Saturday, August 27, 2011

mee kerinting goreng




Actually sepanjang minggu ni, SRK ke luar daerah atas urusan kerja dia yang tak habis2.  Time SRK takde kat rumah, me lebih senang nak memasak. Kalau dia ada, wajib ada menu yang berkuah sikit.

Mujur anak kecik me tak cerewet mana. Dia makan je apa yang ummi dia masak tapi kadang2 timbul juga komplen. Mee kerinting ni salah satu favourite anak kecik me tapi abahnya tak berapa minat.

Untuk masak mee kerinting versi me, cuma guna bawang putih & bawang besar yang ditumbuk lumat, sedikit kicap pekat, kicap masin, kicap manis, sos tiram, sos cili dan sos tomato. This time me cuma pecahkan telur semasa menumis bahan2 tadi. Patutnya bubuh sekali sayur mayur tapi atas permintaan si kecik, me tak bubuh.

ps : ini entry yang telah di-scheduled kan. mungkin waktu ni me dah pun berada di kampung (bandar ikan patin). jemput ler datang ke rumah ye.

IKLAN > INFO MANGKUK: Mangkuk coco-crunch yang anak kecik me dapat free sebab menang lumba lari..  :D

Friday, August 26, 2011

tomyam campur




Masuk minggu akhir berpuasa, me selalu masak nasi goreng je untuk makan waktu sahur. Rasanya macam dah tak ada idea nak memasak dan makin tak punya selera. Untuk iklan, me dah turun 2.5 kg sepanjang puasa tahun ni :)

Tomyam ni favourite anak kecik me, so selalu la juga me masak. Me tumiskan bawang putih dan serai dulu. Then me masukkan 3/4 ketul paste tomyam dan masukkan bawang besar yang dibelah dua. Masukkan ayam, udang atau sotong dan biarkan sampai mendidih. Then masukkan buah tomato yang telah dibelah-belah ikut suka. Masukkan juga daun limau purut bagi menaikkan aura bau. Akhir sekali bubuh garam secukup rasa.

Siap untuk dihidang.

Thursday, August 25, 2011

tumis sawi jepun




Me rasa inilah menu sayur yang paling simple boleh kita masak. Tak sampai 10 minit dah boleh siap. Me tumiskan bawang putih dulu sampai naik bau. Masukkan sedikit air dan sos tiram. Masukkan capsicum kalau suka. Masukkan sedikit gula untuk serasikan dengan sos tiram. Masukkan sawi jepun dan jangan sampai lembik sangat.


If ada budget lebih, tambah udang atau sotong, lagi best. 

Wednesday, August 24, 2011

kerabu mangga



Ada stok mangga muda remaja kat rumah? Ada stok kacang tanah? Cantikkkk...dah boleh buat kerabu mangga. Lepas kerabu ikan yu yang me bawa dari Kota Belud tempoh hari dan salad campur yang SRK buat, ini la kerabu ketiga yang me makan dalam bulan Ramadhan ni.

Bahan-bahan nak buat kerabu mangga ni tak la susah, janji ada mangga. Yang lain tu, bawang merah, serbuk kasar kacang tanah yang telah digoreng, udang kering yang telah ditumbuk (kalau suka), lada merah, garam dan perahan jus limau. Bubuh gula sikit untuk balance.

Menu ni sangat popular waktu me menetap di New Castle dulu. Mungkin sebab orang sana senang nak dapat mangga yang di import dari Siam. Orang bujang pun boleh buat kans.. :)

wordless wednesday #4 : nice to hold, once broken, considered sold!



Venue : Rembau Crystal - August 18, 2011

Tuesday, August 23, 2011

dorayaki : kuih doraemon bukan fantasi



It's a traditional sweet made with pancakes with anko (sweet bean paste) filling. It's said that it's named after its shape which resembles dora (gong). It's good to make dorayaki on an electric pan so that cakes turn evenly brown.

