuashati la. Rasanya pun boleh tahan. My favourite, of course sup wantan. Me mula minat makan sup wantan waktu me menginap di The Zone On The Park, Ampang few years ago. Sup wantannya memang sedap, terus me jatuh cinta.


Friday, October 21, 2011

tiramisu

It is made of ladyfingers (Italian: Savoiardi) dipped in coffee, layered with a whipped mixture of egg yolks and mascarpone, and flavored with liquor and cocoa.[1] The recipe has been adapted into many varieties of puddings, cakes and other desserts.
 Left : Black Forest Cake     Right : Tiramisu
# Beli kat kedai kek.


Tiramisu is an Italian dessert. Teringat kat my friend yang waktu pregnantnya mengidam makan Tiramisu tengah2 malam. Sanggup tak encik husband nak carikan Tiramisu pada waktu begitu? Me tak pernah mengidam Tiramisu tapi pernah mengidam makan nasi lemak ayam berempah, nak makan sangat padahal jam dah pun pukul 12.30 pagi.

Bahan-bahan ( 6-8 orang )

  • 2 bungkus biskut tiramisu/sponge fingers
  • 250g cream cheese
  • 250g whipping cream
  • 150g gula (boleh kurang atau tambah ikut suka manis)
  • satu cawan bancuhan air nescafe (tanpa gula)
  • serbuk cokelat utk hiasan
Satukan cream cheese+whipping cream+gula dan pukul hingga kembang. Celupkan biskut ke dalam bancuhan nescafe dan susun dalam bekas sederhana besar. Setelah itu letakkan satu lapisan bancuhan yang telah dipukul tadi ke atas biskut dengan rata. Ulang proses ini sehingga menjadi tiga lapisan. Bila semua bancuhan telah habis dan bahagian atas disapu rata, bolehlah ditutup dan disimpan dalam peti ais. Hias kan dengan taburan serbuk koko/cokelat di atasnya ikut suka.


Sumber resipi : Internet.

Thursday, October 20, 2011

nasi arab @ andalus

Kelmarin me and my friends lunch kat Restoran Andalus, salah satu restoran yang menyajikan menu Arab. Lokasinya tak jauh dari my office. Actually menu Arab ni not my favourite tapi sebab nak meraikan pertukaran seorang sahabat, maka me ikut je. Agaknya orang lelaki memang suka makan nasi Arab kot, sebab tu budak2 lelaki kat ofis me macam teruja.

Me order Fish Beriani, tak pasti apa ingredients nya tapi me agak-agak ikan dimasak dengan sup sampai kuahnya pekat. Not bad rasanya tapi takde la sedap sangat :)



Tengok nasinya, ada lemon, tomato dan ikannya dicurah terus atas nasi. Menu yang ini tak perlu dah ada sup dan juga tak ada "cencaluk" (sambal Arab).  Match pulak dengan minuman "beer halal" yang ada pelbagai perisa. Tapi me tak minum pun, tak lalu. Me cuma minum mineral water yang me bawa dari ofis. Whatever, me ucapkan selamat berjaya kepada sahabat yang bertukar ke Kelantan. Me pulak dah bohsan dengan New Castle :)





Monday, October 17, 2011

back to kuala lumpur

Started from last Monday (last week), sebenarnya me bermastautin di JB atas urusan kerja. Hampir 5 hari me berada di JB. Pagi Jumaat lepas me dah pun check-out dari Hotel Selesa, JB. Last visit, me menginap di Hotel Crystal Crown tapi oleh kerana lokasinya agak jauh dengan tempat-tempat makan, maka me request hotel lain. So, diberinya me hotel yang ini. Tak jauh daripada Danga City Mall. Tempat makan-makan just berdepan dengan hotel, even car wash stop pun berderet kat depan hotel. Melihatkan harga membasuh kereta, me rasa harga untuk market Singapore.

Beza Crystal Crown dengan Hotel Selesa, adalah beza sedikit. Sebab Hotel Selesa ni mungkin masih tidak sensitif dengan kebiasaan orang-orang Islam. Toilet mana boleh tak ada paip air untuk bersuci. Tapi itulah keadaannya.

Waktu perjalanan pergi ke JB, me sempat menikmati mee bandung Pagoh di RR Pagoh tapi rasanya sedap lagi mee bandung kat pinggir sungai Muar. Mee bandung Bandar Maharani lebih enak.


Mee Bandung Pagoh

Sempat juga me merasa bubur kacang made in JB, tapau bawa balik makan kat hotel. Tak ada yang berbeza dengan bubur kacang kat KL. Cuma rasa manisnya just nice. Makan bubur kacang match dengan air teh O untuk dinner memang membuatkan me rasa slim...hiks.

 
Bubur kacang @ Teh O

Nasi Ambeng for breakfast pun me cuba tapi macam makan nasi berlauk kat New Castle la pulak.

Wednesday, October 12, 2011

peknga : makanan orang penang


Last week me and friends buat kerja gila pergi Kuala Kangsar dan Penang sekaligus tapi cuma balik hari. Dari KL jam 10 pagi, sampai di Kuala jam 1.30 petang. My friend yang drive kereta tak boleh nak speed because of speed trap yang melambak-lambak di highway PLUS. Apa guna highway kalau cuma boleh memandu 80KM sejam. Kan? Tapi actually signboard 80KM tu dipasang oleh orang yang tengah baiki jalan, bukannya speed limit. Ha3.
Dari Kuala terus memecut ke Penang tapi apalah daya bukannya we all naik BMW kan. Sampai di Penang dah pun jam 4.00 petang, terus buat discussion dengan perut yang berbunyi. Sebab breakfast di RR Rawang jam 11.00 pagi, sampai Kuala sempat kunyah apam balek Kuala je. Kena pula minum air oren bergas, perut me mula meragam.

After discussion, the boss of Penang Branch ajak makan peknga. Me ingat apa la peknga ni kan. Rupanya lempeng berinti nyiur atau pisang. Cicah dengan kuah kari atau sambal tumis ikan bilis. Penang memang femes dengan karinya kan. 

Well, tak susah rasanya nak buat lempeng ni. Cara buatnya mesti ala-ala buat murtabak gitu kan. Bubuh nyiur atau pisang kat dalam doh dan bakar. Tapi you all kena rasa peknga ni, memang best. Lokasinya kat bandar baru Bertam, lepas tol Sg.Dua, exit ke Bertam.

Finally we all sampai KL semula jam 12.30 tengah malam. Penat giler weh.