Posts

Showing posts from April, 2011

cendawan masak lemak cili kecik

Image
Petang semalam, sambil me memandu dalam hujan yang agak lebat, kepala ni sibuk memikir menu untuk dinner. Kelmarin dah top-up stok dalam peti ais, yang ada cuma ikan jaket, ikan bawal, ayam dan cendawan. Tiba-tiba teringat menu yang sorang chef tunjukkan dalam newspaper baru-baru ni. Gud idea :)

Well, kat rumah, sambil tonton cerita indon > Kejora & Bintang, tangan sibuk mengupas bawang dan lain-lain. Anak kecik pun komplen, " ummi, siap buat kerja dapur atas sofa!"..... (ada ummi kisah?) :)

Bahan-bahan nak buat cendawan masak lemak lada kecik ialah:

1 paket cendawan
2 ulas bawang merah
7 ulas lada kecik @ cili api
1.5 cm kunyit hidup (kalau kunyit serbuk, rasanya kurang manis)
santan secukup rasa
1 batang serai (pilih yang fresh)
garam secukup rasa

Cara buat:
Tumbuk kunyit, lada kecik dan bawang merah tapi jangan sampai lumat sangat. Masukkan dalam periuk dan masukkan santan. Masukkan serai dan masak hingga mendidih. Bubuh cendawan dan bubuh la garam secukup rasa…