Ingredients:

  • 2 large or 3 small eggs
  • 2/3 cup sugar
  • 1/2 tsp baking soda
  • 3 Tbsp water
  • 1 cup all purpose flour, sifted
  • 3/4 lb anko (sweet azuki bean paste)
  • *vegetable oil for frying
Bukannya me saja nak menulis guna bahasa asing ni tapi me cuma copy and paste dari internet :)

Baru-baru ni waktu me menghabiskan duit  shopping baju raya anak kecik me, me masuk satu kedai roti dan tiba-tiba anak me menjerit (kot?) bila nampak roti yang seakan burger. Dia cakap kuih yang Doraemon makan :)

Well, dorayaki ni actually sejenis Japanese dessert tapi bahan-bahan sangat simple. Paste yang kita sapu di sebelah dalam tu boleh ditukar-tukar ikut suka kita.




Tapi yang ini bukan dorayaki tapi macaron. Mungkin sepupu pada dorayaki. Pendek kata dorayaki bukan fantasi dan bukan hanya Doraemon yang makan :)



Friday, August 19, 2011

pineapple tart for hari raya



Cerita pasal biskut raya pula. Ini tat nenas made in Seremban. Bos me yang punya "bisnes". Bos pun nak cari duit lebih kan...oppps... Oleh kerana bos me punya, terpaksa la me beli kan  :P

Anyway, tat nenas ni sedap, jem nenasnya banyak dan biskutnya rangup gitu bila dikunyah. Me nak share resepi tat nenas tapi resepi ni me copy je dari internet. Layan je la kan.

Tart Nenas Gulung

1 cawan butter ( 226 gram) at room temp) bukan butter cair atau lembik.
1 biji kuning telor.
1 suduteh asen vanilla.
20 gram gula.
40 gram tepung jagung,
50 gram tepung kastard.
20 gram susu tepung.(boleh tukar ke coffemate powder pun ok)
240 gram tepung gandum.
1 biji kuning telor + beberapa titik pewarna kuning telor untuk sapuan.

Cara cara:

-sebatikan telor, butter, gula dan asen vanilla.
- masukkan tepung satu pesatu, mula tepung jagung, tepung kastard dan susu tepung..gaul sebati
-tepung gandum..gaul sebati

Lepas tu masukkan dalam acuan tart gulung tekan keluar, letak jem dan gulong.. bakar 350F selama 17-19 minute.

Thursday, August 18, 2011

this is the first time



This is the first time of this Ramadhan, me dan family berbuka puasa kat luar. Memang kat luar sungguh sebab beralaskan rumput, beratapkan awan, bertemankan sinaran lampu samar2 dan dihiburkan dengan bunyi kapalterbang yang lalu-lalang.

Selepas "shopping" di bazar Ramadhan kat sebelah Kompleks PKNS, SRK terus bawa kami ke Padang Merdeka. Berbuka puasa kat situ dengan ratusan (I think..) manusia lain yang kebanyakannya me tengok remaja-remaja. Anak me excited sangat.

Tapi, malang memang tak dapat nak bau kan. Sebelum ke bazar Ramadhan, me terjelepuk jatuh kat lubang tepi jalan. Lutut berdarah tapi SRK buat cool. Ini cerita hari Selasa ye.

Tuesday, August 16, 2011

doyak masak merah



Masa anak sulung me kecik-kecik dulu, me belikan meja ABC. Untung juga beli meja ABC ni sebab hari-hari anak boleh baca apa yang tertulis kat meja tu. Ada juga gambar sotong tapi tak tulis sotong.

Dari kecik hingga anak me dah form one sekarang, kalau dia nak makan sotong, mesti dia cakap "nak makan doyak"  :)

Ada insiden, SRK sendiri blur bila anak dara dia minta belikan doyak. Yang si anak ni pula, tak reti nak cari sinonim pada doyak. Ni semua gara-gara meja ABC.

