Friday, September 30, 2011

kari ketam




Baru-baru ni me makan kat BB dgn SRK. Biasanya kalau SRK ada kerja kat area KL, we all sure lunch sama-sama. Tempat yang paling senang nak pergi, of coz la BB. Tapi bukan makan kat dalam Pavillion ye. SRK belanja me makan ketam berlada. Rasanya dah lama sangat me tak makan ketam.

Dek kerna me rasa tak puas makan ketam berlada tu, maka recently waktu me terjah pasar dengan SRK, me beli 3 ekor (sahaja!). Cukuplah untuk me makan kan. Balik rumah, me masak kari ketam. Mungkin dah jadi kebetulan, rempah kari ketamnya me dah beli awal-awal lagi masa balik kampung tempoh hari.

Masak kari ketam simple aje you. Lebih kurang sama masak kari lain-lain. Ada serbuknya, InshaAllah jadi karinya.


Monday, September 26, 2011

ikan patin bakar



Selalu kalau masak ikan patin, sure masak lemak, asam pedas tempoyak atau goreng kan. Ada satu ketika dulu masa me attend satu majlis kat Dewan Tun Razak, Temerloh, derang hidang ikan patin kukus. Memang sedap, tak ada bau atau rasa hanyir sikit pun. Tukang masak tu memang keeellaasss.

Last week, me balik kampung. My mom masak ikan patin bakar pulak, cicah dengan sambal kicap. Pun sedap sampai tak cukup seekor. Apatah lagi ada orang jual ikan patin kat depan rumah mak je. Senang sangat nak beli :)

Mak memang power bab masak ikan patin. 

Friday, September 23, 2011

nasi tomato (old story maaa...)



Banyak cerita makan yang me tak update. Ni cerita pasal jamuan raya department me yang ada staff seramai 18 orang aje. Bincang punya bincang, we all setuju nak masak beberapa menu yang biasa. Me kena masak nasi tomato. Takat nak masak untuk family me, ok lagi tapi bila kena masak untuk 30 - 40 orang, me terkedu kejap. Nasib baik ada kawan-kawan yang sporting, boleh tolong me masak. Walaubagaimanapun hasilnya tak lah sesedap mana tapi bolehlah makan.

Usai open house department me, nasi tomato punyalah banyak lebih. Mungkin me salah sukat kot. So, ramai yang boleh tapau bawa balik rumah. Kat rumah, me kukus semula nasi tomato ni lebih kurang 15 minit. Then me masak lauknya, of course ayam masak merah. Dan me buat salad tomato yang sangat simple sebab tak ada timun.






Kawan-kawan, actually ni cerita seminggu selepas cuti raya tempoh hari. Next entry, me nak cerita tentang ikan patin bakar pulak.


Thursday, September 22, 2011

apam balek inti pulut hitam

Me  busy dengan kerja-kerja ofis dan hal-hal kat rumah. Tak masuk lagi hal studies me yang itu. Tapi bilamana malam semalam sahabat baik me cik puan putrylady menghantar mesej ringkas bertanya kabar dan minta me update blog, maka me gagahkan juga. Cewah.

Takde cerita best. After raya, memang banyak open house dan memang bulan ni bulan untuk me menambah berat badan. Apa pun, layan dulu apam balek yang SRK beli. Awalnya bila SRK offer, me tolak tapi bila tengok anak kecik me makan dengan berselera, me pun makan.

Wow! Sedap apam balek ni, me suka. Intinya lain daripada biasa, ada pulut hitam campur dengan nyiur parut. Memang best.





Thursday, September 8, 2011

ayam bakar madu


Lepas cuti raya gini, me macam takde mood pulak nak update blog tapi rajin nak baca cerita kawan2. Me masuk kerja kelmarin, usai hantar abah me untuk check-up kat HOSHAS. Doc cakap abah me tak berapa sihat, jantungnya bengkak dan sebelah paru2 berair. Me dah agak sebab abah me memang heavy smoker.

Balik ke kota, ice box pun dah kering kontang sebab sebelum cuti panjang, me memang dah mengosongkan ice box. Semalam SRK cuma beli ayam dan atas request anak kecik me yang berjaya berpuasa penuh tahun ini, me masak la ayam bakar madu.

Me cuma perapkan ayam dengan bawang putih dan bawang besar yang me kisar. Tabur garam dan kunyit sikit serta lumurkan ayam dengan madu. Perap selama 15 - 20 minit, lagi lama lagi bagus. Then me bakar atas ceper.