Wednesday, February 16, 2011

singgang tulang versi Ganu Kiter

Kelmarin beli tulang dan SRK teringin nak masak singgang versi mak dia (ibu mertuaku). Dulu-dulu ada jugek tengok ibu mertuaku masak singgang ni dan memang sedap. Kalau kat tempat me, masak singgang ni guna ikan je dan kita masak singgang sampai kuahnya agak surut. Tapi masa kat New Castle, orang sana masak singgang, kuahnya mesti banyak.

So, this time masak singgang versi ganu kiter. Bahan-bahannya mudah je. Bawang putih, bawang merah, lengkuas dan ketumbar. Tumbuk belaka sampai hancur.




Rebus dulu tulang yang dah dibasuh bersih. Me rebus dalam rice-cooker lama yang dah rosak :) . Rebus sampai agak masak dan masukkan kesemua bahan-bahan tadi. Jangan lupa bubuh asam keping dan garam ye.


Monday, February 14, 2011

big donut @ pasar malam



Hari ni hari Ahad dan biasanya me dan family jenguk2 ke pasar malam dekat tol hala ke Shah Alam tu. SRK suka cari daging segar, agak murah banding dengan tempat2 lain (dia kata). Sayur pun banyak kat situ, apatah lagi kain baju dan lauk-pauk yang ready-made. Biasa la pasar malam kan.

Ada satu gerai yang menarik perhatian bilamana brader ni jual donut yang saiznya 3x ganda besar daripada donut biasa. Me tak tergamak nak beli sebab bimbang tak abih makan 2 hari.. Tapi donut luar biasa ni nampak laku, mesti ada permintaan sebab tu brader ni berani jual kan.

pantai kemasik

Last two days, kami sekeluarga ke Dungun untuk menghantar anak dara yang dah mula kuliahnya semalam. Great, semalam juga birthday dia yan...