Well, doyak masak merah ni memang favourite anak-anak me. Blend je semua bahan >> bawang putih, bawang besar, cili kering dan tumis sampai naik minyak. Masukkan doyak, air asam jawa, garam, gula, sos cili dan sos tomato (kalau suka) dan tabur daun sup.

Friday, August 12, 2011

daging pedas masak kicap


Alhamdulillah pagi tadi me dan kawan-kawan ofis dah pun sempurnakan majlis tahlil dan bacaan Yassin sempena bulan Ramadhan ni. Ramai yang hadir.

Petang semalam masak sikit stok lebih daging yang ada dalam ice box. Masak menurut kehendak anak kecil me, daging pedas masak kicap. Masak macam daging masak merah dan bubuh kicap sikit. Bahan-bahan versi me >> bawang putih, bawang besar, halia sikit, cili boh, sesudu sos cili dan sos tomato, juga jangan lupa bubuh garam dan kicap manis. Bolehlah dihidang.


Thursday, August 11, 2011

fried wantan




Since Giant Hypermarket dekat sangat dengan rumah me, even Tesco Extra pun dekat, so rajinlah juga me window shopping kat situ. Me beli chicken ball. Cari meat ball macam tak ada. Cari yee mee, sepanjang me duduk kat kota ni, susah nak cari yee mee yang halal. Ada tanda halal tapi tanda yang tauke yee mee cipta sendiri. Kalau tak, boleh juga me masak yee mee kungfu. Lagi.

Lepas beli chicken ball, me cari pula kulit wantan. Kulit popia memang melambak tapi kulit wantan ni macam limited je kat Giant.




Balik rumah me buat benda ni. Bubuh chicken ball yang dah digaul dengan black pepper powder atas kulit wantan ni dan bungkus elok-elok. Then goreng rangup-rangup. Boleh buat berbuka puasa. Wantan is one of my favourites.



Tuesday, August 9, 2011

kari telur ayam (menu recycle)



Hari ke-9 kita berpuasa. Kawan-kawan anak kecil me cakap, bulan puasa ni bulan banyak makanan best. Classmates dia separuh daripadanya budak cina dan india. Budak-budak ni cakap, petang lepas habis sekolah, terus ajak mak ayah dia orang terjah bazar ramadhan. Boleh beli macam-macam. Patut la petang semalam me tengok cina berebut-rebut nak beli laksam...jarang jumpa agaknya.

Kat ofis me pun ada extra small bazar ramadhan. Tapi tauke-tauke tu jual makanan dan kuih, harganya boleh buat me think twice samada nak beli atau tak. Kuih chara manis tu, sebelah je dah RM0.50. Maknanya sebijik, RM1.00. Takkan nak beli 2 bijik kan, lekat celah gigi je.

Actually kari telur ni menu recycle me. Petang semalam ada buat kari ikan tapi ikannya dah habis. So tak nak membazir kuah kari yang masih banyak, me bubuh telur. Boleh makan time sahur.

Pecahkan telur dalam kuah kari. Simple :)





Tak terlupa, thank you very much pada my friend yang sudi mengepos murtabak raja dari New Castle. Harga murtabak ni me dapat RM12.00 sekeping tapi puas hati makan sebab sedap. Sekeping you all boleh makan bertiga, sure cukup punya. Tebal dan padat. Pada sesiapa yang nak cari dan beli murtabak raja ni, make sure dapatkan yang ori ye.

Monday, August 8, 2011

lala pedas + sambal udang kering



Me sangat suka weekend sebab banyak kerja yang boleh me settlekan. Boleh jalan-jalan ke pasar, cari bahan untuk masak. Tapi tak sangka cempedak menjadi nangka. Hari Sabtu lepas memang jalan sesak teruk. Me nak ke pasar pun susah. Seolah-olah macam nak raya je esoknya. Padahal baru 6 Syawal.

Well, me dan SRK memilih untuk merempit je ke pasar, lagi mudah dan cepat kan.

