Posts

Showing posts from January, 2011

bingka bawang goreng

Image
Satu lagi kuih yang me minat tapi jarang-jarang jumpa sebab: i) tak reti buat ii) ada resepi pun, macam takde masa nak buat iii) me memang takde talent dalam bidang buat kuih-muih ni...

Tapi, pada satu hari yang aman damai, ada la sedara mak ni singgah rumah dan bawa kuih ni satu talam besar. OMG! Ni la namanya rezeki datang bergolek, me bagi ofismate dan me makan dengan sepuas-puasnya. Sesiapa yang punya resepi kuih ni,

tolong ingatkan aku tolong share dengan me kat sini. Tak pun you all boleh tepek resepi kat blog sendiri dan "tag" kat me. Orait kan?

Dan kuih ni namanya kuih bingka bawang goreng. Sedap, memang sedap. Sedara mak memang terer buat dan me memang terer makan..

popia sira

Image
Me baru dapat resepi orang malas, resepi kuih atau biskut atau jajan yang boleh dikunyah oleh tetamu2 yang datang ke rumah kita. Lama2 jajan ni jadi macam snek, lepas satu, satu...sampai habis semangkuk walaupun makan kat rumah orang.

Resepi malas ni, my sister in law yang bagi dan mungkin dah familiar dikalangan kita yang memang gemar memasak kuih atau biskut. Dan me memang suka pada "resepi malas" sebab kesuntukan masa, letih dan banyak lagi hal2 lain yang perlu dikendalikan. Betul kan, kalau hal orang perempuan seperti memasak, basuh baju, kemas rumah gitu, hal2 ni tak boleh nak tangguh2. Bayangkan kalau isteri tangguh masak nasi, tangguh basuh baju atau tangguh kemas rumah. Mesti suami dah bising kan.

Lain pula hal orang lelaki. Basuh kereta boleh tangguh kan. Smoking boleh tangguh kan. Baca newspaper pun boleh juga tangguh kan. Itu la pasal.

So, resepi jajan ni khas untuk isteri2 yang kesuntukan masa :)

Gunting kulit popia kecil2..ikut suka nak kecil / besar. Goreng ku…