Tanya harga ikan siakap, dah macam harga ikan tenggiri. Mahal betul, seekor cecah RM14.00. Kat Giant RM10.00 tapi tak berapa nak fresh gitu. Tanya ikan merah, sama juga mahalnya. Yang murah of course ikan selayang kan.

At last, me beli lala. Cari lala warna hitam yang macam selalu me beli masa di New Castle dulu tapi tak ada. So me beli la lala yang ada, RM10.00 sekilo. Quite expensive kan.

Bahan-bahan versi me, untuk buat lala masak pedas >> bawang putih, sos tiram, cili padi, cili boh (sikit aje), sos tomato, garam, gula dan serbuk perasa (jika suka). Tumis je semua dan masukkan lala. Sepatutnya tabur daun bawang tapi dalam versi ni, me lupa beli  :)





Meanwhile SRK yang dah lama tak ke dapur, terus capai lesung batu dan mula menumbuk sambal versi dia. Tumbuk sambal udang kering. Tumbuk cili api, bawang putih (1 cm), sedikit garam dan udang kering yang telah di sangai. Perah limau kasturi sikit. Simple tapi jadi pelengkap hidangan.



Saturday, August 6, 2011

nasi paprik @ kota belud



Me memang suka nasi paprik. Kalau pergi mana-mana mesti me akan cuba nasi paprik kat tempat tu. So far nasi paprik yang paling best yang me makan adalah nasi paprik kat Narathiwat. Dulu masa me bekerja di New Castle (baca : Kota Bharu), me memang selalu menerjah ke negara jiran sebelah tu. Bukannya susah sangat kan nak pergi sana.

Foto atas, tu nasi paprik yang me makan waktu me menerjah ke Kota Belud. Lagi. Quite enak rasanya, cuma me minta sup kosong untuk dimakan dengan nasi paprik. Kalau nak tengok sunset di Tanjung Aru, KK, boleh la ke blog me yang lagi satu http://intanrh3.wordpress.com

Me rasa nak buat nasi paprik tak susah. Nasi tu tetap nasi putih, cuma kena buat lauknya. Yang buat dia rasa paprik ialah daun limau purut. Itu paprik versi me.

Friday, August 5, 2011

kerabu ikan yu




Me masih lagi menulis tentang makan-makan di Sabah bah. Walaupun pemergian me sangat singkat dan tergesa-gesa tapi bab makan, me tak miss you. Di Kota Belud, me makan masakan kampung. Memang orang kampung yang masak. Ori gitu.

Last menu di Kota Belud, me makan nasi putih dengan kerabu ikan yu. Something like serunding gitu. Rasanya pedas sebab dicampur dengan lada kecil atau cili burung. Menyengat dan berpeluh bila makan. Me sempat "tapau" bawa balik ke KL, nak suruh SRK rasa. Untuk makluman, kerabu ikan yu yang warna kuning tu ye  :)

Meanwhile, SRK dah seminggu pencen memasak since dah seminggu juga dia kerja sampai lewat malam. Huh.

Thursday, August 4, 2011

mee hailam versi kota belud



Last week selepas 2 hari balik dari JB, me terbang ke Kota Kinabalu, langsung ke Kota Belud. Masih menyelesaikan perihal kerja me yang tak pernah habis. Biasanya me terbang naik MAS tapi oleh kerana ini zaman gomen "miskin", maka me terbang dengan penerbangan tambang murah je. Sama tapi tak serupa.

Kota Belud tak seindah Kota Kinabalu, hanya sebuah pekan koboi. Anjing merata tempat, buat me rasa agak tak selesa. Me sempat merasa mee hailam orang sana. Kuahnya agak kemerahan, tak hitam macam kat sini. Rasanya pula macam rasa mee udang. Dia orang blend udang agaknya. Bahan-bahan lain masih sama. Kesimpulannya, memang sedap  :)

Nak bagitau, tauke kedai tu bukan orang Sabah pure tapi orang Johor yang merantau dan bermastautin kat sana. So, mungkin ada unsur-unsur jawa dalam masakan hehe.